Diploma ir

Diploma ir
Diploma ir

Makam Huruf

 photo mro-2.jpg

Kenangan Tahap 7

 photo tahap7semua_zps18002aaf.jpg
Photobucket

Wednesday 27 June 2012

Kemanisan BerTarekat


Sememangnya, amalan tarekat itu adalah pada asalnya wujudiyah 'kedalaman' kepada ilmu syariat yang diamalkan oleh umat Islam. Tarekat ini adalah satu cabang Ilmu Tasawuh atau Tauhid. Sebahagian besar mengelar ilmu tarekat ini - 'Ilmu Mencari Allah' secara lebih khusus bentuk pencariannya. 

Golongan ini digelar 'Sufi' - 'orang yang membersih diri dari segala noda dan dosa dan cuma memandang akhirat semata-mata' pada ketentuan akhir perjalanan 'mencari'.

Pengeritan tarekat itu sendiri adalah 'IKATAN DIRI' dalam pencaian membersih qalbu. Tarekat ini cuma satu cabang untuk 'membuka pintu ilmu' dalam mencari pembersihan diri sebenar mencari alam 'Makrifat' dan 'Hakikat'.

Setiap tarekat adalah cara sendiri dengan kaedah pendekatan tersendiri yang diolah secara turun termurun dari pengasasnya sejak zaman awal Islam. Barangkali, dalam setiap amalan tarekat itu ada perbezaan antara satu tarekat lain.

Tarekat itu sebenarnya cukup baik untuk diikuti dan diamalkan oleh setiap umat Islam kerana di dalamnya terkandung ilmu yang lebih luas nilai inti ilmu Islamnya, selepas terlalu lama memahami ilmu syariat. hakikatnya, ilmu syariat itu cuma kulit, tetapi sesetengahnya pula mahu mencari isi yang lebih baik dan kelazatannya yang hakiki.

Zaman seawal perkembangan islam di Nusantara, pengembangan Islam bersandarkan tarekat. kelantan yang suatu waktu dahulu terkenal dengan sekolah pondok dari guru-guru tersohor seperti Tok Selehong, Tok kenali, Tuan Tabal, To Bachok, Tok Ali Pulau Pisang dan ramai lagi kesemuanya bersandarkan kepada kelebihan ilmu Tarekat milik mereka.

Di Kelantan yang dikunjungi oleh murid sepenjuru Nusantara kerana ingin mendalami inti ilmu Islam yang banyak terdapat dari guru-guru keramah yang adaldi bumi Kelantan. Tareka Amadiyyah, Satariyyah, Ismailliyyah menjadi panutan utama guru-guru pegasas sekolah pondok.

Begitupun, ilmu 'rahsia' disebalik jubah tarekat itu tidak didedah secara terbuka kepada setiap murid, tetapi cuma ada murid pilihan yang tidak melebihi dari tujuh orang akan diajar secara sulit atau selepas waktu 12 tengah malam sepeti yang dilakukan oleh Tok Kenali, Tuan Tabal, Tok Selehong dan Tok Ali Pulau Pisang.

Ilmu mengenal Sirr disebalik tabir tarekat itu bukan ilmu sebarangan kerana ia bukan ilmu akal, tetapi hakikat kepada ilmu Jiwa. Cara amalannya juga berbeza dari murid-murid biasa dan cabangnya pula tergantung kepada kelebihan "akal dan jiwa' milik individi itu sendiri.

Amalannya pula bukan boleh dibuat sehari dua hingga sudah menampakkan 'kejayaan' sampai boleh bertemu kasyaf para wali, roh wahdah wali, Syeh Abdul Khadir Jalaini atau Nabi Khaidir a.s.

Jika amalan tereka tingkat tinggi ini didedah dan di ajar tanpa memilih 'kematangan murid', inilah yang akan berlaku kecelaruan dan hujung akan bertemu dengan kesesatan yang nyata.

Jalan tarekat ini akhirnya akan menemui dua persimpangan - baik dan buruknya. Jalan zikir dan wirid yang yang dijadikan amalan wajib 'membersih qalbu' dalam setiap tarekat jika tidak diolah secara tertib akan lebih mendekatkan diri kepada hasutan Iblis.

Ajaran pengilmuan dalam semua tarekat tidak ada yang salah, tetapi yang menjadi 'bersalah' adalah cara dan kaedah yang dibawa oleh pengamalnya. Pengikut yang terikat dirinya dalam kelazatan ilmu taabiayah tarekat ini di wajib menenang fikiran dalam beristilah ' bersunyi-sunyi akal dan fikiran', sebab itu adalah yang bertapa mencari gua sunyi dan dingin.

Namun, ia boleh dilakukan didalam bilik di rumah sendiri - jika dirasakan di situ lebih selesa, aman dan nyaman. Justeru itu, Hamzah Fansuri seorang tokoh sufi yang mempersendikan tareka Martabat Tujuh mengatakan - 'Sudah terlalu jauh aku berjalan Mencari Allah - Ke Cina sudah, Ke Mekah sudah, akhirnya aku temui Allah dalam Rumah ku sendiri'.

