"Diceritakan oleh Jumaah bin Abdullah yang disampaikan oleh Marwan yang mendapat berita daripada Ibnu Hashim bahawa Amir bin Saad mendengar bapanya meriwayatkan Rasulullah Sallallahu alaihi Wasallam bersabda : "Sesiapa yang memakan 7 biji tamar ajwah dia akan terkawal daripada kejutan syaitan dan sihir pada hari itu".
Lebah adalah antara nama binatang yang disebut dengan terperinci kerjayanya di dalam al-Quran.Hal ini boleh didapati di dalam al-Quran surah al-Nahl (ayat 65-69). Firman Allah:
Dan Tuhanmu mewahyukan kepada lebah: buatlah sarang-sarang di bukit-bukit, di pohon-pohon kayu, dan di tempat-tempat yang dibuat manusia, kemudian makanlah dari tiap-tiap (macam) buah-buahan, dan tempuhlah jalan Tuhanmu yang telah memudahkan (bagimu). dari perut lebah itu, keluarlah minuman(madu) yang bermacam-macam warnanya. Di dalamya terdapat ubat yang boleh mnyembuhkan bagi manusia. sesungguhnya pada yang demikian itu, benar-benar terdapat tanda (kebesaran Tuhan) bagi orang yang memikirkannya.
Dalam perubatan Sihir; makanan Rasulullah saw adalah salah satu yang dibenci oleh Syaitan & Jin.
Makanan yang terdiri daripada Kurma, Kismis, Madu,Harbabatul Sauda & Garam bukit adalah diantara yang paling tidak digemari oleh golongan laknatullah ini.
Melalui pendekatan tersebut pihak ISMAK telah mengeluarkan produk Susu Kambing As-Sunnah berasaskan susu kambing dengan campuran KURMA, KISMIS & MADU bagi menjadi minuman kesihatan buat masyarakat Islam & dalam pada itu menjadi satu racun berbisa bagi jin & syaitan yang berada di dalam badan yang menggunakan saluran darah sebagai laluan utama mengganggu sistem & fungsi badan manusia.
Dengan meminum Susu Kambing As-Sunnah ini insyaallah dengan izinNYA dapt sikit sebanyak melemahkan & memudaratkan Jin di dalam badan. Mengikut kajian serta R&D Muallij (Perawat) kami, makanan rasullullah saw ini akan mengeraskan & melemah & mematikan fungsi jin di dalam badan. Dengan kata lain dapat memudahkankan perawat untuk mengeluarkan & memaksa jin keluar dari badan manusia . (Dengan izin Allah swt)
Disamping itu Susu Kambing , Kurma, Kismis & Madu ini mempunyai sejarah tersendiri sejak zaman dahulu lagi. Alkisah dimana Maryam hanya memakan buah kurma semasa melahirkan nabi Isa a.s. Buah kurma tidak mengandungi gula yang merbahayakan malah ia merupakan makanan Rasullullah s.a.w. Janganlah risau kerana takut diserang kencing manis, apa yang harus dibuat, hanyalah menjauhkan makanan manis2 yang lain.Buah kurma tidak merbahayakan kesihatan kerana ianya mengandungi banyak khasiat.
Kurma juga ada banyak kelebihan, antaranya:
Kaya dengan zat besi — sangat sesuai dimakan,terutama bagi wanita sedang haid dan orang yang mengalami masalah anemia (kekurangan sel darah merah).
Boleh dimakan pada bila-bila masa kerana ia tidak mengandungi kolesterol.
Kaya khasiat: Protein (1.8 hingga dua peratus), serat (dua hingga empat peratus), glukosa (50 hingga 57 peratus), Vitamin A dan C, sodium dan potassium.
Kandungan gulanya mudah diserap badan dan memberi tenaga segera apabila berbuka puasa. Berbuka dengan kurma membuatkan kita berasa cepat kenyang dan secara tidak langsung mengelakkan kita makan secara berlebihan.
Kandungan potasium penting untuk sistem saraf yang merangsang daya ingatan, membangkit nafsu kelamin (aprodisiak) dan meningkatkan sistem pertahanan badan khususnya untuk mencegah barah buah dada dan rahim.
