Diploma ir

Diploma ir
Diploma ir

Makam Huruf

 photo mro-2.jpg

Kenangan Tahap 7

 photo tahap7semua_zps18002aaf.jpg
Photobucket
Showing posts with label Siapa Kami. Show all posts
Showing posts with label Siapa Kami. Show all posts

Wednesday, 28 September 2011

Siapa Kami



Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam. Tuhan yang Maha mengetahui yang ghaib dan yang nyata. Sesungguhnya Dialah yang menguasai sekelian makhluk-Nya daripada golongan jin, malaikat dan manusia serta lain-lain lagi, dan Dia jugalah yang berkuasa ke atas sekalian mereka itu. Dialah yang mengatur dan mentakbir alam ini dan Dialah yang Maha Penentu atas sekelian makhluk-Nya. Selawat dan salam ke atas jungjungan kami Nabi Muhammad SAW beserta keluarga, ahli-ahli bait serta para sahabat baginda serta pengikut sahabat dan ulama-ulama yang menegakkan agama Allah SWT serta yang berhubung dengan mereka itu sehingga kepada Nabi Muhammad SAW. 


Kami merupakan Hamba-hamba Allah swt yang memperjuangkan syiar Islam melalui pendekatan rawatan menggunakan Rukyah daripada Al-Qur'an. Prisip kami hanya ingin membantu masyarakat supaya tidak menyimpang ke arah kesyirikan dalam menerima apa jua sebarang rawatan sihir dan sebagainya. Matlamat kami adalah ingin Berbakti kepada masyarakat, Perangi Sihir & Rela Syahid di jalan Allah. 


Rawatan yang disediakan adalah PERCUMA & segala sumbangan yang diterima hanya untuk penambahbaikan Pusat Rawatan kami & kebajikan masyarakat Islam yang lain. Segala penyembuhan adalah milik Allah swt.. Sebagai manusia kerdil kita hanya mampu BERUSAHA, BERDOA & BERTAWAKAL kepadaNYA. 


Semoga perjuangan kami ini diterima Allah swt & Allah akan melimpahkan keajaipanNYA dalam perubatan ini, insyaallah. Pihak kami mengalu-alukan sebarang komen membina demi kebaikan bersama, insyaallah. Sila hubungi: 017-310 9949 untuk sebarang keterangan lanjut.