Maksudnya, Allah itu boleh ditemui dalam rumah kita senidir asalkan kita ikhlas dalam pengamalkan peribadatan tanpa memikirkan soal ganjaran dari Allah s.w.t. jangan kita menghitung pahala dalam setiap amal ibadah kerana ia adalah haram. Yang penting setiap amal itu adalah kewajiban dalam beribadah dengan penuh ikhlas dalam lunasnya.

Bertarekat pula haru solat kerana 'rukud dan sujud' itu adalah wajib untuk mengolah diri merasa rendah diri dan ketakutan jiwa kepada Allah s.w.t maha Pincpta dan maha berKasih Sayang lagi Pemurah untuk mengampun segala dosa-dosa kecil mahupun besar. 

Bertarekat juga diajar untuk berpuasa - agar dapat membersihkan darah-darah kotor yang terhasil dari makanan kotor yang di manakan mungkin dari sumber pendapatan yang tercemar. Hakikatnya untuk mensuci darah agar jantung (qalbu) menjadi lebih sempurna menerima hidayah jiwa.

Seawal tarekat, pengukit ditarbiah dengan ilmu mengenal diri dalam sifat kejadian manusia - mengenal pengertian sifat - TANAH, AIR, API, ANGIN .

Terlalu banyak benih yang indah berlaku, tetapi cukuplah sekadar untuk menghidup keyakinan yang lebih tinggi kepada ke Esaan Allah s.w.t kerana dalam menyebar ilmu indah sudah tentu ada yang menentangnya kerana kita bukan golongan yang hafiz al-Quran, bukan penghafal kitab-kitab yang memboleh manusia itu berijazah, master atau PhD.

Namun, yang penting dalam berilmu tareka sudah ada persefahaman bahawa tidak boleh dikalangan ahli tareka bertengkar soal tarekat siapa yang lebih baik, baik dari Ahmadiayyah, Ismailliyyah, Satariyyah, Muhamadiyyah, mahupun Naqsanbandiyyah. hakikatnya, kita mencari jalan yang serupa tetapi mungkin kaedah dan pendekatan yang sedikit berbeda.

Akhirnya,  masyarakat amnya & pegawai-pegawai agama khasnya - jangan terlalu menunding jari bahawa keilmuan tarekat itu salah dengan begitu mudah. Barangkali adalah lebih baik, di kalangan masyarakat turut mendalami dan merasai alam tarekat biar terasa 'manis airnya, indah rupanya'. Yang bersalah itu manusia , bukan ilmunya.

Ingatlah, dengan membaca ayat-ayat Quran manusia boleh berbuat kebaik dan kejahatan dari ayat-ayat yang diamlkan. Yang salah itu adalah jiwa manusia yang mengabil ilmu bukan kerana keikhlasan diri, tetapi ingin menjadi lebih takbur apabila berilmu. Inilah yang membuat manusia itu sesat yang di gelar - sesat dalam cahaya Ilahi.

Monday 25 June 2012

Pendaftaran Pengijazahan Pelatih/Perawat Sgor/KL Julai 2012


Assalammualaikum,  Pusat Rawatan ISMAK RUQYAH Bandar Country Homes, Rawang akan di tutup secara rasminya pada  1hb July 2012.
Lokasi akan berpindah ke lokasi baru di Bandar Tasik Puteri Rawang  secara rasmi pertengahan bulan Julai, insyallah. Pihak kami akan memaklumkan/update progress pembukaan cawangan baru tersebut melalui FB & Blog.

 Pengijazahan terakhir di Pusat Rawatan Bandar Country Homes Rawang akan dilakukan pada:
__________0__________

29hb. June (Jumaat)
30hb. June 2012 (Sabtu)


Sesi Pengijazahan:

3pm & 9pm (Jumaat)

10am / 3pm / 9pm  (Sabtu)

Yuran: RM150

(sila sediakan kain putih 2 meter)
Sila sms Nama penuh /nama ibu /lokasi /pilih sesi anda, Tarikh

017-3109949

Tarikh Tutup Pendaftaran: 28hb June (Khamis)
* Bergantung kepada kekosongan kerana maksima pengijazahan setiap sesi hanya 5 orang sahaja.
Pengijazahan hanya seorang demi seorang.
Terbuka kepada perawat/ Pesakit @ ahli keluarga yang ingin mendalami ilmu perubatan Islam, mengubati & merawat diri sendiri, Keluarga & masyarakat. 



