Diploma ir

Diploma ir
Diploma ir

Makam Huruf

 photo mro-2.jpg

Kenangan Tahap 7

 photo tahap7semua_zps18002aaf.jpg
Photobucket

Monday 16 July 2012

Kisah sadis Kuntilanak Bernama Suraya Ibrahim

Butiran Pesakit:
Nama: Rahsia
Umur : 40an
Lokasi: Perak

Assalammualaikum, insyaallah perkongsian adalah sekadar pedoman buat kita semua yang berada dimuka bumi Allah ini. Pesakit merupakan pesakit berulang yang sebelum ini terdedah dengan sihir dari manusia jahil yang bertuhankan nafsu & dendam. Gangguan terbaru merupakan sesuatu yang diluar kebiasaan. Diceritakan sebelum ini, pesakit telah menghubungi pihak ISMAK RUQYAH mengenai masalah gatal yang melampau di seluruh tubuh badan tanpa sebab & berlaku sepanjang masa.

Pelbagai ubatan digunakan dalam mencari penyembuhan, namun tiada hasil positif yang diterima. Setelah temujanji dilakukan & rawatan dijalankan alhamdulillah terdapat 2 anasir yang dapat dikesan. Apabila discan jin Islam nakal (50% baik) muncul dengan nada sinis menduga kredibiliti diriku... wakaka.. kelakar jin tahap gaban baja hitam. Habis dikatakannya bodoh. Sampai Kopiah Tinggiku diperli beberapa kali. Apa kena mengena kopiahku dengan kamu... apa yang peliknya... apa yang geli hati sangat... pelik kah? Inilah pertama kali jin mempersoalankan kopiah ajaibku. Sebenarnya tujuan asal jin ini adalah hendak menguji kesabaran & fokus perawat supaya terasa tercabar, terguris hati & geram gila.. tapi engkau salah orang wahai jin ...

Apabila ditanya dijawapnya namanya "Jasim"... Jasim... jasim apa punya jenis jin kau nie... apa masalah kau masuk kesini...? maka terjawaplah persoalan bahawa si Jasim si Badut ini mengapa di memasuki wanita ini.
Diceritakan bahawa dia tinggal di kawasan rumah pesakit & seringkali melihat anak-anak pesakit memasukki rumah tanpa memberi salam@ memberi salam secara bersahaja..... Akum...Akum... kata si Jasim Badut.. Aku terguris & terasa ingin menguji kesabaran wanita ini. Dengan memasuki tubuh ini dia dapat memarahi anak-anak pesakit.. tetapi si Jasim lupa dia tidak ada hak untuk mengajar manusia apa perlu buat. Apabila di talbiah dia berkata dia sudah terpasung & terlekat ditubuh badan ini & tidak boleh keluar... dia kata dia tension... hanya memujuk secara psychology dia bersetuju untuk keluar tetapi bersama keluarganya yang berada di rumah pesakit. Keizinan dipohon untuk keluar seketika untuk mengambil anak-anaknya. Alhamdulillah sepantas kilat dia keluar & dlam kiraan 30 saat dia kembali bersama keluarganya. Diceritakan juga di dalam badan pesakit ini terdapat satu makluk lagi yang busuk & tidak boleh dibuat kawan.. Jasim mengatakan dia bukan Jin.. bukan dari golonganku..... Aku berkata " biarkan saja wahai Jasim ... sekarang keluar kamu dari tubuh ini menuju ke serambi madinah." Alhamdulillah Allah mengizinkan.

Sebaik sahaja Jasim Si Badut meninggalkan tubuh badan pesakit, pesakit menjerit seperti seekor puntianak@kuntilanak.. menyeramkan.. habis naik bulu, meremang bulu ketiak sesiapa yang mendengarnya. namun Alhamdulillah Allah memberikan aku ketenangan dalam menghadapi ujian ini... 2-3 kali menjerit nyaring live telecast dari ladang... kalah hantu Kak Limah. Tiada apa yang dapat aku lakukan melainkan mengarahkannya bertenang supaya mudah untuk berkomunikasi. Alhamdulillah Kuntilanak ini dapat menenangkan diri.. Alhamdulillah si Kuntilanak mengenalkan dirinya dengan nama "Suraya bt Ibrahim". .. seorang makhluk Allah yang rohnya terapung-apung di antara langit & bumi, menjadikan pokok sebagai rumahnya. Diceritakan bahawa pesakit ini sering melalui di bawah pohon yang di dudukinya.. tujuan asal pemasukakan adalah ingin mencari jalan keluar dari permasalahannya, mencari insan yang dapat membantunya supaya dia bebas dari dugaan Allah. Maka bermulalah episod sedih Suraya menceritakan kisah silamnya...................

