Makluman Penting:
Bagi menjawap setiap panggilan telephone & PM yang semakin meningkat dalam minggu ini.
SIAPA ISMAK RUQYAH?
Bahawasanya Ismak Ruqyah adalah Pusat Rawatan Islam menggunakan ayat2 Ruqyah, Zikir & selawat sebagai pegangan didalam setiap rawatan. Rawatan IR TIADA menggunakan medium seperti kayu, besi, botol, Limau purut, kemian dll.
Rawatan IR juga Tiada sentuhan kepada Pesakit MUSLIMAH..
Rawatan IR adalah PERCUMA.. (TIADA BAYARAN DIKENAKAN.)
Rawatan adalah melalui Temujanji sahaja.
Moto 1: Yaqin Allah Maha Pemakbul Permintaan & Doa hambaNYA
Hanya kepada Allah kita berserah
Moto 2: YAQIN, TENANG & SENYUM
Moto 3: JAGA & INGAT ALLAH & IN SYA ALLAH , ALLAH AKAN
MELINDUNGI/MEMELIHARA KITA DARI MARA BAHAYA
SYARAT2 MENJADI AHLI IR:
1. MENJAGA SOLAT
2. AMAL MAKRUF NAHI MUNGKAR
3. FISABILILLAH (BUKAN KERANA NAMA, NAFSU,KEPENTINGAN PERIBADI)
4. PESAKIT SIHIR/ AHLI KELUARGA PESAKIT/ PERAWAT YG BERMINAT DI BERI
KEUTAMAAN.
5. AHLI YG MEMPUNYAI PERKERJAAN & RAWATAN BUKAN SUMBER PENDAPATAN.
6. INSAN YANG INGIN BERUBAH & INGIN MENDEKATI ALLAH
7. TIDAK DERHAKA KEPADA IBU BAPA
8. JAUHI ZINA
9. TIDAK SOMBONG, BONGKAK, RIAK, TAKBUR...
10. ANDA BOLEH SENYUM ... :)
ADAKAH ISMAK DARI NEGARA LUAR?
ISMAK RUQYAH DIASASKAN DI RAWANG, SELANGOR, MALAYSIA .
mEMPUNYAI AHLINYA DI SINGAPURA, BRUNEI, INDONESIA, THAILAND
JENIS2 RAWATAN:
SIHIR, SAKA, SANTAU, & APA SAHAJA JENIS GANGGUAN MAKHLUK HALUS.
ADAKAH IR MENGANDUNGI UNSUR SILAT@ SEANGKATAN DENGANNYA?
Jawapannya:
TIADA , IR BUKAN persatuan silat @ seni mempertahankan diri yang lain.
ADAKAH PERLU DIIJAZAHKAN SETIAP ILMU BERDEPAN@BOLEH JARAK JAUH?
Bertalaqi bersama guru sahaja.. berdepan.. tiada jarak jauh.
BERAPA TAHAP ILMUAN IR?
12 TAHAP TETAPI TAHAP 1 SUDAH BOLEH MERAWAT DIRI SENDIRI, AHLI KELUARGA & INSAN YG MEMERLUKAN.
ADAKAH WAJIB KE TAHAP YG LAIN?
TIDAK..
KENAPA ADA YG MELALUI PELBAGAI TAHAP?
Ilmu Allah luas seperti lautan... terpulang sesiapa yang mencari.. lain tahap lain cabarannya.. Mempelajari pelbagai ilmuan itu adalah seperti senjata yang diasah setiap hari, makin diasah semakin tajam. Semakin belajar, semakin mahir & Yakin.
APAKAH NUR KALIMAH & NUR HIKMAH?
Kedua-duanya adalah ilmuan JAGA DIRI... MELINDUNGI DIRI DARIPADA SERANGAN JIN, SERANGAN PESAKIT YANG MERASUK/MENGAMUK, ISIM DLL , DALAM MASA YANG SAMA MERAWAT MEREKA YANG MEMERLUKAN.
*ILMUAN INI HANYA TERBUKA KEPADA AHLI / IKHWAN/WAT IR YANG TERPILIH SAHAJA & TERTUTUP KEPADA AWAM.
* ILMUAN INI ADALAH PERSEDIAAN PERAWAT IR YANG SENTIASA DALAM BAHAYA SERANGAN JIN@PESAKIT ISIM@AMUKAN PESAKIT.
ADAKAH IANYA MELIBATKAN BACAAN TERTENTU:
Ya, Zikir Sahaja.... & doa.
KENAPA ADA SESI LATIHAN SERANGAN ?
BERTUJUAN : Untuk meningkatkan keyakinan IKhwan/Wat IR supaya menyakini Allah Maha Melindungi Makluknya dari mara bahaya.. Yakini Allah bersama insan2 yang sentiasa mengingatiNYA melalui zikir & amalan hariannya, mempercayai bahawa fisabilillah luas maksudnya & hanya Allah yang mengizinkan segala. YAQIN SEBENAR BENAR YAKIN ALLAH MAHA SEGALA.
"Wahai orang-orang yang beriman, kenanglah nikmat Allah (yang telah dikurniakanNya) kepada kamu ketika kaum (kafir yang memusuhi kamu) hendak menghulurkan tangannya (untuk menyerang kamu), lalu Allah menahan tangan mereka daripada (menyerang) kamu.
Oleh itu, bertakwalah kamu kepada Allah dan kepada Allah jualah (sesudah bertakwa itu) hendaklah orang-orang yang beriman berserah diri." (SURAH AL MAIDAH:11)
SEMOGA MENDAPAT PENCERAHAN SEWAJARNYA KEPADA INSAN2 MENCARI KEBENARAN & MENDALAMI ILMU ALLAH YANG BEGITU LUAS TIADA GAMBARANNYA.
JAZAKUMULLAH....
0 comments:
Post a Comment