Diploma ir

Diploma ir
Diploma ir

Makam Huruf

 photo mro-2.jpg

Kenangan Tahap 7

 photo tahap7semua_zps18002aaf.jpg
Photobucket

Friday, 16 March 2012

TUKANG SIHIR DURJANA


Sepanjang rawatan minggu ini ISMAK RUQYAH menyaksikan kerakusan si tukang sihir menggunakan segala kemahiran & amalan khurafat mengambil kesempatan di atas segala kelemaham manusia.

Kes 1:
Akibat mahukan kerukunan rumahrtangga berkekalan seorang isteri sanggup mendapatkan khidmat tukang sihir dari sempadan untuk menambah seri & menakluk hati suami yang juga seorang muallaf kaya. Ketaksupan tersebut telah memakan diri sehingga si tukang sihir mengambil kesempatan meminta ribuan ringgit sebagai pengeras rawatan.. apabila tidak tahan dengan desakan & gangguan yang semakin kuat si isteri mendapatkan Khidmat ISMAK RUQYAH untuk menyelesaikan masalah ini..

Ruqyah & Zikir serta teroka batin dijalankan kepada pesakit sehingga komunikasi berlaku diantara Jin si tukang sihir & si pesakit. Jin memdedahkan segala rahsia dimana si tukang sihir akan menghantar jin tertentu untuk mengganggu mangsa & mangsa akan tergerak hati memohon bantuan si tukang sihir untuk mengeluarkan segala bentuk gangguan. Sebelum rawatan dijalankan dari jarak jauh si pesakit perlu "Bank in" sejumlah bayaran ke akaun si tukang sihir. Setelah transaksi disahkan si tukang sihir akan mengarahklaan jin yang dihantarnya tadi pulang kepangguannya... pada pandangan si pesakit.. rawatan telah berjaya walhal ianya hanya mainan si tukang sihir.

Semasa rawatan sedang berjalan, si tukang sihir terjaga dari tidur & sesi serangan berlaku diantara pihak ISMAK RUQYAH & si tukang sihir. Si tukang sihir menggunakan segala kepakaran & jin-jin setianya untuk membuat serangan. Alhamdulillah dengan izin Allah swt menggunakan perisai Yassin & serangan batin puting beliung alhamdulillah semua jin dapat diserap ke dasar bumi. Si pesakit terpinga-pinga memikirkan kerugian yang telah berlaku setelah menggunakan  perkhidmatan si tukang sihir ini untuk sekian lamanya. Si pesakit dibekalkan dengan ayat-ayat pendinding & zikir-zikir sebagai kekuatan diri mengharung denai kehidupan yang lebih baik selapas ini.. Alhamdulillah si pesakit menyedari bahawa Allah adalah segalanya & dengan merapatkan diri kepada Allah dapat menenangkan diri & menghindar diri dari dugaan yang mencabar.

KES 2
Si tukang sihir menggunakan khidmat orang ke 3 untuk mencari mangsa penipuannya... difahamkan bahawa secara kebetulan si pesakit sememangnya mengalami masalah bersama dengan isterinya.. apabila didekati dan  pihak ke tiga ini menawarkan pertolongan kepada pesakit, si pesakit terus menerima pelawaannya. Si tukanbg sihir menyatakan pernah berhubung dengan mangsa melalui mimpi & melalui mimpi mereka telah dijodohkan bertemu. Pelbagai dugaan berlaku kepada keluarga ini  sehingga hampir menghancurkan kesejahteraan rumahtangga yang dianggap dingin sebelum ini.

Melalui seorang kenalan si pesakit di temukan dengan ISMAK RUQYAH. Setelah sesi ruqyah dijalankan rupa sebenar si tukang sihir terbongkar. Jin setia si tukang sihir berpaling tadah & mendedah segala kekejaman si tukang sihir kepada jin pendampingnya & kerja-kerja kotor yang telah dilakukannya demi memenuhi kehendak tuannya si tukang sihir.

Diantara kerjanya:
1. menutup nafsu si suami & Isteri
2. Melahirkan rasa benci & dendam antara keluarga & anak2nya
3. Mengganggu sekeluarga

Jin juga mendedahkan bahawa Si tukang sihir bergantung sepenuhnya pendapatannya daripada hasil rawatan kepada keluarga pesakit. Pelbagai  bentuk bantuan dihulurkan dengan kadar bayaran tertentu sehingga mencecah ribuan ringgit berserta dibekalkan dengan amalan-amalan syirik.

kaedah rawatan ISMAK RUQYAH:
1. menghancurkan segala ikatan/ pagar yang telah ditanam sekeliling rumah mangsa
2. Menutup segala ruang komunikasi jin & si tukang sihir (kaedah paku & limau purut)
3. Menarik keluar serpihan bahan sihir yang terdapat pada setiap ahli keluarga.
4. kaedah Ruqyah & menyerapan ayat-ayat ruqyah ke Jantung dilakukan 
(bertujuan menghancurkan saki baki jin yang berada di dalam badan)

alhamdulillah dengan izinNYA rawatan berjaya dilaksanakan buat masa terdekat.
Si pesakit & keluarga dinasihatkan supaya lebih berhati2 kerana serangan si tukang sihir bakal berlaku setelah si tukang sihir menyedari segala usahanya sebelum ini telah terbatal dengan izin Allah swt.




1 comments:

Salam.. saya ingin buat rawatan dirumah, sebab bile saya buat rawatan diluar ok.. pulang kerumah saja kene semula.. seakan diletakkan dalam botol, dan kelibat hitam ,jenglot saya npk, kehormatan seperti diganggu ,dicakar dan diusik dari jauh.. tq

Post a Comment