Diploma ir

Diploma ir
Diploma ir

Makam Huruf

 photo mro-2.jpg

Kenangan Tahap 7

 photo tahap7semua_zps18002aaf.jpg
Photobucket

Wednesday 29 August 2012

Sambungan Jin Hasmah (Pengalaman Perawat Ismak Ruqyah)


Sambungan Jin Hasmah (Pengalaman Perawat Ismak Ruqyah)


Pendahuluan


Jangan ikut resmi ayam,
Bertelur sebiji riuh sekampung,
Mengagung bukti sebesar hama.

Paparan episod kedua tidak saya maksudkan untuk membesarkan cerita yang tidak seberapa ini. Ianya sekadar untuk mencatit segala pengalaman yang dikutip ketika bersama TGU agar dapat dikongsi bersama rakan-rakan yang lain.

Anak saya juga menerima update dari kakak Naila selepas membaca episod pertama Bicara Jin. Diberitahu bahawa Hasmah adalah pengupah untuk menyihir keluarga Naila. Hasmah juga telah mempunyai suami dan anak ketika tergila-gilakan suami kakak Naila.

Pada TGU, saya ucapkan berbanyak terima kasih atas panduan TGU kepada saya sekeluarga. Hanya Allah sahaja yang dapat membalas jasa Ustaz.

Ikhlas dari:
Ki


BICARA JIN

EPISOD KEDUA

SELASA YANG CERIA

Tidak tergambar perasaan suka dan bercampur puas di hati Naila dipagi  Selasa. Hatinya berasa lega bila didapati badan dan bahunya tidak lagi terasa lenguh seperti menanggung beban berkilo sebelum dirawat. Masih terbayang dalam ingatannya  peristiwa di rawat pada malam tadi.

`Naila dah sihat Abah’ cerita Sarah kepada saya melalui perbualan telefon bimbit pada pagi itu. Anak sulung saya itu yang bekerja di Bangi tidak tertangguh menelefon saya sesampainya di pejabatnya pada pagi itu.

`Naila cakap malam tadi dia rasa paling lega bila dah selesai berubat. Ringan tangan dan badan selepas berjaya mengeluarkan jin’.

`Kita ni hanya berikhtiar dengan doa-doa Sarah, yang menyembuhkan ialah Allah’.

`Abah, Naila cakap dia nak pergi berubat dengan ustaz di Rawang nanti’.

`Dia nak berubat ke atau nak ambik ijazah?’

`Dia cakap dia nak berubat dan ambik ijazah sekali’.

TGU selalunya akan berlabuh di Rawang pada hujung minggu. Kebiasaannya TGU sekeluarga akan turun dari utara bagi meluangkan masa hari Sabtu dan Ahad kepada sesiapa yang berhajat untuk Ijazah Perawat atau merawat pesakit. Walaubagaimana saya tidak pasti Sabtu ini pasti TGU akan turun ke Rawang.


AMARAN JIN KEPADA SARAH

Saya menyambung perbualan dengan Sarah.

`Nanti abah check dalam blog Ismak Ruqyah’

Kami menerus perbualan telefon berkisarkan isu Naila dan sesuatu mengejutkan saya apabila Sarah memberitahu:

`Abah, Naila cakap dia mimpi malam tadi, jin tu marah-marah kat Sarah. Jin tu akan cari Sarah pasal Sarah yang panggil abah datang merawat Naila’.

`Ishh’ bentak saya. Difikiran saya berlegar-legar berbagai persoalan apakah benar akan berlaku sesuatu kepada anak gadis saya. Subhanallah, Maha Suci Allah, kepada Mu kami berserah.

Di internet, saya terus melayari ismakruqyah.blogspot.com.

`Yesss, jadual ijazah perawat akan dijadualkan pada 11 Aug 2012’. Hati saya cukup riang bila tahu TGU akan turun ke Rawang.

Tak tertangguh saya menghubungi Sarah.

`SMS kepada Ustaz, nama penuh dan minta untuk mengikuti Ijazah pertama. Dan bagitahu kat Naila, suruh Naila SMS juga kat Ustaz’. Bagitahu saya kepada anak saya Sarah.

JUMAAT YANG SURAM

Tidak ada lagi berita-berita Naila dirasuk jin lagi melainkan cerita-cerita yang dia cukup bersemangat untuk berjumpa TGU pada Sabtu ini. Hari berganti hari hinggalah ke hari Jumaat.

Jumaat, 10 Aug 2012 pada jam 7 pagi, telefon bimbit berdering dan saya lihat terpampang nama Sarah memanggil saya.

`Abah, Naila dari pukul 3.30 pagi lagi kena rasuk semula. Sampai sekarang belum elok’.

Ya Allah, kena semula? Saya terkejut bila dapat berita dari Sarah. Macammana ni, apa nak kena buat. Nak kena tengok ke nak kena tolong ke? Bertalu-talu pertanya di benak otak saya.

`Jangan panggil pakcikkkk’ Sarah menceritakan yang Naila melarang memberitahu kepada Saya.

`Ok, tunggu abah kat sana’ saya memberi janji saya kepada Sarah.

Kali ini saya bersama Omar masing-masing dengan motorsikal tak bertangguh kami terus ke Bangi.

Sesampai saya dan Omar di rumah sewa Sarah, saya lihat beberapa rakan serumah Sarah dalam keadaan tak menentu. Mungkin panik kerana tidak ada ikhtiar membantu Naila. Atau mungkin kepenatan kerana berjaga dari jam 3 pagi.

JIN HASMAH CUBA MENGELAK

Saya dan Omar dijemput Sarah untuk masuk ke rumahnya. Naila saya perhatikan mundar-mandir mencari sesuatu.

`Mana kunci kereta? aku nak gi kerja sekarang’. Naila mencari-cari kunci keretanya. Setelah kunci dijumpai, Naila meminta kawannya menghulurkan cermin matanya. Ketika ini saya menghadang kawannya supaya jangan diberi cermin mata itu.

Saya terlampau bimbang memikirkan yang cuba untuk keluar rumah itu adalah bukan diri Naila sebenar.

`Naila, mari duduk disini dulu’ pujuk saya kepada Naila. Naila seperti mendengar kata duduk bersimpuh di sisi saya. Ketika ini mata hitam Naila terbelalak ke atas hanya tinggal mata putih sahaja kelihatan.

Saya dan Omar berterusan membaca ayat-ayat suci Al-Fatihah dan Ayatul Qursi. Jin Hasmah merintih kesakitan sambil menjerit kepada saya.

`Kenapa tolong budak ni? Biarkan dia, aku nak bunuh budak ini. Beriya benar Jin Hasmah ni cuba memusnahkan Naila.

Lagi sekali saya dan Omar melakukan proses membakar Jin dan mengeluarkannya dari badan Naila. Selesai mengeluarkan Jin, Naila dilhat keletihan dan meminta supaya diberi masa dia berehat.

Selepas beberapa minit, lagi sekali saya tengok Naila kini dikuasai oleh Jin Hasmah. Kelihatan tangan Naila mengigil-gigil seolah dia kini seorang yang sangat tua.

Proses membuang jin dan kerasukan jin ini berlaku berkali-kali hingga memenatkan saya. Disatu tahap saya hampir-hampir kebuntuan dan hilang punca. Jin Hasmah tu seolah perlikan saya.

`Tak guna engkau buang aku, aku ada beribu-ribu lagi askar yang menunggu’ ujar Jin Hasmah.

HIPNOTIS

`Ya Allah, kepada Mu kami berserah, kepada Mu kami memohon pertolongan, bantulah kami, tiada upayaku melainkan pertolongan Mu jua yang kami pinta. Jika terdapat kesalahan besar, kesalahan kecil, kesalahan yang terang atau kesalahan yang tersembunyi, kepada Mu kami memohon ampun.  Bantu lah kami Ya Allah’, saya memohon doa dari Yang Maha Esa. Saya terasa kerdil dalam menerobos dunia halus alam ghaib dengan keadaan masih teraba-raba tiada arah panduan. Dalam keadaan kelu dan bisu kasyaf umpama mentol lampu yang tak berapa nak nyala, hanya Allah semata-mata  saya berserah.

Dalam keadaan saya yang agak terbatas ilmu dan pengelaman, entah macammana saya tergerak hati untuk melakukan hipnotis yang tak pernah saya belajar dan praktis. Hanya Allah Subhanahuwataala Maha mengetahui.

JIN TERTIDUR

Saya yang memasang gerak dari awal, mendapat ilham meletakkan tapak tangan sejengkal jari dari muka Naila dan membayangkan satu lingkaran pusaran seperti pusaran air di tengah-tengah tapak tangan saya. Saya minta Naila melihat tapak tangan saya sambil berkata.

`Naila, lihat tangan pakcik. Bila tengok tangan pakcik, mata Naila nanti terasa berat, berat, berat.....kalau Naila rasa nak tidur, terus jer tidur’.