Kenangan Pengijazahan Kursus Latihan Gerak Tempur Tahap 1 (June 2012)

Berdiri dari kiri: Sharan Jelani, Mohd. Khairul Azmi, Sheh Mhd. Aswadi, Khairi Jonid (Ketua) Zulkfli Harun                           (Penolong), Khairudin Kurdi, TGU Kamal, Mohd Fudlullah,Mohamad Nasrul Arif
Duduk dari Kiri: Khairuddin Kalwawi, Fauzi Zakareya, Md. Yusni Othman,Mohd. Zulhairi, Pilus Ahmad Zabri, Roslan Awang     


Tahniah & Syabas diucapkan kepada Ahli-ahli ISMAK RUQYAH yang hadir untuk sesi Pengijazahan Kursus Latihan Gerak Tempur Tahap 1 (June 2012). Alhamdulillah...



Tuesday 19 June 2012

Pukulan Angin (Nota Pelatih)


Pukulan angin terbentuk apabila pelatih dalam gerak mengumpulkan sejumlah sedutan angin di telapak tangan lalu di terjemahkan ke pukulan dengan niat mencederakan musuh. Latihan demi latihan adalah perlu supaya pukulan ini tidak tersasar @ terpecah sebelum sampai ke destinasi yang di tuju.
Pembentukan putaran angin mengikut pusingan tawaf dengan menjadikan angin itu segumpal seumpama bebola meriam, padat, kuat & berat. Pukulan adalah dalam anggaran 1 tan sahaja (pukulan melebihi 2-5 tan lazimnya dapat dilakukan apabila anda memahami fungsi nafas,tanah, angin & gerak. -Pelatih ke tahap ke 4)

Pukulan angin terbahagi kepada:
  1. Pukulan angin kosong
  2. Pukulan Angin Puting Beliung
  3. Pukulan Angin halilintar
  4. Pukulan Angin Api
  5. Pukulan Api terowong
Setiap pukulan ini adalah perlu dibawah pengawasan Naqib @ Guru Utama sahaja. Latihan-ltihan pukulan hanya dapat di tranformasikan kepada pemahaman apabila anda dalam latihan berkumpulan @ paring training.  Kemahiran permainan angin perlu dilatih sentiasa kerana jin@musuh yang mahir boleh mengubah haluan pukulan angin kepada tuannya sendiri (Patah Balik). Jadi mahirkan diri supaya anda tidak tertewas dengan pukulan anda sendiri. 

Setiap pukulan angin perlu dijadikan minimum 2 lapisan;
lapisan tembakan/racun & lapisan biasa/standby/Pemecah.
Apabila tembakan pertama dilakukan, backup yang kedua menyusul serentak dalam kiraan 1 saat. Apabila pukulan pertama dapat dielak; agak mustahil yang kedua dapat dielak serentak. Maksudnya pukulan kedua perlu dipertajamkan lagi. Pukulan pertama sebagai pemecah perisai@benteng & pukulan kedua sebagai senjata utama memusnahkan musuh. 

Bagaimana pukulan anda menjadi kukuh & kuat?
Setiap gerak anda berserta zikir & kekuatan bersama ayat2 ruqyah. (Yakinlah Allah Maha Pemakbul Doa Anda).  Keyakinan tinggi kepada bantuan Allah.

Sebab Kelemahan Pukulan:
Kurang Keyakinan kepada Allah swt
(Buat bukan kerana Allah)
Riak
Sombong 
Berkepentingan tertentu
Hamba duit /duit sebagai focus
Zikir Lemah

Setiap pelatih perlulah berdoa sentiasa kepada Allah & binalah keyakinan tinggi kepada kuasa Allah swt. Kekuatan kita adalah kekuatan Zikir & Keyakinan kepada  Makbulnya Doa.
Rapatkan diri kepada Allah & buatlah kerana Allah  & bukan kerana berkehendakan ilmu itu.

MAKANAN ROH


 Makanan roh yang baik ialah sembahyang, puasa, zikir, selawat, baca Al Quran, berkorban, berjihad, berdakwah, belajar, berkhidmat kepada masyarakat dan lain-lain kebaikan lagi. Walaupun makanan roh yang baik seperti di atas itu sudah dilakukan, ia tetap tidak mendatangkan ketenangan kerana ia mungkin dilakukan dengan cara yang tidak sempurna dan tidak tepat dengan ilmunya. Atau dilakukan dengan cara yang tidak ikhlas atau tidak dihayati dengan jiwanya. Tentulah ibadah-ibadah tersebut tidak akan memberi kesan kepada jiwa dan fikiran. Jadi, kalau sudah tidak memberi kesan kepada jiwa dan fikiran, tentulah ia juga tidak akan memberi kesan kepada tindakan anggota lahir. Yakni anggota lahir tetap juga jahat. Contoh-contohnya:
  1. Sembahyang tetapi tidak menghayatinya, lalai dan berkhayal sewaktu menunaikannya. Sembahyang begini tidak akan memberi kesan apa-apa pada hati dan fikiran. Bila tidak berkesan pada hati dan fikiran, tentulah ia juga tidak akan berkesan pada anggota lahir.
  2. Rajin baca Al Quran tetapi tidak melaksanakan tuntutan-tuntutan dari ayat-ayat yang dibaca itu, tentulah tidak akan memberi kesan apa-apa kepada hati dan fikiran. Ia tentunya tidak berkesan juga pada anggota lahir.
  3. Selawat, zikir, berjuang, berjihad dan berdakwah tetapi tidak dari hati. Hanya ucapan di lidah sahaja. Tentulah tidak berkesan apa-apa kepada hati dan fikiran. Bila tidak berkesan pada hati dan fikiran, tentulah ia juga tidak berkesan apaapa pada anggota lahir.
  4. Berkorban, bersedekah, lain-lain kebaikan dan kebajikan juga, kalau tersalah cara, tidak tepat dengan ilmunya, tidak dibuat dengan sempurna, bukan kerana Allah, tidak pada tempatnya atau tidak dihayati, maka kesannya tidak akan sampai ke hati dan fikiran. Apabila tidak berkesan di hati dan fikiran, tentulah tidak berkesan juga kepada anggota lahir.
Adapun semua makanan roh yang baik ini walaupun asalnya baik tetapi oleh kerana tidak faham cara, tidak tepat dengan ilmunya, tidak dibuat dengan sempurna, tidak dihayati di hati atau membuat perkara itu tetapi tidak disertai dengan mujahadatun nafsi, maka hasilnya tetap sama dengan orang yang tidak melakukannya. Yakni tidak dapat memberi kekuatan kepada roh (jiwa atau hati).

