Diploma ir

Diploma ir
Diploma ir

Makam Huruf

 photo mro-2.jpg

Kenangan Tahap 7

 photo tahap7semua_zps18002aaf.jpg
Photobucket

Wednesday, 12 October 2011

Keris dalam perubatan...???

 Di dalam perubatan ISMAK pihak kami tidak menggunakan keris@Senjata fizikal sebagai medium di dalam perubatan.  Keris merupakan satu tinggalan warisan Nusantara yang mempunyai nilai-nilai tertentu mengikut kepada peminatnya.

Penggunaan keris di dalam perubatan Islam tidak digalakkan kerana ianya sikit sebanyak mendorong segelintir masyarakat  ke arah kesyirikan kepada Allah swt.  Kepercayaan bahawa keris mempunyai kuasa ghaib masih ketara dikalangan masyarakat Islam. Dikala itu pihak kami mengambil keputusan tidak menggunakan keris sebagai medium perubatan kami.

Tidak dapat dinafikan bahawa besi mempunyai kekuatan tersendiri yang menjadi rahsia Allah swt, keris yang diperbuat daripada bahan asli besi yang ditempa oleh penukang-penukang keris yang berpengalaman menjadikan keris tersebut sesuatu yang menarik kepada manusia & juga JIN-JIN yang berhampirannya.
Mengikut pengalaman perubatan kami, jin gemar tinggal di dalam keris kerana ianya akan menjadikan mereka bertambah kuat. Kekuatan ini datangnya daripada hasil pemujaan tuan punya keris itu sendiri. Jin yang berada di dalam keris selalunya lebih sombong dari jin yang berada@bertapak di dalam badan manusia.

Jin di dalam keris lazimnya dikenali sebagai jin SAKA yang terdiri daripada JIN-JIN dikalangan PANGLIMA( pada pandangan golongan JIN). Sombong, Bongkak & tak makan saman adalah antara sifat jin ini. Sekiranya keris yang pernah digunakan di dalam pertempuran darah & di pegang oleh panglima-panglima Melayu Nusantara maka jin lebih besar berada di dalam keris tersebut. Lazimnya hanya terdapat 1 jin di dalam 1 keris. Jin ini bersifat hamba ketuanan yang hanya berbakti kepada pemilik keris tersebut & ahli keluarganya. Jin ini tidak terikat di  dalam keris tetapi bersifat touch n go diantara pemilik keris, ahli keluarga & persekitaran hubungan pemilik keris sahaja. (*Tetapi tidak semua keris mengandungi jin.- Harap maklum)

Pemujaan keris setiap malam Jumaat masih berluasa di kalangan masyarakat Melayu Nusantara, ianya menjadi sebagai satu rutin minggu kepada penggemar tegarnya. makin dipuja semakin tinggi bongkaknya & semakin tegar keintimannya kepada pemiliknya. Balutan kain kuning, hitam, hijau @ merah menunjukan taraf sesuatu jin tersebut. Pada pandangan ISMAK itu hanya zahirnya sahaja yang tidak menimbulkan sebarang ketakutan@ layanan istimewa dari kami.

Symptom Jin Keris kepada PEMILIK & AHLI KELUARGANYA:
 *Merasa diri seperti selalu diperhatikan & dilindungi
*Mimpi bersilat, menjadi raja, panglima, harimau
*Merasai pergerakan anggota badan tanpa kawalan ketika sedar @ tidur.
*Seronok bila dapat sentuh keris, rasa macam terus nak bersilat.
*Kerap mimpi keris terbang
*Nampak kelibat tertentu sekitar keris@ kawasan keris disimpan.
*Ketika memegang keris, merasa seram dan bila ditarik nafas terasa sesuatu menyerap ke dalam badan.
*Sukar tidur
*Kerap mendengar keris bergerak @ merasai keris berpindah tempat dari ri keris)


CARA PENGESANAN JIN DIDALAM KERIS:
1. Rendam keris di dalam Air Ruqyah@ Air Yassin
    (Kesan nyata: Air berubah warna, terdapat buih-buih keluar di dalam
     rendaman tersebut)

2. Baca Al-Fatihah 7 kali. ayatul Kursi 7 kali. ditiup pada telapak tangan
    kanan & kiri, ambil keris ,mengadap kiblat &  genggam keris tersebut
    dimana tangan kanan dihadapan & tangan kiri dibelakang dimana mata
    keris mengadap kiblat.. tarik nafas panjang-panjang.
   (Kesan Nyata: Tangan anda akan menggigil, terasa pergerakan di dalam
    badan@ pada keris... mata keris akan berputar jauh dari kiblat
    @ terasa ingin melepaskan genggaman keris@ merasa tangan
    sangat panas)

3. Apabila anda ada niat nak buat pekara/kaedah diatas, tiba-tiba anda
    membatalkan niat tersebut walaupun dicuba berkali-kali.

"TERSURAT LAGI TERSIRAT , RAHSIA DIDALAM RAHSIA"

0 comments:

Post a Comment