Saya membayangkan Naila dan Jin Hasmah seolah-olah berada didalam terowong pusaran lingkaran berwarna merah dan mengarahkan dia bergerak kehujung terowong yang tiada kesudahan. Lama kelamaan saya lihat Naila layu dan perlahan-lahan memejam mata. Naila terus sahaja merebahkan diri dan tidur.

`Oh lega saya, alhamdulillah’ kata hati saya.

`Biarkan dia tidur buat sementara ni’ kata saya kepada Omar.
Saya berpendapat ketika ini Naila agak  kepenatan dan dia perlu tidur. Melihat Naila terbaring, anak saya Sarah dan rakan-rakannya menyelimut Naila dengan kain putih.
Adakah Jin Hasmah pun turut tertidor tidaklah saya ketahui kerana saya tidak begitu arif dalam hal ini. Selepas lebih kurang sejam lebih, baru lah Naila terjaga.

KUNJUNGAN KE RAWANG

Keesokan hari, pada 11 Ogos jam 10 pagi, saya bersama-sama dengan isteri saya, Sarah, Omar, Ali (anak keempat saya), Aisya bersama seorang Asnida (rakan rumah sewa Naila) bertolak ke Rawang untuk berjumpa dengan TGU.

Setibanya kami disana, kami disambut oleh TGU dengan mesra. TGU dengan senyum yang lembut, berbaju kurta dan seluar warna krim meminta kami terus ke tingkat atas. TGU memakai kupiah berbentuk kubah tinggi, mengingatkan saya movie lama tahun 1978 `The Message’ lakonan Anthony Quinn yang memegang watak Saidina Hamzah. Dalam filem tersebut, pahlawan-pahlawan islam memakai penutup kepala diperbuat dari besi berbentuk kubah tinggi. Tak ubah seperti kopiah tinggi yang dipakai oleh TGU.

Saya bertanya khabar TGU dan memperkenalkan Naila dan Asnida. Ahli keluarga saya sendiri sudah beberapa kali berjumpa dengan TGU.

`Mana Osman’ tanya TGU bila melihat anak ketiga saya tidak bersama-sama kami.

`Oo...dia di Kuantan, Ustaz’ jawab Omar.


JIN HASMAH DIPASUNG

Naila duduk bersimpuh disebelah kiri TGU terkebil-kebil seolah-olah di awangan tidak tahu dimana dia berada. Pada pendapat saya hanya fizikal Naila yang sekarang ni berdepan dengan TGU tetapi mentalnya telah dikuasa oleh Jin Hasmah. Jin Hasmah sudah bertapak dalam diri Naila sejak 2 tahun yang lepas. Dan diakhir-akhir ini, terutamanya hari semalam (Jumaat), Jin Hasmah seperti sudah menguasai sepenuhnya mental Naila. Segala tutor kata, perbuatan, tingkah laku menggambarkan dia adalah seorang perempuan yang sangat tua.

`Ustaz, ini lah Naila tapi saya rasa sekarang ni, yang ada didepan kita ni bukan Naila’ saya memulakan bicara.

`Ya ya’ kata Ustaz sambil mata memerhatikan kepada Naila.

Jin yang berada dalam badan Hasmah terus mencebik muka seolah olah mengejek TGU.

`Baik kalau kau nak main-main’ kata TGU.

TGU saya perhatikan terus membaca ayatul Qursi. Selesai ayat pertama ayatul Qursi, saya lihat TGU seperti membuat simpulan ikatan tali. Seterusnya TGU membuat simpulan ikatan tali setelah siap membaca ayat yang kedua. Sehingga lah ayat yang terakhir, TGU membuat simpulan ikatan sebanyak dua kali. Naila saya tengok menggeliat kesakitan tapi agak masih berdegil.

`Panggil ketua kau kemari’ kata TGU.

Naila memaling muka tidak mahu melihat TGU.

Dengan tiba-tiba kami terkejut dengan bunyi yang kuat.

Panggggg......TGU menepuk kedua-dua tangannya. Sejurus itu saya dengar jeritan kuat dari Naila kesakitan.

`Aduhhhhhhhhh’ jerit Naila.

Rupanya tepukan tangan TGU tadi dituju kepada Jin Hasmah.

Seterusnya  TGU seolah-olah mencari sesuatu dalam beg laptopnya.

Naila saya perhatikan memanjang leher ingin melihat apa yang akan diambil oleh TGU. Dia ketakutan dan terus memberitahu TGU.

`Ustaz, saya rasa saya dah baik, tak perlu buat apa-apa. Saya dah boleh balik’ kata Naila seolah-olah ingin mengelak berdepan dengan TGU.

`Tak apa duduk la dulu’ jawab TGU.

Dan bermulalah perbualan diantara TGU dan Jin sambil diperhatikan kami yang masih terpinga-pinga.

`Ni siapa ni?’.

`Hasmah’

`Panggil ketua kau kemari’

`Kau tak boleh lawan dia, ilmu dia tinggi’.

`Ilmu Allah lagi tinggi, dia tak akan dapat melawan Ilmu Allah’.

`Engkau tak dapat lawan ilmu ketua akuuu’ bentak jin Hasmah.

`Berlunjur kaki kemari’ kata TGU kepada Naila.
Naila terus meluruskan kakinya. TGU membentangkan kain serbannya menutup kaki Naila sehingga paras lutut. Saya perhatikan TGU ketika ini menikam tangannya kesisi betis Naila setiap habis satu persatu ayatul Qursi.

`Ini cara kita mengikat Jin. Kain yang saya bentang di atas betis Naila ni beratnya lebih kurang 1 tan’ ujar TGU kepada kami.

`Cuba kamu angkat kaki kamu’ ujar TGU kepada Naila. Saya perhatikan terkial-kial Naila tidak dapat mengangkat kakinya.

SERANGAN KE RUMAH TUKANG SIHIR

Suasan diam seketika, saya lihat TGU memfokuskan sesuatu yang saya tidak tahu. TGU menggerakkan tangannya dan menunjuk kepada Jin Hasmah.

`Itu kaum keluarga engkau’ kata TGU.

`Ya,ya’ terkejut Jin Hasmah apabila ditunjuk ahli keluarganya yang diikat oleh tukang sihir.

`Sekarang aku kumpulkan ahli keluarga engkau bersama-sama dengan engkau’

Saya terus memerhatikan TGU, seolah-olah dia menerawang menuju ke rumah tukang sihir. Sejurus kemudian Jin Hasmah menjerit.

`Haaaa....tu dia tu dia tukang sihir, dia  duduk bersila...ada patung, ada patung’ jerit Jin Hasmah dalam keadaan ketakutan.

Saya. Omar dan Ali diminta TGU untuk menerawang menuju ke rumah tukang sihir.

`Jom kita ke rumah tukang sihir’ kata TGU kepada saya, Omar dan Ali.

Isteri saya bersama-sama Sarah dan Aisya kelihatan kecut apabila kami bersiap-siap untuk menerjah rumah tukang sihir. Dia agak kuatir jika-jika kami tersangkut tidak dapat pulang.

`Tak apa, insyallah tidak ada apa akan berlaku’ saya menenangkan isteri saya. Kelihatan isteri saya tersenyum tapi takut.

Saya diminta untuk bersiap-sedia di pintu hadapan, manakala Omar akan masuk melalui pintu belakang. Ali pula diminta berada di belakang saya. Kami hanya akan terjah masuk apabila mendapat signal dari TGU. Tugas saya apabila masuk kerumah adalah terus mengikat kaki tukang sihir, manakala Omar dan Ali akan melakukan jurus pukulan. Saya pada ketika ini memejam mata seolah-olah sudah berada di hadapan pintu hadapan rumah tukang sihir.

`Ok masukkkkk’ jeritan TGU agak mengejutkan saya memberitahu supaya serangan dilakukan dengan serentak.

Tanpa berlengah saya membaca


Tukang sihir itu saya makrifatkan ikatan rantai besi dikaki. Disaat itu juga saya mendengar TGU supaya menguatkan ikatan tali di kaki ke tukang sihir. Saya tanpa berlengah mengikat tali dari buku lali sampai ke arah pinggang dan membuat simpulan terakhir dengan kemas. Sambil Omar dan Ali melakukan serangan kebadan tukang sihir.
`Serang dibahagian kepalaaa’ kata TGU.

Tidak berlengah saya makrifatkan pukulan bertalu-talu tepat ke ubun-ubun. Saya merasakan diri saya membesar dan tukang sihir pula saya lihat menjadi amat kecil.

`Ok, semua balik cepatttt’ ujar TGU.

Saya membuka mata dan menghela nafas panjang. Mata saya meleret kearah Ali yang baru berumur 16 tahun. Dia tersenyum kepada saya. Alhamdullillah kata hati saya. Omar pula seperti biasa hanya diam dan senyum.

