PENGUMUMAN PENTING
Penjelasan Kepada pihak tertentu yang mempertikai perjuangan ISMAK RUQYAH yang dituduh mengganggu periuk nasi persatuan perubatan lain @ menggugat pendapatan perawat Full time.
Pihak Kami memohon kemaafan sekiranya penjelasan kami ini mengguris perasaan tuan-tuan yang terlibat.
Pihak ISMAK RUQYAH ingin memaklumkan bahawa Pusat Rawatan Islam Al-Kausar ini adalah Pusat Rawatan Fisabilillah & bukannya pusat rawatan berbayar@ pusat komesial yang berdagang & menjadikan wang sebagai motif perjuangan.
Rawatan di sini adalah PERCUMA sahaja., tanpa dikenakan sebarang bayaran.Sekiranya anda tiada kemampuan tidak perlu bersusah hati.... datanglah insyallah kami bantu kerana Allah. Namun sekiranya ada sumbangan maka segala sumbangan dari pihak tuan & puan itu akan disalurkan untuk kegunaan pembagunan pusat rawatan & masjid serta rumah Anak-anak yatim di kawasan Rawang.
Scanning
Scan Jin juga dijalankan secara PERCUMA, masa scanning hanya dibuat selepas maghrib kerana kesemua perawat ISMAK RUQYAH adalah golongan professional yang mempunyai komitmen kerja harian. Masa mungkin lama diambil kerana pihak kami menerima tidak kurang 30 panggilan sehari untuk menjalankan scanning. Kadang kala ada nama yang tercicir @ tidak sempat dibuat maka akan dibawa ke hari lain untuk Scanning. Ada juga pesakit yang memaki hamun perawat kami kerana lambat memberikan result dari scanning dijalankan, walaupun beliau sendiri mengetahui bahawa segala scanning adalah PERCUMA & hanya di atas keizinan Allah swt & masa yang ada pada perawat kami. Pihak kami memohon kemaafan kepada kesulitan pada yang terbabit.
Rawatan
Pusat Rawatan hanya melalui Appointment & hanya menerima 2-3 pesakit sehari sahaja kerana kekangan masa.
Hari biasa (mula 730pm)
Sabtu Ahad: (3pm)
Masa rawatan adalah 1-4 jam untuk seorang pesakit (bergantung kepada jenis gangguan)
Matlamat kami adalah rawatan 100% sembuh insyaallah, tanpa menghampakan pesakit yang perlu berulang kali datang & rawat. Pulang tanpa jin & segala gangguan insyaallah. Pihak kami memahami kos datang & balik & masa tuan puan, maka pihak kami akan usahakan dengan izin Allah supaya pesakit balik dengan kesembuhan & rahmat Allah swt.
Sila tepati masa rawatan supaya anda tidak mengecewakan insan lain yang memerlukan pertolongan.
Produk Kasturi Syifa As-Syariah Ismak Ruqyah
Produk Kasturi ini dikeluarkan diatas permintaan pesakit-pesakit terdahulu yang sering kali sukar mencari pengedar kasturi Ruqyah & diatas tuntutan fardu Kifayah.
Pihak kami mengharapkan penjelasan ini dapat memuaskan hati kepada mereka yang tidak berpuas hati sebelum ini.. insyaallah..
Semoga Allah merahmati kalian & ingatlah Rezeki,Kesembuhan. Jodoh , Maut dari Allah swt, & kepada Allah juga kita berserah & berlapang dada insyaallah. Semoga tuan puan akan mendapat ketenangan & redho Allah swt....
0 comments:
Post a Comment