Diploma ir

Diploma ir
Diploma ir

Makam Huruf

 photo mro-2.jpg

Kenangan Tahap 7

 photo tahap7semua_zps18002aaf.jpg
Photobucket

Thursday 29 September 2011

DOWNLOAD RUQYAH

Click Open pada file &  Left Click untuk save file:


Ayatul Ruqyah

Ayat-Ayat Zikir Sihir

Ayat-Ayat Azab

Semoga dapat dimanfaatkan Masyarakat Islam.

PRODUK ISMAK



"Diceritakan oleh Jumaah bin Abdullah yang disampaikan oleh Marwan yang mendapat berita daripada Ibnu Hashim bahawa Amir bin Saad mendengar bapanya meriwayatkan Rasulullah Sallallahu alaihi Wasallam bersabda : "Sesiapa yang memakan 7 biji tamar ajwah dia akan terkawal daripada kejutan syaitan dan sihir pada hari itu".

Lebah adalah antara nama binatang yang disebut dengan terperinci kerjayanya di dalam al-Quran.Hal ini boleh didapati di dalam al-Quran surah al-Nahl (ayat 65-69). Firman Allah:
  
Dan Tuhanmu mewahyukan kepada lebah: buatlah sarang-sarang di bukit-bukit, di pohon-pohon kayu, dan di tempat-tempat yang dibuat manusia, kemudian makanlah dari tiap-tiap (macam) buah-buahan, dan tempuhlah jalan Tuhanmu yang telah memudahkan (bagimu). dari perut lebah itu, keluarlah minuman(madu) yang bermacam-macam warnanya. Di dalamya terdapat ubat yang boleh mnyembuhkan bagi manusia. sesungguhnya pada yang demikian itu, benar-benar terdapat tanda (kebesaran Tuhan) bagi orang yang memikirkannya.




Dalam perubatan Sihir; makanan Rasulullah saw adalah salah satu yang dibenci oleh Syaitan & Jin.
Makanan yang terdiri daripada Kurma, Kismis, Madu,Harbabatul Sauda & Garam bukit adalah diantara yang paling tidak digemari oleh golongan laknatullah ini.

Melalui pendekatan tersebut pihak ISMAK telah mengeluarkan produk Susu Kambing As-Sunnah berasaskan susu kambing dengan campuran KURMA, KISMIS & MADU bagi menjadi minuman kesihatan buat masyarakat Islam & dalam pada itu menjadi satu racun berbisa bagi jin & syaitan yang berada di dalam badan yang menggunakan saluran darah sebagai laluan utama mengganggu sistem & fungsi badan manusia.

Dengan meminum Susu Kambing As-Sunnah ini insyaallah dengan izinNYA dapt sikit sebanyak melemahkan & memudaratkan Jin di dalam badan. Mengikut kajian  serta R&D Muallij (Perawat) kami, makanan rasullullah saw ini akan mengeraskan & melemah & mematikan fungsi jin di dalam badan. Dengan kata lain dapat memudahkankan perawat untuk mengeluarkan & memaksa jin keluar dari badan manusia . (Dengan izin Allah swt)

Disamping itu Susu Kambing , Kurma, Kismis & Madu ini mempunyai sejarah tersendiri sejak zaman dahulu lagi. Alkisah dimana Maryam hanya memakan buah kurma semasa melahirkan nabi Isa a.s. Buah kurma tidak mengandungi gula yang merbahayakan malah ia merupakan makanan Rasullullah s.a.w. Janganlah risau kerana takut diserang kencing manis, apa yang harus dibuat, hanyalah menjauhkan makanan manis2 yang lain.Buah kurma tidak merbahayakan kesihatan kerana ianya mengandungi banyak khasiat.


Kurma juga ada banyak kelebihan, antaranya:

Kaya dengan zat besi — sangat sesuai dimakan,terutama bagi wanita sedang haid dan orang yang mengalami masalah anemia (kekurangan sel darah merah).

Boleh dimakan pada bila-bila masa kerana ia tidak  mengandungi kolesterol.

Kaya khasiat: Protein (1.8 hingga dua peratus), serat (dua hingga empat peratus), glukosa (50 hingga 57 peratus), Vitamin A dan C, sodium dan potassium.

Kandungan gulanya mudah diserap badan dan memberi tenaga segera apabila berbuka puasa. Berbuka dengan kurma membuatkan kita berasa cepat kenyang dan secara tidak langsung mengelakkan kita makan secara berlebihan.

Kandungan potasium penting untuk sistem saraf yang merangsang daya ingatan, membangkit nafsu kelamin (aprodisiak) dan meningkatkan sistem pertahanan badan khususnya untuk mencegah barah buah dada dan rahim.

Kurma diberikan kepada bayi boleh mengurangkan kesakitan dan kadar degupan jantung.

Kurma juga boleh membantu memudahkan proses bersalin dan mengecutkan rahim kerana ada bahan boleh membantu proses berkenaan, sebagaimana dilakukan Maryam as yang memakan buah kurma selepas melahirkan Nabi Isa as.

1. KURMA

Abu Abdillah a.s. bersabda: “Buah kurma adalah salah satu buah yang berasal dari syurga dan dapat mensirnakan pengaruh sihir”.

Abu Abdillah a.s. bersabda: “Orang yang memakan 7 buah kurma yang baik sebelum sarapan, maka pada hari itu dia tidak akan tertimpa racun, sihir dan tidak diganggu setan”.


Imam Ja’far Ash-Shadiq a.s. bersabda: “Barangsiapa memakan 7 buah kurma yang baik, maka cacing-cacing yang ada di perutnya akan mati”.


Nabi Muhammad SAW bersabda: “Rumah yang tidak ada kurma di dalamnya, akan menyebabkan penghuninya kurang sihat”.


