Diploma ir

Diploma ir
Diploma ir

Makam Huruf

 photo mro-2.jpg

Kenangan Tahap 7

 photo tahap7semua_zps18002aaf.jpg
Photobucket

Thursday 15 December 2011

Rawatan Di Perkampungan Jin


Alhamdulillah dengan keizinanNya dapat bersama kita berkongsi pengalaman yang pelik tetapi semuanya berlaku dengan keizinan Allah swt & segalanya kelebihan hanya daripadaNYA.

Di ceritakan disini pada mulanya (13/12/2011) 930pm , hamba yang daif ini berangkat ke rumah seorang kenalan bertujuan mendapatkan cop pengesahan sijil buat bapa mentua & isteri hamba. Berkongsilah pengalaman merawat bersama teman hamba ini dari dalam rumah sehinggalah bersembang di hadapan rumahnya sehingga berlarutan ke 12 malam. Diluar rumah dapat dirasakan ada entity yang memerhati & mendengar perbualan kami tetapi hamba merasakan itu hanyalah sebagai hiasan yang tiada berkaitan dengan hamba & sahabat tadi, melainkan cerita-cerita perubatan yang menyentuh kehidupan jin yang menarik mereka mendengar serta menghalusi segala isi kandungan percakapan kami.

Dipendekan cerita pulanglah & sampailah hamba ke rumah sekitar jam 1215 t.malam, setelah solat hajat maka berlabuhlah tidur... disinilah bermula segala kisah....................

Pengalaman ini bukanlah kali pertama tetapi dah berulang buat kali yang ke 4, dalam keaadaan tidur (pada mulanya disangka mimpi) hamba rasakan berlaku pergerakan pada tangan ditarik ke suatu kampung yang terletak berhampiran kota berdekatan dengan penempatan manusia.datanglah seorang wanita yang tidak dikenali meminta pertolongan menarik jin yang berada ditubuhnya. diceritakan bahawa dia disihir, tanpa berfikir panjang rawatan dimulakan. Ruqyah dibaca & gangguan kelihatan, dengan izin Allah swt tarikan dilakukan melalui kaki kanan pesakit & gangguan terus dihantar ke Serambi Madinah. Disaat inilah wanita yang dirawat tadi berubah wajah & memperkenalkan dia sebagai Jin kafir yang tidak mengganggu manusia yang disihir oleh jin lain.. hamba tersentak & tersedar dari tidur.... dikala inilah hamba dapat rasakan kewujudan makluk lain di sekeliling hamba yang memohon pertolongan. 

Kes ke 2:
Rawatan jin Islam ( Jin Imam) memperkenalkan diri sebagai jin Islam & rawatan dimulakan di kaki tangga sebuah masjid berhampiran dengan tempat rawatan pertama. Imam jin ini disihir oleh jin lain melalui kiriman jin yang digelar manusia sebagai pocong (hanya Allah mengetahui). Tikaman & tarikan berlaku dalam keaadan 100% jaga dari tidur menarik & melepaskan jin pocong ini ke Serambi Madinah. Alhamdulillah berjaya dengan Izin Allah swt.

Kes ke 3:
Seorang lelaki tua menghampiri dipapah oleh Jin-jin lain dalam jasad seperti seorang manusia.. dikatakannya kakinya seperti akar menjalar, tidak dapat bergerak dengan lancar. Setelah di scan terdapat makluk halus lain yang menghuni di kaki jin ini seperti lingkungan akar pokok yang menggenggam erat kaki jin tua ini. Ruqyah diteruskan & tarikan dilakukan & atas keizinanNYA alhamdulillah berjaya. 

Kes 4:
Setelah selesai menghampiri 3 ekor jin dalam bentuk asal tanpa berselindung dengan muka hampir reput seumpama batang pokok yang berkedut yang sukar digambarkan disini..( hanya Allah mengetahui.)
terdapat juga gangguan terhadap mereka.. seperti kes sebelumnya dikumpulkan ketiga-tiga tadi sikeluarkan satu persatu jin yang mengganggu mereka... alhamdulillah berkesan.Jin menawarkan hadiah untuk diberikan sebagai balasan... memandangkan mereka adalah jin maka hamba menolak dengan baik... Inilah kali pertama jin datang dirawat menunjukan wajah asal mereka tanpa rasa segan silu & alhamdulillah Allah memberiku kekuatan dalam mengharungi malam pekat ini.

