Diploma ir

Diploma ir
Diploma ir

Makam Huruf

 photo mro-2.jpg

Kenangan Tahap 7

 photo tahap7semua_zps18002aaf.jpg
Photobucket

Thursday, 7 June 2012

Rahsia Pukulan Batin & Kunci


Assalammualaikum wbt, alhamdulillah dapat berkongsi sedikit sebanyak ilmu yang daif ini untuk tatapan sahabat-sahabat ISMAK RUQYAH. Sementara menunggu pelatih yang datang untuk pengijazahan, insyaallah dapat dikongsikan seberapa yang boleh, insyaallah.


Apabila berdepan dengan kerasukan kronik seperti bersilat @ menggunakan bentuk serangan kekerasan, lazimnya ruqyah sahaja tidak memberi kesan maksima kepada pesakit. Hanya kesan minima dirasakan dan ianya akan mendatangkan gerun, putus asa & tidak keruan ahli keluarga mangsa & muallij (perawat) sendiri.

Diantara sebab terjadi demikian adalah disebabkan:

  1. Jin ini dibela oleh tukang sihir Islam
  2. Pernah @ biasa mendengar ayat-ayat ruqyah & al-Quran
  3. Kekebalan dengan ilmunya (ilmu kebal)
  4. Jin pekak
  5. Jin dilindungi tukang sihir
  6. Jin berlapis-lapis
Kaedah sesuai untuk menentang jin jenis ini adalah melalui tempur batin; menggunakan ruqyah sebagai medium & pukulan batin sebagai kekuatan serta pengumpulan angin sebagai peluru tembakan.

Teknik  pertama:
Dengan menggunakan teknik Tahiyyat, anda mencari lokasi penempatan jin di dalam badan pesakit melalui jarak jauh. Setelah menjumpai maka kuncikan lokasi jin menggunakan Yassin:9 @ ayatul qursi.

Angin dikumpulkan di telapak tangan dengan tarikan batin, Ayat ruqyah Al-Furqan:23 ditiup di telapak tangan & tembakan ke lokasi /rumah jin di tubuh badan manusia yang telah dikunci tadi. Lazimnya dengan keyakinan kepada Allah jin tersebut akan lemah & terluka/cedera.

Setelah yakin aura jin@kekuatan jin telah menurun maka anda mulakan diplomasi psychology memujuk untuk serah diri & keluar dari badan pesakit. Insyaallah jin yang lemah akan patuh keluar apabila dirinya tercedera.

 Tetapi sekiranya anda berdepan jin panglima, anda akan berdepan masalah yang sukar, iaitu jin sanggup mati dari menyerah diri. Maka serangan berterusan & pukulan perlu diteruskan tanpa jemu sehingga jin menyerah diri. Kekuatan yang perlu anda ada ialah: TIDAK BERPUTUS ASA... YAKIN ALLAH AKAN MEMBANTU, INSYAALLAH.

Kadang kala jin memakai perisai besi; maka segala tembakan anda tadi boleh dianggap buang masa sahaja. Sekiranya dalam cubaan pertama anda gagal memecahkan badan jin mungkin anda perlu scan kelebihan jin tersebut. Perkara pertama yang perlu anda perlu fikir adalah memecahkan perisainya dengan pukulan 1 tan berserta  Al-Hasyr:21-24 & Al-Furqan:23. Insyaallah kali ini serang kakinya & dibahagian tengkoknya. Tambahan lagi dengan selawat tafrijiah dikumpulkan di dalam mulut ditiup seperti tiupan straw ke saluran pernafasan pesakit sambil mengarahkannya menyedut bacaan tadi.. niatkan didalam hati supaya selawat tadi menjadi racun kepada jin. Apabila anda melihat pesakit telah menyedut, terus anda mulakan pukulan ke saluran pernafasan & rusuk kiri pesakit. Insyaallah saraf jin akan hancur.

Insyaallah,sekadar berkongsi ilmu yang serba daif ini. Semoga memberi manfaat...

15 comments:

mohon izin utk menggunakan ilmu di atas. syukran.

Mohon izin amal dan gunakan ilmu di atas.

salam ustaz, boleh ka saya guna kaedah yg ustaz terangkan diatas.. ka perlu di ijazahkan?

Assalamualaikum

Mohon izin amal dan ijazah..terima kasih ustaz

pesakit tak merasuk..mcm mana nak bagi pesakit merasuk..sebab kalau tak merasuk sukar nak azab jin tersebut sebab x jelas

Mohon izin mengamalkan kaedah ini..

Mohon izin tuan untuk mengamalkan kaedah ini dan menyebarkan untuk kebaikannya.

mohon izin untuk mengamalkan kaedah ini

mohon keizinan dan halalkan ilmu ini.

Mohon izin untuk saya mengamalkannya tuan

Mohon izin dan halalkan.

Mohon ijazahkan utk amalan diri..T.kasih Ustaz..

Mohon izin utk mengamalkannya terima-kasih

Post a Comment