Memusnahkan Sihir Pengikat
Sering kali sewaktu rawatan pihak Ismak Ruqyah bertemu sihir jenis pengikat.. biasanya jin-jin sihir akan diikat disekitar dada untuk Lelaki & belakang@kemaluan buat wanita. kadang kala jin diikat di pangkal lidah.Kesukaran adalah rawatan pada wanita apabila hendak dikeluarkan makluk halus ini. Disini Ismak Ruqyah ingin kongsikan teknik berkesan insyaallah:
Teknik 1:
- Pangggil Ketua Jin@ cari ketua jin . Sekiranya gagal hadir; gunakan teknik Selawat Tafrijiah & doa Tahiyat Awal mencari lokasi persembunyiannya.
- Apabila lokasi dikenal pasti doa pada Allah swt pohon pinjamkan kita gunting @ pisau dari neraka Allah.
- Dengan kalimah Bismillahirohmanirohim, maka pemotongan dilakukan dari kepala hingga ke kaki. (tahan nafas sewaktu pemotongan dilakukan, dikuatiri jin akan terus meresap ke tangan perawat & memasuki tubuh perawat pula) Zikirullah perlu sentiasa di hati supa perawat tidak leka..insyaallah.
- Dengan menggunakan Yasin:9 maka tarikan dilakukan dengan menggunakan kain. (sebelum itu arahan perlu diberikan kepada Jin-jin di dalam tubuh supaya berkumpul di hujung kaki kiri & kanan.)
- Tarikan dilakukan dengan Takbir... Allahuakbar...
- Lakukan beberapa kali supa tiada yang tertinggal. (kecuali pasakan paku sahaja yg sukar dilakukan dengan teknik ini)
Teknik 2 (Teroka Batin)
- Hanya pada yang mahir sahaja. # Resiko tinggi tapi insyaallah lebih berkesan supaya sihir tidak akan berulang. (tiada singnal baru boleh dihantar)
- Selawat Tafrijiah & Doa iftitah
- Teknik pemecah Alam dilakukan
- Zikirullah & penerokaan di dalam badan pesakit dijalankan, dibawa bersama senjata pemusnah)pastikan pendinding anda kuat & baju besi anda diikat rapi.
- Apabila bertemu Ketua jin.. potong kakinya dahulu & cabutkan tangan kanannya.
- Cari punca ikatan (tempat permulaan ikatan) & buka berserta yasin:9 supaya terbuka kemas tanpa meninggalkan kesan. Cabut & dibakar ikatan itu.
- Sekiranya ikatan berupa paku maka kumpulkan ibu paku dahulu @ tarik tali bersama paku perlahan.
- Sekiranya Paku tunggal pula pastikan anda mencabut menggunakan tangan kerana anda perlu korek paku itu sampai ke dasarnya kerana dikuaturi paku itu telah dipotong 2. (Tukang sihir Pandai)
- Selepas tarikan dilakukan, tutup kawasan luka kembali dengan Yassin:9.
- Setelah selesai, keluar dengan baca Al-Fatihah....
Sihir pengikat amat sukar diubati sekiranya masih ada kesan@ ikatan @ pakuan yang masih kekal di dalam badan. Ini kerana walaupun jin sudah tiada di dalam badan tetapi signal@ point penghantaran masih boleh digunakan. Tukang sihir hanya perlu seru kembali & di hantar pada tempat yang sama sekali lagi.Maka perlulah kita keluarkan tanpa meninggalkan sebarang kesan. Insyaallah..
Kesembuhan Hanya Milik Allah & kepada Allah kita Berserah.....
3 comments:
APA yg awak tulis mmg betol LA.tak dak ka cara lain utk halang depa htaq sihir
Tak ada cara lain ke
Post a Comment