Diploma ir

Diploma ir
Diploma ir

Makam Huruf

 photo mro-2.jpg

Kenangan Tahap 7

 photo tahap7semua_zps18002aaf.jpg
Photobucket

Tuesday 15 November 2011

Jin saka Mengurung Jin Sihir


Pengalaman agak mencabar buat minggu ini dengan berdepan lapisan jin-jin Sihir yang sebelum ini terkurung dalam Penjara Jin Saka.

Pesakit: Wanita
Gangguan: Sihir & Saka Islam

Sebelum ini pesakit pernah menerima rawatan Ismak Ruqyah untuk membuang Jin-jin sihir & diwaktu itu terjumpalah jin saka yang dikatakan diamanahkan keluarga terdahulunya untuk melindungi pesakit. Jin saka ini adalah jin Islam,  Jin ini juga menceritakan perihal gangguan jin-jin sihir yang terjadi pada pesakit. Pada ketika itu dengan izin Allah swt, jin sihir berjaya dikeluarkan, manakala jin saka terus keluar meninggalkan pesakit & berjanji tidak akan mengganggu pesakit @ memasuki tubuh pesakit lagi.

Selepas Aidil Adha pesakit menghubungi Ismak Ruqyah & memaklumkan beliau bersetuju untuk membuang saka keluarganya. Alhamdulillah pertemuan dibuat untuk memujuk jin saka keluar dari kehidupan pesakit. Pesakit memaklumkan beliau beberapa kali mendapatkan rawatan di tempat lain untuk membuang saka ini tetapi Jin saka ini tak muncul-muncul. (Jin dapat menghidu bahawa dia akan dikeluarkan@ dia belum bersedia).

Ikrar pemutus dijalankan oleh pesakit, memutuskan segala ikatan & perjanjian yang telah dilakukan oleh keluarga pesakit kepadanya. Alhamdulillah dengan izin Allah swt, jin saka hadir. Maka diplomasi dijalankan & jin saka bersetuju untuk keluar dari tubuh pesakit & bersedia berpindah ke Serambi Madinah. Tetapi Jin saka memberi amaran bahawa selepas dia keluar dari tubuh pesakit jin sihir akan datang menyerang pesakit. Amaran itu diambil iktibar & berhati-hati untuk ancaman seterusnya. Setelah Jin saka keluar maka terjadilah episod baru seperti apa yang dikatakan oleh jin saka tadi. 

Serangan pertama: (Jin Santau 1)
Jin Sihir  Santau, berlokasi di tengkok (saluran pernafasan), pesakit terus pengsan & tidak boleh bercakap@ menggerakkan anggota badannya. Teknik racun digunakan untuk melemahkan jin ini, (Air ruqyah & nafas shahadah). Alhamdulillah jin terus bangun & menggertak..... diceritakan bahawa dia terlepas dari sangkar yang disediakan oleh Jin Saka Islam tadi, memberi maksud jin-Jin sihir ini sebelum ini tidak aktif kerana telah ditangkap oleh Jin saka lalu dipenjarakan di tubuh pesakit. Setelah jin saka tiada lagi maka terurailah ikatan sangkar & mereka terus bebas. (macam orang keluar penjara). Selepas itu Jin santau ini bersetuju keluar setelah dibacakan Ayat-ayat azab & syurga Allah... dengan keindahan Ayat2 ini jin bersetuju dipindahkan.

Serangan kedua: (Jin Santau 2)
Menyusul setelah jin santau keluar, agressif sanbil menjelir lidah seperti menjilat sesuatu... Jin ini jin penghisap darah pesakit (Salah satu jenis jin santau) Jin meminta darah dengan berulang kali. & hanya akan bersetuju keluar sekiranya diberikan darah yang banyak. Alhamdulillah dengan ilham dari Allah, dengan hanya memohon pertolongan Allah memohon supaya diperlihatkan jin ini darah yang banyak di dalam sangkar bubu yang diletakan di Serambi Madinah (sebagai umpan supaya dia keluar & ditangkap disana).. Alhamdulillah..Allah Maha Kuasa dengan izinNYA jin Santau ini terus melulu keluar menerusi kaki ke destinasinya sambil menjerit "Darah... darah. Darah" . Seram sejuk seluruh keluarga pesakit.. seterusnya pesakit kembali pengsan.