Teknik yang digunakan oleh TGU tidaklah melaku rawatan kepada pesakit seperti saya lakukan hari semalam. Saya perhatikan TGU terlebih dahulu melemahkan punca  yang datang dari tukang sihir. Setelah musnahnya segala sihir, barulah TGU beralih merawat pesakit.

`hmmm...patutla kerja saya tak habis-habis macam menebas lalang. Kalau tak buang akar umbi, lalang akan tumbuh tinggi selepas dipotong. Sama dengan sihir, kalau tidak dibuang punca, gangguan akan berulang’.

RACUN JIN

Setelah serangan kerumah tukang sihir, saya lihat TGU mengambil sebotol Wangian Kasturi Ruqyah. Wangian tadi disapu ke telapak tangan Naila sambil TGU membaca ayat tertentu.

Disuruhnya Naila menyedut tapak tangannya sebanyak tiga kali.

TGU diam seketika sambil ibu jarinya menggesek jari telunjuknya.

`hmmm...banyak dah rosak saraf badan Naila ni..80% sarafnya dah dirosak oleh jin’.

Terkejut saya bila diberitahu oleh TGU yang Naila selama 2 tahun ni dah banyak saraf-saraf yang rosak.

`Macammana nak tahu saraf yang rosak Ustaz? Tanya saya.

`Semasa pesakit menghidu racun jin, racun tu nak lah kita makrifatkan warna putih ke warna merah ke atau apa-apa warna. Perhatikan dalam saraf tu, warna tu bergerak pergi ke jantung dan bergerak ke seluruh tubuh pesakit. Dimana tempat warna tu berhenti, disitu la tempat saraf yang rosak’.

Kami menggangguk tanda faham.

`Saraf betis Naila dah lama rosak, tempat yang mula-mula yang rosak disitulah masuknya jin-jin yang lain’ TGU menerangkan kepada kami.

`Tapi saraf yang rosak ni boleh diperbetulkan’

SERAMBI MADINAH

Ketika kami rancak bersembang saya lihat Naila agak tenang. Mungkin racun jin menyerap ke badannya menyebabkan jin lemah.

Kini TGU memujuk jin Hasmah untuk keluar.

`Macammana kalau kamu dan keluarga kamu, aku hantar ke Serambi Madinah? Hidup disana ada rezeki yang cukup dan ada yang menjaga dan mengajar. Cuba lihat dihadapan engkau tu..nampak tak Serambi Madinah tu?

Jin Hasmah tak terkata apa-apa melihat Serambi Madinah melainkan hanya menurut sahaja kata TGU.

Proses mengeluarkan jin saya perhatikan seperti ada pergerakan dari kepala Naila tetapi agak tersangkuk-sangkuk. Agak susah Jin ini untuk keluar dari badan Naila.

`hmmm... berlakon kot jin ni? Tanya hati saya.

`Kamu keluar pelahan-lahan, jangan sampai aku paksa engkau keluar. Kalau kau tak nak keluar, aku akan paksa engkau keluar’ kata TGU.
Sekali lagi saya perhatikan Jin Hasmah cuba untuk keluar dari badan Naila tetapi masih tersangkuk.

TGU saya perhatikan merenung sesuatu dan tiba-tiba TGU mengambil sebatang pen.

`hmmm...ok...kamu ada satu rantai yang kamu pakai’ kata TGU. Serentak itu pen itu dicucuk ke bahu kanan Naila. Terus Jin Hasmah menjerit-jerit apabila rahsianya dibongkar. Jin Hasmah diminta TGU supaya membuang rantai tetapi dia agak ragu-ragu menyebabkan TGU membaca ayat tertentu untuk membuang rantai. Jin Hasmah menjerit-jerit.

`kamu ada satu lagi bengkung dibahagian dada’ kata TGU kepada Jin Hasmah sambil saya perhatikan tangan TGU mengirai-ngirai seperti membuka kain yang panjang dari badan Jin.

Selepas membuang azimatnya, proses mengeluarkan jin untuk dihantar ke Serambi Madinah agak mudah. Saya perhatikan TGU seperti mengumpul sesuatu dibahagian hujung kaki yang ditutup kain serban hijaunya. Disitu TGU perlahan-lahan menarik jin yang terkumpul dan terus menghantar mereka itu ke Serambi Madinah.

JIN ASYIK

Naila sekarang ini saya lihat sudah ada perubahannya. Anak gadis ini selepas di rawat oleh TGU kini sudah banyak tersenyum dan gelak bila mendengar cerita-cerita TGU.
`Dah mula bercakap budak ni’ kata hati saya. Saya bersyukur dan gembira melihat perubahan positif Naila. Syukur alhamdulillah. Harap-harap Naila selepas ini cukup kuat untuk melawan jin-jin yang cuba menggangu dirinya.

`Pernah dengar cerita Jin Asyik? Tanya TGU.

Saya hanya menggeleng kepala. Tak pernah saya dengar cerita-cerita pasal Jin Asyik.

`Saya ada gak dengar’. Kata Naila.

`Jin Asyik ni bukan dihantar oleh tukang sihir. Jin ni memang kerja dia mengasyikkan manusia, dia goda manusia supaya berkhayal, berangan, memuja sesuatu seperti nyanyian lagu hindustan’. Terang TGU.

Sekali sekala kami berderai ketawa bila TGU membuat jenakanya.

`Dil to paagal hai, Dil deewana hai’. Nyanyian hindustan TGU membuat kami ketawa. Saya lihat Naila ketawa malu-malu sambil menutup mulut.

`Jin Asyik ni dia akan buat orang  menyukai, menyintai dan menjadikan orang sebagai  pujaan atau kekasih mereka. Ada diantara kes-kes yang serius sehingga jin-jin itu bersetubuh atau berkahwin dengan manusia sehingga melahirkan anak-anak jin. Mereka yang kena dengan Jin Asyik kadang-kadang akan bermimpi tidur bersama dengan seseorang dan mempunyai anak’.

Begitulah cerita TGU tentang Jin Asyik. Harap-harap kita mendapat iktibar dari cerita TGU tadi.

BOTOL JIN

Sarah dan Naila mengambil wuduk untuk proses Ijazah Perawat. Kain putih ijazah telah siap saya bentang untuk proses ijazah. Tiba-tiba saya melihat keadaan Naila bertukar seperti mula-mula dia dirasuk. Cara dia berselimpuh dengan tangan yang terketar-ketar kini seperti seorang yang sangat tua.

`Naila, kuatkan zikir Lailahailallah’.Pesan TGU.



Alunan zikir bertalu-talu di gegarkan oleh Naila dalam keadaan dirinya bertukar-tukar. Sekejap diri Naila, sekejap Jin Hasmah. Lagi kuat Naila berzikir, lagi kuat dia menjerit kesakitan dibahagian telinganya. Naila mengadu telinganya seperti dicucuk jarum halus sehingga dia tidak lagi dapat menahan kesakitan dicucuk jarum.

`Allaaaaahhhhh...aduuhhhh’

`Zikir, zikir, lawan, lawan, Naila sendiri kena kuat. Zikir Lailahaillah’. berkali-kali TGU memesan kepada Naila.

TGU mengingatkan kami, zikir yang paling utama dan tinggi darjatnya ialah "La-ilaha illallah" ertinya "Tiada Tuhan Yang Sebenarnya Melainkan Allah". Dalam satu Hadis : Jika tujuh petala langit dan bumi diletakkan di satu dacing dan dengan kalimah `Laailaha illallah' diletakkan di atas dacing yang lain, maka (kalimah) lebih berat lagi.

Naila terus menekap telinga kanannya sambil mulut mengucap kalimah zikir. Ketika ini TGU kelihatan mengarahkan supaya Naila sendiri mencabut jarum yang ditusuk ditelinganya. Dengan menguatkan semangatnya, Naila mencabut satu persatu jarum yang berada dalam badannya dan diikuti dengan jeritan kesakitan.

Kesihan saya tengok Naila ketika dia berlawan dengan dirinya sendiri ketika cubaan berterusan jin untuk menguasai fizikal dan mentalnya.

TGU saya lihat menggerak-gerakkan tangan. Dia memfokuskan konsentrasinya sedalam-dalamnya.

`Hmm...memang pro tukang sihir ni’ katanya.

`Naila disihir dalam tubuhnya ada 3 biji botol. First time saya jumpa kes yang macam ni. Dalam badan Naila ada satu botol yang tudungnya terbuka. Dan dalam botol tu ada banyak jin. Jin-jin ni akan keluar mengikut masa tertentu’.

`Ooo...macam semburan auto air freshner yang kat rumah. Setiap berapa minit, dia akan keluar’ kata hati saya.`Patutlaa...sakit Naila berulang-ulang’.

 Berbalik pada kisah gangguan pada Naila, selain dari jin-jin yang mengganggu Naila, dia juga disihir dengan dicucuk dengan jarum pada telinga, leher, bahu,dagu dan dada.

