Diploma ir

Diploma ir
Diploma ir

Makam Huruf

 photo mro-2.jpg

Kenangan Tahap 7

 photo tahap7semua_zps18002aaf.jpg
Photobucket

Monday, 3 September 2012

"Hoi" Si Afrit tumpas bersama Ahmad si tukang sihir...


Sambungan serangan Afrit

Aku menerima khabar dari ahli jemaah ISMAK RUQYAH "A" menyatakan bahawa isterinya dibawah pengaruh Afrit...mereka dalam perjalanan menuju ke ibu kota singgah sebentar untuk solat Maghrib di RNR Sg. Buloh. "A" kuatir isterinya "M" tidak akan keluar dari surau tu kerana Afrit melalui isterinya berkata dia dia nak tidur di dalam surau...

Lantas aku kirimkan zikir & amalan yang perlu dijadikan modal supaya Afrit tidak berjaya membawa "M" pergi lagi jauh...diketika itu aku di luar kawasan dan hanya berbekalkan android yang baterinya separa sedar menunggu ajal sja nak padam, bergegas pulang ke pengkalan dengan tergesa-gesa.. dalam perjalanan aku kirimkan pedangku ke "A" dengan bermohon kepada Allah; "A" akan berjaya mendapatkannya.

Aku menghubungi "A".. "A" berkata "M" berjaya ditarik keluar dari surau itu... alhamdulillah dia tak buat kacau di sana.. diketika aku bersembang mengenai strategy menentang Afrit bersama "A".  Afrit melalui "M" minta "A" serahkan hp kepadanya.....

Afrit: Hoi Kamal... Aku kawan lama kau nie... kenapa kau kacau aku? (suara tak ubah seperti lelaki 
          Matang- walhal "M" wanita lemah lembut)

Aku: bila masa aku berkawan dengan engkau afrit? aku kacau kau kerana kau kacau alam manusia...

Afrit: Aku buat kerja saja.. kau janganlah masuk campur.. kau tak mampu lawan aku... tuan aku pun kuat..

Aku: Allah Berkuasa atas semuanya... nyawa kau di tangan Allah... kau tunggu kalau kau berani..
Afrit: dah kau tau nyawa aku di tangan Allah buat apa kau nak bertarung dengan aku...

Aku: kalau tak bertarung macam mana kau nak mati... aku kena usaha padamkan nya engkau dengan izin 
       Allah swt.

Afrit: kalau nak hantar tentera kau ..jangan hantar macam tentera kau yang kecil macam nie... (mungkin dia 
       maksudkan "A"..walhal dia dah terluka ditikam "A" diketika tadi.. berlagak macam terrer)
       Aku tak takut dengan kau...

Aku: bantuan aku dari Allah, & aku dengan berdoa sahaja Allah boleh turunkan tenteranya menghancurkan 
        kau...
Afrit:Kau sombong...bongkak...

Aku: Aku tidak sombong pasal Allah telah menjanjikan pertolongan kepada golongan yang di zalimi.. aku 
        yakin Allah akan makbulkan doaku... tenteraku adalah tentera Allah secara fizikal & tentera Allah dari 
        alammu juga...semua dengaan izin Allah. Apa yang tuan kau janjikan pada kau .... makan minum kau 
        terjaga. Apa kau nak? aku boleh mohon supaya Allah berikan kau lebih baik apa yang kau dapat 
        sekarang.. janji kau tak dadang lagi ke tubuh ini...
Afrit: Makan minumku terjaga... tuan aku menjanjikan wanita ini sebagai isteriku... kau doalah pada tuhan 
        engkau supaya dia jodoh aku....boleh?

Aku: Jin mana boleh kawin dengan manusia.. lagipun dia dah kawin.. aku cuma boleh doakan semoga Allah 
        kirimkan wanita dari golongan engkau yang lebih cantik dari "M" untuk kau buat isteri...

Afrit: Aku tak mau.. aku nak "M" jugak..
Aku: Kalau macam tu aku tiada pilihan melainkan mengistihar perang dengan kau ...
Afrit: baik... kita tengok sapa berjaya....

Aku: Semalam pun kawan kau semua tumbang bertarung dengan aku... aku guna doa & zikir sja & 
        keyakinan pada Allah habis kawan-kawan kau tumbang... pasal apa kau lari semalam? (teringat kes  
        serangan semalam)
Afrit: Tuan aku panggil aku balik la bodoh... kalau tak kau pun tumbang...
Aku: Afrit penakut.. wahai jin laknatullah hancurlah kau lepas nie... kau tunggu azab Allah..
Afrit: aku malas lah sembang dengan kau... 

Aku: apa nama kau afrit?
Afrit: Kau panggil aku hoi sja...
Aku: Kau tentera kafir?
Afrit: Aku tentera Kristian.....Malaslah sembang dengan kau... 

(HP diserah kembali kepada A")..
 aku arahkan "A" beredar dari situ kerana kawasan agak bahaya...

