Diploma ir

Diploma ir
Diploma ir

Makam Huruf

 photo mro-2.jpg

Kenangan Tahap 7

 photo tahap7semua_zps18002aaf.jpg
Photobucket

Monday, 28 May 2012

Kasyaf Mata, Hati, Akal & Gerak


Kasyaf adalah salah satu karamah atau kelebihan yang diberikan Tuhan kepada hamba-hambaNya yang dikasihiNya. Apa yang ingin disebut di sini adalah kasyaf yang dianugerahkan Tuhan kepada kekasihNya atau waliNya.Walaupun tidak dinafikan, ada kasyaf yang didapati oleh orang awam, kasyaf sebegitu boleh menipu dan merosakkan diri merka. Kasyaf itu jika tidak dipimpin dan dijaga, nescaya menjadi istidraj kepada mereka. Kunfayakun... sekiranya Allah mengkehendaki sesuatu itu berlaku maka ia akan berlaku, itulah rahsia Allah swt kepada makhluknya yang kadang kala menjadi sesuatu yang tidak masuk akal bagi makhluk yang tidak yakin kepada kekuasaan Allah swt.

Kasyaf sebenarnya telahpun dijanjikan Tuhan sepertimana dalam sebuah hadis qudsi, Allah berfirman yang maksudnya: Orang yang mendekatkan diri kepadaKu, mengerjakan yang fardhu dan yang sunat, sehingga Aku cinta kepada mereka lalu Aku menjadi pendengaran mereka dan Aku menjadi penglihatan mereka.
Kasyaf kepada wali Allah ini ada banyak bahagiannya, seperti berikut:
1) Kasyaf Mata
Mata dapat melihat alam mawara-ul-maddah atau disebut sebagai alam yang seni-seni atau boleh disebutkan sebagai alam di luar kebendaan. Di sini, mata dapat melihat perkara-perkara ghaib seperti malaikat, jin dan syaitan. Kasyaf inilah yang menjadikan orang seperti Sayyidina Umar nampak apa yang sedang berlaku pada tentera-tenteranya. Karamah seperti ini penting kerana dapat menyelamatkan seluruh tentera Islam.
2) Kasyaf Telinga
Kasyaf telinga disebut juga hatif. Telinga boleh mendengar benda-benda yang ghaib. Mendengar suara tetapi tidak nampak lembaganya sama ada dari jin yang soleh, malaikat atau waliullah. Suara itu adakalanya membawa berita gembira, adakalanya berita yang negatif. Tujuannya ialah Allah hendak menghiburkan orang yang mendapatnya. Kalau berita itu berita gembira, boleh menggembirakannya. Sebaliknya, kalau berita itu berita duka, juga akan menggembirakannya kerana dia tahu terlebih dahulu, sekurang-kurangnya dia boleh bersiap menghadapi ujian itu. Atau dia boleh mengelak daripada bahaya itu.
3) Kasyaf Mulut
Tuhan beri kepada orang itu, lidahnya masin seperti doanya kabul atau apa yang dia sebut terjadi sama ada jangka pendek atau jangka panjang. Juga, di mana saja dia memberi kuliah, nasihat, tunjuk ajar, berdakwah dan sebagainya, ianya mudah diterima masyarakat dan boleh mengubah hati mereka. Akhirnya berubahlah sikap masyarakat. Karamah seperti ini biasanya dikurniakan kepada pemimpin.
4) Kasyaf Akal
Mendapat ilmu yang seni-seni yang Allah kurniakan pada seseorang terus jatuh ke hatinya. Ini terjadi tanpa dia belajar, tanpa membaca, tanpa mentelaah dan tanpa berguru. Dinamakan juga ilham atau ilmu laduni. Agar tidak terkeliru, perlu diingat orang yang hendak dapat ilmu laduni itu, dia mestilah dahulu ada ilmu asas iaitu ilmu fardhu ain.
5) Kasyaf Hati
Dinamakan juga firasat. Inilah kasyaf yang tertinggi daripada kasyaf-kasyaf yang disebutkan tadi. Biasanya dikurniakan kepada pemimpin. Itupun tidak banyak kerana Allah kurniakan hanya kepada pemimpin-pemimpin yang sangat soleh, yang sangat sabar menanggung ujian yang begitu berat ditimpakan kepada mereka. Kasyaf hati ialah rasa hati atau gerakan hati yang tepat lagi benar. Dia boleh menyuluh mazmumah yang seni-seni yang kadang-kadang kita membaca kitab tak mengerti. Termasuk juga adalah rasa hati dapat membaca diri seseorang. Nabi pernah bersabda, “Hendaklah kamu takuti firasat orang mukmin kerana dia melihat dengan pandangan Allah”. Apa yang dimaksudkan dengan firasat itu ialah kasyaf hati. Orang yang mendapatnya dapat memimpin diri dan dapat memimpin orang lain. Kalau tidak, seorang itu tidak layak jadi pemimpin. Kalau dia terus memimpin rosaknya lebih banyak daripada kebaikan.
6) Kasyaf Gerak 
Kasyaf ini melibatkan pergerakan diantara kasyaf hati & pergerakan anggota badan melalui saluran roh diri makhluk sendiri. Di zaman rasullullah saw terjadinya bagaimana tentera-tentera Islam berjuang menentang kaum Quraish dengan latihan yang minima & dalam jangka masa yang pendek.Kemahiran yang begitu tinggi seperti Saidina hamzah, Saidina Omar, Khalid Al Walid,  Kemahiran peperangan  & pandai pedang dengan sekelip mata. Pergerakan tangan & anggota lainnya begitu pantas seperti ilmu itu dipelajari dalam masa yang panjang . Kelebihan ini juga terjadi kepada panglima-panglima perang Islam di zaman Rasullullah & Khulafak Al Rasyidin,  Salahuddin Al Ayubi, Umar Muayyad & Tariq Ibn Ziyad, diceritakan bagaimana kekuatan & kepandaian mereka dalam mainan senjata.
Kasyaf Gerak juga juga dianugerahkan Allah kepada Ulamak-ulamak tersohor kita yang dahulunya memperjuangkan agama, bangsa & negara seperti Tok Kenali, Haji Abdul Rahman Limbong, Mat Kilau dan Tok janggut.
Ilmu merupakan harta abstrak titipan Allah Subhanahu wata’ala kepada seluruh manusia yang akan bertambah bila diamalkan, salah satu pengamalannya adalah dengan membagi-bagikan ilmu itu kepada yang memerlukan.


Janganlah sombong dengan ilmu yang sedikit, kerana jika Allah Subhanahu wata’ala berkehendak ilmu itu akan lesap dalam sekejap, beritahulah orang yang tidak tahu, tunjukilah orang yang minta petunjuk, amalkanlah ilmu itu sebatas yang engkau mampu.


3 comments:

Assalamualaikum... sy ingin btanya mngenai kasyaf hati... adakah kmungkinan ada yg mperoleh kebolehan ini... tanpa ia sedar sebenarnya dr saka atau jin yg mndampinginya? atau adakah ia mmg kebolehan dia sndiri?

Semua kebolehan adalah dtg dan perginya dari Allah. Hanya Allah yg boleh membolak balikkan hati.

Semua kebolehan adalah dtg dan perginya dari Allah. Hanya Allah yg boleh membolak balikkan hati.

Post a Comment