Nabi Muhammad SAW bersabda: “Berilah makanan kurma pada wanita yang hamil sebelum dia melahirkan, sebab yang demikian itu akan menyebabkan anaknya menjadi seorang yang tabah dan bertakwa (bersih hatinya)”.

2. KISMIS

Nabi Muhammad SAW bersabda: “Barangsiapa memakan kismis merah sebanyak 21 biji setiap hari sebelum sarapan pagi, maka dia tidak akan tertimpa penyakit kecuali kematian”.

Imam Ali a.s. bersabda: “Barangsiapa memakan 21 biji kismis merah, maka dia tidak akan melihat pada jasadnya suatu yang tidak disenangi”.


Imam Ali a.s. bersabda: “Kismis dapat menguatkan jantung, menghilangkan penyakit, menghilangkan panas dan memulihkan kesehatan jiwa”.


Pada riwayat lain dari Abi Ja’far At-thusi disebutkan bahwa kismis dapat menghilangkan lendir dan menyehatkan jiwa”.


Nabi Muhammad SAW bersabda: “Biasakanlah memakan kismis karena kismis dapat menghilangkan kepahitan (hempedu/cairan kuning), menghilangkan lendir, menyehatkan badan, membaguskan rupa, menguatkan saraf dan menghilangkan letih”.


3. MADU


Dari Imam Ja’far Ash-Shadiq a.s., beliau bersabda: “Rasul saw sangat menyenangi madu”.


Dari Imam Ja’far Ash-Shadiq a.s., beliau bersabda: “Biasakanlah dirimu memperoleh dua ubat yaitu meminum dan membaca Al-Quran”.


Nabi Muhammad SAW bersabda: “Barangsiapa minum madu setiap bulan dengan niat melakukan nasehat Al-Qur’an, maka Allah SWT akan menyembuhkannya dari 77 penyakit”.


Nabi Muhammad SAW bersabda: “Barangsiapa ingin memiliki hafalan yang kuat hendaklah dia meminum madu”.


Nabi Muhammad SAW bersabda: “Sebaik-baik minuman ialah madu kerana dia dapat mengkonsentrasikan hati dan menghilangkan dingin yang ada di dalam dada”.


Dari Imam Ali a.s. beliau bersabda: “Madu adalah ubat dari segala penyakit tiada penyakit di dalamnya, ia dapat menghilangkan lendir dan membersihkan hati”.


Nabi Muhammad SAW bersabda: “Allah SWt telah meletakan berkah di dalam madu dan menjadikannya sebagai ubat dari rasa nyeri, dan madu telah didoakan oleh 70 Nabi”.


HARGA JUALAN: RM28.00 Sekotak
PEMBELIAN MELEBIHI 10 KOTAK: RM22.00 Sekotak

Agent & Pengedar dialu-alukan. Sila hubungi ISMAK untuk maklumat lanjut.

0173109949 (KAMAL)

Wednesday 28 September 2011

Siapa Kami



Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam. Tuhan yang Maha mengetahui yang ghaib dan yang nyata. Sesungguhnya Dialah yang menguasai sekelian makhluk-Nya daripada golongan jin, malaikat dan manusia serta lain-lain lagi, dan Dia jugalah yang berkuasa ke atas sekalian mereka itu. Dialah yang mengatur dan mentakbir alam ini dan Dialah yang Maha Penentu atas sekelian makhluk-Nya. Selawat dan salam ke atas jungjungan kami Nabi Muhammad SAW beserta keluarga, ahli-ahli bait serta para sahabat baginda serta pengikut sahabat dan ulama-ulama yang menegakkan agama Allah SWT serta yang berhubung dengan mereka itu sehingga kepada Nabi Muhammad SAW. 


Kami merupakan Hamba-hamba Allah swt yang memperjuangkan syiar Islam melalui pendekatan rawatan menggunakan Rukyah daripada Al-Qur'an. Prisip kami hanya ingin membantu masyarakat supaya tidak menyimpang ke arah kesyirikan dalam menerima apa jua sebarang rawatan sihir dan sebagainya. Matlamat kami adalah ingin Berbakti kepada masyarakat, Perangi Sihir & Rela Syahid di jalan Allah. 


Rawatan yang disediakan adalah PERCUMA & segala sumbangan yang diterima hanya untuk penambahbaikan Pusat Rawatan kami & kebajikan masyarakat Islam yang lain. Segala penyembuhan adalah milik Allah swt.. Sebagai manusia kerdil kita hanya mampu BERUSAHA, BERDOA & BERTAWAKAL kepadaNYA


Semoga perjuangan kami ini diterima Allah swt & Allah akan melimpahkan keajaipanNYA dalam perubatan ini, insyaallah. Pihak kami mengalu-alukan sebarang komen membina demi kebaikan bersama, insyaallah. Sila hubungi: 017-310 9949 untuk sebarang keterangan lanjut.

Ayat Amalan Awal

Al-Fatihah
Selawat Tafrijiah
Doa Nabi Sulaiman

Ya Bari

Kaf Ha...

Lauanzalna

Doa Hindar Jin

Selawat Nabi Sulaiman

Selawat dan salam ke atas jungjungan kami Nabi Muhammad SAW beserta keluarga, ahli-ahli bait serta para sahabat baginda serta pengikut sahabat dan ulama-ulama yang menegakkan agama Allah SWT serta yang berhubung dengan mereka itu sehingga kepada Nabi Muhammad SAW.

Berdirinya kami di sini adalah dengan izin Allah swt & kerana Allah kami memperjuangkan syiar Islam menentang segala kemungkaran & kezaliman Makluk-maklukNya di atas muka bumi ini. Kami dengan rela hati membantu masyarakat yang memerlukan pertolongan. Penyembuhan sepenuhnya hanya daripada Allah swt & kami hanyalah askar-askar Allah yang membantu masyarakat dengan menggunakan segala apa yang terkandung di dalam Al-Qur'an & memanfaatkan segala kelebihannya.