Sehingga ke pukul 3.30 petang, keadaan Naila pulih dengan seperti biasa. Kami sempat bersolat dengan TGU sebelum kami meminta diri untuk pulang.

Seperti biasa, kalau ada Omar atau Osman, saya akan memilih untuk tidak memandu kenderaan. Biarlah mereka sahaja yang memandu kereta, boleh juga saya berehat. Tambahan badan saya terasa sangat letih setelah bersama-sama dengan TGU meredah rumah tukang sihir. Mungkin selepas saya dapat rehat sepenuhnya, badan saya akan pulih seperti biasa.

Selepas menghantar Naila dan Asnida ke Bangi, saya menjemput mereka untuk ke rumah saya pada Ahad keesokannya untuk berbuka puasa.

BISMILLAH 786

Tengahari  keesokannya (hari Ahad), Sarah memberitahu Naila lagi sekali kena ganggu. Lagi sekali saya bersama isteri dan kali ini Ali (anak keempat saya) ke Bangi.  Sesampai disana Naila agak terperanjat dengan ketibaan kami. Melihat kedatangan kami, dia agak gementar dan memberitahu pipinya terasa kembang.

`Tak boleh tengok pakcik dan anak pakcik’ kata dia.

`Kuatkan zikir, Naila. Buat tak apa yang ustaz suruh?’

`Ya ada saya buat. Saya mandi dengan wangian ruqyah. Saya zikir. Tapi masih lagi telinga saya sakit’.

Naila terus kebiliknya mengambil kain putih sebagai alas duduk.

`Saya nak buat Bismillah 786’ kata dia.

`Elok tu, boleh kita buat sama-sama dengan rakan rumah sewa dan anak pakcik’

Saya memulakan dengan mengucap kalimah syahadah dan memulakan bacaan bismillah. Kebetulan pada waktu tu, saya ada bersama saya tally counter/tasbih bernombor. Dihati saya, saya mengharapkan petang ni dapatlah kami mengisi amal kami dengan bacaan Bismillah sebanyak 786 kali.

Alunan Bismillah bergema di rumah sewa Naila. Saya memejam mata untuk memfokuskan bacaan Bismillah. Hanya suara sahaja kedengaran yang bergema. Dalam keasyikan mengalun bismillah, hati saya terasa seolah-olah kami lebur dalam alunan bismillah yang maha besar itu.

Ketika memejam mata, saya perasan suara Naila masih terikut-ikut dengan rentak kelajuan zikir tetapi lama kelamaan dia agak tertinggal dan terus tertinggal. Tidak berapa lama saya mendengar suara orang termuntah di dapur dan apabila saya celik, Naila tidak lagi berada di tempatnya.

`Abah, Naila muntah’ beritahu Sarah kepada saya.

Pada mulanya saya berazam untuk menghabiskan bismillah sebanyak 786 kali ditempat duduk saya, tetapi selepas didesak Sarah dan isteri saya, saya terus kedapur melihat Naila. Mulut saya terus membaca Bismillah ketika berdepan dengan Naila.

Ketika ini Naila menjerit sambil menutup telinganya tidak mahu mendengar kalimah suci Bismillah. Saya tidak peduli, saya tetap akan menghabiskan Bismillah sebanyak 786 kali.

Ketika bacaan sudah mencapai 500 lebih, entah bagaimana mulut saya terpacul membaca Subhanallah walhamdulillah Wala Ilahailallah wallahu akbar. Dan saya sendiri merasa hairan kenapa terjadi demikian.

Dalam masa yang sama Ali meminta Naila supaya dirinya sendiri melawan gangguan dan membuang sisa-sisa jarum yang ada pada dirinya. Kali ini gangguan yang ada diri Naila tidaklah lama sangat tidak seperti hari sebelumnya. Naila kembali pulih. Sekali lagi selepas dia pulih, kami bergerak balik ke rumah untuk persiapan berbuka puasa. Oleh kerana Naila tidak begitu sihat, hajat berbuka bersama kami terpaksalah ditangguhkan.



KHODAM

Jam masih baru pukul 5.30 petang. Lagi dua jam untuk berbuka puasa. Sementara menunggu berbuka puasa, kepada TGU saya bercerita kejadian yang baru terjadi.

`Kenapa Ustaz, dalam bilangan 500 lebih bacaan Bismillah, tiba-tiba bacaan beralih kepada Subhanallah walhamdulillah Wala Ilahailallah Wallahu Akbar?’ tanya saya.

`Saya bimbang jika Naila pernah belajar sesuatu dan ayat itu diisi dengan Khodam. Kalau macam tu, bagitahu Naila supaya jangan diamal dulu ayat tu buat masa ni’ ujar TGU.

Jam menunjukkan waktu 6.30 petang. Masih ada masa untuk saya melakukan sesuatu. Saya masih mahu mencuba bacaan Bismillah 786 untuk Naila. Saya ingin tahu adakah ianya akan tersangkut seperti tengahari tadi. Dengan memakrifatkan rohani Naila dipegang saya, bacaan Bismillah saya mulakan dengan perlahan-lahan. Kali ini bacaan juga tersasul kepada bacaan Subhanallah walhamdulillah Wala Ilahailallah wallahu akbar ketika ianya baru mencecah 100 lebih.

`hmm tak apa, saya akan mulakan semula’ kata hati saya sambil saya resetkan tally counter/tasbih saya. Lagi sekali pada bacaan 200 lebih, ianya tetap dengan bacaan tadi.

`Nak buat macam mana ni? Saya mengeluh kerana tidak berjaya bacaan sebanyak 786.

`Tak apa, kali ni saya akan baca
http://3.bp.blogspot.com/-OJ0Zm4EtmdI/TzUb4h1ZvsI/AAAAAAAABFs/mik6BoyZ_6o/s400/ayat%252Belak%252Bsantau.jpg

Saya terus membaca ayat tadi saja mengikut hati dan ilham saya. Sekoyong-koyong selepas beberapa ketika membaca ayat tadi,  dalam keadaan mata terpejam saya seolah-olah terdengar Naila merintih menangis. Dalam mata terpejam, sa ya mencari dicelah pokok kelapa sawit dan melihat Naila duduk keseorangan dalam keadaan menangis.

`Eh, betul ke ni? Ke saya yang berkhayal? Tanya diri saya yang keraguan.

Ali diminta saya supaya bersama-sama dengan saya. Saya minta Ali memasang gerak dan mencari dimana Naila.

`Ayah, Naila duduk kat hutan, dia menangis’ Ali berkebetulan juga melihat perkara yang sama.

Pada perkiraan saya, mungkin jiwa Naila sesat disatu tempat dan dia tidak tahu untuk pulang ke jasadnya. Tidak tertangguh, saya menerawang terus mendapatkan Naila.

`Naila, ini pakcik, mari sini’ saya melaung kepada Naila. Dimasa yang sama, saya minta Ali mengawas keadaan sekitar.

Naila dapat melihat saya dan cuba menuju mendapatkan saya. Tiba-tiba Ali memberitahu yang terdapat tangan-tangan yang memegang Naila menahan agar saya tidak dapat membawa balik Naila.

Ketika itu, saya hanya teringat akan surah Al-Fil dan Al-Ikhlas. Selepas bacaan ayat tadi, tangan-tangan yang memegang Naila hangus terbakar. Tidak tertangguh Naila datang mendapatkan saya.

Ketika ingin membawa pulang Naila, Ali memberitahu makhluk yang terbakar tadi kini kembali bangun dan ingin mendapatkan saya dan Naila. Sekali lagi saya dan Ali terpaksa berlawan dengan makhluk tadi. Setelah keadaan reda, saya balik bersama-sama Naila dan Ali. Pada jasad Naila, saya makrifatkan jiwanya dikembalikan pada yang berhak.

AIDIL FITRI

Saya meminta Sarah supaya menelefon Asnida menanyakan keadaan Naila. Diberitahu Naila memang ada gangguan dan kini dia sudah berupaya melawan godaan-godaan jin.

`Alhamdullillah’ kata hati saya, dengan harapan Naila akan menjadi lebih tabah melawan godaan jin.

Hari bertemu hari, pada Raya keempat, saya menerima tetamu yang bertandang berhari raya dengan saya sekeluarga. Waktu itu saya berada didapur. Apa yang saya lihat rupanya Naila bersama adik perempuannya datang mengunjung saya.

`Mak Ayah kirim salam kat pakcik. Saya dah sembuh pakcik’ kata Naila. Pada saya, Naila menceritakan yang keluarganya sangat gembira dengan perubahan positif dirinya. Naila beriya-iya untuk membawa kakaknya untuk berjumpa TGU. Hati saya sangat bersyukur, dihari umat islam menyambut tanda kemenangan, Naila juga menang melawan godaan jin yang mengganggunya selama 2 tahun. Pada Allah jua tempat kita memohon pertolongan.

