Diploma ir

Diploma ir
Diploma ir

Makam Huruf

 photo mro-2.jpg

Kenangan Tahap 7

 photo tahap7semua_zps18002aaf.jpg
Photobucket

Saturday, 22 October 2011

Scan Terowong & Kunci Melalui Air Ruqyah

Disini ingin kami kongsikan salah satu kaedah bagaimana hendak scan  & kunci jin yang berada di dalam badan melalui kaedah Air ruqyah. Air ruqyah (Air yang di bacakan Ayat-ayat Al-qur'an & doa-doa) mempunyai kekuatan tersendiri yang tersirat dari pengetahuan manusia. Tekniknya amat berkesan seperti satu mesin xray yang boleh menembusi setiap urat saraf, tulang & bahagian-bahagian yang mustahil untuk dilihat melalui mata kasar manusia daif seperti kita ini.

Tekniknya ialah dengan memberi pesakit meminum air yang telah diruqyah dan mintalah pesakit membaca Al-Fatihah 1X, Ayatul Kursi 1x, Selawat 3x ... kemudian ditiup ke dalam air & meminumnya.

Biarkan air ruqyah tadi menyerap ke setiap bahagian dalam kiraan 21 kali Selawat. (Dibaca oleh Muallij)
Bacakan Al-Fatihah 1x, Ayatul Qursi 1x, Selawat 3x... Yasin:9 1x ,ditiup di telapak tangan kanan anda.

Gunakan tangan tadi dan niatlah/berdoalah supaya Allah pinjamkan sementara kasyaf untuk melihat yang tersirat rahsiaNYA di dalam badan pesakit. Pejamkan mata & gunakanlah tangan tadi untuk scan seluruh tubuh badan pesakit, scan bermula dari kepada sampai ke kaki..pergerakkan pada tapak tangan akan terasa di tempat terdapatnya Jin. Sekiranya diizinkan Allah swt anda dapat melihatnya (Jin) dalam warna hitam bulat@ merah. 

Setelah lokasi dikenal pasti, gunakan kaedah Rahsia Terowong Jin (Rahsia dalam Rahsia, Tersurat lagi tersirat) dengan menggunakan jari telunjuk, kunci jin tersebut (ikut lawan Jam/tawaf)...Dengan menggunakan jari 1 & 4 tarik jin tersebut ke hujung kaki@ hujung jari pesakit.. kemudian tangkap dengan menggunakan tangan Anda (Muallij) dan dikeluarkan.

Ulang 2-3 kali sehingga anda yakin tiada lagi jin di dalam badan pesakit..
YAKIN & BERSERAH KEPADA ALLAH SWT.

"Hanya Sekadar Berkongsi Selebihnya Milik Allah swt"

0 comments:

Post a Comment