Diploma ir

Diploma ir
Diploma ir

Makam Huruf

 photo mro-2.jpg

Kenangan Tahap 7

 photo tahap7semua_zps18002aaf.jpg
Photobucket
Showing posts with label KURSUS ISMAK. Show all posts
Showing posts with label KURSUS ISMAK. Show all posts

Wednesday, 6 June 2012

Pengijazahan Terbuka & Terhad


Assalammualaikum w.b.t kepada semua bakal-bakal pelatih ISMAK RUQYAH, adalah dimaklumkan bahawa
memandangkan permintaan yang diluar jangkaan dari sahabat-sahabat yang berminat untuk mengikuti pengijazahan ISMAK RUQYAH yang sebelum ini terpaksa melalui beberapa sesi pemilihan, maka pihak ISMAK RUQYAH melonggarkan syarat-syarat pengambilan. 

Diantara syarat terkini adalah seperti berikut:
  1. Pesakit @ ahli keluarganya yang sudah beberapa kali disihir & sudah puas berubat & masih terdapat gangguan.
  2. Insan yang berminat untuk mengubati diri sendiri dari gangguan.
  3. Insan yang sering diancam keselamatan / terdedah kepada serangan fizikal dari insan yang lain.
  4. Insan yang berniat untuk mengubah dirinya supaya menjadi lebih insan yang lebih baik & untuk mendekatkan diri kepada Allah swt.
  5. Insan yang berniat untuk berjuang untuk berbakti kepada masyarakat
  6. Insan yang telah pernah mengikuti kursus/perguruan2 /latihan kebatinan lain seperti Nasrul Haq , Budi Suci, Nazam Kilat, Al-Maunnah etc, yang ingin membersihkan diri  melalui penyucian roh & pengembalian nafas nur kearah yang diredhoi Allah swt.

Sahabat-sahabat yang berminat sila berhubung melalui sms/call ke 017-3109949
sms nama / lokasi anda/masalah@tujuan penyertaan/ tarikh dikehendaki /sesi pilihan.


Yuran: RM150
(sila bawa kain putih 2 meter /buku nota)
________________________________________
Jadual:
_________________________________________________________________________________
Zon Tengah

Tarikh: 7-14 hb June 2102

Sesi: 7-10 June
        sesi Petang:  3pm 
        Sesi Malam: 9 Malam 

Sesi: 11-14hb June 2012 (tiada sesi petang)
      Sesi Malam sahaja: 9 Malam

Lokasi: Pusat Rawatan ISMAK RUQYAH ,Bandar Country Homes, Rawang, Selangor

(sila pilih 1 sesi sahaja)
_________________________________________________________________________________
Penang / Perak /Perlis


Tarikh: 16-24hb June 2012


Sesi:  (tiada sesi petang)
      Sesi Malam sahaja: 9 Malam

Lokasi: Nibong Tebal, Pulau Pinang.


_________________________________________________________________________________


PELATIH-PELATIH YANG TELAH MENGIKUTI PENGIJAZAHAN ISMAK RUQYAH DINASIHATKAN SUPAYA MEMBUAT LATIHAN BERTERUSAN & INSYAALLAH LATIHAN KEDUA BERKUMPULAN AKAN DIJALANKAN DALAM MASA TERDEKAT.


Pelatih-pelatih  juga boleh membawa sahabat-sahabat yang berminat & dirasakan layak untuk mengikuti pengijazahan ini, insyaallah. Sila berkomunikasi bersama Naqib-naqib / Pembimbing anda sendiri @ melalui pihak pengurusan ISMAK RUQYAH.



Pelatih2 yang layak akan dilantik sebagai Naqib di kawasan anda & bertanggungjawap sebagai pembimbing kepada pelatih-pelatih baru serta sebagia tempat rujukan.

Saturday, 22 October 2011

KURSUS BERKAFAN


KURSUS BERKAFAN 2011
TARIKH: 4-6 DEC 2011
LOKASI: PERAK
YURAN: RM25
Kursus ini sebenarnya adalah percuma untuk peserta, yurannya hanya digunakan untuk peserta itu sendiri
(Pengangkutan Disediakan + Makan 3 kali sehari + Ubat Nyamuk + kain kafan + Touch light )

MAAF,TERHAD KEPADA 14 ORANG PESERTA SAHAJA
(First Come 1st Serve Basis Sahaja)

Pengenalan:
Kursus ini meliputi latihan rohani dalam membentuk keperibadian diri untuk lebih mendekati diri kepada Allah swt. Memahami makna & rasa mati serta mendidik supaya hati lebih takut kepada Allah serta AZABNYA..
Kursus ini terbuka kepada semua muslimin sahaja berumur 21 tahun  yang ingin mendekatkan diri kepada Allah. Keutamaan kepada:
*Betul-betul Berani
* Berhajat ingin merasai alam kubur
* Sanggup meninggalkan TV, anak bini di rumah
* Datang kerana Allah
* Sesiapa yang merasakan dirinya Kuat, Berani, Kepala gengster
* Tabah menghadapi ujian
(Peserta yang mengidapi masalah Jantung, Darah Tinggi tidak digalakkan)

Tentative Program:
( HARI PERTAMA) 4hb Dec 2011
7mlm- berkumpul beramai-ramai di Rawang
(Solat Maghrib berjemaah)
8pm - bertolak ke lokasi (Penggangkutan disediakan)
1030pm - Sampai di lokasi (Taklimat ringkas)
- Taaruf
-Solat Insya berjemaah
-Solat hajat
_Solat Istiharah 
-Pemilihan Peserta Atas & Peserta bawah

