Sunday, 9 October 2011
Wednesday, 5 October 2011
KATAM PENGIKAT (AYATUL QURSI)


Segala kelebihan hanya dari Allah, segala puji & salam pada Nabi junjungan Muhammad saw. Mukjizat Al-Qur'an terbentang luas menyinari alam ini & pada hati-hati manusia yang mendekatkan diri mereka kepada Allah swt.
Ayatul Qursi mengandungi pelbagai kebaikan & kelebihan yang tidak terjangkau akan fikiran manusia. Baik dari segi perubatan & amalan harian.
Katam Pengikat di dalam pembelajaran alam batin merangkumi pemahaman dari setiap urat, tulang & perjalanan darah di dalam badan manusia. Setiap sendi manusia mempunyai tidak kurang daripada 52 sendi tulang berkerjasama melakukan pergerakan. Namun kekuatan dalam perubatan kebatinan terdapat pada 6 sendi kunci utama yang merangkumi tapak tangan, pengelangan tangan, siku, dan bahu.
Kekuatan ini hanya dengan izin Allah insyaallah dapat:
- menarik barang sihir di dalam & luar badan
- memindahkan perkampunagn jin
- memusnahkan/melemahkan control panel jin di dalam badan (orang yang sedang mengamuk)
- mencari saluran@ terowong jin di dalam badan
- momotong / memancung anggota jin / bomoh sihir (di dalam badan @ jarak jauh)
Insyaallah semuanya dengan IzinNYA.. hanya sekadar berkongsi.
Jin yang sukar Dirawat
Golongan @ Bangsa Jin yang Sukar dikeluarkan@ Jin Berulangkali masuk.
(Insyaallah kesabaran & Keyakinan kepada Allah penyembuh segalanya)
PERTAMA
Jin Cina
KEDUA
Jin Indonesia
KETIGA
Jin Hindu
Ke-4
Jin Siam
Ke-5
Jin Orang Asli / Jin Hutan
Ke-6
Jin Melayu
Statistik ini adalah berasaskan kepada pengalaman kami dalam merawat. Kebanyakan carta 4 ke atas selalunya serangan bukannya keseorangan, ianya berkumpulan beramai-ramai. (melebihi 10 jin dalam 1 serangan).
Jin Cina selalunya berkampung... satu kampung akan membuat serangan. Jin hindu, Siam, Indonesia selalunya berkumpulan. Terdapat juga berseorangan terutama Indonesia, Melayu, Orang asli@hutan & siam.
Jin berkumpulan hanya mengumpul kekuatan di atas semangat diseru oleh penyembah-penyembah berhala, tokong cina secara berkerjasama bertukar-tukar posisi dimana yang sudah lemah keluar sekejap untuk mengumpul kekuatan & akan masuk semula menggantikan jin lemah yang lain. Selalunya jin cina tidak dapat berkerjasama dengan jin bangsa yang lain kecuali jin Siam, Melayu, Indonesia & hindu.
Jin Indonesia gemar menunjuk-nunjuk seperti bersilat & pergerakan mengugut. Kadang-kadang datang dalam bentuk binatang seperti harimau, anjing, babi & monyet. Jin siam gemar bersembang & datang dalm bentuk babi, anjing, ular dll.
Jin Hutan@orang asli gemar menjerit & melompat & suka lari merata-rata. Jarang bercakap.
Jin Melayu macam jin hindu, gemar bercakap besar, datang dalam bentuk harimau. Jin hindu kadang-kadang datang dalam bentuk dewa@tuhan hindu.. cakap besar & sombong.
Kembara Batin
Setiap Manusia mempunyai kekuatan fizikal, mental & spiritual yang berbeza. maka dengan itu ilmunya juga ada bezanya & tahapnya. Kembara batin ini boleh dikuasai oleh sebahagian manusia di atas kehendak Allah swt.
Pengertian Kembara batin:
Dengan izin Allah dapat mengeluarkan diri dari Fizikal badan.
(Kembara ini perlukan pemahaman diri manusia & hal sebenar ROH)
-Meneroka ke Alam Roh/Jin. (Seperti bermimpi)
Penting:
1. Fizikal manusia itu sendiri perlu bersih dari najis, tangkal
@ bahan-bahan syirik yang terdapat pada badannya.
