Peperangan Badar ini amat besar ertinya bagi agama Islam. Andai kata tentera Islam kalah dalam peperangan ini maka tamatlah riwayat orang-orang Islam malah agama Islam itu sendiri. Kemenangan ini juga menguatkan lagi kedudukan Islam di Madinah dan menambahkan keyakinan bahawa mereka adalah pihak yang benar. Mereka telah mula disegani dan ditakuti oleh kabilah-kabilah Arab lain dan digeruni oleh orang Yahudi dan Munafiqin Madinah. Sebaliknya pengaruh orang Quraisy Makkah mula lemah dan merosot. Orang yang ditawan oleh tentera Islam pula, apabila mereka balik ke ke Makkah setelah dilepaskan telah menceritakan kepada sahabat-sahabat dan keluarga tentang kebaikan orang Islam. Cerita ini dengan tidak secara langsung telah memberi pertolongan yang besar kepada perkembangan agama Islam di Makkah. Mereka yang selalunya menerima layanan buruk dari orang Quraisy secara diam telah berhijrah ke Madinah dan memeluk agama Islam. Dengan ini tentera Islam bertambah dar masa ke masa. Perang Badar telah memperkuatkan lagi kepercayaan orang Islam kepada nabi Muhammad S.A.W. dan ajaran Islam. Mereka sanggup berkorban jiwa untuk kepentingan Baginda dan agama Islam
Nama peperangan
|
Tarikh
|
Sebab
|
Jumlah tentera islam
|
Jumlah tentera musyrik
|
Tentera Islam yg terbunuh
|
Tentera musyrik yg terbunuh
|
1. Perang Badar
|
17 Ramadhan, 2 Hijrah
|
Sekatan kafilah dagang Quraisy (misi asal bukan tujuan peperangan)
|
313-314 orang
(70 ekor unta + 2-3 ekor kuda)
|
1,000 orang (700 ekor unta + 100 ekor kuda berperisai)
|
70 terbunuh (antaranya Abu Jahal) + 70 tawanan
| |
2. Perang Uhud
|
Sabtu, 15 Syawal, 3 Hijrah
|
Quraisy ingin menuntut bela atas kekalahan di Badar
|
Lebih kurang 700 orang (100 berbaju perisai + 2 pahlawan berkuda)
|
3,000 pejuang + tentera Ahabisy (200 pahlawan berkuda) + 17 wanita (antaranya Hindun bt ‘Utbah)
|
70 syahid
|
23 terbunuh
|
3. Perang Bani Nadhir
| ||||||
4. Perang Ahzab/ Khandak
|
Syawal, 5 Hijrah
|
Beberapa Bani Nadhir yg diusir mengapi-apikan Quraisy Makkah utk memerangi Rasulullah s.a.w
|
3,000 orang
|
10,000 orang
|
Semuanya lari meninggalkan medan perang
| |
5. Perang Bani Quraizoh
|
Tahun 5 Hijrah, (sebaik selepas Perang Khandak)
|
Rasulullah ingin memastikan tiada lagi pengkhianatan, dan pembelotan dari puak Yahudi sekitar Madinah
|
3,000 orang (36 ekor kuda)
| |||
6. Perang al-Hudaibiyah
|
Zulkaedah, 6 Hijrah
|
Rasulullah dan orang Islam rindu utk menziarahi Baitullah
|
1,500 orang (tanpa senjata)
| |||
7. Perang Khaibar
|
Akhir Muharram, 7 Hijrah
|
Baginda ingin membersihkan saki-baki Yahudi di sekeliling Madinah
|
1,600 pejuang + 200 pahlawan berkuda = 1,800 tentera
|
Kira-kira 10,000 pejuang di dalam kubu
|
15 syahid
|