Peristiwa lebih 30 tahun diungkit kembali dengan nada berbeza dari suara mula yang datang, suaranya bertukar halus seperti seorang budak berusia belasan tahun....cantik, lemah lembut... diketika kejadian Suraya berusia 16 tahun, berulang alik ke sekolah setiap hari melalui satu denai lorong kecil & menyeramkan. Suatu hari dalam perjalanan pulang Suraya diserang & dirogol oleh manusia berhati binatang, bernafsukan Syaitan. Rahsia disimpan tidak boleh ditutup lagi apabila perutnya makin memboyot setiap hari sehingga Suraya dihalau dari rumahnya oleh ibu bapanya sendiri... baru berusia 16 tahun sudah diperlakukan sebegini... aku tak dapat bayangkan kesedihan dimata Suraya.. bercurah-curah air mata... Di dalam perjalanan yang tiada tujuan sekali lagi Suraya bertemu Syaitan yang merogolnya dulu.. malangnya kali ini dia dirogol untuk kali kedua & dibunuh disitu. Nyawanya terputus dari badan bersama anak yang dikandungnya... Ya Allah... Apa yang Engkau tunjukkan aku hari ini.. terdetik dihatiku.. tinggi sungguh dugaanMu ya Allah...

Mayatnya dikebumikan secara rahsia oleh si perogol Syaitan jauh di Pengkalan Harmoni, Perak.. sewaktu itu projek perumahan ligat dijalankan disitu.. dia dikebumikan secara sembunyi di tapak  rumah yang sekarangnya bernombor 14 Jalan Pengkalan Harmoni dihuni oleh orang bukan Islam.. Tiada dendam dihatinya terhadap syaitan perogolnya & tidak pernah Suraya mengganggu manusia yang menghuni atau melalui pohon yang dihinggapnya. Pohon itulah dijadikan rumah ke 2 nya setelah jasadnya terbenam rapi di dalam batuan kongkrit. Diperhatikan dari jauh jasadnya yang semakin mereput.. setelah 30 tahun lebih baru sekarang Suraya dapat menceritakan & melepaskan segala rasa hatinya selama ini... kalau hidunya lagi mungkin sudah menjangkau 50 tahun usianya..

Suraya juga menceritakan bahawa gatal-gatal dibadan wanita ini adalah disebabkan ludahnya... tujuannya hanya ingin memberi isyarat kepada pesakit supaya mencari perawat untuk merawat & dengan cara itu sahaja Suraya dapat membebaskan dirinya dari masalah ini. Suraya memohon kepadaku untuk mengambil kembali jasadnya yang tertanah dibatuan itu, tetapi aku tiada kuasa untuk membuat sedemikaian.. hanya Allah sahaja tempat aku bermohon, alhamdulillah ilham terdetik dihatiku untuk mengangkat jasad Suraya secara batin (Kembara roh), alhamdulillah Allah mengizinkan.. lalu ku serahkan kembali jasadnya walaupun hanya dalam keaadaaan batin tanda rupa fizikalnya nyata. Aku serahkan kepada Suraya sebujur tubuh gadis remaja 16 tahun dibungkus di dalam guni baja ayam, diikat dihujung kepala & kaki dengan dawai. Suraya meraung kesedihan apabila dia dapat kembali ke jasad asalnya itu.. Hanya Allah yang Maha Mengetahui.. kalau nak ku ceritakan selebihnya mungkin kalian merasakan aku gila, cerita tidak masuk akal. doremon @ naruto.. tapi itulah yang terjadi dimataku, dihadapan keluarganya & sekeluarga Ahli ISMAK RUQYAH  sendiri. Tiada tempat hendakku lepaskan roh ini... hanya aku bermohon kepada Allah swt sahaja untuk menariknya keluar dari tubuh pesakit ini... tarikan kali ini hanya ku serahkan kepada Allah swt..mohon diuruskan rapi pemergiannnya... berlainan sebelum ini aku tarik & rentap semua jin ke Serambi Madinah.. Seandainya Suraya bukan jin.. tapi dikatakan  roh yang tidah tenteram... aku bingung... aku pasrah... mencari dalil & nas dalam menjawap persoaalan ini... apa status sebenar si Suraya? apa endingnya? apa pengajarannya? apa terjadi kepada perogol syaitannya? berdosakah ibu-bapanya yang tega menghalau darah daging dari rumah? kesimpulannya inilah takdir Yang Maha Esa , menghidupkan & mematikan manusia.. sepanjang pengalamanku merawat lebih 7 tahun, 13 tahun mendalami ilmu perubatan Islam ini... inilah kali pertama aku menerima ujian ini...................... Bantulah aku Ya Allah ...............Allahuakbar.................................................................................................................................................................................................................................................................. Bantulah aku Ya Allah..........................Aku doakan semoga Roh Suraya Binti Ibrahim ditempatkan di Syurgamu  Ya Allah....AAmin...

