Alhamdulillah pengalaman berharga daripada Ahli Ismak Ruqyah yang sudi berkongsi pengalaman merawat buat PERTAMA kalinya.
Email kiriman Saudara Roslan (Nilai,N9)
Pendahuluan
Paparan ini
adalah berdasarkan pengalaman pertama merawat selepas mendapat ijazah perawat
sehingga peringkat 4. Berkebetulan pesakit adalah kawan kepada anak sulung saya
dan selepas diminta oleh anak saya untuk bantuan, saya hanya berikhtiar dengan
doa-doa yang dibekalkan oleh guru-guru.
Saya
mendapat ilham menulis cerita ini untuk mencatat perjalanan kisah rawatan
dengan menyelit sketsa-sketsa kaedah rawatan, ayat-ayat yang mungkin dapat
menjadi pedoman keluarga saya juga kepada rakan-rakan perawat yang lain.
Melalui kaedah-kaedah yang dipimpin oleh Tuan Guru Utama (TGU) dapatlah saya
berkongsi pengetahuan dan pengalaman kepada pembaca yang lain.
Selain
berkongsi pengalaman, ada method yang ditunjuk oleh TGU yang dipaparkan disini
yang boleh dijadikan sebagai panduan dimasa akan datang.
Nama
watak-watak yang ada dalam sketsa ini adalah nama samaran. Jika terdapat
persamaan mungkin itu hanya kebetulan.
Saya memohon
kemaafan jika terdapat kecacatan dari gaya bahasa, jalan cerita yang mungkin
menyinggung perasaan pembaca. Saya hanya insan kerdil yang kailnya panjang
sejengkal tidak bermaksud untuk menduga laut yang dalam. Jika sudi, iringilah
sekerat doa untuk pesakit yang dirawati ini semoga anak gadis ini mendapat
kesembuhan total.
Pada TGU,
ucapan berbanyak terima kasih atas kesudian menerima kami sekeluarga sebagai
murid. Semoga Allah memberkati usaha murni TGU.
Ikhlas dari:
Ki
BICARA JIN
EPISOD PERTAMA
Panggilan Telefon
Hari ini masuk hari ke 18 puasa bersamaan dengan
Isnin 6 Aug 2012. Saya, isteri dan Aisya berada dalam kenderaan yang dipandu
oleh anak kedua saya Omar dalam ke perjalanan ke Masjid Batang Benar untuk
mengerjakan Terawikh. Omar memandu MPV dengan perlahan menuju ke simpang
`Traffic Light' ke masjid tiba-tiba telefon bimbitnya berdering dan meminta
saya menjawab panggilan. `Abah, tolong jawab panggilan kakak, tadi dia cakap
kawannya dalam keadaan pelik' sambil menghulur telefonnya kepada saya.
Selepas memberi salam, Sarah anak sulung saya menerangkan
yang kawannya bertukar suara garau ketika membaca yassin selepas solat maghrib.
Saya melihat jam sekarang menunjukan pukul 8.30 malam. Saya tidak tergesa-gesa
untuk melawat rumah sewa Sarah dah bertekad selepas solat tarawikh baru kami
memulakan perjalanan ke sana. Omar memperlahan kereta kerana lampu Traffic bertukar
merah. Isteri saya yang duduk bersebelahan dengan saya di kerusi belakang saya
perhatikan memasang telinga ingin mengetahui apa perbualan anak sulungnya
dengan saya.
Mengilai ketika
membaca Surah Yassin
`Abah, kawan
Sarah, Naila tadi baca Surah Yassin, tiba-tiba bertukar suara menyeramkan’. Sarah
memberitahu saya. Saya memberitahu Sarah, hajat saya akan ke rumahnya selepas
Tarawikh. Sarah akur dengan keputusan saya. Tiba-tiba Sarah memberitahu, Naila
sedang mengilai dan Sarah serta rakan-rakan dalam keadaan takut.
`Omar,
sekarang kita terpaksa ke rumah kakak, terus saja perjalanan ke Bangi. Saya
memberi arahan kepada Omar anak kedua saya. Terpaksalah saya menukar hajat dari
ke masjid terus kerumah sewa Sarah yang terletak di Bangi. Perjalanan mengambil
masa lebih kurang 15 minit dari Pajam.
Membaca Al-Fatihah
Saya masih
kurang pasti apakah penyakit yang dihidapi oleh Naila. Itu yang saya jawab
ketika ditanyai oleh isteri saya. Berserahlah kepada Allah Subhanahuwataala.