TEKNIK PENDEKATAN AHLI ISMAK ADALAH MELALUI:
1. Rukyah Syariah
2. Tempur Batin

RAWATAN MELIBATKAN:
1. SIHIR
2. PEMBUANGAN SAKA
3. PEMBUANGAN ILMU SYIRIK (ISIM)
4. KERASUKAN / HESTIRIA
5. JIN PEMISAH / ASYIK
6. SANTAU / SUSUK
5. LAIN-LAIN BERKAITAN JIN

Rawatan yang dijalankan adalah secara PERCUMA  & kerana Allah swt.
Segala sumbangan @ hadiah adalah untuk pembagunan serta penambahbaikan pusat rawatan ISMAK  itu sendiri.

KURSUS ILMU ISMAK

Pihak ISMAK mengalu-alukan kepada rakan-rakan perubatan, Muallij serta masyarakat yang berminat untuk berkongsi ilmu Allah ini. Kami yang serba daif ini sudi berkongsi segala pengetahuan serta pengalaman bagi meningkatkan syiar Islam & menjauhkan kesesatan di kalangan masyarakat Islam.

Perkongsian ini dijalankan secara informal & bebas tanpa dikenakan sebarang bayaran. Segala ilmu Allah adalah PERCUMA & tidak boleh dijual beli. Pihak ISMAK tidak menjual Ayat-ayat Al-Qur'an & segala ilmu yang ahli kami perolehi daripada Allah swt. Kami hanya ingin berkongsi & harap dapat dimanfaatkan bersama.
Segala kelebihan yang ada adalah anugerah daripada Allah swt .


 Sesiapa sahaja boleh dianugerahkan ilmu ini oleh Allah swt & hanya Allah yang tahu sebab musabab pemberian tersebut. PemberianNya merangkumi Ujian berat kepada penerimanya @ sebagai anugerah kelebihan kepadanya. Yang penting bagaimana ia dapat dimanfaatkan kepada masyarakan Islam umumnya. Kami disini hanya dipertanggungjawapkan untuk membimbing masyarakat supaya taat kepada Allah & berserah serta bertawakal sentiasa kepada Allah yang Esa.

Segala kelebihan hanya bersifat sementara@ pinjaman & boleh ditarik balik diatas kehendakNya tanpa sebarang notis amaran. Tiada amalan khusus @ ayat-ayat power @ mentera-mentera syirik, Perkongsian ilmiah ini hanya melibatkan TEMPUR BATIN  yang merangkumi beberapa keperluan rohani & jasmani.

Sebelum Memulakan segalanya, perkara yang perlu ada pada seseorang Muallij@perawat adalah:

KEIKHLASAN & FI SABILLILLAH
- keihlasan untuk membantu & mengorban diri kejalan  Allah swt. Perasaan Berani Mati dijalan Allah perlu ada disetiap perjuangan merawat.

   "Nyawaku hanya Allah yang pegang.. sekiranya ditakdirkan mati, aku menerimanya dengan rasa syukur (Alhamdulillah)"

- Sanggup menerima segala dugaan Allah & berserah segalanya kepada Allah swt.
- Merawat tanpa mengharapkan NAMA, WANG, KEDUDUKAN & PUJIAN ORANG.
- Sanggup mengorbankan masa, wang ringgit demi Islam.

"Sekali aku membantu manusia 1000 kali Allah membantu aku"


Sesiapa yang ingin berkongsi dapat kiranya menghubungi pihak kami... tiada bayaran dikenakan.. semuanya kerana Allah swt. Anda juga boleh mendaftarkan diri sebagai sahabat kami & sama-sama berjuang di jalan Allah demi menyebarkan syiar Islam, insyaallah...



Dimasa yang sama pihak kami juga akan menghebahkan sebarang Kursus daripada sahabat-sahabat  kami yang menganjurkan Kursus Perubatan Islam yang diiktiraf.

Thursday 22 September 2011

PENGERTIAN RUQYAH



Ruqyah secara biasa adalah jampi-jampi atau mantera. Ruqyah secara syar'i ( Ruqyah Syar'iyah ) adalah jampi-jampi atau mantera yang dibacakan oleh seseorang untuk mengubati penyakit atau menghilangkan gangguan jin atau sihir atau untuk perlindungan dan sebagainya. Dengan hanya menggunakan ayat-ayat Al-Quran dan doa-doa yang bersumber dari hadiths-hadiths Rasulullah SAW yang dapat difahami maknanya selama tidak mengandungi unsur kesyirikan.


Pertama : Ruqyah yang diperbolehkan oleh syari'at Islam iaitu disebut Ruqyah Syar'iyah.
Kedua : Ruqyah yang tidak dibenarkan oleh syari'at Islam, iaitu Ruqyah dengan menggunakan bahasa-bahasa yang tidak difahami maknanya atau Ruqyah yang mengandungi unsur-unsur kesyirikan.



Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda, "Perlihatkan kepadaku ruqyah kalian, dan tidak apa-apa melakukan ruqyah selama tidak ada unsur syirik."
( HR. Muslim )



Para ulama sepakat membolehkan Ruqyah dengan tiga syarat ;


  1. Dengan mempergunakan firman Allah ( ayat-ayat Al-Quran ) atau nama-nama dan sifat-sifat-Nya.
  2. Mempergunakan Bahasa Arab atau bahasa yang dapat difahami maknanya.
  3. Berkeyakinan bahwa zat Ruqyah tidak berpengaruh apa-apa kecuali atas izin Allah SWT.
Tatkala melakukan Ruqyah hendaknya diperhatikan ketentuan berikut ;