2. Perlukan peneman/ sahabat/ ahli keluarga (emergency case)
3. Jaga Solat & insyaallah Allah akan jaga kita
4. Buang di dalam diri erti sombong, bongkak, takbur & bangga diri.
5. Sabar
(PELATIH SILA BERHUBUNG DENGAN USTAZ KAMAL UTK PENGIJAZAHAN)
Pukulan Batin (Tikam)
Alhamdulillah, Kami di sini ingin berkongsi salah satu kaedah pukulan batin yang sering digunakan dalam pertempuran dengan makluk yang bernama Jin laknatulallah. Setiap pergerakan manusia menpunyai aura tersendiri. Kekuatan sebenar setiap pukulan ini adalah berasaskan KEYAKINAN kita sebagai manusia kepada Allah swt.
Kaedah utama:
1. Keikhlasan & Berani
2. Keyakinan kepada Allah
(Allah Akan hantar bantuanNya)
3.Doa kepadaNya
(Allah Maha makbulkan Doa Hambanya)
4. Niat Jenis Pukulan (Tangan kosong)
- Tanah, Air, Api & Angin
@ Niat Tikaman Senjata
(Pedang, Pisau, Keris, Buluh, Kayu, Jarum, Mata kail)
- pembedahan membuang geliga syaitan
- Barang /Jin sihir yang diikat di dalam badan
-Menutup terowong Jin
- Mengeluarkan isi santau / barangan berbisa
- Menangkap Jin Liar di dalam & luar badan
-Memutuskan ikatan, urat saraf jin
5. Pukulan /Tikaman berserta Ayat-Ayat Ruqyah berkaitan
6. Merasai gegaran Pukulan/Tikaman & Tindak Balas Pesakit
Setiap perkara di atas perlukan latihan sepanjang masa melalui beberapa kaedah pembelajaran & practical. Pekara berikut perlu difahami sepenuhnya sebelum melakukan Tikaman/Pukulan Batin ini.
a) Pernafasan
b) Zikir / Ayat Ruqyah
c) Pemahaman erti kiblat, erti pusingan Tawaf
d) Pendinding diri
e) Concentration & Focus
Semoga pengenalan Pukulan Batin ini dapat dikongsikan bersama dengan jalan Allah swt. Kami hanya ingin berkongsi & selebihnya hanya milik Allah swt.
Sunday, 2 October 2011
Tahiyyat Akhir & Kelebihan
maksudnya:-
Membaca tahiyat akhir
Rukun ini dinamakan tahiyyat (penghormatan) atau tasyahud (penyaksian) kerana bacaan yang dilafazkan terdiri daripada keduanya. Berikut adalah bacaan bersama bahagian tahiyat. Bacaan tersebut hendaklah disambung dengan bacaan selawat kepada Nabi Muhammad s.a.w.