Dengan segera aku menghubungi Tentera fisabilillah Ismak Ruqyah yang sentiasa bersedia berjuang... Naqib-naqib dulu di maklumkan... kemudian panglima-panglima perang lain. Alhamdulillah serangan bertali arus ke tubuh :M" dijalankan.. serangan ke Ahmad (si tukang sihir & Afrit dilaksanakan)

"A" menghubungi kembali; Ustaz Afrit dah keluar....... aku memanjatkan kesyukuran Afrit tercabut dari tubuh "M" dengan izin Allah swt.... aku pohon "A" mencari tempat yang paling selesa dan selamat buat sementara waktu nie...

Serangan ke tubuh Afrit & Ahmad masih dijalankan ... aku sambil membuat serangan, sambil berFB kepada yg lain & sms ke panglima-panglima perang yang lain.. kalau dikumpulkan keseluruhan semuanya melebihi 50  
pejuang.. Dasyat-dasyat pukulan panglima-panglima perang nie.. aku cuma focus kepada Ahmad melumpuhkan sarafnya supaya tidak aktif lagi... Naqib-naqib semua ada.. panglima perang KL, Perak, Kelantan, N9, Malaka, JB, Patanni pun berkampung di rumah Ahmad laknatullah. Alhamdulillah semua dikepung... Sebahagian Naqib aku tugaskan melindungi 'M" di luar sana.

Aku menerima sms "A"...
 "Saya ada kat rumah adik saya di MK.. ada afrit kat depan rumah dia tapi tak boleh masuk macam tengah bingung.. dalam bilik pulak ada pintu yang tertutup.. ada pesanan dari Ahmad .. jangancampur urusan perempuan "M" nie..."

Aku menyelongkar ke MK... ya betul Afrit lain ada d sana.. tapi tercedera... terpaksa hadir menunjukkan kekuatan tetapi hakikatnya tunggu masa nak mati...belum sempat pukulan halilintar memecah bumi Afrit cabut lintang pukang... aku lihat Allah utuskan banyak tentera mengiringi "M" di rumah itu...

Sesungguhnya itu urusan Allah... wajah panglima-perang Allah melihat dengan senyuman... hanya salam ku kirimkan semoga Allah melindungi kalian...insyallah....

"A" sms " rasa macam ada benda besar kat depan pintu bilik berpedang..."
Aku membalas: bacakan fatihah di tiup supaya Allah buka lagi kasyafmu, tentera Islam kita berkampung disana ... insyaallah".


Jazakumullah kepada pejuang-pejuang Panglima Perang semuanya yang telah berjaya menundukkan Afrit & Ahmad si tukang sihir... sesungguhnya practice makes perfect.. walaupun baru tahap 1 tetapi pukulan hanya Allah sahaja yang mengetahui.... Semoga Allah membalas jasa kalian.. yang tercedera bersabarlah..ini adalah ujian buat anda.. insyaallah yakinlah Fatihah akan mengubati luka anda...insyallah...

Naqib2 terima kasih... cepat seperti kilat, deras seperti angin respond anda... Panglima2 perang lain laju macam roket pukulan anda... Maaf nak tanya... sapa yang baling bom tak bagi warning tadi?  .... bukan nak marah.. tapi khabor dulu,, ada tak sempat keluar...(rasaku kenal siapa).....







Afrit dari Mekah Menyerang...


Seperti biasa dikala ada pengijazahan maka akanku selitkan dengan rawatan seperti biasa.. tapi kali ini rawatan di Rawang. Hari Jumaat kali ini alhamdulillah tidak begitu meletihkan memandangkan aku bertolak dari Parit Buntar di selepas Maghrib menuju ke penjuru ibu kota "Rawang". Ku terpaksa korbankan perkara-perkara tertentu demi menuntut kerjaku sebagai pejuang Fi sabilillah.. 

Malam Jumaat telah disetkan untuk sepasang suami & isteri yang seminggu sebelum ini aku telah rawat. Alhamdulillah ada perubahan buat seketika, tetapi serangan balas si penyihir memaksa mereka kembali mendapatkan rawatan tepat 945 malam. Penderitaan hampir 2 tahun melawan sihir padaku sudah tidak boleh diterima lagi & kesabaran sudah sampai ketahap keterlaluan & penuh kezaliman.

Alhamdulillah malam itu perjalanan berjalan lancar, jin pembelot menghadirkan diri melalui si isteri membongkarkan segala rahsia yang tertutup sebelum ini. Dengan kajian strategi peperangan agak mustahil melawan kezaliman jin ini kerana tukang buatnya menyimpan dendam tersumat dibantu ahli keluarganya yang lain bergabung  menyihir mangsa. Tambahan bapa penyihir juga seorang bomoh yang dikabarkan handal pada mata jin. Keluarga ini dikepung oleh bala tentera yang diketuai oleh 3 ekor Afrit dari Mekah.

Aku tidak gentar kerana takutku hanya pada Allah.....