Pada saya, inilah pengalaman kali pertama merawat pesakit. Prosesnya merawat dalam masa seminggu itu memberi pengalaman yang begitu bermakna. Saya mengucapkan terima kasih kepada TGU atas panduan dan sokongan.

(TAMAT)

Sunday 26 August 2012

Pembukaan Rasmi Pusat Rawatan Parit Buntar



                                  Pembukaan Rasmi Pusat Rawatan Islam Ismak 
                                                 Ruqyah, Parit Buntar, Perak.

                                      Dibuka setiap Selasa, Rabu & Khamis
                                               Rawatan: Selepas Insya


                                  Rawatan hanya melalui Temujanji sahaja.


                                                            Sila hubungi/sms: 


                                         0173109949 @ 01117788461

Perubahan Pengijazahan Terkini Perak & KL

Photobucket

Tarikh terkini: 
31 Ogos - 2 September 2012
8 & 9 September 2012
Jam: 10am /12pm /3pm

Pengijazahan Utara
Berlansung Setiap Isnin- Khamis
Jam:
Selepas Isya


Sila sms nama bintikan nama ibu, lokasi anda, tarikh pilihan & masa.
ke:

017-3109949
@
call Pusat Rawatan Utara

01117788461

Saturday 25 August 2012

Jin Saka di Hari Raya... Hj. Abdullah & 7 Puteri


SAKA AIDILFITRI 7 PUTERI & HJ. ABDULLAH

Sesudah solat sunat hari raya Aidilfitri, aku berkunjung ke rumah saudaraku yang telah lama tidakku kunjungi, hampir 10 tahun lamanya terputus hubungan. Alhamdulillah diizinkan Allah swt kali ini dapatku bertemu dengan mereka. Terpisah lama disebabkan lokasi & kekangan masa & Allah tidak mengizinkan mungkin atas sebab sebab yang tertentu. Tahun ini sudah 2 kali aku ke sana tetapi tiada siapa di rumah...Alhamdulillah kali ini di hari mulia Aidilfitri Allah mengizinkan....

Dijadikan cerita mereka menceritakan penderitaan yang ditanggung oleh salah seorang saudaraku yang bernama ' J' berumur lewat 30an. "J" adalah anak saudaraku yang dikatakan mewarisi saka keluarga yang diturunkan melalui moyangku sendiri yang berasal dari Siam serta gangguan-gangguan sihir yang tidak putus-putus.

Oleh kerana " J" adalah ahli keluargaku, maka menjadi tanggungjawapku melangsaikan hutang lama yang sudah lama tidak dilunaskan walaupun pelbagai cara perubatan Islam telah dicuba & beribu ringgit telah dibelanjakan. Pada fikiranku mungkin keturunannya sendiri dapat membuang si Saka ini. Scan jarak jauh dijalankan memandangkan "J" tidak berada di rumah. Apabila scan pertama dijalankan adiknya ‘N’ menjerit “Sakit la…. Lepaskan lah.. sakit la”… maka rahsia terpecah sendiri.. rupanya adiknya juga dijangkiti virus yang sama. Segeraku arahkan saudaraku yang lain menghubungi “J’ supaya dia berada dalam keadaan selamat & tidak terasa percikan api yang sama… alhamdulillah ‘J” dapat dihubungi & ‘J’ begitu teruja mendengar suaraku & memintaku menunggunya di rumah kerana dia akan segera bertolak ke rumah keluarganya itu.

Hampir 1 jam, ‘J’ pun sampai bersama suaminya, oleh kerana lama tidak bertemu..alhamdulillah pelbagai versi cerita dikongsi bersama. Sampailah terbukanya cerita perihal gangguan sihir & SAKA yang sering dihadapinya. Aku bermula dengan selawat tafrijiah & kalimah tammah & tikaman serta ikatan, jin sihir muncul mengancam & mengganas.. tetapi oleh kerana diikat jin sihir tidak dapat berdiri & hanya mampu meronta-ronta. Apabila ruqyah dibaca diselangi dengan tikaman & tembakan angin 'J' muntah tidak keruan.. hampir 50% santapan Aidilfitri keluar dari muntahannya. Itu petanda baik kerana muntahan tersebut berjaya mengeluarkan saki baki racun & bahan sihir di dalam badan "J". Alhamdulillah.."Aku nak dia mati.." jin berkata dengan nada kasar... berulang kali jin menyatakan pekara yang sama.. Sekali lagi tikaman & racun ditembak ke tubuh si "J" .. Jin mengamuk... dengan kekuatan zikir & alhamdulillah Allah mengizinkan teknik melumpuhkan saraf & kunci sendi.. perlahan-lahanku merentap jin terus keluar melalui tangan terus ke Serambi Madinah. Dalam menarik nafas syukur jin  ke 2 mengambil tempat... ku ulangi teknik pertama & alhamdulillah Allah mengizinkan. "J" sedar dalam keletihan... 

Maka sekarang tugasku makin getir dimana akan ku seru jin saka  untuk berdiplomasi.. Ikrar pemutus dijalankan.. belum sempat rangkap yang terakhir ,Alhamdulillah jin perempuan mengenalkan diri sebagai puteri si saka & penjaga keturunan "J" hadir berbicara. "Aku sayang dia... dia keturunanku... " Dikatakan 7 puteri dijaga oleh ketuanya iaitu si saka yang lebih besar. Memperkenalkan diri sebagai Aishah puteri yang sulong turut menjaga puteri ke 5 yang berada pada adik perempuan si 'N" yang mula-mula melenting kesakitan apabila scan racun dilakukan. Aishah berjaya dipujuk untuk keluar dari tubuh badan 'J" ....
Ahli keluarga "J" terpinga-pinga kenapa tidak ditangkap saja... ujarku bahawa yang penting adalah ketuanya........ Hanya 2 dari 7 jin puteri berada di dalam keturunanku yang lain masih bebas tiada bertuan & lebih suka buat kerja sendiri dari menghinggap tubuh badan manusia.

Aku mencabar si ketua saka hadir... Alhamdulillah dengan nada bongkak sombong & bersahaja menyapa... "Apa kamu mau?"  diplomasi bermula..... ""aku mau hang keluaq dari tubuh keturunan aku..."  Jin saka menggelengkan kepala sambil meminta air kopi & rokok daun untuk dijamah sambil melayan kerenahku... ahli keluarga melayan dengan kopi panas & rokok daun.. (saja melayan supaya jin berada selesa & mudah untuk berdiplomasi) sekali teguk air kopi yang panas & berkepul-kepul asap rokok daun ditelannya walhal "J" sendiri membenci rokok & kopi... Jin saka mengenalkan diri sebagai Haji Abdullah ('"J" menggelarnya  Tok Wan") berasal dari Naratiwath, Thailand; asal keturunanku yang turun dari Nenek (pakar dalam perubatan) ke cucu & bukannya kepada anak-anak yang lain. Dikatakan anak-anak keturunan "O" tidak sesuai untuk dijadikan waris kerana sebab-sebab tertentu.

 Hanya 'J' sahaja serasi & memandangkan "J" juga terkena sihir maka hadir dia untuk membantu. Kehandalannya adalah di dalam perubatan... tetapi dia gagal sepenuhnya untuk mengeluarkan sihir tersebut kerana "J" tidak mengamalkan apa yang diminta HJ. Abdullah & "J" belum lagi sepenuhnya bersedia menerimanya (Hj. Abdullah sebagai Saka tetap).. Hj. Abdullah menyatakan dia akan mengambil peranan sepenuhnya sekiranya "J" menjaga solatnya, amalannya kepada Allah & mengamalkan zikir-zikir yang dikirimnya melalui mimpi.. maka Hj. Abdullah mengarahkan si puteri sulong Puteri 7 "Aishah" tadi sebagai penjaga tetap. (Hj. Abdullah menunjukkan dirinya alim & baik hati kononnya) Dia hanya mahukan "J" menerimanya sebagai saka/waris ilmunya.. tetapi 'J' seringkali menolak.. Hj Abdullah menyatakan dia Rijal Qoib & bukannya jin.. berumur 100 tahun, pandai agama & Al-Qur'an.. aku mencabar Hj Abdullah menunjukkan kehandalannya dalam bacaan Al-Qur'an.. Hj. Abdullah fasih  & lancar setiap bacaannya & hukumnya cukup & tepat.. Biar siapa pun engkau wahai Hj. Abdullah engkau tetap juga sebagai pengacau dalam keturunanku..... Hj. Abdullah mencabarku.. sekiranya keturunannya nak dia meninggalkan jasad si "J" selamanya aku perlu seikhlas hati membantu keturunanku mengubati gangguan yang ada.. Aku menyahut cabaran itu dengan kalimah.. Hj. Abdullah menyatakan hanya keturunan "J" sahaja yang boleh mengeluarkan sihir tadi.. maka dikatakan ujian pertama aku telah berjaya... Hj. Abdullah berkata sekiranya ilmuku bercantum dengan alam ghaib maka aku akan lebih berjaya..Aku membangkang.. " ilmuku hanya pinjaman sementara dari Allah & hanya kepada Allah aku memohon pertolongan & bukannya dari alam ghaib seperti kamu.." . Hj. Abdullah mengangguk tanda faham & akur atas permintaanku.