Kesimpulan & jawapannya:


Allah berfirman dalam surah Al-Israa', ayat 85.
Yang bermaksud: Dan mereka bertanya kepadamu tentang roh. Katakan: "Roh itu dari perkara urusan Tuhanku; dan kamu tidak diberikan ilmu pengetahuan melainkan sedikit sahaja".

Roh adalah rahsia Allah swt.

Asas pertama yang perlu dipegang apabila membicarakan perihal jin dan malaikat ialah keimanan kepada perkara ghaib. Oleh kerana alam jin adalah alam ghaib yang terhalang daripada alam nyata. Manusia tidak boleh berbicara tentang jin kecuali mengikut neraca Al-Quran dan Al-Sunnah.
Firman Allah ;
يَا بَنِي آدَمَ لا يَفْتِنَنَّكُمُ الشَّيْطَانُ كَمَا أَخْرَجَ أَبَوَيْكُمْ مِنَ الْجَنَّةِ يَنْزِعُ عَنْهُمَا لِبَاسَهُمَا لِيُرِيَهُمَا سَوْآتِهِمَا إِنَّهُ يَرَاكُمْ هُوَ وَقَبِيلُهُ مِنْ حَيْثُ لا تَرَوْنَهُمْ إِنَّا جَعَلْنَا الشَّيَاطِينَ أَوْلِيَاءَ لِلَّذِينَ لا يُؤْمِنُونَ

Wahai anak-anak Adam! janganlah kamu diperdayakan oleh Syaitan sebagaimana ia telah mengeluarkan kedua ibu bapa kamu dari syurga, sambil ia menyebabkan terlucutnya pakaian mereka berdua untuk memperlihatkan kepada mereka: aurat mereka (yang sebelum itu tertutup). Sesungguhnya Syaitan dan kaumnya melihat kamu dengan keadaan yang kamu tidak dapat melihat mereka. Sesungguhnya kami telah menjadikan syaitan-syaitan itu teman rapat bagi orang-orang yang tidak beriman.
(Al-Araf :27)
Hanya kedua-dua sumber itu mampu menelah dan menembusi alam jin. Sesiapa sahaja yang ingin mengutarakan buah fikiran mengenai alam jin perlu terlebih dahulu merujuk Al-Quran dan Al-Sunnah supaya umat Islam tidak berpegang kepada asas yang rapuh, tidak berasas atau disuap dengan fakta karut dan khurafat yang tidak banyak membina iman dan minda.
Sebahagian jin Islam yang dipuji Allah SWT dan disebut kisah mereka di dalam Al-Quran. Mereka ialah generasi awal jin Islam yang bertanggungjawab menyebarkan Islam kepada makhluk jin kerana jin dan manusia mempunyai tanggungjawab agama dan akan dihisab di akhirat kelak
 (Al-Rahman [55:31-36]).
Generasi awal jin Islam yang disebut kisah mereka dalam Al-Quran ini selayaknya digelar sahabat nabi kerana memenuhi ciri serta takrifan para ulama hadis iaitu sesiapa sahaja yang bertemu dan beriman dengan Nabi Muhammad SAW.
Generasi awal jin ini juga diiktiraf sebagai rasul atau utusan pendakwah dalam kalangan mereka.
Firman Allah:
يَا مَعْشَرَ الْجِنِّ وَالإنْسِ أَلَمْ يَأْتِكُمْ رُسُلٌ مِنْكُمْ يَقُصُّونَ عَلَيْكُمْ آيَاتِي وَيُنْذِرُونَكُمْ لِقَاءَ يَوْمِكُمْ هَذَا قَالُوا شَهِدْنَا عَلَى أَنْفُسِنَا وَغَرَّتْهُمُ الْحَيَاةُ الدُّنْيَا وَشَهِدُوا عَلَى أَنْفُسِهِمْ أَنَّهُمْ كَانُوا كَافِرِينَ