Kalau begitu roh tetap tidak sihat, lemah jiwa, mudah diserang penyakit hati seperti hasad dengki, sombong, riyak, pemarah, bakhil, dendam dan lain-lain mazmumah lagi. Penyakit- penyakit mazmumah (keji) tetap juga tidak terubat. Sebab itu hati tidak tenang, gelisah dan keluh-kesah.

Roh atau hati juga boleh jadi rosak (jahat) kalau kita campurkan antara membuat perkara yang baik dengan membuat perkara-perkara yang jahat. Walaupun perkara-perkara yang baik itu dibuat tetapi dalam masa yang sama masih melanggar pantang-larang syariat seperti bergaul bebas lelaki dan perempuan, mendedahkan aurat, makan makanan yang haram dan subahat, suka mengumpat, memfitnah orang, gila dunia, gila pangkat dan gila puji, maka tentulah makanan roh yang baik tadi tidak akan memberi kesan.

Kiasannya, macam memakan makanan yang berzat dicampur dengan racun. Kita tentu dapat mengagak apa yang akan terjadi. Tentulah bukan makanan yang berzat yang berperanan tetapi racun itulah yang kuat menjalar cepat dan aktif dalam badan. Akhirnya, merosakkan seluruh urat saraf dan saluran darah serta daging. Badan akan rosak dan sakit-sakit dengan parahnya.

Begitulah juga kalau makanan roh yang baik dicampur dengan makanan roh yang tidak baik. Tentulah makanan roh yang tidak baik itu yang lebih berperanan. Jadi kalau yang hak dan yang batil sama-sama dilakukan, maka yang batil itulah yang akan lebih memberi kesan pada akal, hati serta tindakan lahir.
Oleh kerana itulah Allah berpesan dalam firman-Nya:
surat:2 ayat:85
Maksudnya: “Apakah kamu percaya dengan setengah dari kitab dan ingkar dengan sebahagiannya. Tidak ada balasan orang yang melakukan demikian melainkan hina hidup di dunia.” (Al Baqarah: 85)
Ertinya, kalau perintah suruh Allah (yang hak) dan larangan Allah (yang batil) dibuat serentak samalah dengan orang yang percaya dengan sebahagian dari kitab dan ingkar dengan sebahagian lainnya. Jadi untuk golongan ini, hukuman yang setimpal di atas kedegilan mereka ini ialah Allah hinakan hidup mereka di dunia lagi.
Terhinanya hidup mereka ini berpunca dari sifat-sifat mazmumah yang masih bersarang dalam diri mereka itu seperti sifat pemarah, ujub, sum‘ah, sombong, keras hati, tamak, hasad, dengki, mengumpat, bakhil, gila dunia, gila pangkat, gila puji dan lain-lain mazmumah lagi.

Sifat-sifat jahat (penyakit-penyakit jiwa) inilah yang menjadikan jiwa tidak tenang, gelisah, keluh-kesah dan tidak bahagia serta boleh merosakkan orang lain dan masyarakat. Tetapi manusia kebanyakannya tidak sedar bahawa sifat-sifat mazmumah yang wujud dalam diri mereka itulah yang menjadi punca tidak adanya ketenangan dan kebahagiaan sekalipun dia seorang raja, pemerintah negara, ulama, pemimpin, orang kaya dan sebagainya. Kerana itulah Allah melarang dalam firman-Nya:
surat:2 ayat:42
Maksudnya: “Jangan kamu campurkan yang hak dan yang batil.” (Al Baqarah: 42)
Ertinya, dalam kita berbuat baik, jangan dicampur dengan perbuatan yang jahat atau perintah suruh dibuat, perintah larang juga dilaksanakan.
Kesimpulannya, bila membuat atau melakukan yang baik dan yang jahat sekaligus, yang jahat itulah yang akan lebih berpengaruh dan berkesan dalam kehidupan. Akibatnya, kebaikan itu tidak akan jadi apa-apa atau sia-sia sahaja sebab sudah dirosakkan oleh perbuatan yang jahat itu.