Hj. Abdullah sekali lagi mengujiku dengan menunjukkan gangguan pada suami si "J" iaitu  "D"... alhamdulillah     semua berjaya dikeluarkan dengan menggunakan teknik vacum & rentap. Korekan di terowong serta penutupan terowong jin dijalankan... Hj. Abdullah juga menyatakan ibu si "J" juga terkena sihir pengasih... dengan zikir & tikam tanganku menyusap masuk & ibu "J" mengigil, menjerit & merentap tanganku bagai orang gila.. alhamdulillah Allah mengizinkan jin pengasih yang berada ditubuh badan ibu "J" bersetuju keluar dengan rela hati... Aku arahkan jin berkumpul di tangan kanan & aku tarik kesemuanya ke Serambi Madinah.. ibu "J" tersedar dari kerasukkan.. terpinga-pinga walaupun tempoh rasukan tidak sampai 5 minit. Scan terakhir kepada ibu "J" dijalankan & didapati tiada baki gangguan di badannya.

"La nie dah terbukti Allah mambantu aku dalam rawatan ini.... apa hang nak kata Hj. Abdullah?" "Kamu ingat janji kamu tadi.. sekiranya aku berjaya merawati keturunanku ini kamu akan keluar & tidak akan mengganggu keluargaku ini? Hj Abdullah menganguk setuju... perjanjianku dibuat dengan Hj. Abdullah bersaksikan syahadah, Allah & Muhammad saw sebagai Nabi  serta pedang dari syurga bersinar ditanganku... Hj Abdullah berikrar tidak akan masuk lagi ke tubuh badan keturunanku & hanya akan memerhati sahaja dari jauh tanpa menyentuh roh & jasad.. sekiranya dia inkar maka pedang milik Allah yang berada di tanganku akan memenggal kepalanya...(aku mendoakan semoga Allah mengizinkan perjanjian ini, walaupun di dalam hati terasa HJ. Abdullah mungkin akan memungkirinya.. apapun aku serah surat perjanjian ini kepada Allah) Hj Abdullah bersyahadah.. alhamdulillah.. aku sempat berjenaka bersama Hj. Abdullah.. "Siapa dalam keturunanku yang telah kamu pilih sebagai saka seterusnya sekiranya "J" mati?  ... Hj. Abdullah menunjukkan ke arah anak lelaki  "J"..(berpindah dari wanita ke lelaki pulak katanya..). "sekiranya perjanjian ini tidak dilakukan maka dialah warisku seterusnya.." Semua ahli keluarga terpandang anak "J" berusia 11 tahun yang sepatutnya nanti menjadi bakal Waris Puteri 7 & Hj. Abdullah...

Hj Abdullah tersenyum & memberi salam menandakankan bahawa dia akan terpisah selamanya dari tubuh "J" dan waris-waris yang lain....

"J" terus pengsan tidak sedarkan diri...

Kesimpulannya:

Siapapun Hj. Abdullah; dia tetap dianggap pengacau & gangguan.
Kadangkala sihir & saka boleh dikeluarkan oleh ahli keluarga sendiri & darah daging sendiri.
Berhati-hati membuat perjanjian dengan jin kerana perjanjian itu boleh diikat mati.
Diplomasi adalah jalan terbaik dalam rawatan.
Berserah diri kepada Allah & zikir jangan dilupa...

Thursday 16 August 2012

Selamat Menyambut AidilFitri , Maaf Zahir & Batin


Firman Allah: “Dan sempurnakanlah ibadah puasa kamu mengikut bilangan hari dalam bulan Ramadhan , dan bertakbirlah (membesarkan Allah) atas 
petunjuk-Nya yang diberikan kepadamu, supaya kamu bersyukur.” 
(AlBaqarah : 185)

3x اللهُ أَكْبَرُ، اللهُ أَكْبَرُ، اللهُ أَكْبَرُ، لآ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَ اللهُ أَكْبَرُ، اللهُ أَكْبَرُ وَلِلَّهِ الْحَمْدُ
اللهُ أَكْبَرُ كَبِيْراً، وَالْحَمْدُ لِلَّهِ كَثِيْراً، وَسُبْحَانَ اللهِ بُكْرَةً وَأَصِيْلاً،
لآ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَلاَ نَعْبُدُ إِلاَّ إِيَّاهُ مُخْلِصِيْنَ لَهُ الْدِّينَ وَلَوْ كَرِهَ الْكَافِرُونَ،
لآ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ، صَدَقَ وَعْدَهُ، وَنَصَرَ عَبْدَهُ، وَأَعَزَّ جُنْدَهُ وَهَزَمَ الْأَحْزاَبَ وَحْدَهُ.
لآ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَ اللهُ أَكْبَرُ، اللهُ أَكْبَرُ وَلِلَّهِ الْحَمْدُ

.... عِيْدُ مُبَارَكْ .. تَقَبَّلَ اللهُ مِنَّا وَمِنْكُمْ


Selamat Menyambut AidilFitri , Maaf Zahir & Batin
Tulus Ikhlas dari Keluarga Besar ISMAK RUQYAH

Pengalaman Rawatan Pertama Ahli Ismak RUqyah (Jin Hasmah)


Alhamdulillah pengalaman berharga daripada Ahli Ismak Ruqyah yang sudi berkongsi pengalaman merawat buat PERTAMA kalinya. 
Email kiriman Saudara Roslan (Nilai,N9)

Pendahuluan

Paparan ini adalah berdasarkan pengalaman pertama merawat selepas mendapat ijazah perawat sehingga peringkat 4. Berkebetulan pesakit adalah kawan kepada anak sulung saya dan selepas diminta oleh anak saya untuk bantuan, saya hanya berikhtiar dengan doa-doa yang dibekalkan oleh guru-guru.

Saya mendapat ilham menulis cerita ini untuk mencatat perjalanan kisah rawatan dengan menyelit sketsa-sketsa kaedah rawatan, ayat-ayat yang mungkin dapat menjadi pedoman keluarga saya juga kepada rakan-rakan perawat yang lain. Melalui kaedah-kaedah yang dipimpin oleh Tuan Guru Utama (TGU) dapatlah saya berkongsi pengetahuan dan pengalaman kepada pembaca yang lain.

Selain berkongsi pengalaman, ada method yang ditunjuk oleh TGU yang dipaparkan disini yang boleh dijadikan sebagai panduan dimasa akan datang.

Nama watak-watak yang ada dalam sketsa ini adalah nama samaran. Jika terdapat persamaan mungkin itu hanya kebetulan.

Saya memohon kemaafan jika terdapat kecacatan dari gaya bahasa, jalan cerita yang mungkin menyinggung perasaan pembaca. Saya hanya insan kerdil yang kailnya panjang sejengkal tidak bermaksud untuk menduga laut yang dalam. Jika sudi, iringilah sekerat doa untuk pesakit yang dirawati ini semoga anak gadis ini mendapat kesembuhan total.

Pada TGU, ucapan berbanyak terima kasih atas kesudian menerima kami sekeluarga sebagai murid. Semoga Allah memberkati usaha murni TGU.

Ikhlas dari:
Ki

                                                            BICARA JIN

EPISOD PERTAMA

Panggilan Telefon

Hari ini masuk hari ke 18 puasa bersamaan dengan Isnin 6 Aug 2012. Saya, isteri dan Aisya berada dalam kenderaan yang dipandu oleh anak kedua saya Omar dalam ke perjalanan ke Masjid Batang Benar untuk mengerjakan Terawikh. Omar memandu MPV dengan perlahan menuju ke simpang `Traffic Light' ke masjid tiba-tiba telefon bimbitnya berdering dan meminta saya menjawab panggilan. `Abah, tolong jawab panggilan kakak, tadi dia cakap kawannya dalam keadaan pelik' sambil menghulur telefonnya kepada saya.

Selepas memberi salam, Sarah anak sulung saya menerangkan yang kawannya bertukar suara garau ketika membaca yassin selepas solat maghrib. Saya melihat jam sekarang menunjukan pukul 8.30 malam. Saya tidak tergesa-gesa untuk melawat rumah sewa Sarah dah bertekad selepas solat tarawikh baru kami memulakan perjalanan ke sana. Omar memperlahan kereta kerana lampu Traffic bertukar merah. Isteri saya yang duduk bersebelahan dengan saya di kerusi belakang saya perhatikan memasang telinga ingin mengetahui apa perbualan anak sulungnya dengan saya.

