Diploma ir

Diploma ir
Diploma ir

Makam Huruf

 photo mro-2.jpg

Kenangan Tahap 7

 photo tahap7semua_zps18002aaf.jpg
Photobucket

Friday, 21 September 2012

Ketua Afrit "Musa" Mencabar aku..


Rentitan daripada Kursus Perubatan Ismak Ruqyah di Hulu Yam 15-16hb Sept 2012 tempoh hari serangan ke Puan M berterusan... cabarannya bermula apabila tukang sihir terasa tercabar apabila semua jin yang dihantar berjaya dikeluarkan dengan izin Allah termasuk si Timbalan ketua Afrit  "Daud" yang pada mulanya menemplak pejuang-pejuang Ismak Ruqyah dengan perkataan..

"Langkah pincang... langkah pincang.... setakat bom atom kecil aku tak jadi apa-apa"

Perkataan begini mungkin bagi perawat @ pelatih muda akan merasa tercabar @ termakan asutan si Afrit ini.. tetapi psychology attacknya tidak berjaya pada aku... biarpun pincang dimata kamu wahai afrit tapi yang penting tuan kamu tumbang dengan izin Allah... Mungkin pejuang Ismak masih ingat bagaimana dari seorang Afrit yang kasar, sombong, bongkak berjaya kita jinakkan..?

Semua afrit berperangai begitu.. dah lumrah idup sebagai afrit yang penuh rasa bangga diri kononnya dia lebih baik dari manusia, lebih pandai bab agama sampa Al Fatihah pun  dikatakan salah baca, walhal dia seorang Afrit Kafir... kalau lemah iman, lemah keyakinan kepada Allah.. maka kita dari segi psychologynya juga akan lemah... termakan racun yang kita sendiri yang tanam... Apabila ditawarkan peluang untuk dia dibebaskan maka dia tidak tunggu lama untuk menyahut tawaran itu... selepas berjaya selamatkan batu yang mengikat tubuhnya yang berada di tangan tukang sihir, Daud pun keluar dengan sukarela..... kadang kala cara kasar tidak berkesan, maka cara halus digunakan. Mungkin ada para pejuang seronok melayan si Daud ini... Mungkin ada yang kali pertama berdepan Afrit...Mungkin masih ada yang tidak boleh tidur malam mengingati setiap tutur kata si Daud ini... tapi apapun itulah pengalaman berharga para pejuang muda Ismak Ruqyah di dalam Kursus baru-baru ini.....

Disangkakan panas sampai ke petang, rupanya si Ketua Afrit "Musa" datang menyerang Puan M keesokkannya......diketika itu aku masih di tengah-tengah Bandar Kuala Lumpur; melayan kerenah anak-anak bershopping menerima panggilan dari suami Puan M...khabar yang kurang menyenangkan... Puan M diserang sekali lagi oleh ketua jin Afrit bernama Musa pulak...Musa menyatakan dia marah kerana habis bala tenteranya disedut oleh suami Puan M ... alhamdulillah berbekalkan sedikit ilmu yang dicurahkan di dalam Kursus  "A" berjaya dalam misinya menarik jin kedalam besen ... Musa mengamuk.....

Musa mengambil handphone "A" dan berkomunikasi kasar dengan aku... hoi.. jom bertarung... aku cabar engkau.. itulah ayat yang aku masih ingat lagi yang diutarakan Musa.. dia memperkenalkan diri sebagai ketua Afrit yang bernama Musa... aku bertanyakan dia perihal timbalannya sebelum ini.. aku bertanya betulkan nama timbalannya itu Daud (walhal sewaktu perbincangan di dalam rawatan itu dia merahsiakan nama itu; Rahsianya: sebelum Daud melepaskan tubuh Puan M , aku bertanya namanya sayu-sayu kedengaran :Daud nama aku). Musa mengiyakan nama itu... Ya nama dia Daud.. timbalan yang tidak setia... Musa makin bongkak dengan nada kasar.."Jom bertarung, sekiranya aku menang aku akan jaga keluarga ini... kalau aku kalah aku akan keluar selamanya..Kalau kau tak free sekarang tak apa , kau bagi tau saja pukul berapa.. aku tunggu" ...