Sepanjang perjalanan mulut saya sentiasa membaca Al-Fatihah tidak putus-putus.
Omar mengawal
stereng MPV mengambil selekoh dari Nilai
berhampiran Bukit Nilai Utama untuk memasuk PLUS Highway. Didepannya terdapat
sebuah lori memandu perlahan mengambil selekoh untuk memasuki highway.
Tiba-tiba kami mendapati kenderaan kami terperangkap antara sebuah lori dari
arah Seremban memandu agak laju.Terkejut bila Omar merasakan dia diekori rapat
dengan lori laju, Omar menekan brek agak mengejut menyebabkan adiknya si Aisya
melatah.
`Omar, cuba
bawa kereta perlahan sikit’, isteri saya mula berceramah kepada anaknya. Saya
juga menyampuk `Omar, biar perlahan asal selamat, ingat kita ni orang islam,
kena banyak bersabar’. Omar mengangguk bersetuju dengan saya.
Menuju
kerumah Sarah terpaksa melepasi tol Bangi dan dua bulatan. Perjalanan ke rumah Sarah
mengambil masa 15 minit dan kami sampai lebih kurang jam 08.45 malam.
Naila menggigil
Sesampai
dirumah, Sarah menyambut kami disertai oleh dua orang kawannya Asnida dan Shafiqa.
`Assalamualaikum’ isteri saya memberi salam dan kami dipelawa masuk
kerumah.Rumah sewa Sarah merupakan teres 2 tingkat. Tingkat bawah dijadi rumah sewa
sementara tingkat atas telah ditutup pintu tangga dan diduduki oleh tuan rumah.
Rumah teres ni agak terasa kelam, entah mungkin kurang sinar lampu atau hari
dah masuk malam.
Mata saya
menjeling melihat seorang anak gadis duduk di sejadah dikelilingi oleh dua
orang kawan menemaninya. Naila masih dengan kain telekungnya sambil memegang
surah Yassin.
Mendengar
kedatangan tetamu memberi salam, Naila memaling muka kearah kami dan saya nampak
Naila melemparkan senyumannya kearah isteri saya.
`Kenapa Ila,
pening ke? Saya memulakan pertanyaan kepadanya.
`Tak da
apa-apa pakcik’ jawab Naila.
`Saya ni
memang macam ni, ni penyakit saya, kejap lagi ok la tu’. `Pakcik tak payahlah
susah susah, saya tak nak menyusahkan pakcik makcik dan anak-anak pakcik’.
`Tak apa,
kalau sakit bagitahu, pakcik kena tolong. Kalau dah pukul 2-3 pagi, kalau sakit
dengan sapa Ila nak minta tolong’ ujar saya.
`Tak apa
pakcik, saya ni kalau saya dah tak ingat..nanti saya maki yang bukan-bukan pada
pakcik. Baik tak payah’ katanya.
Saya terus
berjalan dan duduk bersila didepan Ila. Melihat saya duduk didepan Ila, anak
saya Omar turut merapati Ila. Sementara isteri saya masih berada berhampiran
pintu rumah bersama-sama dengan Aisya, Sarah serta kawan-kawan Ila (Asnida dan Shafiqa).Ila
saya minta meluruskan kedua kakinya kedepan.
Saya
meneruskan zikir dalam hati sambil memerhatikan Ila. Saya perhatikan mata hitam
Ila mula berpusing keatas dan badannya mula mengigil. Badannya ketika ini bergoyang ke kiri dan ke
kanan. Diikuti dengan suara yang mendengus-dengus.
Jin berumur 346
tahun
`Siapa ni?’
saya mula cuba berinteraksi dengan makhluk yang masuk kedalam badan Ila.
Jin tidak
memberi apa-apa respon. Badannya masih mengigil dan mata hitam Ila hampir tidak
kelihatan ditutupi dengan kelopak matanya. Mulutnya terkatup rapat tidak
menjawab pertanyaan saya.
Saya dan Omar
meneruskan dengan bacaan ayatul Qursi. Selang tidak berapa lama, Ila
menjerit-jerit. Saya rasa jeritan Ila terdengar hingga ke rumah sebelah.
Rakan-rakan Ila kelihatan cuak melihat perubahan pada Ila.
`Jangan
tolong budak ni’. Jin mula bersuara. `Aku sakit hati, kakaknya kawin dengan
lelaki yang aku suka. Sekarang aku dah dapat lelaki tu, tapi hati aku geram,
aku nak semua keluarganya kena dengan aku’. Jin mula bercerita.
Saya rasa
lega kerana jin mula boleh diajak berbicara. Saya tanya siapa dia.
