Diploma ir

Diploma ir
Diploma ir

Makam Huruf

 photo mro-2.jpg

Kenangan Tahap 7

 photo tahap7semua_zps18002aaf.jpg

Friday, 27 December 2013

PERAWAT & KAEDAH RAWATAN IR

Kenali ciri2 Perawat Ismak Ruqyah supaya tidak timbul fitnah@ dummy@clon kononnya dari IR. Penerangan ini penting untuk menjaga perjuangan fisabilillah perawat IR yg focusnya hanya kerana Allah swt.

Ciri2 Perawat ISMAK RUQYAH:
1. Tidak merokok 
2. Berpakaian Menutup aurat
3. Sentiasa senyum & tenang
4. Hanya bergantung kepada Ayat2 Ruqyah & zikir 
5. Memohon Doa & pertolongan serta bertawakal kepada Allah swt
6. Bukan perawat yang menyembuhkan penyakit tetapi semuanya dengan izin Allah swt.


Kaedah IR: 
1. TIADA rawatan sentuhan kepada pesakit Wanita (WALAUPUN BERLAPIK@ BERSARUNG TANGAN tidak dibenarkan di dalam Ismak Ruqyah) 

2. Setiap rawatan adalah PERCUMA .. TIADA BAYARAN@MAHAR DIKENAKAN (tetapi boleh menerima hadiah dalam apa sja bentuk * SUMBANGAN SEIKHLASNYA kerana Allah swt)

3. Rawatan adalah berlandaskan syariat & Al Qur'an; tiada menggunakan apa jua bahan sebagai medium rawatan .CTH: kayu, botol, chopstik, kain, garam, lada hitam , KERIS, etc

4. Pesakit hanya perlu sediakan air sendiri, tiada penjualan air Ruqyah dijalankan oleh Ismak Ruqyah. Pesakit boleh menyediakan seberapa banyak air utk d ruqyah perawat tanpa dikenakan apa jua bayaran.

5. Pesakit wanita perlu membawa telekung & wajib memakainya ketika rawatan.
Keluarga pesakit wajib menutup aurat.

6. Tiada kaedah PUKUL@ PICIT pesakit menggunakan kayu, kain, choptik, baling garam @ sebagainya. 

7. TIADA Kaedah MANDIkan pesakit . 

8. Setiap rawatan adalah fokus kepada Allah swt & hanya 1 pesakit@keluarga pada 1/1 masa. Tiada kaedah rawatan pesakit secara beramai2 @ bercampur bukan Mahram@ bukan ahli keluarga lain dalam setiap kali rawatan.

9. Setiap Rawatan adalah melalui temujanji/appointment shj (Tiada walk in dibenarkan)

10. TIADA RAWATAN BALAS BALIK /BALAS DENDAM @ PULANG SIHIR / tanam susuk/ etc . Kaedah IR adalah mengeluarkan@ memudahkan @ membuang segala gangguan dr pesakit @ Keluarga @ yang memberi kebaikan sahaja

11. Rawatan dilakukan semata2 kerana Allah & fisabilillah serta kesembuhan Hanya dengan Izin Allah swt .

12. Sekiranya pesakit memerlukan perawat Ismak Ruqyah berdekatan dengan lokasi mohon dapatkan info melalui 0173109949.
Perawat Ismak Ruqyah berada di seluruh negara termasuk, Sarawak, Brunei, Singapore, Thailand, Indonesia)

Semoga penerangan ini memberi manfaat khususnya kepada semua perawat IR serta pesakit2 yang berhajat untuk mendapatkan rawatan.

Sekiranya terdapat mana2 perawat yang Memperkenalkan diri sebagai perawat Ismak Ruqyah & menggunakan kaedah LAIN dari yang dinyatakan diatas mohon maklumkan @ boleh berhubung direct kepada PENGASAS ISMAK RUQYAH: 

USTAZ KAMAL 0173109949

0 comments:

Post a Comment