93 terbunuh
|
8. Perang Mu’tah
|
Jamadil Awal, 8 Hijrah
|
Pembawa utusan, Harith b. Umair al-Azdi dibunuh oleh Raja Basrah, wakil Hercules
|
3,000 orang
| |||
9. Perang al-Fath/ Fath-Makkah
|
Ramadhan, 8 Hijrah
|
Bani Bakar menceroboh Khuzaah (melanggar perjanjian)
|
10,000 orang + beberapa kabilah Arab yg bergabung
| |||
10. Perang Hunain
|
10 Syawal, 8 Hijrah
|
Puak Hawazin dan Thaqif menyerang Makkah bagi mengelakkan puak mereka diserang
|
20,000-30,000 orang
| |||
11. Perang Tabuk
|
Rejab, 9 Hijrah
|
Raja Rom Hercules ingin menyerang Madinah mendengarkan siri kemenangan umat Islam dalam perang-perang sebelumnya
|
30,000 pejuang + 10,000 ekor kuda
|
"Dan
berpeganglah kamu semuanya kepada tali (agama) Allah, dan janganlah kamu
bercerai berai, dan ingatlah akan nikmat Allah kepadamu ketika kamu dahulu
(masa Jahiliah) bermusuh musuhan, maka Allah mempersatukan hatimu, lalu
menjadilah kamu kerana nikmat Allah orang-orang yang bersaudara; dan kamu telah
berada di tepi jurang neraka, lalu Allah menyelamatkan kamu daripadanya.
Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayat-Nya kepadamu, agar kamu mendapat
petunjuk" - Surah ali 'Imran:103
Rahsia Kemenangan Tentera Islam
Sejarah telah
menyaksikan bagaimana 40'000 orang tentera Islam di bawah pimpinan Khalid ibnu
Walid telah berjaya menghancurkan 240'000 tentera Rom di Syria di dalam
Peperangan Yarmouk yang terkenal. Walaupun kerajaan Rom mendatangkan bala
tentera yang berlipat ganda lebih ramai dan peralatan senjata yang jauh lebih
lengkap, namun tentera Islam di dalam keadaan yang paling sederhana masih
berupaya menumpaskan tentera musuh.
Ini adalah salah satu dari deretan peperangan yang pernah dilalui oleh umat
Islam, dan telah menakjubkan pakar-pakar ketenteraan bukan Islam. Mereka kagum
apabila melihat bagaimana umat Islam masih mampu mencapai kemenangan yang
gemilang sedangkan bilangan tentera, kelengkapan senjata dan kekuatan musuh jauh
lebih baik dari apa yang dipunyai oleh tentera Islam. Di manakah letaknya
rahsia kekuatan dan kemenangan ummat Islam?
Kekuatan mereka terbina tidak lain adalah dari sebab kekuatan iman yang ada di
dada-dada mereka di mana mereka bersedia mematuhi apa sahaja yang diajarkan
oleh Allah Taala dan RasulNya. Mereka hanya mengabdikan diri kepada Allah di
mana mereka penuh yakin bahawa kekuatan yang sebenar itu adalah pada Allah
Taala. Mereka menggantungkan sepenuh harapan kepada bantuan dan pertolongan
Allah kerana kepadaNyalah, mereka menyerahkan jiwa raga dan segala urusan
mereka.
Di samping itu umat
Islam tidak pernah lupa bagi melaksanakan perintah Allah Taala bagi membina
kekuatan zahiriah seperti peralatan senjata dan pasukan berkuda yang tangkas.