  1. Ruqyah tidak mengandungi unsur kesyirikan.
  2. Ruqyah tidak mengandungi unsur sihir.
  3. Ruqyah bukan berasal dari dukun, paranormal, tukan telek dan orang-orang yang segolongan dengan mereka, walaupun secara zahir mereka memakai sarban, jubah dan sebagainya. Kerana bukan penampilan yang menjamin seseorang itu terbebas dari perdukunan, sihir dan kesyirikan.
  4. Ruqyah tidak mempergunakan ungkapan yang tidak bermakna atau tidak difahami maknanya, seperti tulisan abjad atau tulisan yang tidak difahami.
  5. Ruqyah tidak dengan cara yang diharamkan seperti dalam keadaan junub, di kburan, di kamar mandi, di bilik yang gelap dan sebagainya.
  6. Ruqyah tidak mempergunakan ungkapan yang diharamkan, seperti celaan, cacian, laknat dan lain-lainnya.
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT yang tidak menurunkan suatu penyakit kecuali Dia menurunkan juga ubat penawarnya.
Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda, "Setiap penyakit ada ubat penawarnya dan apabila suatu ubat itu sesuai dengan jenis penyakitnya, maka penyakit itu akan sembuh dengan izin Allah." ( HR. Muslim ) Dan yakinlah bahwa tidka ada yang mampu menyembuhkan sesuatu penyakit melainkan hanya Allah SWT. Maka di antara cara yang paling tepatm efektif dan mujarab untuk menghilangkan sesuatu penyakit dan menangkal mara bahaya adalah dengan memfungsikan Al-Quran dan As-Sunnah sebagai pengubatan. Al-Quran telah menjelaskan hal itu secara terang :

Katakanlah, "Al-Quran itu adalah petunjuk dan penawar." ( QS. Fushshilat : 44 )
"Dan kami turunkan dari Al-Quran ( ada ) sesuatu yang menjadi ubat penawar dan menjadi rahmat bagi orang yang beriman." ( QS. Al-Isra' : 82 )


Junjungan kita Nabi Muhammad SAW dan para sahabatnya telah mencontohkan pengubatan dengan mempergunakan Al-Quran dan doa-doa untuk mengubati berbagai macam penyakit, baik disebabkan oleh tukang sihir seperti guna-guna dan lain-lainnya atau disebabkan oleh gangguan jin seperti kerasukan dan penyakit-penyakit aneh lainnya atau terkena gigitan binatang berbisa seperti kala-jengking, ular dan sebagainya. Rasulullah SAW juga mempergunakan ayat-ayat Al-Quran dan doa-doa untuk penjagaan dan perlindungan diri.

Nabi Muhammad SAW meruqyah dirinya sendiri tatkala mau tidur dengan membaca surah Al-Ikhlas, Al-Falaq dan An-Naas lalu beliau tiupkan pada kedua telapak tangannya, kemudian usapkan ke seluruh tubuh terjangkau oleh kedua tangannya. (HR. Al-Bukhari )


Jabir Bin Abdullah r.a. berkata, "Seseorang di antara kami disengat kalajenking. Kemudian Jabir berkata, "Wahai Rasulullah apakah saya boleh meruqyahkannya? Maka beliau bersabda, "Barangsiapa di antara kalian yang sanggup memberikan manfaat kepada saudaranya, maka lakukanlah." ( HR. Muslim )
Aisyah r.a. juga mengatakan, "Rasulullah SAW memerintahkan padaku agar aku minta ruqyah dari pengaruh 'ain ( mata yang dengki )." ( HR. Muslim )


Dari Abu Sa'id Al-Khudhri r.a., Jibril mendatangi Nabi SAW, lalu berkata, "Wahai Muhammad apakah engkau mengeluh rasa sakit?" Beliau menjawab, "Ya!" Kemudian Jibril ( meruqyahnya ), "Bismillahi arqika, min kulli syai'in yu'dzika, min syarri kulli nafsin au 'aini hasidin, Allahu yasyfika, bismillahi arqika"
( "Dengan nam Allah aku meruqyahmu, dari segala hal yang menyakitimu, dan dari kejahatan segala jiwa manusia atau mata pendengki, semoga Allah menyembuhkan kamu, dengan nama Allah saya meruqyahmu") ( HR. Muslim )



Aisyah r.a. berkata, "Biasanya Rasulullah SAW apabila ada seorang yang mengeluh rasa sakit, beliau usap orang tersebut dengan tangan kanannya, kemudian berdoa, "Hilangkanlah penyakit wahai Rabb manusia, sembuhkanlah kerana Engkaulah pemberi penyembuh, tiada kesembuhan selain kesembuhan dari-Mu, kesembuhan yang tiada meninggalkan penyakit." ( HR. Muslim )


Uthman Bin Abil 'Ash r.a. datang menemui Rasulullah SAW mengadukan rasa sakit pada tubuhnya yang dia rasakan semenjak masuk Islam, kemudian Rasulullah SAW berkata, "Letakkan tanganmu pada tempat yang terasa sakit, kemudian bacalah; "Bismillahi" ( dengan menyebut nama Allah ) tiga kali, dan bacalah; "A'uzu billahi wa qudrotihi min syarri ma ajidu wa uhadziru" ( aku berlindung dengan Allah dan dengan qudrat-Nya dari kejahatan yang aku dapati dan yang aku hindari ) tujuh kali." ( HR. Muslim ) 