`Hasmah’
katanya.
Pertanyaan
seterusnya tentang agamanya.`kafir atau islam agama kau?.
`Kafirrrr…..’jawab
jin yang bernama Hasmah.
`Berapa umur
engkau’. Bentak saya.
`Aku dah
berumur 346 tahun’.
Jin Hasmah ditusuk
pedang
Tidak mahu
berlengah masa, saya terus minta Jin Hasmah keluar dari badan Ila. `Sekarang
aku bagi engkau dua pilihan, samada keluar secara baik atau paksa’. Omar yang berada
disisi kiri Ila kelihatan tenang menunggu jawaban dari Jin Hasmah.
Jin Hasmah
hanya menggeleng kepalanya tidak mahu bertolenrasi dengan kami.
`Ok, kalau
itu pilihan engkau untuk tidak mahu keluar, engkau tunggu dengan kebesaran
ayat-ayat Allah.
Saya berniat
untuk memasang gerak dengan mulakan dengan bacaan taawuz
Ketika ini
saya merasakan tangan saya mengeluarkan senjata pedang dan Saya memulakan
menjurus terus ke dada Ila dengan niat menikam Jin Hasmah. Ketika itu
kedengaran suara Ila menjerit panjang menandakan Jin Hasmah sakit tersusuk
pedang.
Saya
meneruskan berdialog dengan Jin Hasmah supaya keluar dari badan Ila. Jin Hasmah
masih berdegil.
`Omar, kita
bakar dia dengan ayat Qursi’ kata saya. Omar angguk menanda setuju dengan saya.
Saya membaca ayatul Qursi dengan lantang berkali-kali. Ketika itu jugalah,Jin
Hasmah menjerit-jerit.
Beberapa
ketika, saya mula melihat Ila kelihatan letih. Saya menyambung berdialog lagi
dengan Jin Hasmah.
`Mahukah
engkau keluar’ tanya saya.
Jin Hasmah
hanya mengangguk setuju. `kalau engkau setuju, engkau keluar sendiri melalui
kaki’ kata saya.
Saya dan Omar
melihat Ila menggiling kepalanya memberi isyarat yang saya keliru. Dalam hati
saya apakah Jin Hasmah berdolak dalih atau dia tidak tahu jalan keluar.
Kamu tidak
tahu jalan keluar?’ tanya saya. Jin Hasmah ketika ini hanya mengangguk. Apabila
mendapat kefahaman dari Jin Hasmah, tidak berlengah saya membuat lorong keluar
kepada kedua belah kaki Ila. sekarang kamu keluar ikut kaki’ kata saya. Kelihatan
badan Ila tersengguk-sengguk dari kepala sehingga ke kaki seolah-olah ada
pergerakan dari dada hingga ke kaki. Saya agak lega kerana ini memungkinkan Ila
akan pulih seperti sedia kala. Saya perhatikan Ila masih dalam keadaan letih
dan saya tidak bercadang untuk meneruskan rawatan kerana melihat badanya yang
mungkin tidak boleh menerima kesan dari rawatan ini.
Dalam memikirkan
apakah ayat-ayat rawatan seterusnya yang perlu saya bacakan, tiba-tiba saya
teringat pesanan guru saya ketika menghadiri kursus Tahap 2 di Rawang tempoh
hari. `Kalau untuk rawatan histeria, bacalah surah Fatihah pada tapak tangan 3
kali dan tepuk dibahagian tulang belakang, insyallah jin-jin akan tercabut
keluar’ saya membayangkan kata nasihat dari TGU. `Dalam kes histeria, jin-jin
baru sahaja masuk kedalam badan dan jin-jin akan berada ditulang belakang
sebelum dapat mencari tapak yang sesuai dengan mereka. Baca Al-Fatihah 3 kali
dan selesai membaca Al-Fatihah tiuplah ditapak tangan diikuti dengan menepuk di
tulang belakang. Insyallah, dengan izin Allah, jin-jin akan keluar’.
Ditipu Jin Hasmah
Saya
bergerak menuju kebelakang Ila dengan niat untuk membaca surah Al-Fatihah 3
kali. Dalam hati untuk mengeluarkan sisa-sia jin yang ada dalam badan Ila.
Ketika ini Omar juga berada disisi dan saya lihat mata Omar menusuk masuk
memerhati tulang belakang Ila. Saya meneruskan pembacaan surah dan tiba-tiba Omar
memberitahu saya.
`Abah, cuba
tekan belakang tengkuk Ila’.
`Kenapa?