Serangan Ketiga: (Jin Bisu)
Jin Kafir yang baik hati.... bisu & kurang aktif. Dialog hanya melalui bahasa tangan... demi untuk membantu pesakit hamba memohon Allah meminjamkannya lidah untuk bercakap, alhamdulillah dalam seketika jin bisu ini mula bercakap.. Jin terkejut dia boleh bercakap masakan selama ini dia bisu.. itulah kuasa Allah untuk renungan kita bersama. Oleh kerana dapat bercakap semua rahsia dia pecahkan, diceritakan bahawa terdapat lagi 4 ekor dikaki, 4 ekor di mata kiri & kanan & kunci kebal di lengan tangan kanan. Selepas itu hamba nasihatkan jin lembut hati ini bersembunyi sementara di mulut pesakit supaya dia tidak terkena tempias pukulan. Jin dikaki dikeluarkan, kemudian dimata dinasihatkan berkumpul dikaki (bahaya mengeluarkan jin melalui mata- saraf mungkin boleh rosak). alhamdulillah berjaya. Seterusnya kunci kebal dihancurkan dilengan kanan menggunakan Selawat Tafrijiaah, Lauanzalna.. , tepukan shahadah terus menghancurkan jin sihir & benteng baju besinya. Kemudian ditarik keluar melalui tangan kanan. Seterusnya Jin lembut hati ini muncul kembali dengan menunjukkan jin-jin yang terdapat di tubuh keluarga pesakit.. dari suami pesakit & adik iparnya. Setiap lokasi diperhalusi, alhamdulillah dengan kuasa Allah terowong jin hamba korek melalui tubuh suami pesakit & dapat mengeluarkan jin-jin tersebut. Jin pada adik iparnya (wanita) agak sukar dikeluarkan kerana berada di lokasi sulitnya..hanya ikatan besi dikaki hamba dapat keluarkan.. Alhamdullillah dengan ilham Allah swt, pendekatan terbaik adalah dengan menggunakan suaminya sendiri untuk menarik jin di tempat sulit. Ayat pelindung, Ayat tarik & keyakinan suami di perkuatkan alhamdulillah dengan keaadaan tertutup jin ditempat sulit isterinya dapat dikeluarkan oleh suaminya sendiri. (teknik kain digunakan).

Alhamdulillah Jin lembut hati menyatakan tiada apa gangguan lagi ditubuh pesakit & ahli keluarganya yang lain... & sebelum dia keluar dia sempat bertanyakan tentang Islam & ayat-ayat Al-Qur'an yang sentiasa dia dengar pesakit baca.. dia rasa tertarik.. maka sesi tazkirah & pengenalan kepada Islam dilakukan, .. Dengan Kalimah Allah Jin ini bersyahadah & bersaksi Allah tuhannya & Muhammad saw rasulnya, maka sah dia beragama Islam dengan memilih nama Muhammad sebagai nama Islamnya. Bagai hendak menitis air mata ini apabila berjaya mengislamkan Jin yang sebelum ini memusuhi manusia. Allahhuakbar... dengan tenang & Muhammad meninggalkan tubuh pesakit berserta Salam menuju ke Serambi Madinah dengan menaiki kuda yang telah tersedia dihadapannya.. (Hadiah dari Allah swt kepadanya). Pesakit pengsan kembali,,,, masyaallah.. dugaan tinggi kali ini... keluarga pesakit mula cemas... hamba bertawakal saja pada Allah yang satu.

Serangan Ke-4 (Jin Islam /perempuan)
Pesakit lantas bangun setelah diberi salam, kerana dengan izin Allah hamba dapat rasakan kehadiran jin Islam.... bersimpuh berkata manja memperkenalkan diri sebagai isteri kepada jin Saka Islam yang mula-mula dikeluarkan tadi. Berlapik bicara memohon dipindahkan dia bersama anak perempuannya kesisi suaminya. Sempat juga memperkenalkan diri & menceritakan sikit sebanyak sejarah keluarga pesakit. Dia berkata bahawa dia tidak mungkin lagi berkesempatan bersama suaminya sekiranya dia tidak bertindak datang sekarang, maka peluang ini diambil sepenuhnya tanpa rasa was-was. Dia percaya bahawa Allah akan makbulkan permintaannya.... menerusi hamba dirasakannya  akan dapat ke sisi suaminya kembali. Semua kuasa hanya dari Allah, hamba cuma hamba hina yang tiada kelebihan apa-apa.. hanya berbekal doa & anugerah kecil dari Allah yang tak seberapa...memohon kuasa Allah memindahkan Jin ini bersama anaknya kesisi keluarganya kembali... alhamdulillah berjaya ,,,,Allahhuakbar.......Allahhuakbar... Allahhuakbar........

Pesakit kembali pengsan..... alhamdulillah setelah dihembus bacaan Al-Fatihah, Pesakit kembali sedar seperti biasa sambil tersenyum... Alhamdulillah... terpancar dakwah Islam hari ini... memberi kekuatan pada hamba yang daiof ini & seluruh keluarga pesakit akan kuasa Allah swt, Kelebihan Ayat-ayat Al-Qur'an & kekuatan doa serta keyakinan kepada Allah swt. Sesi last scan dilakukan supaya kita tidak tertipu dengan kata-kata jin... alhamdulillah semuanya bersih dengan Izin Allah swt.

Sekadar berkongsi ilmu yang daif & hina... selebihnya milik Allah swt.
(Nama2 jin sihir terpaksa dirahsiakan supaya tidak berlaku pemujaan/seru oleh mereka yang tidak bertanggungjawap)


3 comments:

salam tuan.... sya nk tanya SERAMBI MANIDAH.... boleh perjelas kan...akan kebuntuan ini...

Salam ustz, boleh tak sy dpt kn no tel ustz. Terima kasih.

Salam ustz, boleh tak sy dpt kn no tel ustz. Terima kasih.

Post a Comment