Setelah itu hamba merasakan tiada lagi jin yang datang memohon pertolongan maka bersegara hamba berwuduk utk solat tahajut & hajat. Semasa berwuduk terasa tarikan kecil berlaku pada baju hamba... setelah selesai berwuduk 3 sahabat jin kafir rupa seperti kes yang ke 4 memohon pertolongan. Untuk mempercepatkan waktu ketiga-tiga kaki kanan jin dikumpulkan setempat & tarikan dilakukan.. alhamdulillah Allah masih memberi keizinannya.. sekali lagi jin-jin ini menawarkan hadiah sebagai balasan.. maka ditolak secara baik sekali lagi...hanya meminta mereka mendoakan kesejahteraan & kemudahan hamba di dunia ini...

Seterusya terus hamba solat Tahajut & hajat menyusul kemudiannya..... Allhamdulillah selang beberapa minit kemudian kedengaran Azan subuh maka Solat seterusnya menyusul..

KESIMPULANNYA:
1. Walau dimana saja Jin sentiasa memerhati manusia & mendengar segala perbualan manusia.

2. Jin juga disihir & suka memohon pertolongan daripada manusia. (Hanya Allah mengetahui sebab  
    musababnya)

3. Keizinan Allah memberikan manusia ilmu untuk merawat melalui batin (tidur) & segala kelebihan itu milik  
    Allah semata-mata & manusia hanya meminjamnya buat seketika.

4. Segala permasalahan perlu berlandaskan Ikhlas, Berusaha & berserah kepada Allah.

5. Kemuliaan & Pujian hanya Milik Allah & manusia tiada apa kelebihan cuma Allah yang meminjamkan.

6. Ujian Allah ini memang berat tetapi apabila dilakukan secara Ikhlas insyallah Allah memudahkannya.

7. Jangan mudah menerima pemberian @ mengharap balasan atas apa yang kita kerjakan, baik dari manusia 
    maupun dari makluk jin. Ini kerana semuanya berlaku dengan izin Allah swt & segala ilmu itu milik Allah.

8. Pada mata manusia  rawatan kepada jin adalah mustahil tetapi segala kejadian telah ditentukanNYA di atas 
    sebab-sebab yang hanya DIA yang Mengetahui.

9. Perkara yang berlaku memohon kita untuk muhasabah diri & mendidik kita supaya menjadi Insan yang     
    tidak cuai & mendidik hati supaya lebih mendekati Allah swt.

10. Allah membuka hati jin walaupun kafir untuk memohon pertolongan daripada manusia. (Allah Maha 
      Berkuasa di atas sekelian makhluknya)

Hamba hanya berkongsi pengalaman yang serba daif ini.. kelebihan hanya milik Allah swt... Dari Allah kita datang & kepadanya kita akan kembali...

Tuesday 13 December 2011

Pelancaran Produk & Packaging Baru

Alhamdulillah, pembungkusan terkini produk
Kasturi Rukyah As-syariah telah selamat dilancarkan.
Semoga dirahmati Allah swt.

Attar Kasturi yang telah diruqyah oleh perawat-perawat ISMAK RUQYAH
sesuai untuk sebarang jenis gangguan Makhluk Halus, Sawan, Lumpuh, Histeria, Aromatherapy untuk
minda, Merawat Stress, Sakit Sendi, rasukan, Penawar Racun & bisa, Merawat Asthma
& Menguatkan Tenaga Dalaman.

Rakan-rakan pengedar dialu-alukan, keuntungan lumayan disamping
dapat meyebarkan sunnah Rasullulah.

Harga sebotol: RM10.00 (tidak termasuk pos)
pos + RM1.00

Sekotak (28 botol): RM168.00 (tidak termasuk pos)
  +RM8.00 POS
PERCUMA: 
BUNTING PROMOSI

2 Haruman: Kasturi Susu & Kasturi Kijang
(boleh campur)


Sila Hubungi@ SMS: 

0173109949
@ email:

heavenland2u@gmail.com






Kasturi Amber / Susu

Kasturi Kijang



Friday 2 December 2011

ISMAK RUQYAH DI SELANGOR AGROFEST 2011



 KASTURI RUQYAH 
(KIJANG & SUSU) RM10.00 -
AGENT RM6.00 (KIJANG) RM6.00 (SUSU)
(pembelian Min 10 botol sahaja)



 AGENT- PERCUMA BUNTING
Pembelian 20 botol ke atas sahaja

 SUSU KAMBING AS-SUNNAH
Susu Kambing +Madu+Kismis+Kurma


HARGA PASARAN: RM28.00
KASTURI KIJANG

KASTURI SUSU


SUSU KAMBING AS-SUNNAH
PATI KASTURI KIJANG


AGENT DIALU-ALUKAN... SILA HUBUNGI: EN.KAMAL 017-310 9949