| Bacaan | Sebutan | Makna | |
| Penghormatan dan kesejahteraan | ﺃﻟﺘﺤﻴﺎﺕ ﺍﻟﻤﺒﺎﺭﻛﺎﺕ ﺍﻟﺼﻠﻮﺍﺕ ﺍﻟﻄﻴﺒﺎﺕ ﷲ | At-tahiyyatul mubarakatus solawatut toyyibatu lulillah | Segala kehormatan, keberkahan, shalawat, dan kebaikan adalah milik Allah |
|---|---|---|---|
| ﺍﻟﺴﻼﻡ ﻋﻠﻴﻚ ﺃﻳﻬﺎ ﺍﻟﻨﺒﻲ ﻭﺭﺣﻤﺔ ﷲ ﻭﺑﺮﻛﺎﺗﻪ | As-salamu 'alaika ayyuhannabiyu warahmatullahi wabarakatuh | Semoga keselamatan bersama engkau wahai Nabi, dan juga rahmat Allah dan barakahnya | |
| ﺍﻟﺴﻼﻡ ﻋﻠﻴﻨﺎ ﻭﻋﻠﻰ ﻋﺒﺎﺩ ﺍﷲ ﺍﻟﺼﺎﻟﺤﻴﻦ | As-salamu 'alaina wa 'ala 'ibadillahis solihin | Semoga keselamatan menyertai kami dan sekalian hamba-hamba Allah yang saleh. | |
| Penyaksian (Syahadah) | ﺃﺷﻬﺪ ﺃﻥ ﻻ ﺇﻟﻪ ﺇﻻ ﺍﷲ | Asyhadu anl laa ilaaha ilallah | Aku bersumpah/bersaksi bahawa tiada tuhan (atau sembahan) selain Allah |
| ﻭﺃﺷﻬﺪ ﺃﻥ ﻣﺤﻤﺪﺍ ﺭﺳﻮﻝ ﺍﷲ | Wa asyhadu anna Muhammadar rasulullah | Dan aku bersumpah/bersaksi bahawa Muhammad pesuruh Allah |
[Selawat kepada nabi dalam tahiyat akhir
| Bacaan | Sebutan | Makna | |
| Selawat kepada nabi Muhammad dan keluarga | ﺍﻟﻠﻬﻢ ﺻﻞ ﻋﻠﻰ ﻣﺤﻤﺪ | Allahumma salli 'ala Muhammad | Ya Allah, berikanlah selawat kepada Muhammad |
|---|---|---|---|
| ﻭﻋﻠﻰ ﺁﻝ ﻣﺤﻤﺪ | Wa'ala aali Muhammad | Dan kepada keluarga Muhammad | |
| ﻛﻤﺎ ﺻﻠﻴﺖ ﻋﻠﻰ ﺇﺑﺮﺍﻫﻴﻢ | Kama solaita 'ala Ibrahim | Sebagaimana Engkau memberikan selawat kepada Ibrahim | |
| ﻭﻋﻠﻰ ﺁﻝ ﺇﺑﺮﺍﻫﻴﻢ | Wa'ala aali Ibrahim | Dan kepada keluarga Ibrahim | |
| Keberkatan kepada nabi Muhammad dan keluarga | ﻭﺑﺎﺭﻙ ﻋﻠﻰ ﻣﺤﻤﺪ | Wa baarik 'ala Muhammad | Ya Dan Engkau berikanlah keberkatan kepada Muhammad |
| ﻭﻋﻠﻰ ﺁﻝ ﻣﺤﻤﺪ | Wa'ala aali Muhammad | Dan kepada keluarga Muhammad | |
| ﻛﻤﺎ ﺑﺎﺭﻛﺘﺎ ﻋﻠﻰ ﺇﺑﺮﺍﻫﻴﻢ | Kama barakta 'ala Ibrahim | Sebagaimana Engkau memberikan keberkatan kepada Ibrahim | |
| ﻭﻋﻠﻰ ﺁﻝ ﺇﺑﺮﺍﻫﻴﻢ ﻓﻲ ﺍﻟﻌﺎﻟﻤﻴﻦ | Wa'ala aali Ibrahim fil 'alamin | Dan kepada keluarga Ibrahim dalam dunia ini | |
| Penutup (Pujian bagi Allah) | ﺇﻧﻚ ﺣﻤﻴﺪ ﻣﺠﻴﺪ | Innaka hamiidum majiid | Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Tinggi |
Salam
Ucapan atau lafaz salam adalah sebahagian daripada rukun solat. Sekurang-kurangnya, lafaz salam itu ialah assalamualaikum (السلام عليكم)"- "sejahtera kepada kamu semua") tetapi untuk lebih sempurna, ucapannya ialah assalamualaikum warahmatullah (السلام علبكم ورحمة الله) - "sejahtera kepada kamu semua dan semoga dirahmati Tuhan"). Adalah disunatkan untuk memberi salam sebanyak dua kali dan sunat juga untuk menoleh ke kanan dahulu bagi salam yang pertama dan ke kiri bagi salam yang kedua. Turut disunatkan juga kedua-dua salam itu tidak disekalikan iaitu ada pengasingan antara kedua-duanya.