Insyaallah sama-samalah kita muhasabah diri mencari kekuatan roh kita sendiri, dekati Allah & lakukan segala amalan itu kerana Allah. Insyaallah kita akan sentiasa dibawah rahmatNYA .

Sunday 17 June 2012

Pendaftaran Pengijazahan Terakhir & Kursus Latihan Tahab 2


Assalammualaikum, memandangkan Pusat Rawatan ISMAK RUQYAH Rawang akan di tutup secara rasminya pada  1hb July 2012, maka pengijazahan terakhir di Pusat Rawatan Rawang akan dilakukan pada:
__________0__________

23hb. June 2012 (Sabtu)
&
24hb July 2012 (Ahad)

Sesi Pengijazahan:
23hb June 2012 (Sabtu)
10am / 3pm / 9pm

Yuran: RM150
(sila sediakan kain putih 2 meter)
Sila sms Nama penuh /nama ibu /lokasi /pilih sesi anda, Tarikh

017-3109949

__________0___________

Sesi pengijazahan & Kursus Tahab 2
24hb July 2012 (Ahad)

Tentative program:
10am - Pengijazahan (Pelatih baru)
11am- Kursus latihan Tahap 2.
  • latihan Gerak
  • latihan Pukulan
  • latihan Pukulan & tembakan
  • - Tanah /Air/ Api / Angin
  • latihan permainan senjata
  • latihan benteng & pertahanan
  • latihan Tikaman  & Pancungan
  • - bisa tangan & tajam pedang
  • Ujian & Praktikal
  • Penyerahan kembali kain ijazah
Peserta yang LULUS ujian insyaallah akan menerima ijazah senjata-senjata Fisabilillah.
(*Hanya dengan keizinan Allah swt)

Yuran Tahap 2:
RM55 sahaja. (termasuk makan & minum pagi)
sumbangan/makanan sendiri dari tuan2 juga dialu-alukan semasa program dijalankan demi merapatkan ukhwah persahabatan sesama ahli, insyaallah.

*setiap peserta sila bawa bersama baju Tshirt semasa latihan
*Hanya peserta sahaja dibenarkan berada di kawasan latihan, 
  ahli keluarga tidak dibenarkan menyertai @ melihat aktiviti 
  latihan. Harap maklum. 
*Penyertaan dibuka kepada peserta tahap 2 sahaja. Bagi peserta  
  Tahap 3 & 4 sila rujuk naqib & TG secara direct.
* Ahli yang telah diijazahkan dibenarkan membawa peserta 
  baru untuk pengijazahan & sila pastikan syarat2 utama  
  ditepati. 
* Peserta pengijazahan tahap 1 dibenarkan melihat latihan 
  tahap 2 mengikut keizinan Guru Utama sahaja & terhad 
  kepada latihan2 tertentu.

PENYERTAAN ADALAH TERHAD MEMANDANGKAN KELUASAN LOKASI YANG TIDAK MENGIZINKAN.

SILA SMS NAMA ANDA KE:

017-310 9949


TENTATIVE LATIHAN TAHAP 2

1.PENGENALAN
         -Taaruf
        - Perkongsian Pengalaman

2.LANTIKAN KETUA LATIHAN

3.LATIHAN GERAK
-          Perseorangan /Berkumpulan
-          Pembetulan Saraf & Gerak
-          Nafas & Kawalan

4.LATIHAN 1 (Pairing)
-          Permainan Senjata
-          Balingan Jantung & Tangkap
-          Balingan Balas  (Pairing & Individu)

5.LATIHAN 2 (JURUS ANGIN)
-          Zikir 21 Nafas
-          Zikir 33 Nafas
-          Angin Putaran Tawaf (Tembak)
-          Puting Beliung
-          Angin Tahan (Serangan)
-          Tolak & Tarik

6.LATIHAN 3 (Pancung & Tikam)
-          Bisa tangan
-          Tajam Pedang

7.LATIHAN 4 (COUNTER ATTACK)

8.UJIAN (INDIVIDUAL)

9.PENGIJAZAHAN SENJATA

10.PENUTUP


Penutupan , Pengijazahan & Kursus tahab 2


Pengumuman Penting kepada Ahli-ahli ISMAK RUQYAH & Sahabat-sahabat yang mengikuti perkembangan kami sejak dari awal lagi, dukacita dimaklumkan bahawa Pusat Rawatan ISMAK RUQYAH  bertempat di Rawang secara rasminya akan ditutup sepenuhnya  pada:

 1hb July 2012 (Ahad)

Penutupan adalah disebabkan faktor-faktor yang tidak dapat dielakkan. Segala Rawatan, latihan, kursus akan dijalankan sepenuhnya di Pusat Rawatan di  Pulau Pinang & Perak (July 2012) buat sementara waktu. 

