Diploma ir

Diploma ir
Diploma ir

Makam Huruf

 photo mro-2.jpg

Kenangan Tahap 7

 photo tahap7semua_zps18002aaf.jpg
Photobucket

Friday, 16 March 2012

TUKANG SIHIR DURJANA


Sepanjang rawatan minggu ini ISMAK RUQYAH menyaksikan kerakusan si tukang sihir menggunakan segala kemahiran & amalan khurafat mengambil kesempatan di atas segala kelemaham manusia.

Kes 1:
Akibat mahukan kerukunan rumahrtangga berkekalan seorang isteri sanggup mendapatkan khidmat tukang sihir dari sempadan untuk menambah seri & menakluk hati suami yang juga seorang muallaf kaya. Ketaksupan tersebut telah memakan diri sehingga si tukang sihir mengambil kesempatan meminta ribuan ringgit sebagai pengeras rawatan.. apabila tidak tahan dengan desakan & gangguan yang semakin kuat si isteri mendapatkan Khidmat ISMAK RUQYAH untuk menyelesaikan masalah ini..

Ruqyah & Zikir serta teroka batin dijalankan kepada pesakit sehingga komunikasi berlaku diantara Jin si tukang sihir & si pesakit. Jin memdedahkan segala rahsia dimana si tukang sihir akan menghantar jin tertentu untuk mengganggu mangsa & mangsa akan tergerak hati memohon bantuan si tukang sihir untuk mengeluarkan segala bentuk gangguan. Sebelum rawatan dijalankan dari jarak jauh si pesakit perlu "Bank in" sejumlah bayaran ke akaun si tukang sihir. Setelah transaksi disahkan si tukang sihir akan mengarahklaan jin yang dihantarnya tadi pulang kepangguannya... pada pandangan si pesakit.. rawatan telah berjaya walhal ianya hanya mainan si tukang sihir.

Semasa rawatan sedang berjalan, si tukang sihir terjaga dari tidur & sesi serangan berlaku diantara pihak ISMAK RUQYAH & si tukang sihir. Si tukang sihir menggunakan segala kepakaran & jin-jin setianya untuk membuat serangan. Alhamdulillah dengan izin Allah swt menggunakan perisai Yassin & serangan batin puting beliung alhamdulillah semua jin dapat diserap ke dasar bumi. Si pesakit terpinga-pinga memikirkan kerugian yang telah berlaku setelah menggunakan  perkhidmatan si tukang sihir ini untuk sekian lamanya. Si pesakit dibekalkan dengan ayat-ayat pendinding & zikir-zikir sebagai kekuatan diri mengharung denai kehidupan yang lebih baik selapas ini.. Alhamdulillah si pesakit menyedari bahawa Allah adalah segalanya & dengan merapatkan diri kepada Allah dapat menenangkan diri & menghindar diri dari dugaan yang mencabar.

KES 2
Si tukang sihir menggunakan khidmat orang ke 3 untuk mencari mangsa penipuannya... difahamkan bahawa secara kebetulan si pesakit sememangnya mengalami masalah bersama dengan isterinya.. apabila didekati dan  pihak ke tiga ini menawarkan pertolongan kepada pesakit, si pesakit terus menerima pelawaannya. Si tukanbg sihir menyatakan pernah berhubung dengan mangsa melalui mimpi & melalui mimpi mereka telah dijodohkan bertemu. Pelbagai dugaan berlaku kepada keluarga ini  sehingga hampir menghancurkan kesejahteraan rumahtangga yang dianggap dingin sebelum ini.

Melalui seorang kenalan si pesakit di temukan dengan ISMAK RUQYAH. Setelah sesi ruqyah dijalankan rupa sebenar si tukang sihir terbongkar. Jin setia si tukang sihir berpaling tadah & mendedah segala kekejaman si tukang sihir kepada jin pendampingnya & kerja-kerja kotor yang telah dilakukannya demi memenuhi kehendak tuannya si tukang sihir.