MUALIJ & CARA PERUBATAN





SIFAT-SIFAT YANG HARUS ADA BAGI ORANG YANG AKAN MELAKUKAN PENGUBATAN
  1. Harus beraqidah dengan aqidah generasi Salaf yang soleh, iaitu yang benar, bersih dan jernih.
  2. Harus merealisasian tauhid yang murni, baik dalam ucapan mahupun dalam perbuatan.
  3. Harus berkeyakinan bahawa firman Allah sangat berpengaruh untuk menghalau jin dan syaitan.
  4. Harus mengetahui hal ehwal jin dan syaitan.
  5. Harus mengetahui tempat-tempat pintu masuk jin dan syaitan ke dalam diri manusia.
  6. Seorang Mu'aliij ( perawat ) sebaiknya orang yang sudah menikah.
  7. Harus menjauhi hal-hal yang diharamkan, kerana dengan perkara yang haram tersebut syaitan menyerang manusia.
  8. Harus mengerjakan dan melaksanakan berbagai macam ketaatan kepada Allah dan Rasul-Nya, kerana amal tersebut akan dapat mengalahkan syaitan.
  9. Harus sentiasa mengingat Allah Yang Maha Agung, berzikir kepada-Nya, kerana zikir adalah merupakan benteng yang sangat kukuh dalam menghadapi syaitan yang terkutuk. Semuanya ini tidak akan dapat dilaksanakan jika tanpa mengetahui berbagai macam zikir dan doa harian sebagaimana yang diajarkan oleh Rasulullah S.A.W. serta sentiasa mengamalkannya, seperti doa masuk rumah dan masjid, doa keluar dari rumah dan masjid, doa waktu mendengar suara ayam berkokok, doa ketika mendengar suara keldai, doa pada waktu melihat bulan purnama, doa waktu naik kenderaan dan sebagainya.
  10. Harus sentiasa memagar diri dengan cara mendekatkan diri kepada Allah.
Secara umum semakin dekat seseorang kepada Allah, maka akan semakin jauh dari syaitan bahkan akan semakin kuat menghadapinya. Ketahuilah, jika anda mampu menghadapi ( mengendalikan ) diri anda, maka anda akan lebih mampu menghadapi syaitan yang lainnya. Akan tetapi jika anda tidak mampu menghadapi ( mengedalikan ) diri anda dan syaitan anda maka anda tidak akan mampu menghadapi lainnya.
Firman Allah di dalam Al-Quran Surah An-Nahl dari ayat 99 hingga ayat 100.


Sesungguhnya syaitan itu tidak mempunyai sebarang pengaruh terhadap orang-orang yang beriman dan yang berserah bulat-bulat kepada Tuhan mereka. ( 99 )
Sesungguhnya pengaruh syaitan itu hanyalah terhadap orang-orang yang menjadikan dia peminpin mereka dan orang-orang yang dengan sebab hasutannya melakukan syirik kepada Allah. ( 100 ) 




Apa anda harus tahu sebelum menjalani rawatan ruqyah. ( Persiapan Untuk Pesakit )
  1. Sebaiknya di ruang tamu atau ruang yang luas,
  2. Ruang harus bebas dari barang barang yang boleh jadi halangan (meja, kursi, barang perhiasan diketepikan).
  3. Keluarkan atau mengetepi kan apa apa barangan perkhiasan seperti patung dan lukisan berbentuk manusia atau binatang buas.
  4. Menurunkan, keluarkan dan mengetepi apa apa barang yang boleh dianggap syirik (wafaq, azimat, tangkal dan sebagainya... jangan di buang dulu) - Perawat anda boleh memberi nasihat kalau barang barang tersebut dibolehkan atau tidak mengikut hukum islam dan juga boleh membantu untuk menghapuskan atau buangkan barang barang tersebut untuk anda.
  5. Siapkan beberapa botol air. Boleh menggunakan sebarang air... air paip, air mineral, air perigi, air reverse osmosis dan sebagainya. Lebih baik kalau airnya tidak 'dimasak' ( gunakan air hidup ).

Untuk kaum lelaki
  1. BerWudhu'.
  2. Memakai pakaian menutup aurat (seluar panjang, track pants dan sebagainya).
  3. Menanggalkan kesemua barang kemas yang dibuat oleh emas mera/kuning jika memakainya.
Untuk kaum wanita
  1. BerWudhu'(sebaiknya wanita yang dirawat bebas dari haid).
  2. Memakai pakaian menutup aurat (menutup semua kecuali muka)
  3. Sekiranya pesawat memakai baju seperti baju kurung atau kain panjang, hendaklah dia mamakai seluar panjang di dalam kainnya. Juga di nasihat untuk memakai stokin.
  4. Wajib!!! Kaum wanita yang memerlukan rawatan harus disampingi oleh seorang lelaki muhrim ( beberapa perawat tidak akan merawat wanita tanpa adanya muhrim kecuali sewaktu kecemasan )
Untuk sesiapa yang hadir sewaktu rawatan ( keluarga, saudara, teman)
  1. Sebaiknya semua menutup aurat (lelaki ataupun wanita). Sekiranya ada yang keberatan untuk menutup aurat seperti dinasihatkan, si perawat berhak untuk menasihati untuk tidak hadir di ruang yang sama (duduk didalam bilik tidur atau dapur dan tidak dapat dilihat si perawat).
  2. Sebaiknya berduduk diam dan jangan berbual bual sewaktu rawatan kecuali ditanya perawat untuk mendapatkan matlumat atau seandainya ada sesuatu penting yang hendak diberitahu ke perawat.
  3. Di nasihati untuk menolong perawat jika diminta bantuan, seperti memegang pesakit sewaktu diracau dan sebagainya.
  4. Janganlah khuatir atau takut sekiranya pesakit berkelakuan 'aneh' atau 'menyeramkan'.
  5. Jangan sesekali "wa'sangka" yang pesakit itu di bikin orang yang dikenali sekiranya itulah tujuan syaitan untuk bermusuh musuhkan diantara manusia.
  6. Jangan sesekali menanya "siapa yang hantar", "siapa yang buat" sekiranya itu tidak penting dan tidak juga membawa hasil.
Selepas akhir rawatan
  1. Si perawat akan memberi keterangan mengenai rawatan tadi.
  2. Si perawat akan memberi nasihat tentang rawatan selanjutnya jika perlu.
  3. Si perawat akan memberi nasihat tentang benteng diri dan hukum hukum yang patut di amalkan.
  4. Si perawat akan membacakan ayat ayat ruqyah pada air yang disiapkan tadi.
  5. Bertanyalah kepada si perawat apa apa yang ingin dijelaskan.
Rawatan/Membersihkan Rumah
  1. Si perawat akan menjalankan pembersihan/rawatan rumah jika perlu/mohon.
  2. Sila menyimpan apa apa barang kemas yang berharga.
  3. Sila menyimpan apa barang barang intim/peribadi dan jangan tinggalkan tersangkut atau bersipah dan boleh dilihat perawat.
  4. Sebaiknya berkemas bilik bilik sebelum rawatan tersebut.
  5. Iringi lah si perawat sewaktu dia merawat bilik bilik anda.
Insyallah matlumat diatas boleh menjadi suatu penerangan yang boleh membawa manfaat kepada semua.