Kurma diberikan kepada bayi boleh mengurangkan kesakitan dan kadar degupan jantung.
Kurma juga boleh membantu memudahkan proses bersalin dan mengecutkan rahim kerana ada bahan boleh membantu proses berkenaan, sebagaimana dilakukan Maryam as yang memakan buah kurma selepas melahirkan Nabi Isa as.
1. KURMA
Abu Abdillah a.s. bersabda: “Buah kurma adalah salah satu buah yang berasal dari syurga dan dapat mensirnakan pengaruh sihir”.
Abu Abdillah a.s. bersabda: “Orang yang memakan 7 buah kurma yang baik sebelum sarapan, maka pada hari itu dia tidak akan tertimpa racun, sihir dan tidak diganggu setan”.
Imam Ja’far Ash-Shadiq a.s. bersabda: “Barangsiapa memakan 7 buah kurma yang baik, maka cacing-cacing yang ada di perutnya akan mati”.
Nabi Muhammad SAW bersabda: “Rumah yang tidak ada kurma di dalamnya, akan menyebabkan penghuninya kurang sihat”.
Nabi Muhammad SAW bersabda: “Berilah makanan kurma pada wanita yang hamil sebelum dia melahirkan, sebab yang demikian itu akan menyebabkan anaknya menjadi seorang yang tabah dan bertakwa (bersih hatinya)”.
2. KISMIS
Nabi Muhammad SAW bersabda: “Barangsiapa memakan kismis merah sebanyak 21 biji setiap hari sebelum sarapan pagi, maka dia tidak akan tertimpa penyakit kecuali kematian”.
Imam Ali a.s. bersabda: “Barangsiapa memakan 21 biji kismis merah, maka dia tidak akan melihat pada jasadnya suatu yang tidak disenangi”.
Imam Ali a.s. bersabda: “Kismis dapat menguatkan jantung, menghilangkan penyakit, menghilangkan panas dan memulihkan kesehatan jiwa”.
Pada riwayat lain dari Abi Ja’far At-thusi disebutkan bahwa kismis dapat menghilangkan lendir dan menyehatkan jiwa”.
Nabi Muhammad SAW bersabda: “Biasakanlah memakan kismis karena kismis dapat menghilangkan kepahitan (hempedu/cairan kuning), menghilangkan lendir, menyehatkan badan, membaguskan rupa, menguatkan saraf dan menghilangkan letih”.
3. MADU
Dari Imam Ja’far Ash-Shadiq a.s., beliau bersabda: “Rasul saw sangat menyenangi madu”.
Dari Imam Ja’far Ash-Shadiq a.s., beliau bersabda: “Biasakanlah dirimu memperoleh dua ubat yaitu meminum dan membaca Al-Quran”.
Nabi Muhammad SAW bersabda: “Barangsiapa minum madu setiap bulan dengan niat melakukan nasehat Al-Qur’an, maka Allah SWT akan menyembuhkannya dari 77 penyakit”.
Nabi Muhammad SAW bersabda: “Barangsiapa ingin memiliki hafalan yang kuat hendaklah dia meminum madu”.
Nabi Muhammad SAW bersabda: “Sebaik-baik minuman ialah madu kerana dia dapat mengkonsentrasikan hati dan menghilangkan dingin yang ada di dalam dada”.
Dari Imam Ali a.s. beliau bersabda: “Madu adalah ubat dari segala penyakit tiada penyakit di dalamnya, ia dapat menghilangkan lendir dan membersihkan hati”.
Nabi Muhammad SAW bersabda: “Allah SWt telah meletakan berkah di dalam madu dan menjadikannya sebagai ubat dari rasa nyeri, dan madu telah didoakan oleh 70 Nabi”.
HARGA JUALAN: RM28.00 Sekotak
PEMBELIAN MELEBIHI 10 KOTAK: RM22.00 Sekotak
Agent & Pengedar dialu-alukan. Sila hubungi ISMAK untuk maklumat lanjut.
0173109949 (KAMAL)
0 comments:
Post a Comment