Dengan Yakin Musa memberi amaran kepada aku... aku membalas.. boleh kau jangan main tipu... kau bawa tentera kau kan? Musa marah.... aku ketua la wei.... 1 by 1 la bro...

"baik aku terima cabaran engkau... jam 10 malam nie...." dengan confident aku menjawap.. walhal aku masih di Kuala Lumpur & hanya akan pulang ke Parit Buntar sekitar jam 8 malam..... perjalanan dari Rawang ke Parit Buntar sahaja mengambil masa dalam 3 jam paling laju.. tetapi memandangkan masih kepenatan kursus mungkin aku mengjangkakan 4 jam perjalanan kali ini.... alamatnya pukul 1 baru boleh ON bertarung..dalam masa itu Musa menghantar spynya untuk mengekori aku,... dalam tandas aku tangkap 3 ekor & ikat di kaki mangkuk tandas... padan muka...

Aku memohon bantuan dari Allah swt untuk mendapat ilham.. lantas Allah terdetik dihatiku memohon bantuan Fatihah dari pejuang-pejuang Ismak Ruqyah melalui sms.. alhamdulillah Fatihah datang kepadaku serupa roket... aku install & install.   Tepat jam 8 malam, tiba-tiba ayah kepada Puan M menghubungi aku... bertanyakan aku cerita sebenar kerana Afrit Musa  telah memberitahu keluarganya bahawa dia tengah tunggu masa nak bertarung dengan Ustaz Kamal... aku ketawa sendiri... sombong si Musa nie.. confident dia nak tumbangkan aku... habis satu kampung dia canang....Alhamdulillah keluarga Puan M juga membuat persiapan untukku; mereka telah buat solat hajat, ibunya telah sedekahkan Surah Al-Kaffi padaku & mendoakan kejayaan malam nie... aku terharu.. bagiku sekiranya malam ini adalah malam terakhir aku.. aku akan mati dengan tenang insyallah.....dalam 830 malam aku bertolak ke Parit Buntar berbekalkan beberapa ayat yang pernah dibekalkan guruku untuk bertembung dengan ketua afrit.. dibaca berulang-ulang kali dari Rawang ke Parit Buntar. Tapi sebelum sampai jam 10 malam aku telah hantar pesanku kepada Musa  bahawa aku akan lewat sedikit.. aku beritahu sampai saja aku akan call utk bertarung...tapi dalam hariku kuat menyatakan bahawa aku akan Islam kan Musa nie...itu niat pertama aku.. supaya Allah memberikan dia hidayah...