AL-KAUSAR


AL KAUSAR: SEMPENA NAMA SUNGAI DI DALAM SYURGA

Sewaktu Israk dan Mikraj, Rasulullah s.a.w. pernah melihat sungai yang dinamakan Al-Kausar. Sungai ini dilingkari oleh bukit-bukit yang terdiri dari permata-permata dan tanahnya dari wewangian yang paling wangi. Tepian sungai ini terdiri dari emas sedangkan anak-anak batunya dari mutiara.
Barangsiapa meminum air dari Al-Kausar ini walau hanya satu kali sahaja, dia tidak merasa haus untuk selama-lamanya.
 Di dalam keterangan-keterangan lain disebutkan bahawa di syurga ada sungai-sungai seperti Al-Kausar dan Al-Firdaus.
Tentang Al-Kausar:

Anas r.a. ada bercerita bahawa Rasulullah s.a.w. tidur di atas tikar jerami, tiba-tiba sambil mengangkat kepalanya Baginda tersenyum. Anas bertanya: "Mengapa engkau tertawa ya Rasulullah?" Baginda menjawab: "Ayat yang diturunkan kepadaku tadi (yang bermaksud):
Sesungguhnya Kami telah memberikan kepadamu nikmat yang banyak (Al-Kausar), maka dirikanlah solat kerana Tuhanmu; dan berkorbanlah. Sesungguhnya orang-orang yang membenci kamu dialah yang terputus. (Al-Kausar: 1-2-3).
Kemudian Baginda bertanya: "Adakah engkau tahu apa itu Al-Kausar?" Anas menjawab: "Allah dan RasulNya yang lebih tahu." Lalu Rasul menerangkan: "Al-Kausar itu satu sungai yang dijanjikan kepadaku oleh Allah, pada sungai itu banyak kebajikan. Di atasnya sebuah kolam (Al-Haudi) yang akan datang umatku kepadanya. Bejananya banyak sebanyak bintang-bintang di langit." (Riwayat Muslim).
Seterusnya Imam At-Termizi meriwayatkan, Nabi bersabda: "Bahawa masing-masing nabi itu mempunyai kolam. Mereka ini bangga membanggakan manakah yang lebih banyak orang datang. Dan aku mengharap, bahawa adalah aku yang terbanyak orang datang."
Mendengar tentang banyaknya kenikmatan yang terdapat pada Al-Kausar ini, tentu banyak di antara kita yang berharap untuk dapat menjadi golongan orang-orang yang dapat datang ke tempat tersebut.

Agar harapan ini menjadi nyata, hendaklah kita berusaha mencari keredhaan Allah dalam kehidupan ini dari segala segi.

SIAPA ITU JIN?
Jin adalah nama jenis, bentuk tunggalnya adalah Jiniy ( dalam bahasa arab dahulu kala, dan Genie dalam bahasa Inggeris ) yang ertinya "yang tersembunyi" atau "yang tertutup" atau "yang tak terlihat". Hal itulah yang memungkinkan kita mengaitkannya dengan sifat yang umum "alam tersembunyi", sekalipun akidah Islam memaksudkannya dengan makhluk-makhluk berakal, berkehendak, sedar dan punya kewajipan, berjasad halus and hidup bersama-sama kita di bumi ini. Dalam sebuah hadith dari Abu Tha'labah yang bermaksud : "Jin itu ada tiga jenis iaitu : Jenis yang mempunyai sayap dan terbang di udara, Jenis ular dan jengking dan Jenis yang menetap dan berpindah-pindah."
AWAL PENCIPTAAN JIN
Allah S.W.T. menciptakan jin sebelum menciptakan manusia, dengan selisih waktu yang lama bila dikiaskan pada manusia mahupun jin sendiri. Allah S.W.T. berfirman ( maksudnya ) : "Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dari tanah liat kering ( yang berasal ) dari lumpur hitam yang diberi bentuk. Dan Kami telah menciptakan jin, sebelum itu dari api yang sangat panas. ( Surah Al-Hijr: 26-27 ).
BAGAIMANA JIN DAN SYAITAN HIDUP
Jin adalah makhluk yang sangat banyak sekali penduduknya, boleh dikatakan sama bilangan penduduk bumi sebanyak 5 bilion. Jarang ada suatu tempat di bumi ini yang tidak diduduki oleh jin, baik di daratan, lautan mahupun udara. Dunia mereka seperti dunia kita : Ada negara, kerajaan, berbagai bangsa & kabilah, penguasa dan rakyat jerata. Agama mereka pun tidak berbeza dengan agama manusia. Diantara mereka, alhamdulillah, ada yang Muslim dan memperoleh hidayah dari Allah S.W.T. Yang lain, beragama Masehi, Hindu, Buddha, penyembah berhala dan penganut ajaran komunis.
 TEMPAT TINGGAL JIN
Makhluk jin lebih mengutamakan untuk tinggal di tempat-tempat yang sunyi dan sepi dari manusia seperti di padang pasir. Ada yang tinggal di tempat-tempat kotor seperti di tempat pembuangan sampah kerana mereka memakan makanan lebihan manusia.Ada juga mereka yang tinggal bersama manusia iaitu di dalam rumah. Abu Bakar bin Ubaid meriwayatkan: "Pada setiap rumah kaum muslimin ada jin Islam yang tinggal di atapnya, setiap kali makanan diletakkan, maka mereka turun dan makan bersama penghuni rumah."
Jin juga menjadikan tandas sebagai tempat tinggalnya. Rasullullah s.a.w. telah bersabda: "Sesungguhnya pada tiap-tiap tempat pembuangan kotoran ada didatangi jin, kerana itu bila salah seorang kamu datang ke tandas maka hendaklah ia mengucapkan doa: " Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepadamu dari jin lelaki dan perempuan" (HR. Abu Dawud)