Firman Allah Taala :
"Dan
siapkanlah untuk menghadapi mereka kekuatan apa saja yang kamu sanggupi dan
dari kuda-kuda yang ditambat untuk berperang (yang dengan persiapan itu) kamu
menggentarkan musuh Allah, musuhmu dan orang-orang selain mereka yang kamu
tidak mengetahuinya; sedang Allah mengetahuinya. Apa saja yang kamu nafkahkan
pada jalan Allah niscaya akan dibalas dengan cukup kepadamu dan kamu tidak akan
dianiaya (dirugikan)" - Surah al Anfal:60
Di zaman Pemerintahan Saidina Umar,
pemimpin tentera Islam, Saad bin Abi Waqqas telah menghantar satu perutusan
yang diketuai oleh Rub‘iy bin Amir untuk menemui Rustam yang menjadi panglima
tentera Parsi. Apabila Panglima Rustam bertanya tentang kedatangan tentera
Islam ke wilayah Parsi, Rub'iy menjawab,
"Allah mengutuskan kami
untuk mengajak sesiapa yang mahu di kalangan kamu daripada mengabdikan diri
terhadap sesama makhluk kepada mengabdikan diri kepada Allah, daripada agama
zalim kepada keadilan Islam dan daripada dunia yang sempit kepada dunia yang
lapang".
Di atas kekuatan aqidah inilah letaknya rahsia kekuatan dan kemenangan tentera
Islam di dalam menyampaikan risalah agama mereka ke serata dunia. Apabila
Saidina Umar mengutuskan tentera Islam untuk menghadapi musuh-musuh Allah,
beliau berpesan kepada Saad bin Abi Waqqas,
"Wahai Saad! Aku
berpesan kepada kamu agar bertaqwa kepada Allah. Sesungguhnya kamu diberi
kemenangan oleh Allah kerana maksiat yang dilakukan oleh musuh. Sekiranya kamu
melakukan maksiat seperti musuh, sedang bilangan kamu tidak sama seperti
mereka, kamu akan dikalahkan oleh musuh. Ketika itu kekuatan zahiriyyah yang
menentukan kemenangan. Hendaklah kamu yakin bahawa kemenangan ini terletak di
atas pertolongan Allah".
Inilah rahsia kekuatan tentera-tentera Islam, termasuk tentera pimpinan Khalid ibnu Walid yang
menggerakkan hanya 40,000 tentera-nya yang bertaqwa dan menumpaskan 240,000 tentera
Rom yang tidak bermoral. Apabila tentera Islam telah berjaya mengalahkan Rom
yang berlipat ganda besarnya sehingga menumbangkan Kerajaan Rom Timur yang
berpusat di Syria, Maharaja Rom menghantar perisik untuk mengintip rahsia
kekuatan umat Islam. Apabila perisik-perisik itu kembali, mereka menerangkan
sifat-sifat tentera Islam, "Di malam hari mereka adalah ahli-ahli
ibadah yang tekun beribadah kepada Tuhan, dan di siang hari mereka menjadi
pahlawan-pahlawan yang gagah berani menegakkan kebenaran yang mereka yakini.
Keadilan adalah syiar mereka, jikalau anak raja mereka mencuri nescaya dipotong
tangannya".
Setelah Maharaja Rom mendengar laporan itu, dengan penuh terharu beliau
berkata,
"Selamat sejahteralah
wahai bumi Syria! Selamat sejahteralah negeri yang tiada harapan untuk kami
berkuasa lagi".
Sesungguhnya generasi yang membina kekuatan iman yang membawa kemenangan Islam
adalah mereka yang berpegang teguh dengan hukum Allah dan hanya menerima
didikan dan pimpinan Rasulullah S.A.W. Mereka tidak mahu menerima sebarang
hukum dan undang-undang yang lain dari apa yang disampaikan oleh Allah dan
RasulNya. Mereka hanya menghayati fahaman dan sistem hidup Islam di dalam
seluruh bentuk kehidupan mereka.
Di atas kekuatan dasar inilah umat Islam menjadi kuasa besar dunia, setelah
mereka berjaya menghancur leburkan Empayar Rom dan Parsi. Kemaraan umat Islam
bagi menyebarkan risalah Ilahi adalah dengan membawa iman yang kental,
pengabdian diri sepenuhnya kepada Allah dan berpegang teguh kepada ajaran
Islam. Inilah punca yang menyebabkan umat Islam tidak dapat dikalahkan oleh
mana-mana kuasa dunia di sepanjang zaman kegemilangan-nya.