Perbincangan & perancangan untuk meneruskan & membuka Pusat rawatan baru di Kl/ Selangor masih dijalankan & diharapkan doa tuan-tuan & puan-puan semoga Allah mempermudahkan segala urusannya nanti, insyaallah.


Pengijazahan  & latihan tahab 2 akan berlansung buat kali terakhirnya pada 30hb June & 1hb  July 2012 di Pusat Rawatan Rawang. Sila rujuk module & tentative program insyaallah.


Thursday 14 June 2012

Peperangan Di dalam Islam.. Rahsia Kekuatan & Kemenangan


Peperangan Badar ini amat besar ertinya bagi agama Islam.  Andai kata tentera Islam kalah dalam peperangan ini maka tamatlah riwayat orang-orang Islam malah agama Islam itu sendiri.  Kemenangan ini juga menguatkan lagi kedudukan Islam di Madinah dan menambahkan keyakinan bahawa mereka adalah pihak yang benar.  Mereka telah mula disegani dan ditakuti oleh kabilah-kabilah Arab lain dan digeruni oleh orang Yahudi dan Munafiqin Madinah.  Sebaliknya pengaruh orang Quraisy Makkah mula lemah dan merosot.  Orang yang ditawan oleh tentera Islam pula, apabila mereka balik ke ke Makkah setelah dilepaskan telah menceritakan kepada sahabat-sahabat dan keluarga tentang kebaikan orang Islam.  Cerita ini dengan tidak secara langsung telah memberi pertolongan yang besar kepada perkembangan agama Islam di Makkah.  Mereka yang selalunya menerima layanan buruk dari orang Quraisy secara diam telah berhijrah ke Madinah dan memeluk agama Islam.  Dengan ini tentera Islam bertambah dar masa ke masa.  Perang Badar telah memperkuatkan lagi kepercayaan orang Islam kepada nabi Muhammad S.A.W. dan ajaran Islam.  Mereka sanggup berkorban jiwa untuk kepentingan Baginda dan agama Islam



Nama peperangan
Tarikh
Sebab
Jumlah tentera islam
Jumlah tentera musyrik
Tentera Islam yg terbunuh
Tentera musyrik yg terbunuh
1. Perang Badar
17 Ramadhan, 2 Hijrah
Sekatan kafilah dagang Quraisy (misi asal bukan tujuan peperangan)
313-314 orang
(70 ekor unta + 2-3 ekor kuda)
1,000 orang (700 ekor unta + 100 ekor kuda berperisai)
70 terbunuh (antaranya Abu Jahal) + 70 tawanan
2. Perang Uhud
Sabtu, 15 Syawal, 3 Hijrah
Quraisy ingin menuntut bela atas kekalahan di Badar
Lebih kurang 700 orang (100 berbaju perisai + 2 pahlawan berkuda)
3,000 pejuang + tentera Ahabisy (200 pahlawan berkuda) + 17 wanita (antaranya Hindun bt ‘Utbah)
70 syahid
23 terbunuh
3. Perang Bani Nadhir
4. Perang Ahzab/ Khandak
Syawal, 5 Hijrah
Beberapa Bani Nadhir yg diusir mengapi-apikan Quraisy Makkah utk memerangi Rasulullah s.a.w
3,000 orang
10,000 orang
Semuanya lari meninggalkan medan perang
5. Perang Bani Quraizoh
Tahun 5 Hijrah, (sebaik selepas Perang Khandak)
Rasulullah ingin memastikan tiada lagi pengkhianatan, dan pembelotan dari puak Yahudi sekitar Madinah
3,000 orang (36 ekor kuda)
6. Perang al-Hudaibiyah
Zulkaedah, 6 Hijrah
Rasulullah dan orang Islam rindu utk menziarahi Baitullah
1,500 orang (tanpa senjata)
7. Perang Khaibar
Akhir Muharram, 7 Hijrah
Baginda ingin membersihkan saki-baki Yahudi di sekeliling Madinah
1,600 pejuang + 200 pahlawan berkuda = 1,800 tentera
Kira-kira 10,000 pejuang di dalam kubu
15 syahid
93 terbunuh
8. Perang Mu’tah
Jamadil Awal, 8 Hijrah
Pembawa utusan, Harith b. Umair al-Azdi dibunuh oleh Raja Basrah, wakil Hercules
3,000 orang
9. Perang al-Fath/ Fath-Makkah
Ramadhan, 8 Hijrah
Bani Bakar menceroboh Khuzaah (melanggar perjanjian)
10,000 orang + beberapa kabilah Arab yg bergabung
10. Perang Hunain
10 Syawal, 8 Hijrah
Puak Hawazin dan Thaqif menyerang Makkah bagi mengelakkan puak mereka diserang
20,000-30,000 orang
11. Perang Tabuk
Rejab, 9 Hijrah
Raja Rom Hercules ingin menyerang Madinah mendengarkan siri kemenangan umat Islam dalam perang-perang sebelumnya
30,000 pejuang + 10,000 ekor kuda








