Diploma ir

Diploma ir
Diploma ir

Makam Huruf

 photo mro-2.jpg

Kenangan Tahap 7

 photo tahap7semua_zps18002aaf.jpg
Photobucket

Wednesday, 19 June 2013

Rahsia Bantuan Allah kepada Hambanya...

Rahsia Yang Tersembunyi Yang Perlu kita Cari

Manusia sentiasa lalai & alpa akan hal dunia sehingga jarang Mengingati Haq Allah, dikala terkena musibah barulah disini makhluk akan bertungkus lumus mencari perlindungan Allah swt. Rawatan terbaik untuk segala gangguan, baik physical serangan manusia atau gangguan serangan makluk jin adalah diri kita sendiri.Bagaimana & dimana kita letakkan diri kita di hadapan Allah swt? Kita yang perlu berusaha untuk mendapat RedhoNYA & bukan berharap orang lain yang membantu kita. Allah sahaja tempat bergantung & memohon pertolongan. Perawat adalah asbab kepada bantuan dalam rawatan tetapi segalanya adalah dengan Izin DIA sahaja. :Kesembuhan Milik Allah swt" ....................................................................

Solat adalah tiang agama, sekiranya tiang ini runtuh maka akan runtuhlah segala apa yang berada di dalam isi rumah. Sekiranya Kukuh, maka setiap makluknya kecil atau besar nescaya dapat menumpang berteduh di bawahnya.Maka akan terpeliharalah dari hujan, petir & segala bencana.. 

Solat Fardu atau sunat ada garis masanya yang perlu kita tahu & faham; di mana letaknya zohor, asar, maghrib, insya & subuh. Tidak boleh dikerjakan ikut suka hati & perlu ditunaikan apabila sampai waktunya & Sunat dikerjakan di dalam keadaan yang telah digariskan; Contohnya ;Tahajut (2/3 Malam) Dhuha , Witir etc.
* Rahsia Solat: Solat di awal waktu & perbanyakanlah solat sunat , in sha Allah, RahsiaNYA akan terbongkar sendirinya. disinilah terletaknya keyakinan & penyerahan diri pada Allah swt.

Zikir adalah amalan yang tiada batas amalannya; selagimana jantung berdentum , selagi itu zikirullah berjalan di mukmin qalbi kita.. berhentinya ia, maka berhentilah nafas kita di dunia. Segala inti Zikir adalah Nur Kalimah yang sentiasa menyinari diri seseorang mukmin itu. Umpama charge bateri ke jantung kita, lagi banyak zikirullah lagi kuatlah chargingnya. Makin kurang zikirullah makin lemahlah kita. Makin dizikiri makin kuatlah pelindungan Allah kepada kita. Apabila kita menjaga haq Allah & disinilah Allah akan menjaga diri kita dari disakiti, in sha Allah. Zikir & amalan kita adalah makanan roh. Apabila roh kuat maka tiada anasir halus yang boleh menembusi diri kita. Semuanya berlaku dengan Izin Allah In sha Allah.Yaqinilah Allah Maha segalanya, Melindungi & Mengizinkan ianya berlaku. 

*Rahsia Zikir: Berzikirlah sebanyaknya, In sha Allah . Perlindungan Allah sentiasa ada dimana saja .Charginglah diri anda dengan zikirullah, In sha Allah anda boleh tukarkan apa sahaja yang negetive kepada yang lebih positive. Yang Jahat dapat dijauhi & yang baik akan dekat dihati.Ketenangan & keyakinan adalah rahsia Keimanan kepada Allah swt. Zikir adalah kekuatan & keberanian menegakkan Haq Allah.

 Sesungguhnya urusannya-Nya apabila Dia menghendaki sesuatu hanyalah berkata kepadanya, “Jadilah!” Maka jadilah ia,”  (Yasin :82)

Rahsia Yaqin

Bahkan (mencukupi. Dalam pada itu) jika kamu bersabar dan bertaqwa, dan mereka (musuh) datang menyerang kamu dengan serta-merta, nescaya Allah membantu kamu dengan lima ribu malaikat yang bertanda masing-masing. (3:125)

Rahsia Sabar


Sekarang Allah telah meringankan daripada kamu (apa yang telah diwajibkan dahulu) kerana Ia mengetahui bahawa pada kamu ada kelemahan; oleh itu jika ada di antara kamu seratus orang yang sabar, nescaya mereka akan dapat menewaskan dua ratus orang; dan jika ada di antara kamu seribu orang, nescaya mereka dapat menewaskan dua ribu orang dengan izin Allah. Dan (ingatlah) Allah beserta orang-orang yang sabar. (a Anfal:66)




Maka bukanlah kamu yang membunuh mereka, akan tetapi Allah jualah yang menyebabkan pembunuhan mereka. Dan bukanlah engkau (wahai Muhammad) yang melempar ketika engkau melempar, akan tetapi Allah jualah yang melempar (untuk membinasakan orang-orang kafir), dan untuk mengurniakan orang-orang yang beriman dengan pengurniaan yang baik (kemenangan) daripadaNya. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui. (Al Anfal:17)

Perlindungan Allah adalah kepada makhlukNYA yang sentiasa mengingatiNYA dalam apa keaadaan sekalipun.



0 comments:

Post a Comment