Mengilai ketika membaca Surah Yassin

`Abah, kawan Sarah, Naila tadi baca Surah Yassin, tiba-tiba bertukar suara menyeramkan’. Sarah memberitahu saya. Saya memberitahu Sarah, hajat saya akan ke rumahnya selepas Tarawikh. Sarah akur dengan keputusan saya. Tiba-tiba Sarah memberitahu, Naila sedang mengilai dan Sarah serta rakan-rakan dalam keadaan takut.

`Omar, sekarang kita terpaksa ke rumah kakak, terus saja perjalanan ke Bangi. Saya memberi arahan kepada Omar anak kedua saya. Terpaksalah saya menukar hajat dari ke masjid terus kerumah sewa Sarah yang terletak di Bangi. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 15 minit dari Pajam.

Membaca Al-Fatihah

Saya masih kurang pasti apakah penyakit yang dihidapi oleh Naila. Itu yang saya jawab ketika ditanyai oleh isteri saya. Berserahlah kepada Allah Subhanahuwataala. Sepanjang perjalanan mulut saya sentiasa membaca Al-Fatihah tidak putus-putus.

Omar mengawal stereng MPV  mengambil selekoh dari Nilai berhampiran Bukit Nilai Utama untuk memasuk PLUS Highway. Didepannya terdapat sebuah lori memandu perlahan mengambil selekoh untuk memasuki highway. Tiba-tiba kami mendapati kenderaan kami terperangkap antara sebuah lori dari arah Seremban memandu agak laju.Terkejut bila Omar merasakan dia diekori rapat dengan lori laju, Omar menekan brek agak mengejut menyebabkan adiknya si Aisya melatah.

`Omar, cuba bawa kereta perlahan sikit’, isteri saya mula berceramah kepada anaknya. Saya juga menyampuk `Omar, biar perlahan asal selamat, ingat kita ni orang islam, kena banyak bersabar’. Omar mengangguk bersetuju dengan saya.

Menuju kerumah Sarah terpaksa melepasi tol Bangi dan dua bulatan. Perjalanan ke rumah Sarah mengambil masa 15 minit dan kami sampai lebih kurang jam 08.45 malam.

Naila menggigil

Sesampai dirumah, Sarah menyambut kami disertai oleh dua orang kawannya Asnida dan Shafiqa. `Assalamualaikum’ isteri saya memberi salam dan kami dipelawa masuk kerumah.Rumah sewa Sarah merupakan teres 2 tingkat. Tingkat bawah dijadi rumah sewa sementara tingkat atas telah ditutup pintu tangga dan diduduki oleh tuan rumah. Rumah teres ni agak terasa kelam, entah mungkin kurang sinar lampu atau hari dah masuk malam.

Mata saya menjeling melihat seorang anak gadis duduk di sejadah dikelilingi oleh dua orang kawan menemaninya. Naila masih dengan kain telekungnya sambil memegang surah Yassin.

Mendengar kedatangan tetamu memberi salam, Naila memaling muka kearah kami dan saya nampak Naila melemparkan senyumannya kearah isteri saya.

`Kenapa Ila, pening ke? Saya memulakan pertanyaan kepadanya.

`Tak da apa-apa pakcik’ jawab Naila.

`Saya ni memang macam ni, ni penyakit saya, kejap lagi ok la tu’. `Pakcik tak payahlah susah susah, saya tak nak menyusahkan pakcik makcik dan anak-anak pakcik’.

`Tak apa, kalau sakit bagitahu, pakcik kena tolong. Kalau dah pukul 2-3 pagi, kalau sakit dengan sapa Ila nak minta tolong’ ujar saya.

`Tak apa pakcik, saya ni kalau saya dah tak ingat..nanti saya maki yang bukan-bukan pada pakcik. Baik tak payah’ katanya.

Saya terus berjalan dan duduk bersila didepan Ila. Melihat saya duduk didepan Ila, anak saya Omar turut merapati Ila. Sementara isteri saya masih berada berhampiran pintu rumah bersama-sama dengan Aisya, Sarah serta kawan-kawan Ila (Asnida dan Shafiqa).Ila saya minta meluruskan kedua kakinya kedepan.

Saya meneruskan zikir dalam hati sambil memerhatikan Ila. Saya perhatikan mata hitam Ila mula berpusing keatas dan badannya mula mengigil.  Badannya ketika ini bergoyang ke kiri dan ke kanan. Diikuti dengan suara yang mendengus-dengus.

Jin berumur 346 tahun

`Siapa ni?’ saya mula cuba berinteraksi dengan makhluk yang masuk kedalam badan Ila.
Jin tidak memberi apa-apa respon. Badannya masih mengigil dan mata hitam Ila hampir tidak kelihatan ditutupi dengan kelopak matanya. Mulutnya terkatup rapat tidak menjawab pertanyaan saya.

Saya dan Omar meneruskan dengan bacaan ayatul Qursi. Selang tidak berapa lama, Ila menjerit-jerit. Saya rasa jeritan Ila terdengar hingga ke rumah sebelah. Rakan-rakan Ila kelihatan cuak melihat perubahan pada Ila.

`Jangan tolong budak ni’. Jin mula bersuara. `Aku sakit hati, kakaknya kawin dengan lelaki yang aku suka. Sekarang aku dah dapat lelaki tu, tapi hati aku geram, aku nak semua keluarganya kena dengan aku’. Jin mula bercerita.

Saya rasa lega kerana jin mula boleh diajak berbicara. Saya tanya siapa dia.
`Hasmah’ katanya.

Pertanyaan seterusnya tentang agamanya.`kafir atau islam agama kau?.
`Kafirrrr…..’jawab jin yang bernama Hasmah.

`Berapa umur engkau’. Bentak saya.
`Aku dah berumur 346 tahun’.

Jin Hasmah ditusuk pedang

Tidak mahu berlengah masa, saya terus minta Jin Hasmah keluar dari badan Ila. `Sekarang aku bagi engkau dua pilihan, samada keluar secara baik atau paksa’. Omar yang berada disisi kiri Ila kelihatan tenang menunggu jawaban dari Jin Hasmah.

Jin Hasmah hanya menggeleng kepalanya tidak mahu bertolenrasi dengan kami.

`Ok, kalau itu pilihan engkau untuk tidak mahu keluar, engkau tunggu dengan kebesaran ayat-ayat Allah.

Saya berniat untuk memasang gerak dengan mulakan dengan bacaan taawuz



Ketika ini saya merasakan tangan saya mengeluarkan senjata pedang dan Saya memulakan menjurus terus ke dada Ila dengan niat menikam Jin Hasmah. Ketika itu kedengaran suara Ila menjerit panjang menandakan Jin Hasmah sakit tersusuk pedang.

Saya meneruskan berdialog dengan Jin Hasmah supaya keluar dari badan Ila. Jin Hasmah masih berdegil.

`Omar, kita bakar dia dengan ayat Qursi’ kata saya. Omar angguk menanda setuju dengan saya. Saya membaca ayatul Qursi dengan lantang berkali-kali. Ketika itu jugalah,Jin Hasmah menjerit-jerit.

Beberapa ketika, saya mula melihat Ila kelihatan letih. Saya menyambung berdialog lagi dengan Jin Hasmah.

`Mahukah engkau keluar’ tanya saya.
Jin Hasmah hanya mengangguk setuju. `kalau engkau setuju, engkau keluar sendiri melalui kaki’ kata saya.

Saya dan Omar melihat Ila menggiling kepalanya memberi isyarat yang saya keliru. Dalam hati saya apakah Jin Hasmah berdolak dalih atau dia tidak tahu jalan keluar.

Kamu tidak tahu jalan keluar?’ tanya saya. Jin Hasmah ketika ini hanya mengangguk. Apabila mendapat kefahaman dari Jin Hasmah, tidak berlengah saya membuat lorong keluar kepada kedua belah kaki Ila. sekarang kamu keluar ikut kaki’ kata saya. Kelihatan badan Ila tersengguk-sengguk dari kepala sehingga ke kaki seolah-olah ada pergerakan dari dada hingga ke kaki. Saya agak lega kerana ini memungkinkan Ila akan pulih seperti sedia kala. Saya perhatikan Ila masih dalam keadaan letih dan saya tidak bercadang untuk meneruskan rawatan kerana melihat badanya yang mungkin tidak boleh menerima kesan dari rawatan ini.

Dalam memikirkan apakah ayat-ayat rawatan seterusnya yang perlu saya bacakan, tiba-tiba saya teringat pesanan guru saya ketika menghadiri kursus Tahap 2 di Rawang tempoh hari. `Kalau untuk rawatan histeria, bacalah surah Fatihah pada tapak tangan 3 kali dan tepuk dibahagian tulang belakang, insyallah jin-jin akan tercabut keluar’ saya membayangkan kata nasihat dari TGU. `Dalam kes histeria, jin-jin baru sahaja masuk kedalam badan dan jin-jin akan berada ditulang belakang sebelum dapat mencari tapak yang sesuai dengan mereka. Baca Al-Fatihah 3 kali dan selesai membaca Al-Fatihah tiuplah ditapak tangan diikuti dengan menepuk di tulang belakang. Insyallah, dengan izin Allah, jin-jin akan keluar’.