11pm- Majlis berkafan bermula

HARI KEDUA: 
500am-  Peserta Atas & Bawah berkumpul
-Solat Tahajud
-Solat Hajat
-Solat Subuh
-Tazkirah
-Sesi Soal Jawap

730am - Sarapan Pagi
- Aktiviti Bebas

9am -7pm (Perkongsian Rahsia dalam Rahsia/solat & etc)

Selepas Insya = Peserta Atas ganti Peserta Bawah

Hari KETIGA:
500am-  Peserta Atas & Bawah berkumpul
-Solat Tahajud
-Solat Hajat
-Solat Subuh
-Tazkirah
-Sesi Soal Jawap

730am - Sarapan Pagi
- Aktiviti Bebas

10am- Kesimpulan Kursus & Perkongsian bersama Semua
peserta.

12pm- Bertolak balik ke KL.

Taklimat ringkas program:
Program ini adalah berbentuk PERKONGSIAN bukannya Mengajar @ diajar.@ berbentuk perniagaan/keuntungan/ Politik etc.
Peserta akan dikafankan seperti jenazah (Muka akan dibuka)
Peserta akan di tempatkan di dalam liang kubur yang disediakan (7 liang sahaja)
Atas kuburnya akan ditutupi zink bersama ditemani sahabat peserta di atas.
Rotation berlaku kepada peserta di atas pada hari keduanya.
Sepanjang proses program para peserta tidak akan tertinggal Solat & Tiada aktiviti syirik.

Program ini adalah kerana Allah swt bertujuan mendidik anak bangsa untuk lebih takutkan Azab Allah & menginsafi dosa-dosa kepada Allah & Lebih menghargai Nyawa yang diberikan oleh Allah. 

Sila sms kepada yang berminat; Nama Penuh; Lokasi.
Terhad kepada 14 org sahaja, Bayaran hanya semasa di lokasi aktiviti sahaja.
Pihak kami akan menghubungi peserta yang berjaya..
Kepada yang tidak berjaya Pihak kami memohon jutaan KEMAAFAN...
Yang TERBAIK hanya dari Allah swt.

0173109949 (KAMAL)




Wednesday, 28 September 2011

KURSUS ILMU ISMAK

Pihak ISMAK mengalu-alukan kepada rakan-rakan perubatan, Muallij serta masyarakat yang berminat untuk berkongsi ilmu Allah ini. Kami yang serba daif ini sudi berkongsi segala pengetahuan serta pengalaman bagi meningkatkan syiar Islam & menjauhkan kesesatan di kalangan masyarakat Islam.

Perkongsian ini dijalankan secara informal & bebas tanpa dikenakan sebarang bayaran. Segala ilmu Allah adalah PERCUMA & tidak boleh dijual beli. Pihak ISMAK tidak menjual Ayat-ayat Al-Qur'an & segala ilmu yang ahli kami perolehi daripada Allah swt. Kami hanya ingin berkongsi & harap dapat dimanfaatkan bersama.
Segala kelebihan yang ada adalah anugerah daripada Allah swt .


 Sesiapa sahaja boleh dianugerahkan ilmu ini oleh Allah swt & hanya Allah yang tahu sebab musabab pemberian tersebut. PemberianNya merangkumi Ujian berat kepada penerimanya @ sebagai anugerah kelebihan kepadanya. Yang penting bagaimana ia dapat dimanfaatkan kepada masyarakan Islam umumnya. Kami disini hanya dipertanggungjawapkan untuk membimbing masyarakat supaya taat kepada Allah & berserah serta bertawakal sentiasa kepada Allah yang Esa.

Segala kelebihan hanya bersifat sementara@ pinjaman & boleh ditarik balik diatas kehendakNya tanpa sebarang notis amaran. Tiada amalan khusus @ ayat-ayat power @ mentera-mentera syirik, Perkongsian ilmiah ini hanya melibatkan TEMPUR BATIN  yang merangkumi beberapa keperluan rohani & jasmani.

Sebelum Memulakan segalanya, perkara yang perlu ada pada seseorang Muallij@perawat adalah:

KEIKHLASAN & FI SABILLILLAH
- keihlasan untuk membantu & mengorban diri kejalan  Allah swt. Perasaan Berani Mati dijalan Allah perlu ada disetiap perjuangan merawat.

   "Nyawaku hanya Allah yang pegang.. sekiranya ditakdirkan mati, aku menerimanya dengan rasa syukur (Alhamdulillah)"

- Sanggup menerima segala dugaan Allah & berserah segalanya kepada Allah swt.
- Merawat tanpa mengharapkan NAMA, WANG, KEDUDUKAN & PUJIAN ORANG.
- Sanggup mengorbankan masa, wang ringgit demi Islam.

"Sekali aku membantu manusia 1000 kali Allah membantu aku"


Sesiapa yang ingin berkongsi dapat kiranya menghubungi pihak kami... tiada bayaran dikenakan.. semuanya kerana Allah swt. Anda juga boleh mendaftarkan diri sebagai sahabat kami & sama-sama berjuang di jalan Allah demi menyebarkan syiar Islam, insyaallah...



Dimasa yang sama pihak kami juga akan menghebahkan sebarang Kursus daripada sahabat-sahabat  kami yang menganjurkan Kursus Perubatan Islam yang diiktiraf.