Saturday, 1 October 2011
TEKNIK PERUBATAN ISMAK
TEKNIK ASAS PERUBATAN ISMAK
TEKNIK ASAS PERUBATAN ISMAK
Teknik Asas perubatan ISMAK terbahagi kepada 2:
a) Ruqyah Sya'riah
(Menggunakan Terapi Al-Qur'an)
b) Tempur Batin (Teknik Asas Pergerakan Solat)
(Pertempuran ,Pengasingan ,Pengeluaran, & Pencarian menggunakan Tenaga Batin
+ Asas Pergerakan Solat)
- Pendekatan hanya menggunakan tambahan Ruqyah Sya'riah (Al-Qur'an).
- Kemahiran sebahagian dari ahli-ahli kami yang dianugerahkan Allah swt dengan
sedikit kelebihan merangkumi ilmu Kasyaf (semuanya dengan izin Allah swt)
Kami hanya insan yang lemah yang berharap sepenuhnya pertolongan daripada
Allah swt & hanya menggunakan pendekatan ingin membantu masyarakat Islam
& mendapat keredhaan Allah swt.
Segala perkongsian dialu-alukan insyaallah.
KURSUS SAHABAT AKRINE
Kursus Rawatan Islam Terbaru (AKRINE)
(Kursus ini di anjurkan oleh pihak Akrine & sila berhubung terus dengan Ust. Majid untuk sebarang maklumat lanjut@ tempahan kursus) Harap maklum.
InsyaALLAH pihak AKRINE KUANG akan menganjurkan kursus rawatan Islam bagi bulan Oktober dan Disember.
Kursus kali ini dibahagikan kepada tahap 1 dan 2.
Tahap 1 akan diadakan pada 29 -30 Okt. 2011 bertempat di Akrine Kuang.
Untuk tahap ini kursus akan memfokuskan kepada perkara-perkara asas dalam rawatan Islam. Kursus ini adalah bagi pelatih baru dan juga kepada pesakit yang mahu merawat dirinya sendiri.
Pada tahap ini, peserta akan diajar antaranya:
* Pengenalan kepada makhluk halus
* Kaedah membenteng diri
* Teknik mengesan
* Teknik dialog
* Teknik mengeluar (tarik guna serban / botol) atau membunuh
* Garis panduan merawat
* Latihan rawatan
Tahap 2 pula akan diadakan pada 3 - 4 Disember 2011 di tempat yang sama
Pada tahap ini hanya bagi mereka yang telah mengikut kursus tahap 1 dan perawat-perawat (bekas pelatih Akrine) yang ingin mengulangkaji / mendalami teknik rawatan. Ia lebih memokus kepada mereka yang benar-benar mahu menjadi seorang perawat.
Antara kandungan kursus adalah:
* Persiapan diri seorang perawat
* Keperluan bilik perawat
* Teknik tikam
* Teknik racun
* Teknik baling
* Teknik Kembara dan Rawat (TKR)
* Teknik Rotan Objek (TRO)
* Teknik ambil barang sihir
* Teknik Rawat Tanpa Sentuh Pesakit (RENTAP) dll
* Keberkesan Rawatan
* Latihan
Yuran bagi setiap tahap adalah RM250.00 sahaja (sila bank in ke Maybank Islamic 562740110528 Pusat Rawatan Islam Nur Ehsan)
Kursus bermula 8.30 pagi sehingga 5.00ptg
Sila sms nama, tempat tinggal, pekerjan dan tahap kursus yang dipohon ke
Kursus kali ini dibahagikan kepada tahap 1 dan 2.
Tahap 1 akan diadakan pada 29 -30 Okt. 2011 bertempat di Akrine Kuang.
Untuk tahap ini kursus akan memfokuskan kepada perkara-perkara asas dalam rawatan Islam. Kursus ini adalah bagi pelatih baru dan juga kepada pesakit yang mahu merawat dirinya sendiri.
Pada tahap ini, peserta akan diajar antaranya:
* Pengenalan kepada makhluk halus
* Kaedah membenteng diri
* Teknik mengesan
* Teknik dialog
* Teknik mengeluar (tarik guna serban / botol) atau membunuh
* Garis panduan merawat
* Latihan rawatan
Tahap 2 pula akan diadakan pada 3 - 4 Disember 2011 di tempat yang sama
Pada tahap ini hanya bagi mereka yang telah mengikut kursus tahap 1 dan perawat-perawat (bekas pelatih Akrine) yang ingin mengulangkaji / mendalami teknik rawatan. Ia lebih memokus kepada mereka yang benar-benar mahu menjadi seorang perawat.
