Diploma ir

Diploma ir
Diploma ir

Makam Huruf

 photo mro-2.jpg

Kenangan Tahap 7

 photo tahap7semua_zps18002aaf.jpg
Photobucket
Showing posts with label Rahsia dalam Rahsia". Show all posts
Showing posts with label Rahsia dalam Rahsia". Show all posts

Wednesday, 2 November 2011

Geliga Isim & kuncinya


Geliga isim amat dikenali oleh pengamal-pengamal ilmu kabatinan & persilatan yang menggunakan Jin sebagai perantara @   sahabat /khadam @ apa sahaja gelarannya. Jin-jin ini terdiri daripada jin-jin Panglima@ jin yang mempunyai kebolehan tertentu@keistimewaan dalam ilmu tertentu.

Setelah jin-jin merasakan bahawa mereka ingin bersahabat2@bersedia untuk bertuan, maka satu pemberian akan berlaku (sebagai hadiah) kepada pemakainya. Kelebihan jin ini akan diguna pakai oleh manusia yang ingikan kehebatan, kekuatan & segala penghargaan dunia.

Penerangan ini adalah atas pengalaman yang pernah dilalui... Setelah mempelajari sesuatu ilmu maka jin-jin tertentu akan mendekati kita ntuk menjadikan kita sebagai tuannya.. maka sesi taaruf akan berlaku tanpa pengetahuan manusia tadi. Selepas merasakan sesuai jin akan datang & menawarkan hadiah (geliga) kepada tuan barunya itu melalui:
1. MIMPI
2. PEMBERIAN NYATA (Sedar)

Pemberian secara sedar selalunya melibatkan sesuatu ilmu yang agak tinggi dimana pengamalnya dapat menguasai kuasa gerak.

Kaedah penerimaan adalah sama dimana jin akan  memberikan geliga, kemudian disambut manuasia & ditelan melalui mulut & disimpan di suatu tempat tersembunyi ( sila rujuk gambarajah).. Paling penting ialah iannya perlu DIKUNCI oleh pemakainya. Dengan isyarat mengunci sesuatu maka geliga ini akan terkunci rapi & tidak boleh dibuka melainkan dengan persetujuan pemakainya. Kunci kadangkala berada diluar badan. Contonya di cincin. (10% sja)

Kunci akan disembunyikan ditempat tertentu (sila rujuk gambarajah) lazimnya di tengkuk, lengan kanan & kiri , dipinggang seperti talipinggang.  Rahsia dimana disimpan terbongkar sekiranya Jin sendiri@ pemakaiya memberitahu. Tetapi dengan penerangan ini dapatlah kita sama-sama berkongsi bagaimana ingin mengeluarkan@memusnahkan kunci ini sebelum dapat kita keluarkan geliga syirik ini.

Sekiranya berlaku amukan isim, muaalij perlu hapuskan kunci terlebih dahulu, kadangkala jin akan mengalihkan geliga tersebut ke lokasi tertentu badan apabila kunci dapat dihapuskan. Maka pencarian makin rumit. Tetapi insyaallah dengan keizinan Allah dengan keberkatan ayat-ayat Al-Qur'an insyaallah kita pasti berjaya. Sekiranya tiada amukkan@ pengamal sendiri mahu membuangnya maka pakailah kaedah teknik jari: (Tersurat lagi tersirat, Rahsia dalam Rahsia) cari, korek & buang. Scan dilokasi seperti di gambarajah dan setelah mendapat kepastian maka korek perlahan-lahan. Anda perlu berhati-hati kerana jin akan meronta & akan memberi tindak balas negetive kepada anda seperti amukan & menyerang anda. (perlukan tenaga lebih dari 2 muallij)

Sebaiknya pengamal ini perlu diikat dahulu supaya tidak akan menyusahkan kita nanti. Walaupun dipersetujui pengamal untuk mengeluarkan geliga itu tetapi tidak bagi jin. Sebaiknya teknik consultation, persuasion dijalankan (nasihat & memujuk) digunakan untuk meyakinkan jin supaya berdamai & bersetuju keluar secara sukarela dari badan pengamal.

Kejayaan untuk mengeluarkan Jin geliga ini adalah 50/50 kerana ianya bergantung kepada kekuatan Muallij menahan serangan & kuasa memujuk itu sendiri. Tetapi Mualij perlu berhati-hati kerana jin geliga ini akan mejadikan anda sebagai target utamanya untuk menjadi tuan baru kerana ia yakin anda mempunyai kekuatan tertentu yang dapat menewaskannya. Selalunya jin akan datang dalam mimpi anda..... maka dindinglah diri anda dengan kalimah-kalimah Allah.. insyallah keselamatan dijanjikan Allah.

Sekadar berkongsi ilmu yang daif ini.. sesungguhnya yang baik hanya dari Allah swt.

