Diploma ir

Diploma ir
Diploma ir

Makam Huruf

 photo mro-2.jpg

Kenangan Tahap 7

 photo tahap7semua_zps18002aaf.jpg
Photobucket

Saturday, 9 June 2012

Kisah Abu Yazid Al-Bustami vs Ketua Paderi






Kisah Abu Yazid Al-Bustami vs Ketua Paderi
Abu Yazid Al Bustami seorang ahli Sufi yang dikejutkan oleh mimpinya supaya pergi 
ke gereja Samaan.   Tiga kali mimpinya itu berulang.  Lalu ia bersiap sedia dengan 
pakaian dan cara yang diberitahu dalam mimpinya.
Ia masuk ke gereja Samaan tanpa disedari oleh Paderi-paderi yang hadir.  
Dia sama-sama menanti kedatangan ketua Paderi.  Setelah ketua Paderi datang, 
ketua Paderi itu tidak dapat berucap.  Dia tahu ada orang lain, orang Islam di 
dalam gereja itu.  Katanya, " ada orang yang percaya kepada Syariat Muhammad
 di dalam gereja ini."
Semua paderi menjadi gempar dan mereka mahu orang itu di bunuh.  Namun 
ketua paderi menghalang, sebaliknya ketua paderi meminta orang itu 
bangun supaya mereka dapat mengenalinya.  Abu Yazid Al-Bustami pun bangun 
tanpa rasa takut.

Menjawab 50 soalan bertanya satu soalan

Ketua paderi berkata, "wahai pengikut Muhammad, saya akan mengajukan
 pertanyaan kepada kamu.  Jika kamu dapat menjawab semuanya dengan 
benar, maka saya akan mengikut agama kamu.  Namun jika kamu tidak dapat 
menjawabnya, maka kami akan membunuh kamu."
Jawab Abu Yazid, "baiklah!  Tanyalah apa saja yang kamu ingin tanyakan."
Ketua paderi itu mengemukakan 50 soalan berterusan dan selepas ini
 Abu Yazid menjawabnya dengan tepat.  Kata Abu Yazid, "saya sudah 
jawab semua pertanyaan tuan.  Sekarang ada lagikah soalan-soalan lain?"
Semua pendeta menjawab, "tidak ada lagi,"
Kemudian Abu Yazid mengemukakan pertanyaan kepada mereka.  
"beritahu saya kunci Syurga dan Neraka langit."
Tidak seorang pun yang dapat menjawabnya dan mereka mengaku 
bahawa memang mereka tidak tahu jawapannya.  Baru satu soalan 
sudah tidak dapat dijawab sedangkan Abu Yazid telah menjawab
 berpuluh soalan.
Mereka meminta ketua paderi menjawab, namun ia membisu.  
Katanya, "bukan saya tidak mahu menjawab, tetapi saya takut kamu 
semua tidak bersetuju."
Mereka hairan mendengar kata-kata ketua paderi itu.  Akhirnya
 mereka mendesak juga dan bersedia untuk bersetuju dan menerima
 kata-kata ketua mereka.
"bahawa kunci Syurga dan kunci langit itu tidak lain ialah: 
"LAILA HAILLALLAH HU MUHAMMAD DARRASULUULAH."
 Tegas ketua paderi.

Mereka semua tersentak, terdiam.   Lalu Abu Yazid berkata, 
"memang benar kata ketua kamu ini."

Semua paderi memeluk Islam 

Abu Yazid menuntut janji kepada ketua paderi dan persetujuan
 pengikut-pengikutnya. 
"Sahabat-sahabat sekalian percayalah bahawa apa yang saya 
beritahu itu adalah benar.  Saya tidak didesak oleh mana-mana
 tekanan.  Memang sudah lama saya fikirkan hendak menyampaikan 
perkara ini kepada sahabat-sahabat semua, tetapi saya bimbang 
sahabat-sahabat tidak akan percaya kepada saya lagi.  Saya hanya
 menunggu waktu."

"Dari mana tuan mengetahui perkara ini?" Tanya salah seorang paderi.
"Dari ketua sebelum saya."  Jelas ketua paderi.
"Sebelum ketua itu meninggal dunia dia telah bersumpah bahawa perkara
 yang dikatakan itu adalah benar."  Sambung ketua paderi itu.
"Kalau begitu, apa lagi yang kita tunggu!"

Ketua paderi dan pengikut-pengikutnya semuanya memeluk Islam 
disebabkan oleh Abu Yazid.
Ilmu Abu Yazid telah menyelamatkan daripada maut.  Ilmu 
ketua paderi telah menyelamatkan daripada kesesatan dan ilmu 
kedua-duanya telah menutup tabir kejahilan dan menyingkap 
tabir kebenaran dan Islam!

