Diploma ir

Diploma ir
Diploma ir

Makam Huruf

 photo mro-2.jpg

Kenangan Tahap 7

 photo tahap7semua_zps18002aaf.jpg
Photobucket

Monday 23 April 2012

PELANCONG JIN


Melancong merupakan sesuatu yang indah & sering diimpikan oleh setiap makluk bernama manusia, tetapi kadang-kadang ianya membawa satu masalah besar kepada kita.
Berdasarkan pengalaman rawatan baru-baru ini dapat disimpulkan di sini bahawa setiap lokasi lawatan kita mempunyai unsur negetif yang boleh memudaratkan manusia. Jin  berkeliaran mencari & menguji sesiapa yang lemah@mempunyai aura tersendiri. Sering kali jin-jin berkeliaran di kawasan yang dahulunya pernah berlaku aktiviti pemujaan, peperangan, istiadat @ritual tertentu, kuil@ candi. Jangan terkejut sekirannya anda membawa cenderahati berupa Jin dari tempat pelancongan anda.

Symptom gangguan selepas kembali dari melancong:
  • Kesukaran Tidur
  • Hilang selera makan
  • Sering Pening
  • Mimpi ngeri  @ sering teringat lokasi yang telah dilawati
  • rasa Mual @ muntah
  • Bau sesuatu yang pelik @ makanan tertentu
  • Sering sendawa & nafas berbau busuk
  • Rasa pergerakan seperti semut@guli di dalam badan
  • Penyakit kulit yang belum pernah dialami sebelum ini

Pencegahan, Do & Don't:
  • Zikir sepanjang masa melancong
  • Jangan terlampau gembira / taksub (keindahan hanya milik Allah swt)
  • Berwuduk
  • Baca Ayat2 Pelindung / ayatulqursi
  • Jangan membeli cenderahati berdekatan lokasi tersebut/ jarakan sedikit 
  • Elakan mengambil batu @ sesuatu dari lokasi sebagai kenangan
  • elakan membeli patung2 syirik, keris, pedang @ senjata tajam , alat2 ritual
  • Elakan membeli barangan antique / mencuba & membuka sesuatu ikatan pada barangan tersebut
  • Sebelum pulang ke hotel perlulah berwudhuk @ berwuduk di hotel
Tidak salah untuk melancong tetapi melanconglah kerana Allah, melanconglah kerana ingin melihat keindahan ciptaan Allah swt.... Subhanallah ... subhanallah.... sentiasa dibibir.....insyaallah Allah akan  sentiasa melindungi kita dari gangguan Jin pengganggu ini.

Sekiranya anda tergolong daripada pelancong jin maka beriktiarlah sebelum Jin pengganggu ini bertukar ke Jin Saka....



0 comments:

Post a Comment