Saturday, 22 October 2011

Scan Terowong & Kunci Melalui Air Ruqyah

Disini ingin kami kongsikan salah satu kaedah bagaimana hendak scan  & kunci jin yang berada di dalam badan melalui kaedah Air ruqyah. Air ruqyah (Air yang di bacakan Ayat-ayat Al-qur'an & doa-doa) mempunyai kekuatan tersendiri yang tersirat dari pengetahuan manusia. Tekniknya amat berkesan seperti satu mesin xray yang boleh menembusi setiap urat saraf, tulang & bahagian-bahagian yang mustahil untuk dilihat melalui mata kasar manusia daif seperti kita ini.

Tekniknya ialah dengan memberi pesakit meminum air yang telah diruqyah dan mintalah pesakit membaca Al-Fatihah 1X, Ayatul Kursi 1x, Selawat 3x ... kemudian ditiup ke dalam air & meminumnya.

Biarkan air ruqyah tadi menyerap ke setiap bahagian dalam kiraan 21 kali Selawat. (Dibaca oleh Muallij)
Bacakan Al-Fatihah 1x, Ayatul Qursi 1x, Selawat 3x... Yasin:9 1x ,ditiup di telapak tangan kanan anda.

Gunakan tangan tadi dan niatlah/berdoalah supaya Allah pinjamkan sementara kasyaf untuk melihat yang tersirat rahsiaNYA di dalam badan pesakit. Pejamkan mata & gunakanlah tangan tadi untuk scan seluruh tubuh badan pesakit, scan bermula dari kepada sampai ke kaki..pergerakkan pada tapak tangan akan terasa di tempat terdapatnya Jin. Sekiranya diizinkan Allah swt anda dapat melihatnya (Jin) dalam warna hitam bulat@ merah. 

Setelah lokasi dikenal pasti, gunakan kaedah Rahsia Terowong Jin (Rahsia dalam Rahsia, Tersurat lagi tersirat) dengan menggunakan jari telunjuk, kunci jin tersebut (ikut lawan Jam/tawaf)...Dengan menggunakan jari 1 & 4 tarik jin tersebut ke hujung kaki@ hujung jari pesakit.. kemudian tangkap dengan menggunakan tangan Anda (Muallij) dan dikeluarkan.

Ulang 2-3 kali sehingga anda yakin tiada lagi jin di dalam badan pesakit..
YAKIN & BERSERAH KEPADA ALLAH SWT.

"Hanya Sekadar Berkongsi Selebihnya Milik Allah swt"

Tuesday, 18 October 2011

TEROWONG JIN & KAEDAH TANGKAPAN JARI

 SEKADAR BERKONGSI ...

Saturday, 15 October 2011

Rahsia 786 & Bismillah..


Rahsia Tersirat Bismillah
HURUF       NO. RAHSIA
1. BA                  2+
2.SIN                  60
3.MIM                 40
4.ALIF                   1
5. LAM                30
6. LAM                30
7. HAA                 5
8. ALIF                 1
9. LAM                30
10. RO                   200
11. HA                      8
12. MIM                 40
13. NUN                 50
14. ALIF                    1
15. LAM                 30
16. RO                   200
17. HA                       8
18. YA                     10
19. MIM                 40
JUMLAH             786

Thursday, 13 October 2011

FATIHAH.. ILMU SEGALA ILMU...



PENTINGNYA BACAAN YANG BETUL DALAM AL-FATIHAH
Membaca Al-Fatihah adalah satu rukun dalam solat,apabila cacat bacaanya maka rosaklah solat, oleh itu perbaikilah bacaanya dengan ilmu tajwid,bukan setakat bacaanya saja rosak malah kita menyebut nama syaitan di dalam solat kita.

Berikut diperuntukan nama syaitan laknat yang wujid di dalam al-fatihah,sekiranya kita tidak berhati-hati.





