Geliga isim amat dikenali oleh pengamal-pengamal ilmu kabatinan & persilatan yang menggunakan Jin sebagai perantara @ sahabat /khadam @ apa sahaja gelarannya. Jin-jin ini terdiri daripada jin-jin Panglima@ jin yang mempunyai kebolehan tertentu@keistimewaan dalam ilmu tertentu.
Setelah jin-jin merasakan bahawa mereka ingin bersahabat2@bersedia untuk bertuan, maka satu pemberian akan berlaku (sebagai hadiah) kepada pemakainya. Kelebihan jin ini akan diguna pakai oleh manusia yang ingikan kehebatan, kekuatan & segala penghargaan dunia.
Penerangan ini adalah atas pengalaman yang pernah dilalui... Setelah mempelajari sesuatu ilmu maka jin-jin tertentu akan mendekati kita ntuk menjadikan kita sebagai tuannya.. maka sesi taaruf akan berlaku tanpa pengetahuan manusia tadi. Selepas merasakan sesuai jin akan datang & menawarkan hadiah (geliga) kepada tuan barunya itu melalui:
1. MIMPI
2. PEMBERIAN NYATA (Sedar)
Pemberian secara sedar selalunya melibatkan sesuatu ilmu yang agak tinggi dimana pengamalnya dapat menguasai kuasa gerak.
Kaedah penerimaan adalah sama dimana jin akan memberikan geliga, kemudian disambut manuasia & ditelan melalui mulut & disimpan di suatu tempat tersembunyi ( sila rujuk gambarajah).. Paling penting ialah iannya perlu DIKUNCI oleh pemakainya. Dengan isyarat mengunci sesuatu maka geliga ini akan terkunci rapi & tidak boleh dibuka melainkan dengan persetujuan pemakainya. Kunci kadangkala berada diluar badan. Contonya di cincin. (10% sja)
Kunci akan disembunyikan ditempat tertentu (sila rujuk gambarajah) lazimnya di tengkuk, lengan kanan & kiri , dipinggang seperti talipinggang. Rahsia dimana disimpan terbongkar sekiranya Jin sendiri@ pemakaiya memberitahu. Tetapi dengan penerangan ini dapatlah kita sama-sama berkongsi bagaimana ingin mengeluarkan@memusnahkan kunci ini sebelum dapat kita keluarkan geliga syirik ini.
Sekiranya berlaku amukan isim, muaalij perlu hapuskan kunci terlebih dahulu, kadangkala jin akan mengalihkan geliga tersebut ke lokasi tertentu badan apabila kunci dapat dihapuskan. Maka pencarian makin rumit. Tetapi insyaallah dengan keizinan Allah dengan keberkatan ayat-ayat Al-Qur'an insyaallah kita pasti berjaya. Sekiranya tiada amukkan@ pengamal sendiri mahu membuangnya maka pakailah kaedah teknik jari: (Tersurat lagi tersirat, Rahsia dalam Rahsia) cari, korek & buang. Scan dilokasi seperti di gambarajah dan setelah mendapat kepastian maka korek perlahan-lahan. Anda perlu berhati-hati kerana jin akan meronta & akan memberi tindak balas negetive kepada anda seperti amukan & menyerang anda. (perlukan tenaga lebih dari 2 muallij)
Sebaiknya pengamal ini perlu diikat dahulu supaya tidak akan menyusahkan kita nanti. Walaupun dipersetujui pengamal untuk mengeluarkan geliga itu tetapi tidak bagi jin. Sebaiknya teknik consultation, persuasion dijalankan (nasihat & memujuk) digunakan untuk meyakinkan jin supaya berdamai & bersetuju keluar secara sukarela dari badan pengamal.
Kejayaan untuk mengeluarkan Jin geliga ini adalah 50/50 kerana ianya bergantung kepada kekuatan Muallij menahan serangan & kuasa memujuk itu sendiri. Tetapi Mualij perlu berhati-hati kerana jin geliga ini akan mejadikan anda sebagai target utamanya untuk menjadi tuan baru kerana ia yakin anda mempunyai kekuatan tertentu yang dapat menewaskannya. Selalunya jin akan datang dalam mimpi anda..... maka dindinglah diri anda dengan kalimah-kalimah Allah.. insyallah keselamatan dijanjikan Allah.
Sekadar berkongsi ilmu yang daif ini.. sesungguhnya yang baik hanya dari Allah swt.
0 comments:
Post a Comment