Kekuatan
Bani Ummaiyyah
Kuasa
Bani Ummaiyyah berpusat kepada jajahan Byzantian di Syria dan mengekalkan
pegawai tempatan yang bukan muslim sebagai pentadbir. Bani Ummaiyyah turut
memusatkan usaha mereka kearah menguasai Mediterranean dan menakluk
Konstentinopal. Banyak penaklukan dan pembukaan wilayah baru dibuat semasa
pemerintahan Kerajaan Bani Ummaiyyah. Tentera Muslim berjaya menakluk Afrika
Utara dan Iran pada lewat tahun 600-an, mengembangkan empayar
Islam daripada Semenanjung Iberia di barat sehingga India di timur. Tentera Ummaiyyah pimpinan Tariq
ibn Ziyad menyeberangi Selat
Gibraltar dan menubuhkan
pemerintahan di Semenanjung Iberia (Sepanyol) sementara baki tentera
Islam yang lain menubuhkan pemerintahan di Sind, India.
Apabila kita melihat sahaja carta sejarah perang terfikir sejenak.......
bagaimana kekuatan tentera Islam yang terlalu sedikit dapat menewaskan
tentera-tentera Musrikin ? Apakah kekuatan sebenar? Adakah ianya bantuan
daripada Allah swt? @ kekuatan tentera yang begitu mahir bermain pedang dengan
hanya berlatih tidak sampai 2 minggu..? @ berapa lamakah latihan untuk
menjadikan seseorang itu pakar pedang & senjata? Bagaimana strategi
perang berkesan dlam melumpuhkan pergerakan musuh? Adakah Jin Kafir & syaitan
laknatullah membantu perjuangan Musrikin & penentang Islam yang lain?
Persoalan begini sentiasa wujud di hati manusia dengan memikirkan hukum Akal
& bukannya kesan daripada penyelongkaran setiap rahsia Allah swt.
Apakah kekuatan Roh sebenar Pejuang-pejuang Islam terdahulu berbanding sekarang?
1. Apakah zikir
kekuatan perperangan?
2. Amalan
harian pejuang Islam?
3. Bagaimana
bantuan Allah kpd Pejuang Islam?
- Bantuan Malaikat?
- Bantuan Jin-jin Islam?
- Bantuan Pergerakan & kemahiran
berperang?
Semua ini adalah
rahsia Allah swt. Allah sentiasa membantu dalam perjuangan Islam. KajianSejarah
mendalam adalah perlu supaya akan menjadi kekuatan kita dimasa hadapan,
Insyaallah. yakinlah Allah Segalanya, Pengmakbul Permintaan & Doa.
Rapatkan diri kepada Allah insyaallah segala ilmu akan datang sendirinya dengan
keberkatanNYA. Keredhoan Allah dicari supaya hidup sentiasa dibawah RahmatNYA.
Rahsia Kemenangan Tentera Islam
Ini adalah salah satu dari deretan peperangan yang pernah dilalui oleh umat Islam, dan telah menakjubkan pakar-pakar ketenteraan bukan Islam. Mereka kagum apabila melihat bagaimana umat Islam masih mampu mencapai kemenangan yang gemilang sedangkan bilangan tentera, kelengkapan senjata dan kekuatan musuh jauh lebih baik dari apa yang dipunyai oleh tentera Islam. Di manakah letaknya rahsia kekuatan dan kemenangan ummat Islam?
Kekuatan mereka terbina tidak lain adalah dari sebab kekuatan iman yang ada di dada-dada mereka di mana mereka bersedia mematuhi apa sahaja yang diajarkan oleh Allah Taala dan RasulNya. Mereka hanya mengabdikan diri kepada Allah di mana mereka penuh yakin bahawa kekuatan yang sebenar itu adalah pada Allah Taala. Mereka menggantungkan sepenuh harapan kepada bantuan dan pertolongan Allah kerana kepadaNyalah, mereka menyerahkan jiwa raga dan segala urusan mereka.
