Ganjaran bagi orang yang berusaha mencari dan
mempertingkatkan ilmu pengetahuan begitu banyak diperkatakan di dalam Al-Quran
dan hadis nabi Muhammad s.a.w
Antaranya:
Firman Allah dalam surah Al-Mujadalah ayat 11;
Allah mengangkat darjat orang-orang yang beriman dikalangan
kamu dan juga yang menuntut ilmu, dan sesungguhnya Allah mengetahui apa yang
kamu kerjakan.
Daripada Abu Darda’, bawahasanya beliau mendengar Rasulullah
bersabda:
“Sesiapa yang berjalan semata-mata kerana ingin menuntut
ilmu, Allah akan permudahkan jalannya ke syurga dan sesungguhnya para malaikat
menguncupkan sayap-sayapnya kepada orang yang menuntut ilmu kerana meredhai apa
yang dibuatnya, dan sesungguhnya seseorang yang mengajarkan kebaikan akan
dimohon ampun oleh makhluk yang ada di langit mahupun di bumi hingga ikan yang
berada di dalam air. Sesungguhnya para nabi tidak mewariskan dinar (wang) tidak
juga dirham, yang mereka wariskan hanyalah ilmu, dan barang siapa yang menuntut
ilmu itu, maka sesungguhnya dia telah mendapat bahagian yang paling banyak.”
(Hadis sahih, diriwayatkan oleh Ahmad, Abu Dawud, Attarmizi,
Ibnu Majjah dan Ibnu Hibban)
Rasulullah juga pernah bersabda; ilmu itu adalah khazanah
bagi orang-orang islam, maka jadilah antara 4 golongan majlis ilmu yang
mendapatkan keredhaan dari Allah, dan 4 golongan tersebut ialah:
1) Orang yang bertanya;
2) Orang yang mengajar;
3) Orang yang mendengar; dan
4) Orang yang suka pada orang yang berada dalam majlis ilmu.
Usaha untuk mencari ilmu tidak sepatutnya berhenti ketika
usia kita menjengah ke penghujung, tapi marilah kita:
1.membaca terjemahan Al-Quran setelah khatam
2.membaca kisah para sahabat
3.membaca hadis2 nabi
4.mengambil motivasi dari Al-Quran dan hadis
5.menghadiri majlis ilmu
6.bermuzakarah sesama rakan
7.bertanya dan merujuk pada ahluz zikr
8.bermusyawarah dalam segala hal
9.sedia berkongsi ilmu
10.mengambil iktibar dari pengalaman orang lain
Ya Allah, luaskanlah pengetahuan kami dan tunjukkalah kami
jalan yang lurus, iaitu jalan2 yang engkau redhoi dan bukanlah jalan yang
sesat.
0 comments:
Post a Comment