Diploma ir

Diploma ir
Diploma ir

Makam Huruf

 photo mro-2.jpg

Kenangan Tahap 7

 photo tahap7semua_zps18002aaf.jpg
Photobucket

Monday 23 April 2012

PELANCONG JIN


Melancong merupakan sesuatu yang indah & sering diimpikan oleh setiap makluk bernama manusia, tetapi kadang-kadang ianya membawa satu masalah besar kepada kita.
Berdasarkan pengalaman rawatan baru-baru ini dapat disimpulkan di sini bahawa setiap lokasi lawatan kita mempunyai unsur negetif yang boleh memudaratkan manusia. Jin  berkeliaran mencari & menguji sesiapa yang lemah@mempunyai aura tersendiri. Sering kali jin-jin berkeliaran di kawasan yang dahulunya pernah berlaku aktiviti pemujaan, peperangan, istiadat @ritual tertentu, kuil@ candi. Jangan terkejut sekirannya anda membawa cenderahati berupa Jin dari tempat pelancongan anda.

Symptom gangguan selepas kembali dari melancong:
  • Kesukaran Tidur
  • Hilang selera makan
  • Sering Pening
  • Mimpi ngeri  @ sering teringat lokasi yang telah dilawati
  • rasa Mual @ muntah
  • Bau sesuatu yang pelik @ makanan tertentu
  • Sering sendawa & nafas berbau busuk
  • Rasa pergerakan seperti semut@guli di dalam badan
  • Penyakit kulit yang belum pernah dialami sebelum ini

Pencegahan, Do & Don't:
  • Zikir sepanjang masa melancong
  • Jangan terlampau gembira / taksub (keindahan hanya milik Allah swt)
  • Berwuduk
  • Baca Ayat2 Pelindung / ayatulqursi
  • Jangan membeli cenderahati berdekatan lokasi tersebut/ jarakan sedikit 
  • Elakan mengambil batu @ sesuatu dari lokasi sebagai kenangan
  • elakan membeli patung2 syirik, keris, pedang @ senjata tajam , alat2 ritual
  • Elakan membeli barangan antique / mencuba & membuka sesuatu ikatan pada barangan tersebut
  • Sebelum pulang ke hotel perlulah berwudhuk @ berwuduk di hotel
Tidak salah untuk melancong tetapi melanconglah kerana Allah, melanconglah kerana ingin melihat keindahan ciptaan Allah swt.... Subhanallah ... subhanallah.... sentiasa dibibir.....insyaallah Allah akan  sentiasa melindungi kita dari gangguan Jin pengganggu ini.

Sekiranya anda tergolong daripada pelancong jin maka beriktiarlah sebelum Jin pengganggu ini bertukar ke Jin Saka....



TEKNIK KAWALAN NAFAS


TEKNIK KAWALAN NAFAS

Setiap pukulan batin memerlukan teknik yang berkesan dalam membuat sebarang pukulan.
Pernafasan sempurna menjamin kekuatan & tindak balas dari pesakit.

Teknik 1:

Kawalan dari hidung ke jantung & di pam ke tangan kanan dengan Zikirullah.
Kesempurnaan bergantung kepada kekuatan keyakinan kepada Allah swt & tahap ketahanan nafas dalam kiraan 30 saat.

Teknik 2:

Pergerakan kumpulan tenaga kejari ibu & pengumpulan tenaga di belakang telapak tangan & Tapak tangan kanan. Bisa disedut & dilepaskan melalui nafas dengan kekuatan kalimah.

Teknik 3:
Pukulan dengan niat mencederakan jasad jin & bukannya fizikal pesakit. Pukulan tepat ke jantung jin dengan kalimah & tolakan bisa ke seluruh jasad jin.

Teknik 3:
Tarikan melalui kaki menggunakan kekuatan yassin:9 dan kunci kalimah.

latihan Pukulan:

  1. Zikir kerana Allah
  2. Latihan tubi pernafasan 1 (30/45)
  3. Yassin:9
  4. Ayatul Qursi
  5. Sedutan & Nafas melalui hidung



Kursus Latihan Pukulan Batin 3
(Hanya terbuka peserta pengijazahan tahab 2 sahaja)

Tarikh        : 4 May 2012
Jam      : 8 malam
Lokasi : Pusat Rawatan Ismak Ruqyah Bandar Country Homes

Yuran   : RM30 sahaja

Penyertaan terbuka hanya kepada 5 ahli sahaja pada setiap masa.

Sila bawa bersama kain putih 3 Meter.

MAKLUMAT LANJUT SILA SMS/CALL:

0173109949

Wednesday 11 April 2012

LOKASI TERKINI

Dengan izin Allah swt ISMAK RUQYAH akan beroperasi di lokasi baru di Fasa 12 Bandar Country Homes, Rawang. Memandangkan lokasi sebelum ini agak padat & kurang privasi maka ISMAK RUQYAH mengambil keputusan berpindah ke lokasi baru.

Lokasi baru akan beroperasi sepenuhnya dalam pertengahan  April 2012, insyaallah. 


Ruang Menunggu/Rehat
Bilik Rawatan 1

 Bilik Rawatan 2
Ruangan Rehat Minda



Segala rawatan adalah melalui Appointment sahaja. Sila patuhi masa rawatan yang diberikan bagi mengelak kesukaran. Insyaallah.

Sila SMS:
NAMA PENUH BINTIKAN NAMA MAK
LOKASI ANDA
JENIS GANGGUAN YG DIRASAKAN
MASA & HARI PILIHAN
(bergantung kepada kekosongan Masa & Hari)

Bahan Keperluan: (perlu bawa)
i. Telekong (Utk Muslimah)
ii. mahram/suami

017-3109949 
(USTAZ KAMAL)