Saya bertanya kepada Omar.
`Jin ada kat
situ’ jawab Omar.
Tidak
berlengah saya terus menggerakan tangan sambil ibu jari kanan saya menekan
tulang belakang bahagian atas di antara tulang belikat. Sebaik saya menekan
tulang belakang, Ila yang tadi diam membiarkan kami merawatnya terus menjerit
nyaring kesakitan. Jeritan Ila memecah kesunyian malam sekali lagi tentu
mengganggu jiran sebelah.
Saya terasa
telah ditipu oleh Jin Hasmah yang tadi bersetuju untuk keluar untuk dihantar ke
Serambi Madinah kini agak terasa tercabar kesabaran. Tidak tertangguh saya
menggerak ibu jari kiri saya menekan tulang belakang letaknya diantara buah
pinggang. Selepas menekan kedua-dua titik tulang belakang, kini Jin Hasmah
bertukar suara menjadi suara lebih halus macam suara kartun doraemon.
Dendam Jin Hasmah
Apabila
ditekan kedua titik tersebut, Jin Hasmah kelihatan agak takut dan melompat
dalam keadaan berlunjur sambil tangan menolak lantai seperti Hantu Pocong melompat. Saya terpaksa mengawal
badan dan kedua-dua ibu jari supaya tidak terlepas menekat titik sensitif jin
tersebut.Ketika ini Jin Hasmah menjerit kesakitan dan pergerakannya mendorong
ke dinding. Jin Hasmah menepuk dinding sambil membebel yang dia yang memporak
porandakan semua keluarga Ila. Sakit hati Jin Hasmah melihat kakak Ila
melangsungkan perkahwinan dengan lelaki idaman hati. Hancur luluh perasaanya
melihat lelaki pujaan hatinya memilih orang lain sebagai pasangan hidupnya.
Sakit hati
aku bila lelaki tu kawin dengan kakak sibudak ni. Aku dah buat kakak dia
bercerai dengan laki dia. Sekarang laki dia dah kawin dengan aku. Puas hati aku.
Aku akan buat budak ni (Ila) ini mati. Biar dia rasa’.
Itu lah
sebahagian dari cerita Jin Hasmah ini.
Mengeluarkan Jin
Hari semakin
merangkak malam. Jam menunjukan hampir pukul 10. Hati saya agak gusar kerana memikirkan Ila
masih dikuasai Jin Hasmah sedangkan saya harus pulang ke rumah segera kerana
anak perempuan Ainon saya yang baru berusia 12 tahun tidak ditemani sesiapa
dirumah. Dikala itu saya terus membuat keputusan untuk memaksa Jin Hasmah
keluar secara elok atau paksa. Kali ini dengan sepenuh tenaga diiringi bacaan
ayat yang mana tergerak dihati, saya paculkan kepada jasmani Ila melalui kepala
hingga ke hujung kaki. Lagi sekali Ila menjerit panjang kerana kesakitan. Saya
lihat Ila seperti bersama-sama saya cuba mengeluarkan makhluk yang ada dalam
badannya sambil menahan nafas, dia menghembus nafas yang terakhir keluar.
`Arrggggghhhhh...hah’
jerit Ila seperti satu benda terkeluar dari hujung kakinya.
`Lega
pakcik, dah ringan badan saya, terima kasih. Saya banyak menyusahkan pakcik
sekeluarga’.
Itulah
antara kata-kata Ila yang saya nampak ada perubahan pada fizikal dan tutur
katanya berbanding ketika saya mula-mula sampai tadi.
Pada
pengiraan saya, untuk sementara ini Ila sudah kembali kepada dirinya dan
cepat-cepat saya meminta Ila melafazkan 2 kalimah syahadah diikuti surah 3 Qul.
Saya
menghela nafas lega sambil mata mencari dinding untuk tempat bersandar badan.
Siapa Hasmah
Saya agak
keliru siapa si Hasmah ini. Adakah dia jin ataukah dia ini manusia bertopengkan
syaitan yang mengupah tukang sihir untuk menyihir keseluruhan keluarga Ila.
Atau mungkin Jin yang berada dalam badan Ila cuba mengalih pandangan saya atau
mengelirukan saya supaya hati saya terlalai. Apa-apa pun samada Hasmah itu jin
atau perempuan durjana tidaklah saya peduli. Saya meletakkan diri saya untuk
berjihad fisabilillah melawan ancaman iblis, syaitan dan jin.
BERSAMBUNG
DI EPISOD KEDUA.
1 comments:
salam, di mana sambungannya ya?
Post a Comment