Diploma ir

Diploma ir
Diploma ir

Makam Huruf

 photo mro-2.jpg

Kenangan Tahap 7

 photo tahap7semua_zps18002aaf.jpg
Photobucket

Monday, 28 May 2012

Rawatan tanpa Sentuh (RTS)


Adakah perlu setiap rawatan Muallij perlu menyentuh pesakit ketika rawatan? Jawapannya terpulang kepada kemahiran masing-masing. Insyaallah. Rawatan boleh dilakukan tanpa  Muallij menyentuh pesakit lazimnya yang kerasukan, amukan @ gerakan serangan. Hanya menggunakan anugerah tangan anda;insyaallah Allah akan mengizinkan perkara yang dianggap mustahil boleh berlaku.

Jin menggunakan tenaga manusia untuk melakukan pergerakan & nafas sebagai kekuatan serangan, maka Muaallij perlulah memahami kekuatan sebenar yang diserap jin. Kekuatan maksima terjadi kepada jin dengan mainan nafas (angin) di dalam badan pesakit. Jin akan mengolah seruan angin melalui saluran darah pasakit yang mengzahirkan pergerakan. Ketahuilah manusia diperbuat daripada unsur tanah yang merangkumi tanah, air, api & angin. Jin pula dari unsur api yang hanya boleh bersatu dengan manusia melalui 1 unsur sahaja iaitu api . Maksudnya manusia masih mempunyai kekuatan dari segi tanah, air & angin, maka Muaallij perlulah mahir menggunakan kelebihan ini dalam membuat serangan & kuncian kepada setiap tindak balas  serangan. 

Unsur terbesar yang senang dipengaruhi adalah unsur tanah; tubuh badan fizikal sebagai aset penyumbang kepada kekuatan serangan dengan menggunakan kekuatan tangan sebagai serangan muallij.

Unsur kedua adalah angin; olahan pernafasan (zikirulullah) & pengumpulan udara luar berserta ayat-ayat ruqyah sebagai kekuatan serangan. Kombinasi tanah & angin dapat membuat serangan dari jauh tanpa sentuhan. Tikaman & pukulan lebih berkesan sekiranya dengan kekuatan tanah muallij mengunci pergerakan pesakit dengan Yasin:9 & kuncian Ayatul  Qursi.Latihan adalah penting dalam teknik ini kerana anda terdedah kepada serangan angin yang menyelinap melaui saluran pernafasan anda sekiranya anda lalai. (maka latihan bismillah 786 & zikir nafas/gerak adalah penting sebagai pendinding & kekuatan).

Unsur air adalah unsur lemah yang terdapat di tubuh badan manusia yang sentiasa membawa kepada kelemahan pertahanan diri & serangan balas. Contoh; manusia akan demam sekiranya kurang air di dalam badan.  Dari definasi ini maka muallij perlulah memahami kekuatan diri sendiri , adakah bekalan mencukupi untuk melawan unsur api yang terdapat pada jin. Mudah sahaja, minum air yang mencukupi setiap hari & insyaallah, air yang ada didalam badan akan menguatkan segala pergerakan & tubuh badan muallij seperti tanah liat di letakkan air, digaulkan bersama. Sekiranya tanah kekurangan air, ianya akan mengeras & mudah pecah. Kesimpulannya serangan jin akan berjaya sekiranya tubuh badan muallij sendiri lemah (kurang air).

PUKULAN:
Pukulan air adalah satu teknik yang lebih dikenali dengan pukulan puting beliung iaitu kombinasi pukulan air & angin melalui putaran. Latihan perlu di dalam memahirkan diri dengan pukulan jenis ini. Pukulan ini dapat melemaskan jin melalui saluran darah pesakit. 

Pukulan tanah adalah kombinasi tanah & angin menzahirkan satu gempa bumi dasyat kepada jin di dalam badan melemahkannya melalui pergerakan fizikal pesakit (kunci amukan/pergerakan). Pukulan ini boleh menjatuhkan pesakit yang sebelum ini berdiri tegak memasang kekuda dengan lengokan bunga menarik yang mempersonakan dengan hanya melahirkan rasa gerun muallij kepadanya. Pukulan ini boleh melumpuhkan pergerakan jin.

Pukulan pemecah iaitu kombinasi pukulan tanah & api; melalui kekuatan ayatul qursi sebagai pembakar & ayat zakum sebagai penguat dalam serangan ini. Muallij mengenal pasti lokasi tersembunyinya jin kemudian satu lock (kuncian) di lakukan sebelum serangan betul-betul ke lokasi jin yang dikunci tadi. Muaallij perlu memastikan lokasi itu tepat & yakin telah membuat kuncian. Resiko tinggi kerana berkemungkinan jin memasang jerat , was-was adalah kelemahan utama manusia, maka zikirullah adalah ubat penting dalam gerakan ini.Perlu diingat bahawa pencarian berkesan dengan anda menguasai jari telunjuk tahijat.( Latihan sewajarnya diperlukan)

Semua pukulan ini dilakukan dari jarak jauh tanpa anda menyentuh pesakit; baik dari serangan tikam, pukulan, tembakan angin, api atau hantakan tanah. 

Nota penting:
anda perlu memahami strukur tubuh badan manusia & unsur dalaman yang membantu dalam kekuatan fizikal. Memahami unsur angin (pernafasan) memahami unsur tanah (fizikal) unsur air (kekuatan) unsur api (nafs/ pergerakan darah) adalah penting sebelum anda praktikan latihan ini. Latihan awalan boleh dirujuk melalui teknik pukulan batin.

Sekadar berkongsi ilmu yang serba daif ini, insyaallah.



0 comments:

Post a Comment