Ditipu Jin Hasmah

Saya bergerak menuju kebelakang Ila dengan niat untuk membaca surah Al-Fatihah 3 kali. Dalam hati untuk mengeluarkan sisa-sia jin yang ada dalam badan Ila. Ketika ini Omar juga berada disisi dan saya lihat mata Omar menusuk masuk memerhati tulang belakang Ila. Saya meneruskan pembacaan surah dan tiba-tiba Omar memberitahu saya.

`Abah, cuba tekan belakang tengkuk Ila’.
`Kenapa? Saya bertanya kepada Omar.
`Jin ada kat situ’ jawab Omar.

Tidak berlengah saya terus menggerakan tangan sambil ibu jari kanan saya menekan tulang belakang bahagian atas di antara tulang belikat. Sebaik saya menekan tulang belakang, Ila yang tadi diam membiarkan kami merawatnya terus menjerit nyaring kesakitan. Jeritan Ila memecah kesunyian malam sekali lagi tentu mengganggu jiran sebelah.

Saya terasa telah ditipu oleh Jin Hasmah yang tadi bersetuju untuk keluar untuk dihantar ke Serambi Madinah kini agak terasa tercabar kesabaran. Tidak tertangguh saya menggerak ibu jari kiri saya menekan tulang belakang letaknya diantara buah pinggang. Selepas menekan kedua-dua titik tulang belakang, kini Jin Hasmah bertukar suara menjadi suara lebih halus macam suara kartun doraemon.

Dendam Jin Hasmah

Apabila ditekan kedua titik tersebut, Jin Hasmah kelihatan agak takut dan melompat dalam keadaan berlunjur sambil tangan menolak lantai seperti  Hantu Pocong melompat. Saya terpaksa mengawal badan dan kedua-dua ibu jari supaya tidak terlepas menekat titik sensitif jin tersebut.Ketika ini Jin Hasmah menjerit kesakitan dan pergerakannya mendorong ke dinding. Jin Hasmah menepuk dinding sambil membebel yang dia yang memporak porandakan semua keluarga Ila. Sakit hati Jin Hasmah melihat kakak Ila melangsungkan perkahwinan dengan lelaki idaman hati. Hancur luluh perasaanya melihat lelaki pujaan hatinya memilih orang lain sebagai pasangan hidupnya.

Sakit hati aku bila lelaki tu kawin dengan kakak sibudak ni. Aku dah buat kakak dia bercerai dengan laki dia. Sekarang laki dia dah kawin dengan aku. Puas hati aku. Aku akan buat budak ni (Ila) ini mati. Biar dia rasa’.

Itu lah sebahagian dari cerita Jin Hasmah ini.

Mengeluarkan Jin

Hari semakin merangkak malam. Jam menunjukan hampir pukul 10.  Hati saya agak gusar kerana memikirkan Ila masih dikuasai Jin Hasmah sedangkan saya harus pulang ke rumah segera kerana anak perempuan Ainon saya yang baru berusia 12 tahun tidak ditemani sesiapa dirumah. Dikala itu saya terus membuat keputusan untuk memaksa Jin Hasmah keluar secara elok atau paksa. Kali ini dengan sepenuh tenaga diiringi bacaan ayat yang mana tergerak dihati, saya paculkan kepada jasmani Ila melalui kepala hingga ke hujung kaki. Lagi sekali Ila menjerit panjang kerana kesakitan. Saya lihat Ila seperti bersama-sama saya cuba mengeluarkan makhluk yang ada dalam badannya sambil menahan nafas, dia menghembus nafas yang terakhir keluar.

`Arrggggghhhhh...hah’ jerit Ila seperti satu benda terkeluar dari hujung kakinya.

`Lega pakcik, dah ringan badan saya, terima kasih. Saya banyak menyusahkan pakcik sekeluarga’.

Itulah antara kata-kata Ila yang saya nampak ada perubahan pada fizikal dan tutur katanya berbanding ketika saya mula-mula sampai tadi.

Pada pengiraan saya, untuk sementara ini Ila sudah kembali kepada dirinya dan cepat-cepat saya meminta Ila melafazkan 2 kalimah syahadah diikuti surah 3 Qul.

Saya menghela nafas lega sambil mata mencari dinding untuk tempat bersandar badan.

Siapa Hasmah

Saya agak keliru siapa si Hasmah ini. Adakah dia jin ataukah dia ini manusia bertopengkan syaitan yang mengupah tukang sihir untuk menyihir keseluruhan keluarga Ila. Atau mungkin Jin yang berada dalam badan Ila cuba mengalih pandangan saya atau mengelirukan saya supaya hati saya terlalai. Apa-apa pun samada Hasmah itu jin atau perempuan durjana tidaklah saya peduli. Saya meletakkan diri saya untuk berjihad fisabilillah melawan ancaman iblis, syaitan dan jin.

BERSAMBUNG DI EPISOD KEDUA.

Thursday 2 August 2012

Kursus Intensif Rawatan & pengijazahan Tahap 5


Pendaftaran Dibuka sekarang...

Tempat adalah terhad 


Hanya Pelatih dari Pengijazahan Pertama & keatas di benarkan mengikuti Kursus ini.
(Maaf Kursus ini tidak TERBUKA kepada umum/ Tanpa pengijazahan pertama)
Kursus ini merupakan himpunan keseluruhan KAEDAH perubatan ISMAK RUQYAH (Tersirat & Tersurat), Komprehensif & lengkap dari segi teori & praktikal insyaallah. Ini merupakan PERTAMA kali menghimpunkan segala teknik perubatan yang sebelum ini pembelajarannya adalah berperingkat-peringkat & mengambil masa lama. Kursus ini akan mendedahkan segala isi rahsia sebelum ini adalah rahsia dalam perubatan kami. Kaedah zikir, teroka & tempur , Kaedah penggunaan jari sebagai racun, pengunci, pengikat & pencungkil saka, isim batu & Geliga jin. Teknik latihan pernafasan & sebagainya.Pengijazahan 786 adalah rahsia tersembunyi insyaallah dapat membantu dalam proses perawatan & kekuatan.
Kursus meliputi pembelajaran Rawatan:

Sihir (Pengikat/Bebas)
Saka (Sedar /Tidak Sedar)
Isim (Persilatan / Salah menuntut)
Santau (Angin/Jenis Jin/Makan/Minum/Kasut)
Pengasih (Asyik/Kekasih/Saka)
Lumpuh (Ahmar)
Pagar rumah (Kaedah Kertas/Kaedah Kain / Kaedah Batin)
Amuk (Amukan Isim / Nafs Jin /Gila/Ikatan)
Anak Nakal
Hysteria / Tarik /Sawan


Teknik Pembelajaran:
Tembak (Tanah/Air/api /angin)
Tikam (Bisa Tangan / Tajam Tangan Pedang) Garpu/sudu
Pancung (Pedang/Tangan)
Pindah kampung Jin (Kain / Kertas/ kayu/ batu) Tahap 4>
Pindahkan jin /Sihir /Roh
Korek Barang Sihir- Jarak jauh
Tempur Tukang Sihir
Scan jarak jauh
Scan jarak dekat
Tarikan jarak jauh
TEROWONG JIN
Latihan Zikir Nur 

Pernafasan & Pertahanan
Pengijazahan:
786 (Sila bawa Tasbih elektronik/ manual) (Semua Tahap)
Baju besi (Semua Tahap)
Racun jari Pengikat & pengorek (Semua Tahap)
Bisa Tangan (Tahap 2 shj)
Tajam Tangan (Tahap 2 shj)


PELANTIKAN NAQIB AKAN DIJALANKAN SELEPAS UJIAN TEMPUR / GERAK & TEROKA OLEH USTAZ KAMAL SENDIRI INSYAALLAH.
SEMUA PESERTA DIWAJIBKAN MEMBAWA KAIN PUTIH PENGIJAZAHAN LAMA MASING-MASING.
YURAN: RM200 (TAHAP 3 KE ATAS)




                   
RM230 (TAHAP 1 & 2 SAHAJA)



Yuran termasuk: 
Sijil Tauliah Pengijazahan Perubatan ISMAK RUQYAH-PERAWAT (Tahap 4 keatas)
Sijil Penyertaan Kursus Perubatan ISMAK RUQYAH (Tahap 1-2)
Penginapan 2 hari 1 Malam 
Makan / Minum Pagi /Petang / Malam /T.Malam
Parking Kenderaan
Aktiviti perkelahan / Santai
Penggunaan Dewan Berhawa Dingin
etc.


Sila sahkan penyertaan anda seminggu sebelum tarikh kursus kerana ianya dapat membantu pihak kami dalam penempahan penginapan & makan minum anda. Sila sms nama anda kepada:

0173109949 (Ustaz Kamal)