Salam AidilAdha buat penggemar-penggemar Ismak Ruqyah. Perkongsian seterusnya adalah pengalaman berdepan penghulu jin Islam dari golongan jin bunian. Butiran Pesakit:
NAMA : RAHSIA
LOKASI : SEBERANG PRAI UTARA, PULAU PINANG
PEKERJAAN PESAKIT:
ZAMAN MUDA : BOUNCER NIGHT CLUB / AHLI KONGSI GELAP 08
ZAMAN TUA : Tukang Urut sepenuh masa
ILMU YANG PERNAH DIPELAJARI:
- Ilmu Kebal (Kebal dari sebarang senjata termasuk senjata api)
- Ilmu selimut ghaib 7 minit (Ghaib dari pandangan manusia semasa kecemasan)
- Ilmu pelaris
- Ilmu Bengis (Membangkitkan rasa takut manusia lain)
Pengalaman pesakit amat menarik kerana beliau semasa mudanya amat gemar merantau & mencari ilmu-ilmu berkaitan Ilmu Kuat, Kebal & Ghaib. Sehingga berjaya memperolehi ilmu tersebut di Gunung Batu Belah, melalui Pertapaan 7 hari & pertigeni (pemutihan- makan nasi & air sahaja) selama 40 hari. Disinilah beliau bertemu dengan Penghulu Jin Islam Bunian dikenali dengan gelaran "Lidah Hitam" (Nama Islam sebenar terpaksa Dirahsiakan). Jin berlidah hitam bengis & tinggi dikatakan setinggi 10 kaki. Disamping itu pesakit juga menanam dibadannya ilmu-ilmu lain melalui susuk emas sebanyak 7 bilah yang ditanam berperingkat di seluruh tubuh badan. Setiap bilah bernilai RM3,000, bermaksud jumlah dibelanjakan untuk ilmu-ilmu syirik ini adalah RM21,000.
Tetapi apabila meningkat usia beliau telah menjualkan sebahagian ilmu & jinnya kepada orang lain & ada yang dibuangnya sendiri kerana tidak sanggup memeliharanya lagi. Tugas Ismak Ruqyah ketika rawatan ini adalah mengeluarkan Jin Pendamping (Jin Bunian), susuk emas & barangan syirik yang berada didalam badan.
Teknik pertama adalah dengan memanggil Penghulu Jin bunian "Lidah Hitam".. Alhamdulillah "Lidah Hitam" datang dengan suara bengis & sombong. Sesi Taaruf dijalankan & diplomasi secara aman dilakukan dengan izin Allah swt. "Lidah Hitam" disahkan seorang jin Islam bersyahadah bersaksikan Allah & Muhammad saw sebagai rasulnya. "Lidah Hitam" menceritakan segala rahsia sebelum ini yang tidak pernah dibongkar oleh pesakti sebelum ini. "Lidah Hitam" menyifatkan pesakit sebagai ahli keluarganya yang perlu dilindunginya . Penampakan diri "Lidah Hitam" kepada keluarga pesakit hanya sebagai Pengenalan dia sebagai penjaga bukannya penggangu keluarga. (Terdapat juga jin penjaga lain bersama menjaga pesakit yang terdiri dari jin Islam).
Rawatan seterusnya adalah dengan mengeluarkan jin-jin kecil & susuk emas.. Susuk Kebal, Buluh perindu, Pelaris & susuk kuat lain berjaya dilakukan melalui proses jari & terowong jin. Tetapi apabila tiba ketika ingin mengeluarkan Ilmu Selimut ghaib 7 minit terdapat kesukaran kerana terdapat jin-jin dari luar yang berminat untuk mendapatkannya. Apabila sedang mengeluarkan ilmu selimut ghaib itu "Lidah Hitam" sempat menunjukkan cara pemakaiannya & cara penggunaannya melalui isyarat tangan (bertujuan menyembunyikan rahsia dari keluarga pesakit & jin-jin sekeliling). Apabila berjaya dikeluarkan & cubaan untuk menghantar / membuang ilmu itu ke Serambi Madinah tiba-tiba tangan yang memegang selimut ghaib itu cuba direntap oleh jin yang luar sehingga tangan berpusing ke belakang badan. Alhamdulillah dengan Izin Allah, berjaya akhirnya mengecewakan jin-jin diluar yang berkehendakkan ilmu tersebut. Maka Selimut ghaib dihantar terus ke Serambi Madinah.
Setelah selesai maka proses memujuk dijalankan , alhamdulillah "Lidah Hitam" bersetuju keluar & tidak akan mengganggu keluarga & pesakit lagi. Maka Ikrar Jin kepada Allah dilaksanakan & apabila dikhabarkan untuk dihantar ke Serambi Madinah, "Lidah Hitam" menolak & diminta izin balik ke Batu Belah.. Maka Dengan izin Allah "Lidah Hitam" keluar bersama salam kepada ahli keluarga pesakit & keluar dengan aman.
Setelah itu proses cuci & bersih dijalankan dengan menutup seluruh terowong jin & pemecahan Kasyaf mata pesakit, dengan izin Allah ianya berjaya dilaksanakan. Alhamdulillah setelah itu pesakit kembali merasa segar & ringan. Alhamdulillah semuanya dengan Izin Allah swt.
Sekadar Berkongsi, Ilmu masih Daif.....
2 comments:
alhamdulillah
alhamdulillah......
Post a Comment