Diantara kerjanya:
1. menutup nafsu si suami & Isteri
2. Melahirkan rasa benci & dendam antara keluarga & anak2nya
3. Mengganggu sekeluarga

Jin juga mendedahkan bahawa Si tukang sihir bergantung sepenuhnya pendapatannya daripada hasil rawatan kepada keluarga pesakit. Pelbagai  bentuk bantuan dihulurkan dengan kadar bayaran tertentu sehingga mencecah ribuan ringgit berserta dibekalkan dengan amalan-amalan syirik.

kaedah rawatan ISMAK RUQYAH:
1. menghancurkan segala ikatan/ pagar yang telah ditanam sekeliling rumah mangsa
2. Menutup segala ruang komunikasi jin & si tukang sihir (kaedah paku & limau purut)
3. Menarik keluar serpihan bahan sihir yang terdapat pada setiap ahli keluarga.
4. kaedah Ruqyah & menyerapan ayat-ayat ruqyah ke Jantung dilakukan 
(bertujuan menghancurkan saki baki jin yang berada di dalam badan)

alhamdulillah dengan izinNYA rawatan berjaya dilaksanakan buat masa terdekat.
Si pesakit & keluarga dinasihatkan supaya lebih berhati2 kerana serangan si tukang sihir bakal berlaku setelah si tukang sihir menyedari segala usahanya sebelum ini telah terbatal dengan izin Allah swt.




Wednesday, 7 March 2012

Senarai Pengedar Terkini






NEGERI
DAERAH
NAMA
NO.TEL
SELANGOR
RAWANG
KAMAL ARIFFIN
017-3109949

RAWANG
WAN
017-2437507

BANGI
PN. SAPARIAH
019-3718678

SERENDAH/BTG.KALI
TARMIZI
012-2631520


SHAH ALAM
YAQIN MART/AZ-ZAIN
013-3935103


WISMA PKPS S/ALAM
KHAIRUL BARIAH
012-2277069

SEC.15 SHAH ALAM 
EN. OMAR 
010-8912263


PUCHONG UTAMA
EN. ARIFF
017-2332063


KLANG   
EN.ZAIDI   
019-3472844


SELAYANG BARU
EN.SUBKI /NARIZ MART
019-3877551


KUNDANG
EN. KHALIL
019-2722505

ULU KELANG
EN. SALIH

P.PINANG
NIBONG TEBAL
MOHD RIZAL
012-530 7197

NIBONG TEBAL
MOHD. HUSNI
017-559294 

SPS/SIMPANG 4/TAIPING
UST. RAHIM
013-4051067


BAGAN SERAI/BKT MERAH
UST.RAHIM
013-4051067


KEDAH
GIANT KULIM
EN. NOOR ROSDI
012-379 0967




PERAK
MANJUNG
EN. MULAIDI
012-2091237




SINGAPURA
SINGAPURA 
THOBBIB HJ. YUSOF 
+6596773645

















                                 


Thursday, 1 March 2012

Sihir Botol


Penggunaan Sihir Botol lazimnya amat terkenal dikalangan pengamal di tanah seberang, bertujuan sebagai pengikat kasih @ pengurungan perasaan seseorang individu kepada individu tertentu (Pengasih). Botol yang diasak dengan upacara tertentu dimana gambar@ rambut@ barangan fizikal lain seperti baju, seluar dalam, kain batik,  adalah medium terbaik untuk memberi kesan segera & lama (berkekalan).

baru-baru ini pihak ISMAK RUQYAH menerima panggilan dari seorang hamba Allah yang jauh memohon pertolongan scan dirinya & isterinya... beliau merasakan isterinya mengalami gangguan tertentu yang sukar diterangkan disini.. Penerokaan Ismak Ruqyah bermula apabila mendapati Si isteri disihir menggunakan kaedah ikatan pada botol. Semasa penerokaan dijalankan serangan dari pihak tukang sihir mula kelihatan. Serangan dari segenap penjuru diterima dengan sabar & berserah kepada Allah swt. Alhamdulilah dengan kuasa Allah swt serangan dapat dipatahkan.

Rawatan jarak jauh pertama dijalankan pada hari yang telah ditentukan, botol dapat dicuri dari tangan tukang sihir. Terdapat ikatan kekal pada botol yang dikawal  tukang sihir dari jarak jauh.. alhamdulillah berjaya diputuskan. Botol terpaksa disembunyikan seketika kerana serangan dari bala tentera syaitan mulai datang berduyun-duyun...

Rawatan ditangguhkan untuk mencari kaedah terbaik bagaimana hendak dipecahkan botol ini tanpa memudaratkan si pesakit... insyaallah rawatan akan diteruskan malam ini.. Khamis 1 mac 2012.