"Dan berpeganglah kamu semuanya kepada tali (agama) Allah, dan janganlah kamu bercerai berai, dan ingatlah akan nikmat Allah kepadamu ketika kamu dahulu (masa Jahiliah) bermusuh musuhan, maka Allah mempersatukan hatimu, lalu menjadilah kamu kerana nikmat Allah orang-orang yang bersaudara; dan kamu telah berada di tepi jurang neraka, lalu Allah menyelamatkan kamu daripadanya. Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayat-Nya kepadamu, agar kamu mendapat petunjuk" - Surah ali 'Imran:103

Rahsia Kemenangan Tentera Islam
Sejarah telah menyaksikan bagaimana 40'000 orang tentera Islam di bawah pimpinan Khalid ibnu Walid telah berjaya menghancurkan 240'000 tentera Rom di Syria di dalam Peperangan Yarmouk yang terkenal. Walaupun kerajaan Rom mendatangkan bala tentera yang berlipat ganda lebih ramai dan peralatan senjata yang jauh lebih lengkap, namun tentera Islam di dalam keadaan yang paling sederhana masih berupaya menumpaskan tentera musuh.

Ini adalah salah satu dari deretan peperangan yang pernah dilalui oleh umat Islam, dan telah menakjubkan pakar-pakar ketenteraan bukan Islam. Mereka kagum apabila melihat bagaimana umat Islam masih mampu mencapai kemenangan yang gemilang sedangkan bilangan tentera, kelengkapan senjata dan kekuatan musuh jauh lebih baik dari apa yang dipunyai oleh tentera Islam. Di manakah letaknya rahsia kekuatan dan kemenangan ummat Islam?

Kekuatan mereka terbina tidak lain adalah dari sebab kekuatan iman yang ada di dada-dada mereka di mana mereka bersedia mematuhi apa sahaja yang diajarkan oleh Allah Taala dan RasulNya. Mereka hanya mengabdikan diri kepada Allah di mana mereka penuh yakin bahawa kekuatan yang sebenar itu adalah pada Allah Taala. Mereka menggantungkan sepenuh harapan kepada bantuan dan pertolongan Allah kerana kepadaNyalah, mereka menyerahkan jiwa raga dan segala urusan mereka.
Di samping itu umat Islam tidak pernah lupa bagi melaksanakan perintah Allah Taala bagi membina kekuatan zahiriah seperti peralatan senjata dan pasukan berkuda yang tangkas. Firman Allah Taala :




"Dan siapkanlah untuk menghadapi mereka kekuatan apa saja yang kamu sanggupi dan dari kuda-kuda yang ditambat untuk berperang (yang dengan persiapan itu) kamu menggentarkan musuh Allah, musuhmu dan orang-orang selain mereka yang kamu tidak mengetahuinya; sedang Allah mengetahuinya. Apa saja yang kamu nafkahkan pada jalan Allah niscaya akan dibalas dengan cukup kepadamu dan kamu tidak akan dianiaya (dirugikan)" - Surah al Anfal:60

Di zaman Pemerintahan Saidina Umar, pemimpin tentera Islam, Saad bin Abi Waqqas telah menghantar satu perutusan yang diketuai oleh Rub‘iy bin Amir untuk menemui Rustam yang menjadi panglima tentera Parsi. Apabila Panglima Rustam bertanya tentang kedatangan tentera Islam ke wilayah Parsi, Rub'iy menjawab, 

"Allah mengutuskan kami untuk mengajak sesiapa yang mahu di kalangan kamu daripada mengabdikan diri terhadap sesama makhluk kepada mengabdikan diri kepada Allah, daripada agama zalim kepada keadilan Islam dan daripada dunia yang sempit kepada dunia yang lapang".

Di atas kekuatan aqidah inilah letaknya rahsia kekuatan dan kemenangan tentera Islam di dalam menyampaikan risalah agama mereka ke serata dunia. Apabila Saidina Umar mengutuskan tentera Islam untuk menghadapi musuh-musuh Allah, beliau berpesan kepada Saad bin Abi Waqqas,

 "Wahai Saad! Aku berpesan kepada kamu agar bertaqwa kepada Allah. Sesungguhnya kamu diberi kemenangan oleh Allah kerana maksiat yang dilakukan oleh musuh. Sekiranya kamu melakukan maksiat seperti musuh, sedang bilangan kamu tidak sama seperti mereka, kamu akan dikalahkan oleh musuh. Ketika itu kekuatan zahiriyyah yang menentukan kemenangan. Hendaklah kamu yakin bahawa kemenangan ini terletak di atas pertolongan Allah".