Kandungan dialog ketua paderi dengan Abu Yazid Al-Bustami

Bil
Pertanyaan Ketua Paderi
Jawapan Abu Yazid Al-Bustami
1.Yang satu tidak ada duanyaKewujudan Allah Maha Esa. 
 Dia Tuhan yang tunggal tiada 
sekutu baginya.
2.Yang dua tiada tiganyaMalam dan siang.  Apabila 
pergi malam datanglah siang
 dan apabila pergi siang 
datanglah malam.
3.Yang tiga tiada empatnyaKursi, Kalam dan Arash Allah
 Hu Subhanahu Wataala.
4.Yang empat tiada limanyaTaurat, Injil, Zabur dan 
Al-Quran.
5.Yang lima tiada enamnyaIslam telah memfardukan 
solat lima waktu: Zohor, Asar,
 Maghrib, Ishak dan Subuh.
6.Yang enam tiada tujuhnyaHari-hari Allah telah 
menciptakan langit dan bumi.  
Ini semua tersebut di dalam 
Kitab-kitab suci juga.
7.Yang tujuh tiada lapannyaTujuh petala langit dan
 tujuh lapis bumi yang disebut
 di dalam Kitab Suci juga.
8.Yang lapan tiada sembilannyaBilangan Malaikat yang memikul
 Arash Allah Taala yang disebutkan
di dalam Kitab Suci (ertinya): 
dan akan memikul Arash Tuhan kamu
 pada hari (Kiamat) itu adalah lapan Malaikat.
9.Yang sembilan tiada sepuluhBilangan kaum daripada golongan 
manusia yang menjadi kerosakan 
bumi Allah, sebagaimana yang
 tersebut di dalam Kitab Suci 
(ertinya): di dalam kota itu 
dahulu terdapat sembilan 
kumpulan yang menjadi perosak
bumi, mereka tidak pernah
melakukan yang baik.
10.Sepuluh yang sempurnaKewajipan puasa sepuluh 
hari ke atas orang yang berihram 
haji sebagaimana firman Allah
 Taala (ertinya): Maka hendaklah 
ia (orang yang berihram haji) 
berpuasa tiga hari semasa haji
 dan tujuh hari setelah balik
 ke negerinya.  Itulah dia sepuluh
 yang sempurna.
11.Yang sebelasSaudara-saudara Nabi 
Yusof Alaihissalam.
12.Yang dua belasBilangan bulan dalam 
setahun.
13.Yang tiga belasMimpi Nabi Yusof Alaihissalam 
yang tersebut di dalam Kitab 
Suci:  Sesungguhnya Aku 
melihat sebelas bintang, matahari
 dan bulan. 
Jumlahnya  tiga belas.
14.Orang yang berdusta,kemudian dapat masuk SyurgaMereka ialah saudara-saudara
 Nabi Yusof Alaihissalam.  
Mereka memberitahu ayah
mereka Nabi Yaakob Alaihissalam 
bahawa Yusof telah di makan serigala. 
 Mereka membawa pakaiannya yang 
dilumur dengan darah kambing.  
Perkara yang mereka lakukan itu a
dalah suatu dusta.
15.Orang yang benar, tetapi mereka dimasukkan ke dalam nerakaMereka ialah kaum Yahudi dan
 Nasrani, sesuai dengan firman 
Allah Ta’ala ( ertinya ) : telah berkata
Kaum Yahudi, kaum Nasrani itu
 tidak benar dan berkata kaum 
Nasrani pula kaum Yahudi itu 
tidak benar.  Kedua-dua kaum
 itu berkata benar pada tuduhan 
mereka antara satu dengan lain, 
namun mereka tidak mahu tunduk
kepada kebenaran yang ada di
 hadapan mereka iaitu mempercayai
 agama yang di bawa oleh
 Nabi Muhammad Sallallahu 
Alaihi Wasalam sebagai agama 
yang sebelumnya.  Lantaran itu
 mereka menduduki neraka.
16.Tempat roh dalam badan manusiaRoh berada di dalam tubuh 
badan manusia yang hanya diketahui
 hakikatnya oleh Allah Taala kerana 
roh adalah merupakan urusan Allah 
Taala jua, berdasarkan firmannya 
(ertinya): katakan roh itu dari perkara
 urusan Tuhanku.
17.Al Zariyati ZarwaNama empat macam angin.
18.Al Hamilati WakraAwan gemawan di dada langit.
19.Al Jariyati YusraPerahu-perahu yang belayar 
di laut.
20.Al Mukassimati AmraMalaikat-malaikat yang bertugas
 membahagi-bahagikan rezeki 
kepada manusia pada malam 
Nisfu Syaaban.
21.Yang empat belasTujuh petala langit dan tujuh 
lapis bumi yang sesuai dengan firman
 Allah Taala (ertinya): Maka Allah
 berfirman kepadanya iaitu kepada
 tujuh petala langit dan tujuh lapis 
bumi, datanglah kepada aku s
ecara patuh terhadap perintahku 
ataupun secara terpaksa.  Maka 
berkata kedua-dua langit dan bumi, 
"kami akan datang kepadamu secara 
patuh dan taat."
22.Kubur yang berjalan dengan penghuninyaIkan besar yang menelan Nabi Yunus 
Alaihissalam.  Nabi Yunus Alaihissalam
 di bawa oleh ikan ke mana-mana