NAMA SYAITAN
1.DU LI LAH ( bila dibaca tiada sabdu ) sepatutnya DULILLAH
2.HIR ROB (bila dibaca tiada sabdu ) sepatutnya HI ROB
3.KIYYAU (bila dibaca tiada sabdu ) sepatutnya KI YAU
4.KANNAK (bila dibaca tiada sabdu ) sepatutnya KA NAK
5.KANNAS (bila dibaca tiada sabdu ) sepatutnya KA NAS
6.IYA ( dibaca tanpa sabdu ) sepatutnya IYYA..IYA bermaksud matahari
Dalam ayat ke-5 ,jika salah bacaanya akan bermaksud kepada matahari kami
sembah dan kepada mataharilah kami meminta pertolongan”!!!!!!!!
7.SIROTOL LAZI…sehingga habis hendaklah di baca tanpa henti
8.AMIN…hendaklah mengaminkan al-fatihah dengan betul iaitu AA..
  dua harakat,semoga AMIN kita bersamaan dengan AMIN MALAIKAT
   insyaALLAH.semoga kita menjadi orang yang sentiasa membaiki bacaany
Kesalahan-kesalahan lain dalam surah al-Fatihah:
a) Alehamdulillah (seolah-olah bunyi ‘le’)…sepatutnya dibaca, Alhamdulillah.
b) malikiyau-middin…sepatutnya dibaca, maalikyau-middin
    ( ‘maa’ = dua harakat)
c) siro-thol-lazi na a’n a’m…sepatutnya dibaca, siro-thol-lazi-na an a’m
   (perhati dlm Quran, yang pertama adalah huruf alif(ا) , yang kedua baru huruf
     ain (ع)..bunyi alif berbeza  dengan bunyi ain..)
Jadi marilah kita sama-sama belajar membaca Surah Al-Fatihah dengan betul kerana surah ini adalah salah satu rukun 13 dalam solat. Solat kita tidak akan sah dengan bacaan yang salah dan lebih buruk lagi apabila maksudnya menjadi lain jika salah bacaannya.

Tuesday, 11 October 2011

Rahsia Jari Penunjuk


RAHSIA JARI PENUNJUK

Jari penunjuk merupakan salah satu anggota manusia yang mempunyai Rahsia yang amat hebat. Mungkin kita pernah ingin tahu kenapa jari ini mempunyai keistimewaan sehingga digunakan di dalam solat setiap hari. Sila rujuk ke halaman Tahiyah Akhir untuk lebih memahami pengertian sebenar tersurat & tersirat.

Tahukan Anda hanya menggunakan jari telunjuk ini :

* Kita boleh menikam jin dari jarak jauh.
* Membutakan Mata Jin
* membekukan Orang yang mengamuk (mengunci pergerakan)
* Menjatuhkan musuh dari jarak jauh @ dekat
  (Jauh tak sampai, Dekat tak kena , Rapat selisih)
* Digunakan sebagai kunci untuk menutup terowong jin di dalam badan.
* Digunakan sebagai pencungkil barang sihir di dalam badan.
* Menjadi batang pancing jin dari jarak jauh
* Membetulkan urat saraf yang terkeluar dari landasannya
* Mencari laluan santau
* Meracun Musuh@Jin

Selainnya hanya dengan IzinNYA... Dekatkan diri pada ALLAH & segala IlmuNYA akan dekat kepada Anda, Insyaallah.

"Tersurat lagi tersirat, Rahsia  dalam Rahsia"


Doa Iftitah & Rahsianya

DOA IFTITAH

اَلله أَكََْبَر كَبِيْرًا وَالحَمْدُلِلَّهِ كَثِيْرًا وَسُبْحَانَ الله بُكْرَةً وَأَصِيْلاً .  وَجَّهْتُ وَجْهِيَ لِلَّذِيْ فَطَرَ السَّمَوَاتِ وَالأَرْضَ حَنِيْفًا مُسْلِمًا وَمَا أَنَا مِنَ المُشْرِكِيْن . إِنَّ صَلاَتِي وَنُسُكِيْ وَمَحْيَايَ وَمَمَاتِي لِلَّهِ رَبِّ العَالَمِيْن لاَ شَرِيْكَ لَهُ وَبِذَلِكَ أُمِرْتُ وَأَنَا مِنَ المُسْلِمِيًن.
“Allah Maha Besar lagi sempurna Kebesaranya segala puji bagi Allah dengan pujian yang banyak . Maha Suci Allah sepanjang pagi dan petang , sesungguhnya aku menghadapkan mukaku kepada zat yang menciptakan langit dan bumi dengan keadaan lurus dan berserah diri dan bukannya aku termasuk dalam golongan musyrik , sesungguhnya sembahyangku ibadatku , hidupku dan matiku hanya untuk Allah semesta alam . Tiada sekutu baginya kerana itu aku rela diperintah dan kau ini adalah golongan orang Islam.”

Doa Iftitah adalah doa pembuka untuk setiap solat.. Tanpa disedari setiap apa yang dilafazkan oleh kita setiap hari mengandungi rahsia-rahsia tersendiri tersurat & tersirat.

Memahami & faham maksud apa yang kita lafazkan & doakan setiap hari lebih mendekatkan diri kita kepada Allah swt. Makin dekat kita kepadaNYA maka makin dekatlah ilmuNYA kepada kita, Insyaallah. Usahakan diri anda memahami maksud@makna doa ini.

Doa ini adalah "Rahsia di dalam Rahsia"  maka usahakanlah untuk memahami & membacanya dengan KHUSYUK dalam solat & hanya kerana ALLAH swt.

Selebihnya milik Allah swt.