Diploma ir

Diploma ir
Diploma ir

Makam Huruf

 photo mro-2.jpg

Kenangan Tahap 7

 photo tahap7semua_zps18002aaf.jpg
Photobucket
Showing posts with label Pukulan Batin. Show all posts
Showing posts with label Pukulan Batin. Show all posts

Thursday, 7 June 2012

Rahsia Pukulan Batin & Kunci


Assalammualaikum wbt, alhamdulillah dapat berkongsi sedikit sebanyak ilmu yang daif ini untuk tatapan sahabat-sahabat ISMAK RUQYAH. Sementara menunggu pelatih yang datang untuk pengijazahan, insyaallah dapat dikongsikan seberapa yang boleh, insyaallah.


Apabila berdepan dengan kerasukan kronik seperti bersilat @ menggunakan bentuk serangan kekerasan, lazimnya ruqyah sahaja tidak memberi kesan maksima kepada pesakit. Hanya kesan minima dirasakan dan ianya akan mendatangkan gerun, putus asa & tidak keruan ahli keluarga mangsa & muallij (perawat) sendiri.

Diantara sebab terjadi demikian adalah disebabkan:

  1. Jin ini dibela oleh tukang sihir Islam
  2. Pernah @ biasa mendengar ayat-ayat ruqyah & al-Quran
  3. Kekebalan dengan ilmunya (ilmu kebal)
  4. Jin pekak
  5. Jin dilindungi tukang sihir
  6. Jin berlapis-lapis
Kaedah sesuai untuk menentang jin jenis ini adalah melalui tempur batin; menggunakan ruqyah sebagai medium & pukulan batin sebagai kekuatan serta pengumpulan angin sebagai peluru tembakan.

Teknik  pertama:
Dengan menggunakan teknik Tahiyyat, anda mencari lokasi penempatan jin di dalam badan pesakit melalui jarak jauh. Setelah menjumpai maka kuncikan lokasi jin menggunakan Yassin:9 @ ayatul qursi.

Angin dikumpulkan di telapak tangan dengan tarikan batin, Ayat ruqyah Al-Furqan:23 ditiup di telapak tangan & tembakan ke lokasi /rumah jin di tubuh badan manusia yang telah dikunci tadi. Lazimnya dengan keyakinan kepada Allah jin tersebut akan lemah & terluka/cedera.

Setelah yakin aura jin@kekuatan jin telah menurun maka anda mulakan diplomasi psychology memujuk untuk serah diri & keluar dari badan pesakit. Insyaallah jin yang lemah akan patuh keluar apabila dirinya tercedera.

 Tetapi sekiranya anda berdepan jin panglima, anda akan berdepan masalah yang sukar, iaitu jin sanggup mati dari menyerah diri. Maka serangan berterusan & pukulan perlu diteruskan tanpa jemu sehingga jin menyerah diri. Kekuatan yang perlu anda ada ialah: TIDAK BERPUTUS ASA... YAKIN ALLAH AKAN MEMBANTU, INSYAALLAH.

Kadang kala jin memakai perisai besi; maka segala tembakan anda tadi boleh dianggap buang masa sahaja. Sekiranya dalam cubaan pertama anda gagal memecahkan badan jin mungkin anda perlu scan kelebihan jin tersebut. Perkara pertama yang perlu anda perlu fikir adalah memecahkan perisainya dengan pukulan 1 tan berserta  Al-Hasyr:21-24 & Al-Furqan:23. Insyaallah kali ini serang kakinya & dibahagian tengkoknya. Tambahan lagi dengan selawat tafrijiah dikumpulkan di dalam mulut ditiup seperti tiupan straw ke saluran pernafasan pesakit sambil mengarahkannya menyedut bacaan tadi.. niatkan didalam hati supaya selawat tadi menjadi racun kepada jin. Apabila anda melihat pesakit telah menyedut, terus anda mulakan pukulan ke saluran pernafasan & rusuk kiri pesakit. Insyaallah saraf jin akan hancur.

Insyaallah,sekadar berkongsi ilmu yang serba daif ini. Semoga memberi manfaat...

Wednesday, 5 October 2011

Pukulan Batin (Tikam)


Alhamdulillah, Kami di sini ingin berkongsi salah satu kaedah pukulan batin yang sering digunakan dalam pertempuran dengan makluk yang bernama Jin laknatulallah. Setiap pergerakan manusia menpunyai aura tersendiri. Kekuatan sebenar setiap pukulan ini adalah berasaskan KEYAKINAN kita sebagai manusia kepada Allah swt. 

Kaedah utama:

1. Keikhlasan & Berani

2. Keyakinan kepada Allah
(Allah Akan hantar bantuanNya)

3.Doa kepadaNya
(Allah Maha makbulkan Doa Hambanya)

4. Niat  Jenis Pukulan (Tangan kosong)
- Tanah, Air, Api & Angin

@ Niat Tikaman Senjata 
(Pedang, Pisau, Keris, Buluh, Kayu, Jarum, Mata kail)
- pembedahan membuang geliga syaitan
- Barang /Jin sihir yang diikat di dalam badan
-Menutup terowong Jin
- Mengeluarkan isi santau / barangan berbisa
- Menangkap Jin Liar  di dalam & luar badan
-Memutuskan ikatan, urat saraf jin

5. Pukulan /Tikaman berserta Ayat-Ayat Ruqyah berkaitan

6. Merasai gegaran Pukulan/Tikaman &  Tindak Balas Pesakit

Setiap perkara di atas perlukan latihan sepanjang masa melalui beberapa kaedah pembelajaran & practical.  Pekara berikut perlu difahami sepenuhnya sebelum melakukan Tikaman/Pukulan Batin ini.

a) Pernafasan
b) Zikir / Ayat Ruqyah
c) Pemahaman erti kiblat, erti pusingan Tawaf
d) Pendinding diri
e) Concentration & Focus

Semoga pengenalan Pukulan Batin ini dapat dikongsikan bersama dengan jalan Allah swt. Kami hanya ingin berkongsi & selebihnya hanya milik Allah swt.