Diploma ir

Diploma ir
Diploma ir

Makam Huruf

 photo mro-2.jpg

Kenangan Tahap 7

 photo tahap7semua_zps18002aaf.jpg
Photobucket

Tuesday, 11 October 2011

Doa Iftitah & Rahsianya

DOA IFTITAH

اَلله أَكََْبَر كَبِيْرًا وَالحَمْدُلِلَّهِ كَثِيْرًا وَسُبْحَانَ الله بُكْرَةً وَأَصِيْلاً .  وَجَّهْتُ وَجْهِيَ لِلَّذِيْ فَطَرَ السَّمَوَاتِ وَالأَرْضَ حَنِيْفًا مُسْلِمًا وَمَا أَنَا مِنَ المُشْرِكِيْن . إِنَّ صَلاَتِي وَنُسُكِيْ وَمَحْيَايَ وَمَمَاتِي لِلَّهِ رَبِّ العَالَمِيْن لاَ شَرِيْكَ لَهُ وَبِذَلِكَ أُمِرْتُ وَأَنَا مِنَ المُسْلِمِيًن.
“Allah Maha Besar lagi sempurna Kebesaranya segala puji bagi Allah dengan pujian yang banyak . Maha Suci Allah sepanjang pagi dan petang , sesungguhnya aku menghadapkan mukaku kepada zat yang menciptakan langit dan bumi dengan keadaan lurus dan berserah diri dan bukannya aku termasuk dalam golongan musyrik , sesungguhnya sembahyangku ibadatku , hidupku dan matiku hanya untuk Allah semesta alam . Tiada sekutu baginya kerana itu aku rela diperintah dan kau ini adalah golongan orang Islam.”

Doa Iftitah adalah doa pembuka untuk setiap solat.. Tanpa disedari setiap apa yang dilafazkan oleh kita setiap hari mengandungi rahsia-rahsia tersendiri tersurat & tersirat.

Memahami & faham maksud apa yang kita lafazkan & doakan setiap hari lebih mendekatkan diri kita kepada Allah swt. Makin dekat kita kepadaNYA maka makin dekatlah ilmuNYA kepada kita, Insyaallah. Usahakan diri anda memahami maksud@makna doa ini.

Doa ini adalah "Rahsia di dalam Rahsia"  maka usahakanlah untuk memahami & membacanya dengan KHUSYUK dalam solat & hanya kerana ALLAH swt.

Selebihnya milik Allah swt.

0 comments:

Post a Comment