Antara kandungan kursus adalah:
* Persiapan diri seorang perawat
* Keperluan bilik perawat
* Teknik tikam
* Teknik racun
* Teknik baling
* Teknik Kembara dan Rawat (TKR)
* Teknik Rotan Objek (TRO)
* Teknik ambil barang sihir
* Teknik Rawat Tanpa Sentuh Pesakit (RENTAP) dll
* Keberkesan Rawatan
* Latihan
Yuran bagi setiap tahap adalah RM250.00 sahaja (sila bank in ke Maybank Islamic 562740110528 Pusat Rawatan Islam Nur Ehsan)
Kursus bermula 8.30 pagi sehingga 5.00ptg
Sila sms nama, tempat tinggal, pekerjan dan tahap kursus yang dipohon ke
019-7584801
Penginapan di tempat kursus bagi peserta lelaki dan sesiapa yang memerlukan Homestay sila membuat tempahan dengan kadar yang segera.
Penginapan di tempat kursus bagi peserta lelaki dan sesiapa yang memerlukan Homestay sila membuat tempahan dengan kadar yang segera.
CARA MENGESAN JIN / SIHIR / SAKA
CARA MENGESAN JIN/ SIHIR / SAKA
Insyaallah cara yang paling mudah mengesan jin di dalam badan@ jin yang mengganggu kita adalah melalui beberapa kaedah, diantaranya:
***(LAKUKAN DI RUMAH & BERTEMAN @ ADA ORANG LAIN DI DALAM RUMAH YANG MAMPU MEMBANTU ANDA SEKIRANYA KEADAAN MEMERLUKAN)
1. KAEDAH 1 (PALING BERKESAN, insyaallah)
Dengan membaca membaca:
i) Fatihah 1x
ii) Niat & berdoa minta Allah bagi petunjuk.
iii) Baca Ayatul Kursi 33x ( tanpa henti sehingga cukup 33 x)
2. KAEDAH 2
Dengan membaca membaca:
i) Fatihah 1x
ii) Niat & berdoa minta Allah bagi petunjuk.
iii) Baca
iv) Ditiup seperti tiupan memakai straw ke atas kedua tapak tangan (senafas),
Pejam mata, kemudian disedut bacaan yang terdapat di dalam tapak tangan
tadi melalui hidung dengan 1 tarikan nafas & dan bayangkan udara yang
masuk tadi terus ke jantung@ menyerap keseluruh tubuh badan.
v) Tahan nafas 10 saat... & terus zikir
Tanda Anda mengalami masalah jin di dalam badan melalui KAEDAH 1 @ KAEDAH 2 tadi anda akan merasa:
* Hati berdebar-debar
* Lupa bacaan.. tersasul... terhenti secara mendadak
* Anda pening, mengantuk.. rasa nak pengsan
* Rasa mual & nak muntah
* sakit perut secara tiba-tiba
* terasa pergerakan didalam badan.
* Nafas anda luar biasa (mengeluarkan nada yang berbeza)
* jari-jari anda seperti ingin mencakar sesuatu
* mendapat bayangan binatang berbisa , arwah yang telah meninggal
@ sesuatu yang pelik.
* nampak bebola kecil (putih/hitam@merah) di depan anda.
* Rasa seperti hendak bersilat. @ tangan kaki macam hendak bergerak sendiri.
* Rasa seram terlampau @ merasa ada orang memandang.
* kaki anda tidak dapat digerakkan@ diangkat.
Sekiranya ADA.. jangan takut, bersegera mengambil WUDHUK & Zikir sepanjang masa.
Seterusnya sekiranya berkemampuan Solat Istiharah & minta Allah bagi petunjuk
seterusnya melalui mimpi & minta Allah tunjukkan jalan keluar dari masalah tersebut.