 Jin juga sangat suka tinggal di lubang-lubang. Oleh kerana itu dalam sebuah hadis dijelaskan yang maksudnya: "Janganlah kamu kencing dilubang." (HR. An-Nas'i)


KUMPULAN-KUMPULAN JIN
Jin juga seperti manusia yang inginkan nama dan keturunan dan hidup berpuak-puak. Puak dan kumpulan jin terlalu banyak dan bercakap dalam berbagai-bagai loghat dan bahasa. Ada sesetengah ulama membahagikan Jin kepada beberapa kumpulan, antaranya ialah :-
  • Kumpulan yang menunggu kubur
  • Kumpulan yang menunggu gua
  • Kumpulan yang menunggu mayat
  • Kumpulan yang menunggu air mata air
  • Kumpulan yang menunggu tasek, kolam, telok, kuala, pulau dan sebagainya.
PEMIMPIN-PEMINPIN JIN
Jin juga mempunyai pemimpin dan kerajaannya tersendiri. Antaranya ialah :-
  • Raja Jin Alam bawah yang kafir ialah seperti Mazhab, Marrah, Ahmar, Burkhan, Syamhurash, Zubai'ah dan Maimon.
  • Empat Raja Jin Ifrit ( Jin yang paling jahat ) yang mempunyai kerajaan yang besar yang menjadi menteri kepada Nabi Allah Sulaiman a.s. ialah seperti Thamrith, Munaliq, Hadlabaajin dan Shughal.
  • Raja Jin Alam atas yang Islam pula ialah Rukiyaail, Jibriyaail, Samsamaali, Mikiyaail, Sarifiyaali, 'Ainyaail dan Kasfiyaail.
  • Raja Jin yang menguasai segala Jin tersebut bernama THOTHAMGHI YAM TA LI. Manakala Malaikat yang mengawal kesemua Jin-Jin di atas bernama Maithotorun yang bergelar QUTBUL JALALAH.
JENIS-JENIS JIN
  1. Iblis bapa dan pujaan kepada semua jenis Jin, Iblis dan Syaitan.
  2. Asy-Syaitan - Syaitan-Syaitan
  3. Al-Maraddah - Peragu-peragu ( was-was )
  4. Al-Afrit - Penipu-penipu
  5. Al-A'waan - Pelayan-pelayan
  6. Al-Tayaaruun - Penerbang-penerbang
  7. Al-Ghawwaasuun - Penyelam-penyelam
  8. At-Tawaabi - Pengikut-pengikut ( pengekor )
  9. Al-Qurana - Pengawan-pengawan
  10. Al-Ummaar - Pemakmur.
ANAK2 IBLIS YANG MEMPUNYAI KERAJAAN YANG BESAR
  1. Thubar - Merasuk manusia yang ditimpa musibah dan bala.
  2. Daasim - Merasuk manusia untuk menceraikan ikatan siratulrahim, rumahtangga, keluarga sahabat-handai, jemaah dan sebagainya.
  3. Al-'Awar - Merasuk manusia supaya meruntuhkan akhlak, berzina, minum arak, liwat, berjudi dan sebagainya.
  4. Zalanbuur - Merasuk manusia dengan api permusuhan dan pembunuhan.
GELARAN-GELARAN JIN DALAM ISTILAH ORANG MELAYU
Jin menurut orang-orang Melayu mempunyai beberapa nama dan gelaran menurut perwatakan dan rupa bentuk penjelmaan mereka. Kebanyakan nama Jin-Jin itu dimulai dengan hantu. Hantu-hantu tersebut sebenarnya adalah terdiri daripada golongan Jin, cuma di kalangan orang Melayu, menganggap hantu itu adalah makhluk yang berbeza daripada Jin. Antara Jin-Jin yang popular di kalangan masyarakat Melayu ialah :-
  • (a.) - Hantu Raya
  • (b.) - Hantu Toyol
  • (c.) - Hantu Pelesit
  • (d.) - Hantu Kubur
  • (e.) - Hantu Jerangkung
  • (f.) - Hantu Galah
  • (g.) - Hantu bungkus
  • (h.) - Hantu Bidai
  • (i.) - Harimau Jadian
  • (j.) - Hantu Pontianak
  • (k.) - Hantu Langsuir
  • (l.) - Hantu Air
  • (m.) - Hantu Pari
  • (n.) - Hantu Laut
  • (o.) - Jin Tanah
  • (p.) - Hantu Pochong
  • (q.) - Hantu Pari-Pari
  • (r.) - Jembalang Tanah
  • (s.) - Hantu Polong
  • (t.) - Harimau Penanggal
  • (u.) - Hantu Bukit
  • (v.) - Hantu Punjut
  • (w.) - Hantu Bawah Tangga
  • (x.) - Hantu Kum-Kum
  • (y.) - Hantu Mati Dibunuh
  • (z.) - Hantu Kopek ( Tetek )
  • (zz) - Hantu Tengelong
MUKHANNATS ADALAH ANAK JIN ATAU SYAITAN
Ketahuilah, apabila seorang lelaki mencampuri isterinya ketika sedang haid, maka syaitan mendahuluinya. Ketika si isteri hamil dan melahirkan, maka yang lahir itu adalah al-mukhannats, iaitu anak-anak jin. Nuthfahnya akan rosak, bahkan boleh membuat si lelaki dan perempuan itu menderita penyakit. Sesungguhnya Allah s.w.t. melarang kita untuk mencampuri isteri-isteri kita yang sedang haid. Barangsiapa melakukan itu, dialah yang bertanggungjawab terhadap akibatnya, dan lebih dari itu dia pulalah yang akan menerima akibatnya jika dari hubungan tersebut lahir mukhannats. Rasanya, itu adalah balasan yang setimpal belaka.