 sahaja yang akhirnya dimuntahkan 
di pantai dengan izin Allah Taala.
23.Yang bernafas, tetapi tidak mempunyai roh.Waktu subuh seperti firman Allah 
Taala (ertinya): demi subuh apabila 
ia terlepas.
24.Air yang tidak turun dari langit dan tidak keluar dari bumi.Air yang dikirim oleh ratu Balqis
 kepada Nabi Sulaiman Alaihissalam
 di dalam botol iaitu air peluh kuda.
25.Empat yang bukan daripada golongan manusia, Malaikat dan bukan daripada punggung lelaki dan daripada perempuan.Kibas yang di bawa Jibril Alaihissalam
 sebagai korban ganti Nabi Ismail
 Alaihissalam, unta Nabi Salleh
 Alaihissalam yang disembelih 
kaumnya, untuk Nabi Adam dan 
Siti Hawa Alaihissalam.
26.Satu ciptaan Allah, lalu diingkarinya sebagai satu yang buruk.Suara keldai yang tidak sedap
 didengar, sesuai dengan firman
 Allah Taala (ertinya): sesungguhnya
 suara yang paling buruk ialah suara keldai
27.Darah yang mula-mula mengalir
ke bumi.
Darah Habil yang dibunuh oleh 
saudaranya Kabil.
28.Sesuatu ciptaan Allah, lalu diangkat sesuatu yang berat.Helah kaum wanita, seperti Firman 
Allah Taala (ertinya): sesungguhnya 
tipu helah wanita adalah suatu tipu
 helah besar atau berat.
29.Pada mulanya sebatang kayu kemudian menjadi roh.Tongkat Nabi Musa Alaihissalam
30.Wanita yang paling utama.Hawa, ibu sekalian manusia,
 kemudian Khatijah dan Aisyah, 
Asiah (isteri Firaun) dan Maryam 
Binti Imran.
31.Gunung yang paling utamaGunung Tursina
32.Binatang yang paling utama.Kuda.
33.Bulan yang paling utama.Bulan Ramadhan.
34.Malam yang paling utama.Lailatul Qadar.
35.Tentang Atta’mahHari Kiamat.
36.Pohon yang mempunyai 12 ranting, setiap ranting ada 30 daun, setiap daun ada lima kembang, dua bunga di matahari dan tiga bunga di tepi kegelapan.Pohon itu "tahun" yang padanya 
ada 12 bulan, satu bulan ada 30 hari.
  Lima itu ialah lima waktu solat 
37.Satu benda yang pergi haji dan tawaf di Baitullah, tetapi tidak mempunyai roh dan tidak wajib haji.Bahtera Nabi Noh Alaihissalam.
38.Empat jenis air yang lain rupanya dan rasanya, tetapi sumbernya satu.Air mata, air telinga, air hidung 
dan air mulut.  Air mata masin, 
air telinga pahit, air hidung masin 
dan air mulut tawar.
39.Nakir, fatil dan kitmir.Nakir ialah titik yang terdapat pada 
kulit luar benih, fatil ialah titik yang 
terdapat di dalam benih dan 
kitmir ialah kulit yang membaluti benih.
40.Sabid dan LabadBulu kambing biri-biri dan kambing kasi.
41.Sam dan Ram.Makhluk yang telah ada sebelum
 wujud Nabi Adam Alaihissalam.
42.Maksud keldai Makwak.Keldai Makwak tanda ia melihat 
syaitan, lalu ia berkata: Allah melaknatnya.
43.Maksud anjing menyalak.Anjing menyalak bermaksud:  Awas!  
Celaka bagi penghuni-penghuni 
neraka dari kemurkaan Allah yang maha berkuasa.
44.Maksud jeritan kuda.Kuda menjerit bermaksud:  
Maha suci Allah yang memeliharaku 
ketika tentera berpadu menyerang 
musuh dengan penuh semangat.
45.Maksud jeritan unta.Unta menjerit membawa maksud:
 Hasbiyallahu Wakafa Billahi Wakila 
(ertinya): Memadailah Allah bagiku 
dan cukuplah Dia tempat aku menyerahkan diriku.
46.Maksud nyanyian burung Bulbul.Nyanyian Bulbul bermaksud:  
Maha suci Allah pada waktu pagi 
dan pada waktu petang.
47.Maksud bunyi katak.Bunyi katak bermaksud:  
Maha suci Tuhan yang 
di sembah di mana-mana sahaja 
ada makhluknya dan di tempat-tempat
 yang tiada penghuninya.
48.Maksud kata-kata burung Nakus.Maksud kata-katanya:  Maha suci Allah 
sungguh-sungguh!  Wahai anak Adam! 
 Lihatlah di barat dan di timur di dunia itu, 
adakah makhluk yang menongkat langit?.
49.Kaum daripada makhluk Allah yang diutus kepadanya, namun ia bukan dari kumpulan jin, manusia dan Malaikat.Makhluk itu adalah lebih seperti 
Firman Allah Taala (ertinya): dan
Tuhan kamu telah mewahyukan kepada 
lebih...
50.Di mana malam ketika siang dan di mana siang ketika malam.Kedua-duanya berada di dalam 
ilmu Allah Taala yang amat sulit.

0 comments:

Post a Comment