Aku tiba dengan semangat di Parit Buntar tepat 110 pagi, aku mandi.... keluar semula sebelum berwuduk mencium buat kali terakhir anak-anakku, isteriku & memohon keampunan kepada ibuku melalui telepon ..bersedia sekiranya aku akan syahid malam ini.. isteriku memandang dengan sayu... aku pasrah sekiranya pagi ini ajalku.. aku terima.. aku masuk ke bilik rawatan .. tidak ku kunci kerana senang isteriku mendukungku buat kali terakhir sekiranya nyawaku terhenti pagi ini.. (lazimnya aku akan kunci kalau ada pertembungan dengan mana-mana tukang sihir atau jin biasa).. isteriku menanti diluar bilik dengan debaran,, aku pandang isteriku buat kali terakhir... anak-anakku... aku tak sanggup lihat.. biar aku berperang dengan tenang.. aku bersedia 100% tanpa rasa takut.. takutku hanya pada Allah bukan kepada makhluk lain... semua hadiah fatihah dari pejuang-pejuang Ismak Ruqyah aku pohon pada Allah swt supaya diinstallkan kepada aku.. alhamdulillah terletak cantik, berserta senjata 2  senjata baru berupa kayu & pedang...Selesai solat hajat & Taubat... alhamdulillah... aku menghubungi suami puan "M".... tapi 'Puan M tidur... puas dipanggil Si ketua Afrit Musa... tak datang-datang... aik... tadi cabar sangat sekarang dah lari?... aku menghubungi Musa melalui tali Allah... alhamdulillah aku melihat Musa dalam keaadaan sedih.. terkurung di dalam karung yang dibuat tuannya sendiri... baru ku sedar sebenarnya kekuatan doa Pejuang-pejuang & doa-doa orang sekeliling kita menjadi senjata utama kepada musnahnya afrit ini...Dari misi berperang bertukar menjadi misi menyelamatkan Afrit Musa dari tuannya sendiri... aku dapat rasakan bahawa Tukang Sihir dapat merasakan bahawa Afrit Musa akan tewas malam ini kerana kekuatan yang Allah izinkan dalam pertarungan.. kekuatan doa, kekuatan fatihah & kekuatan keyakinan pada Kuasa Allah swt.... sekiranya tewas Afrit nescaya akan keluar selama-lamanya dari hidup Puan M... Tukang sihir kecut & penakut...

Rupanya ada seekor lagi Afrit gemuk yang lebih besar dari Musa menghalang... Si tukang sihir mencabar Puan M sahaja kerana Puan M adalah anak muridku.. sekiranya Puan M tumbang baru dia akan berlawan dengan aku.... aku ketawa sendiri kerana aku yakin Puan M dapat menewaskannya... Puan M aku install dengan kekuatan Fatihah tadi berserta baju besi sampai ke tangan..aku meminta Puan M meilahat baju besinya.. Puan M menjawap.. Ada Ustaz... Puan M bermula ... pertarungan agak sengit.. aku hanya memerhati dari jauh, sekali sekala menghantar senjata kepada Puan M.. alhamduilillah tukang sihir tumbang.... "ada lagi Ustaz... gemuk tu... aku meminta Puan M menghulurkan tangan & aku balingkan tali panjang untuk mengikat kaki afrit gemuk... alhamdulillah Allahhuakbar... dapat dah ustaz....apa nak buat?.. potong kepala dia & buang ke Serambi Madinah"..aku menyahut......

Alhamdulillah pagi itu berakhir dengan kemenangan selesai dalam jam 330 pagi... tapi malangnya aku & Puan M gagal menyelamatkan Ketua Jin Afrit Musa...makin lama makin sayup suaranya & hilang begitu saja.. tapi aku tetap berdoa semoga Musa akan terlepas besoknya... 350 aku tidur dengan tenang... alhamdulillah bernyawa lagi aku hari ini....

Subuh besoknya aku melihat hampir 100++ sms doa & semangat & tidak kurang pula bertanya khabar... mungkin ada juga beranggapan bila tak jawap tu mungkin dah mati aku nie...ibuku orng pertama menghubungi secara direct bertanya khabar... alhamdulillah.., kemudian beberapa naqib-naqib sahabat2 lain.. ada yang tak dapat tidur... risau... perlahan-perlahan aku membalas setiap sms dengan berita gembira... alhamdulillah doa kalian diterima Allah.. Jazakumullah.. hanya Allah sahaja membalas jasa baik kalian..


Tengah hari aku menerima panggilan dari "A" suami Puan M..... alhamdulillah Ustaz... Musa dah bebas.. tadi dia datang melalui isteri saya... dia minta maaf pada Puan M, Saya, Keluarga Puan M dan pada Ustaz sekali..." dia dah peluk Islam... nama baru dia adalah ISKANDAR...............Tahniah Abg "A" & Puan M.... semoga Allah memberikan kekuatan pada kalian berdua... Semoga Allah memberikan perlindungan...


ALHAMDULILLAH.......... bersambung.....


0 comments:

Post a Comment