Inilah rahsia kekuatan tentera-tentera Islam, termasuk tentera pimpinan 
Khalid ibnu Walid yang menggerakkan hanya 40,000 tentera-nya yang bertaqwa dan menumpaskan 240,000 tentera Rom yang tidak bermoral. Apabila tentera Islam telah berjaya mengalahkan Rom yang berlipat ganda besarnya sehingga menumbangkan Kerajaan Rom Timur yang berpusat di Syria, Maharaja Rom menghantar perisik untuk mengintip rahsia kekuatan umat Islam. Apabila perisik-perisik itu kembali, mereka menerangkan sifat-sifat tentera Islam, "Di malam hari mereka adalah ahli-ahli ibadah yang tekun beribadah kepada Tuhan, dan di siang hari mereka menjadi pahlawan-pahlawan yang gagah berani menegakkan kebenaran yang mereka yakini. Keadilan adalah syiar mereka, jikalau anak raja mereka mencuri nescaya dipotong tangannya".

Setelah Maharaja Rom mendengar laporan itu, dengan penuh terharu beliau berkata,
 "Selamat sejahteralah wahai bumi Syria! Selamat sejahteralah negeri yang tiada harapan untuk kami berkuasa lagi".

Sesungguhnya generasi yang membina kekuatan iman yang membawa kemenangan Islam adalah mereka yang berpegang teguh dengan hukum Allah dan hanya menerima didikan dan pimpinan Rasulullah S.A.W. Mereka tidak mahu menerima sebarang hukum dan undang-undang yang lain dari apa yang disampaikan oleh Allah dan RasulNya. Mereka hanya menghayati fahaman dan sistem hidup Islam di dalam seluruh bentuk kehidupan mereka.
Di atas kekuatan dasar inilah umat Islam menjadi kuasa besar dunia, setelah mereka berjaya menghancur leburkan Empayar Rom dan Parsi. Kemaraan umat Islam bagi menyebarkan risalah Ilahi adalah dengan membawa iman yang kental, pengabdian diri sepenuhnya kepada Allah dan berpegang teguh kepada ajaran Islam. Inilah punca yang menyebabkan umat Islam tidak dapat dikalahkan oleh mana-mana kuasa dunia di sepanjang zaman kegemilangan-nya.

Kekuatan Bani Ummaiyyah
Kuasa Bani Ummaiyyah berpusat kepada jajahan Byzantian di Syria dan mengekalkan pegawai tempatan yang bukan muslim sebagai pentadbir. Bani Ummaiyyah turut memusatkan usaha mereka kearah menguasai Mediterranean dan menakluk Konstentinopal. Banyak penaklukan dan pembukaan wilayah baru dibuat semasa pemerintahan Kerajaan Bani Ummaiyyah. Tentera Muslim berjaya menakluk Afrika Utara dan Iran pada lewat tahun 600-an, mengembangkan empayar Islam daripada Semenanjung Iberia di barat sehingga India di timur. Tentera Ummaiyyah pimpinan Tariq ibn Ziyad menyeberangi Selat Gibraltar dan menubuhkan pemerintahan di Semenanjung Iberia (Sepanyol) sementara baki tentera Islam yang lain menubuhkan pemerintahan di SindIndia.

Apabila kita melihat sahaja carta sejarah perang terfikir sejenak....... bagaimana kekuatan tentera Islam yang terlalu sedikit dapat menewaskan tentera-tentera Musrikin ?  Apakah kekuatan sebenar? Adakah ianya bantuan daripada Allah swt? @ kekuatan tentera yang begitu mahir bermain pedang dengan hanya berlatih tidak sampai 2 minggu..? @ berapa lamakah latihan untuk menjadikan seseorang itu pakar  pedang & senjata? Bagaimana strategi perang berkesan dlam melumpuhkan pergerakan musuh? Adakah Jin Kafir & syaitan laknatullah membantu perjuangan Musrikin & penentang Islam yang lain?

Persoalan begini sentiasa wujud di hati manusia dengan memikirkan hukum Akal & bukannya kesan daripada penyelongkaran setiap rahsia Allah swt.

Apakah kekuatan Roh sebenar Pejuang-pejuang Islam terdahulu berbanding sekarang?
1. Apakah zikir  kekuatan perperangan?
 2. Amalan harian pejuang Islam?
3. Bagaimana bantuan Allah kpd Pejuang Islam?
  •  Bantuan Malaikat?
  •  Bantuan Jin-jin Islam?
  •  Bantuan Pergerakan & kemahiran berperang?
Semua ini adalah rahsia Allah swt. Allah sentiasa membantu dalam perjuangan Islam. KajianSejarah mendalam adalah perlu  supaya akan menjadi kekuatan kita dimasa hadapan, Insyaallah.  yakinlah Allah Segalanya, Pengmakbul Permintaan & Doa. Rapatkan diri kepada Allah insyaallah segala ilmu akan datang sendirinya dengan keberkatanNYA. Keredhoan Allah dicari supaya hidup sentiasa dibawah RahmatNYA.