Pengenalan

Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam. Tuhan yang Maha mengetahui yang ghaib dan yang nyata. Sesungguhnya Dialah yang menguasai sekelian makhluk-Nya daripada golongan jin, malaikat dan manusia serta lain-lain lagi, dan Dia jugalah yang berkuasa ke atas sekalian mereka itu. Dialah yang mengatur dan mentakbir alam ini dan Dialah yang Maha Penentu atas sekelian makhluk-Nya.

Selawat dan salam ke atas jungjungan kami Nabi Muhammad SAW beserta keluarga, ahli-ahli bait serta para sahabat baginda serta pengikut sahabat dan ulama-ulama yang menegakkan agama Allah SWT serta yang berhubung dengan mereka itu sehingga kepada Nabi Muhammad SAW. Amma Ba'du.

Sihir dan kerasukan jin merupakan kenyataan yang terjadi di tengah masyarakat. Namun yang menjadi masalah adalah tindakkan pengubatan yang sering dilakukan oleh sebahagian besar masyarakat ketika menghadapi hal ini, sehingga tidak kurang yang kemudian pergi ke dukun-dukun yang dianggap memiliki kekuasaan tertentu untuk diminta megubatinya, padahal hampir semua dukun tersebut tidak terlepas dari melakukan kemusyrikan dalam melakukan pengubatan. Sementara itu Islam melarang kita berubat dengan sesuatu yang haram apalagi mengandungi kemusyrikan.

Sabda Nabi saw :

"Sesungguhnya Allah telah menurunkan penyakit dan juga ubat; dan telah menjadikan ubat bagi tiap-tiap penyakit. Kerana itu, hendaklah kalian berubat tetapi janganlah berubat dengan yang haram." ( H.S.R. Tarmizii )

Degan rasa syukur yang tidak terhingga berkat hidayah dan taufik serta petunjuk-Nya, kami telah membina lelaman ini dengan harapan agar umat Islam tidak terjerumus pada amalan sihir atau menangkal dan mengubati sihir dengan cara yang tidak dibenarkan Syari'at Islam. Semoga lelaman ini dapat membebaskan dan memahamkan masyarakat dari kemusyrikan berkaitan dengan masalah ini dan bertambah keyakinan kita terhadap Allah dalam rangka iman kepada yang ghaib.

Kelebihan dan kebesaran ayat-ayat suci Al-Quran dan doa yang diajar oleh Rasulullah SAW yang terkandung di dalam lelaman ini tentu sekali tidak dapat dipertikaikan jika dibandingkan dengan azimat dan tangkal. Oleh sebab itu kita wajib mengutamakan kedua-duanya, Al-Quran dan Sunnah, dalam amalan seharian kita.

Rasulullah SAW telah mengajar doa untuk memenuhi segala hajat dan keperluan samada duniawi atau ukhrawi. Begitu juga telah menjadi amalan para alim-ulama untuk membaca ayat-ayat tertentu untuk memenuhi hajat mereka. Ayat-ayat Al-Quran dan Doa Rasulullah SAW ini dapat memberi perlindungan dan pengubatan dari gangguan jin, syaitan dan sihir.

Suatu perkara yang sangat penting dalam mengamalkan ayat-ayat Al-Quran dan Doa Rasulullah SAW ialah anda harus membacanya dengan penuh tawajjuh ( menumpukan sepenuh perhatian kepada Allah SWT ). Sejauh mana seseorang mempunyai keimanan dan keyakinan terhadap Allah SWT sejauh itulah amalan ini akan memberi manfaat. Tidak syak lagi bahwa nama-nama Allah SWT dan kalimat-kalimat-Nya mengandungi terlalu banyak berkah dan manfaat. Bagi perawat pula, mulailah rawatan dengan niat hati ikhlas kerana Allah SWT dengan penuh harapan mendapat bantuan dan pertolongan dari-Nya.

Kami memohon kepada Allah SWT, semoga lelaman ini bermanfaat bagi kami dan mereka yang kebenaran. Allah SWT Maha berkuasa atas segalanya. Sesungguhnya Allah SWT Maha Mendengar lagi Maha Mengabulkan doa. Semoga Allah perkenan mengurniakan keikhlasan dalam semua perkataan dan perbuatan kita, dalam semua gerak dan diam kita. Amin.

"Ya Allah, kepada-Mu lah kami memohon hidayah, taufik, pertolongan dan perlindungan. Ya Allah, kami berlindung kepada-Mu dari menyekutukan-Mu dengan sesuatu yang kami ketahui dan kami memohon keampunan dari apa yang tidak kami ketahui. Ya Allah! Kurniakanlah kami fahaman para nabi dan hafalan para rasul serta mendapat ilham para malaikat yang hampir dengan-Mu juga kurniakanlah kami kesihatan wahai Yang Amat Mengasihani. Selawat dan salam semoga dilimpahkan kepada hamba-Mu dan Rasul-Mu, Muhammad SAW, serta keluarga dan para sahabatnya."

Daripada Hamba yang lemah dan penuh kekurangan,

Yang Ikhlas,