"Wahai sekalian jin dan manusia! Bukankah telah datang kepada kamu rasul-rasul daripada kalangan kamu sendiri, yang menyampaikan kepada kamu ayat-ayatKu (perintah-perintahKu), dan yang memberikan amaran kepada kamu tentang pertemuan kamu dengan hari (kiamat) ini?")
(Al-An'am : 130)

Hakikatnya, para rasul hanya diutus dalam kalangan manusia. Namun begitu, rasul dari kalangan jin dalam ayat ini adalah wakil kepada rasul atau pendakwah dari kalangan jin yang mendengar bacaan Al-Quran yang dibaca oleh Nabi Muhammad SAW(Tafsir al-Razi). Kisah mereka ini boleh didapati di dalam Al-Quran.

 Sebuah hadis turut merekodkan baginda Rasulullah SAW pernah memuji para sahabatnya dari golongan jin yang begitu sensitif terhadap Al-Quran. Baginda pernah membacakan surah Al-Rahman dari awal sehingga akhir kepada para sahabat. Selain itu, para ulama hadis seperti Imam Ibn Hajar Al-Asqalani tidak ketinggalan menyenaraikan nama golongan awal jin bersama nama para sahabat nabi yang lain. Antara nama yang disebut adalah Zawba'ah, Al-Adras, Hasir, Khasir dan sebagainya (Al-Isabah fi Ma'rifat aAl-Sahabah).
Mungkin ada segelintir pihak cuba mempertahankan kenyataan meragukan tersebut dengan mengatakan bukti harian jelas menunjukkan jin banyak melakukan kerosakan dan kebiadapan terhadap manusia. Banyak sekali hasutan dan rasukan berlaku yang memporak perandakan hidup manusia. Sebenarnya kejahatan serta kebiadapan itu tidak hanya berpunca daripada jin, bahkan ia juga berpunca daripada kejahatan manusia.
Firman Allah SWT:
ظَهَرَ الْفَسَادُ فِي الْبَرِّ وَالْبَحْرِ بِمَا كَسَبَتْ أَيْدِي النَّاسِ لِيُذِيقَهُمْ بَعْضَ الَّذِي عَمِلُوا لَعَلَّهُمْ يَرْجِعُونَ (٤١)قُلْ سِيرُوا فِي الأرْضِ (٤٢)فَانْظُرُوا كَيْفَ كَانَ عَاقِبَةُ الَّذِينَ مِنْ قَبْلُ كَانَ أَكْثَرُهُمْ مُشْرِكِينَ

"Telah timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia, (timbulnya yang demikian) kerana Allah SWT hendak merasakan mereka sebahagian daripada balasan perbuatan-perbuatan buruk yang mereka telah lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat)." Katakanlah: "Mengembaralah kamu di muka bumi ini, kemudian lihatlah bagaimana kesudahan orang-orang yang telah lalu (yang telah dibinasakan). Kebanyakan mereka adalah orang-orang musyrik."
(Al-Rum : 41-42)
Teknik Rawatan
Mengesan Jin berbohong: Dibacakan AL Fatihah di tiup di hujung jari tunjuk; doa gerak nur & buatkan ikatan pada lidah jin.. pasang niat " sekiranya jin ini berbohong Ya Allah, Engkau simpulkan tali api ini dilidahnya dengan kalimah Laillahaillah Muhammad Rasulullah"
(sekiranya jin berbohong, insyaallah tali tadi akan terbelit dengan izin Alla swt) insyaallah. Maka jin tidak lagi dpt berkata2 dengan lancar.



2 comments:

ALLHAMDULILLAH..dapat pelajaran yg brguna hari ini..

Post a Comment