Semenjak awal tahun ini ISMAK RUQYAH banyak dihujani panggilan gila dari VVIP bergelar "Datuk".. Di jadikan ceritanya; hari ini pihak saya menerima kembali panggilan untuk memenuhi hasrat seseorang yang bergelar "DATUK" yang berminat untuk mendapatkan Jinn Islam yang kretirianya yang ada POWER, boleh buat orang Gerun, Takut pada pemakai, Kebal Sihir & boleh dijadikan Penunduk. Katanya PRU13 dah dekat kena standby & untuk dia dipilih sekali lagi sebagai calon.
Diceritakannya lagi si Datuk ini,sebelum ini dia ada mendapatkan perkhidmatan bomoh seberang dengan menggunakan JIN KAFIR. Jin Kafir ini banyak menyusahkannya & banyak wang telah dihabiskan untuk membuangya dahulu & merata tempat dia pergi berubat katanya. "Sekarang dah lama tak pakai Tapi dah dekat PRU ni nak kena pakai balik takut dia tak naik calon..sekarang nak pakai jinn Islam baik sikit boleh ajar dia solat" kata Datuk yang iman kurang ni..
Istifar saya mendengar kata-kata Datuk ni..."Ya Allah Engkau Ampunkanlah Insan ini.. berikanlah dia hidayahMU". Saya menerangkan bahawa Pihak ISMAK RUQYAH tidak pernah menyediakan perkhidmatan menjual @ beli jinn.. tugas kami hanya pendoa memohon pertolongan Allah swt untuk mengeluarkan gangguan dari makluk halus sahaja. VVIP ini tidak boleh menerima penjelasan secara Islamic, dia hanya menggunakan hkum akal untuk segala hujahnya. Dia katakan Allah sayangkan dia sebab membuka hatinya untuk mencari Jin Islam & membenarkan jin kafir sebelum ini mendampinginya..Semua atas keizinan Allah swt.. dia kata dengan jin Islam dia akan menjadi lebih baik & dekat pada Allah.. susah nak terang pada manusia yang buta hati macam ni..beberapa kali ditolak semakin lancar dia menjawap.. maklumlah orang politik. Mungkin disebabkan saya menjawap dari sudut Islamic dia pun mencelah" Ustaz orang ___ ke?" Saya jawap YA...kenapa? Dia kata: "Patutlah tak mau jual... takut kalah PRU la tu.. org PAS pun pakai jinn.". Ustaz berubat orang Pas saja ke?Klau orang ____ datang mesti Ustaz reject kan?Astarfirullahalazim... jahilnya manusia ni... saya minta dia beristifar dan bersyahadah.. tapi dia masih maki hamun saya pasal politik.. dari nak beli jin sampai ke isu politik.. saya cadang nak tutup je hp .. tapi Allah memberatkan supaya terus menasihati Datuk ini. Fahamilah Datuk perubatan Islam untuk semua tak kiralah anda penyokong parti mana, insyaallah pihak kami akan bantu dengan keizinan Allah. Ianya juga terbuka kepada pesakit bukan Islam, sekurang-kurangnya dapat juga kita berdakwah kepada mereka supaya mereka memahami Islam dengan lebih baik serta terbuka hidayah mereka kepada Islam.
Dah puas menasihati.. masih tak makan saman.. dia kata nak bagi best OFFER.. budget dia RM3,000 je.. sekor pun jadilah.. kalau jin betina lagi best.. kalau dia jadi calon & menang PRU dia nak sedekahkan duit tiap-tiap bulan untuk pembagunan ISMAK RUQYAH... puas saya istifar.... Allahuakbar.. selamatkalah insan ini Ya Allah..
Mungkin agak jemu & kecewa dia kata akan call balik nanti sehari 2.. suruh saya berfikir banyak2.. boleh open offer dengan dia kalau nak lebih RM..
Untuk DATUK S.......... bertaubatlah selagi Allah membuka pintu taubat anda.. hanya Allah kita bermohon bantuan & kepadaNYA juga kita berserah...
2 comments:
Astaghfirullah... jauhnya manusia dah hanyut dalam dunia kegelapan... moga Allah pelihara kita semua dari segala amalan dan akidah yg menyalahi... Amin
ya ALLAH berikanlah hidayahMU kpd insan tersebut...dan janganlah KAU pesongkan hati2 kami setelah KAU beri hidayah kpd kami
Post a Comment