Di atas kekuatan aqidah inilah letaknya rahsia kekuatan dan kemenangan tentera Islam di dalam menyampaikan risalah agama mereka ke serata dunia. Apabila Saidina Umar mengutuskan tentera Islam untuk menghadapi musuh-musuh Allah, beliau berpesan kepada Saad bin Abi Waqqas,
Inilah rahsia kekuatan tentera-tentera Islam, termasuk tentera pimpinan Khalid ibnu Walid yang menggerakkan hanya 40,000 tentera-nya yang bertaqwa dan menumpaskan 240,000 tentera Rom yang tidak bermoral. Apabila tentera Islam telah berjaya mengalahkan Rom yang berlipat ganda besarnya sehingga menumbangkan Kerajaan Rom Timur yang berpusat di Syria, Maharaja Rom menghantar perisik untuk mengintip rahsia kekuatan umat Islam. Apabila perisik-perisik itu kembali, mereka menerangkan sifat-sifat tentera Islam, "Di malam hari mereka adalah ahli-ahli ibadah yang tekun beribadah kepada Tuhan, dan di siang hari mereka menjadi pahlawan-pahlawan yang gagah berani menegakkan kebenaran yang mereka yakini. Keadilan adalah syiar mereka, jikalau anak raja mereka mencuri nescaya dipotong tangannya".
Setelah Maharaja Rom mendengar laporan itu, dengan penuh terharu beliau berkata,
Sesungguhnya generasi yang membina kekuatan iman yang membawa kemenangan Islam adalah mereka yang berpegang teguh dengan hukum Allah dan hanya menerima didikan dan pimpinan Rasulullah S.A.W. Mereka tidak mahu menerima sebarang hukum dan undang-undang yang lain dari apa yang disampaikan oleh Allah dan RasulNya. Mereka hanya menghayati fahaman dan sistem hidup Islam di dalam seluruh bentuk kehidupan mereka.
Di atas kekuatan dasar inilah umat Islam menjadi kuasa besar dunia, setelah mereka berjaya menghancur leburkan Empayar Rom dan Parsi. Kemaraan umat Islam bagi menyebarkan risalah Ilahi adalah dengan membawa iman yang kental, pengabdian diri sepenuhnya kepada Allah dan berpegang teguh kepada ajaran Islam. Inilah punca yang menyebabkan umat Islam tidak dapat dikalahkan oleh mana-mana kuasa dunia di sepanjang zaman kegemilangan-nya.
Apabila kita melihat sahaja carta sejarah perang terfikir sejenak....... bagaimana kekuatan tentera Islam yang terlalu sedikit dapat menewaskan tentera-tentera Musrikin ? Apakah kekuatan sebenar? Adakah ianya bantuan daripada Allah swt? @ kekuatan tentera yang begitu mahir bermain pedang dengan hanya berlatih tidak sampai 2 minggu..? @ berapa lamakah latihan untuk menjadikan seseorang itu pakar pedang & senjata? Bagaimana strategi perang berkesan dlam melumpuhkan pergerakan musuh? Adakah Jin Kafir & syaitan laknatullah membantu perjuangan Musrikin & penentang Islam yang lain?
Persoalan begini sentiasa wujud di hati manusia dengan memikirkan hukum Akal & bukannya kesan daripada penyelongkaran setiap rahsia Allah swt.
3 comments:
Assalamualaikum.
Boleh nyatakan apa senjata yang digunakan oleh orang Islam pada peperangan dulu?
Contohnye,tombak kan?? Lagi??
Assalamualaikum.
Boleh nyatakan apa senjata yang digunakan oleh orang Islam pada peperangan dulu?
Contohnye,tombak kan?? Lagi??
Busur Pankaj,kuda
Post a Comment