Diploma ir

Diploma ir
Diploma ir

Makam Huruf

 photo mro-2.jpg

Kenangan Tahap 7

 photo tahap7semua_zps18002aaf.jpg
Photobucket

Thursday, 22 September 2011

Pengenalan

Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam. Tuhan yang Maha mengetahui yang ghaib dan yang nyata. Sesungguhnya Dialah yang menguasai sekelian makhluk-Nya daripada golongan jin, malaikat dan manusia serta lain-lain lagi, dan Dia jugalah yang berkuasa ke atas sekalian mereka itu. Dialah yang mengatur dan mentakbir alam ini dan Dialah yang Maha Penentu atas sekelian makhluk-Nya.

Selawat dan salam ke atas jungjungan kami Nabi Muhammad SAW beserta keluarga, ahli-ahli bait serta para sahabat baginda serta pengikut sahabat dan ulama-ulama yang menegakkan agama Allah SWT serta yang berhubung dengan mereka itu sehingga kepada Nabi Muhammad SAW. Amma Ba'du.

Sihir dan kerasukan jin merupakan kenyataan yang terjadi di tengah masyarakat. Namun yang menjadi masalah adalah tindakkan pengubatan yang sering dilakukan oleh sebahagian besar masyarakat ketika menghadapi hal ini, sehingga tidak kurang yang kemudian pergi ke dukun-dukun yang dianggap memiliki kekuasaan tertentu untuk diminta megubatinya, padahal hampir semua dukun tersebut tidak terlepas dari melakukan kemusyrikan dalam melakukan pengubatan. Sementara itu Islam melarang kita berubat dengan sesuatu yang haram apalagi mengandungi kemusyrikan.

Sabda Nabi saw :

"Sesungguhnya Allah telah menurunkan penyakit dan juga ubat; dan telah menjadikan ubat bagi tiap-tiap penyakit. Kerana itu, hendaklah kalian berubat tetapi janganlah berubat dengan yang haram." ( H.S.R. Tarmizii )

Degan rasa syukur yang tidak terhingga berkat hidayah dan taufik serta petunjuk-Nya, kami telah membina lelaman ini dengan harapan agar umat Islam tidak terjerumus pada amalan sihir atau menangkal dan mengubati sihir dengan cara yang tidak dibenarkan Syari'at Islam. Semoga lelaman ini dapat membebaskan dan memahamkan masyarakat dari kemusyrikan berkaitan dengan masalah ini dan bertambah keyakinan kita terhadap Allah dalam rangka iman kepada yang ghaib.

Kelebihan dan kebesaran ayat-ayat suci Al-Quran dan doa yang diajar oleh Rasulullah SAW yang terkandung di dalam lelaman ini tentu sekali tidak dapat dipertikaikan jika dibandingkan dengan azimat dan tangkal. Oleh sebab itu kita wajib mengutamakan kedua-duanya, Al-Quran dan Sunnah, dalam amalan seharian kita.

Rasulullah SAW telah mengajar doa untuk memenuhi segala hajat dan keperluan samada duniawi atau ukhrawi. Begitu juga telah menjadi amalan para alim-ulama untuk membaca ayat-ayat tertentu untuk memenuhi hajat mereka. Ayat-ayat Al-Quran dan Doa Rasulullah SAW ini dapat memberi perlindungan dan pengubatan dari gangguan jin, syaitan dan sihir.

Suatu perkara yang sangat penting dalam mengamalkan ayat-ayat Al-Quran dan Doa Rasulullah SAW ialah anda harus membacanya dengan penuh tawajjuh ( menumpukan sepenuh perhatian kepada Allah SWT ). Sejauh mana seseorang mempunyai keimanan dan keyakinan terhadap Allah SWT sejauh itulah amalan ini akan memberi manfaat. Tidak syak lagi bahwa nama-nama Allah SWT dan kalimat-kalimat-Nya mengandungi terlalu banyak berkah dan manfaat. Bagi perawat pula, mulailah rawatan dengan niat hati ikhlas kerana Allah SWT dengan penuh harapan mendapat bantuan dan pertolongan dari-Nya.

Kami memohon kepada Allah SWT, semoga lelaman ini bermanfaat bagi kami dan mereka yang kebenaran. Allah SWT Maha berkuasa atas segalanya. Sesungguhnya Allah SWT Maha Mendengar lagi Maha Mengabulkan doa. Semoga Allah perkenan mengurniakan keikhlasan dalam semua perkataan dan perbuatan kita, dalam semua gerak dan diam kita. Amin.

"Ya Allah, kepada-Mu lah kami memohon hidayah, taufik, pertolongan dan perlindungan. Ya Allah, kami berlindung kepada-Mu dari menyekutukan-Mu dengan sesuatu yang kami ketahui dan kami memohon keampunan dari apa yang tidak kami ketahui. Ya Allah! Kurniakanlah kami fahaman para nabi dan hafalan para rasul serta mendapat ilham para malaikat yang hampir dengan-Mu juga kurniakanlah kami kesihatan wahai Yang Amat Mengasihani. Selawat dan salam semoga dilimpahkan kepada hamba-Mu dan Rasul-Mu, Muhammad SAW, serta keluarga dan para sahabatnya."

Daripada Hamba yang lemah dan penuh kekurangan,

Yang Ikhlas,

0 comments:

Post a Comment