Di malam itu aku tidak mahu merawat tetapi bertekat untuk membuat serangan ke Penyihir yang menjadi punca kepada segala gangguan ini. Kepada Allah aku berdoa & alhamdulillah Allah menggerakkan hatiku supaya mendidik pasangan ini & membawa mereka bersama-sama berjuang menentang kezaliman makhluk ini. Pengijazahan segala rahsia dilakukan dengan hati terbuka memohon supaya Allah swt memakbulkan doa.

Pengijazahan bergerak lancar & serangan dilakukan & penyihir tumbang seketika... waktu sudah 420 pagi.. nafasku & tenagaku masih panjang.. masyaallah ini adalah kekuatan Allah pinjamkan seketika dikala berjuang di jalanNYA.. Alhamdulillah bertambah lagi jemaah ISMAK RUQYAH yang aku rasa dapat membantu mereka melawan sendiri makluk laknatullah itu..

Kebesokan harinya semasa taklimat pengijazahan, aku di serang bertubi-tubi...aku menggunakan zikir sebagai kubu, aku tutupkan keletihan pertarungan di mata anak muridku supaya tiada seorang pun perasan akan serangan yang berlaku... kekuatanku hanya air... tidakku tahu berapa banyak aku telah habiskan air Drinking water... rasanya lebih 8 liter dalam tubuhku demi menjaga kekuatan & melemahkan seranagn Afrit.
Pengijazahan & sesi rawatan di malamnya berakhir dalam jam 330 pagi, sejam lebih awal dari semalam. Alhamdulillah. Pengijazahan besoknya (Ahad) terpaksa aku batalkan kerana aku ingin lebih bersedia menerima serangan Afrit yang tidak pernah merasa jemu. Sebelum ini penyihir menggunakan jin-jin kaki lima untuk menyerang, tetapi apabila habis tumbang, Afritlah kekuatan yang akan digunakannya.

Ahad; aku kembali ke Parit Buntar, sepanjang perjalanan serangan bertali arus.... hanya bekalan zikir mainan  jantungku, selawat & gerak serangan balasku. Isteri & anak-anakku sudah biasa pekara ini, jadi tiada masalah kepada mereka untuk memahami pergerakan aku. Alhamdulillah selamat tiba dengan jayanya tetapi aku terkena satu detuman tembakan di belakang tubuhku.. agak parah..tapi aku yakin Allah tempat aku mengadu...

Selesai solat Asar, deringan Handphone (Yg sering kehabisan bateri) kedengaran.. berita tak baik nie.. terdetik dihatiku... Ya tepat sangkaanku, apabila Afrit keletihan melayan serangan balasku dia berpatah balik ke pesakit asalnya... sahabat Ismak memberitahuku isterinya ternampak Afrit meletakkan 2 bendera; Merah & Putih di rumahnya, memberi amaran akan berlaku serangan.. aku minta suami & isteri bersedia dengan gerak masing-masing. Aku terbang sekali lagi bertempur dengan si Afrit... aku lontarkan pedangku untuk dijadikan senjata buat Pelatihku "M" untuk digunakan memotong kepala Afrit... sms ku kirimkan sebagai tanda............... suami "M" memberitahu 'M" tumbang tanpa sempat melakukan aksi seterusnya, hanya pedangku sempat di capai, rohnya ditarik ke rumah penyihir oleh Afrit.. 'M" tidak sedarkan diri secara total.

Sekarang keaadaan makin gentir, dengan keizinan Allah swt aku dapat tewaskan penyihir & bapa penyihir, roh "M" aku rentap ke tubuh "M" kembali.. alhamdulillah. untuk kepastian aku telephon suami "M", "A" kata alahmdulillah "M" dah sedar & ok & bersedia untuk berjemaah Maghrib.

Setelah insya 'A' memberitahu rahsia-rahsia yang tidak dapat diceritakan disini, aku meminta "M" mengirimkan bendera Afrit tadi kepadaku supaya rumahku menjadi signal utama serangan. "A" juga menceritakan Afrit dapat menguasai isterinya itu & siap memberi amaran. Afrit juga mencabar 'A' untuk bersilat. Tetapi Alhamdulillah 'A' pandai mencari helah supaya tidak ada pertarungan antara mereka (maklumlah masih baru pengijazahan semalam) latihan pun belum sempat lagi... tindakan bijak & itulah sepatutnya berlaku..

Anak isteri ku tertidur kepenatan dalam jam 12 pagi..... aku dapat rasakan Afrit bersama tenteranya berada di luar rumah... aku bersedia dengan topup yang banyak.. zikirku makin laju gerakku makin kencang... bertali arus serangan digenap penjuru menuju tepat ke tubuhku...Afrit mengalah seketika... tetapi luka dibelakangku kembali berdarah... tiba-tiba aku terasa ada kekuatan merentap luka & besi terpacak dibelakang tubuhku, ku pandang... subhanallah anak muridku tadi 'A" menggunakan kekuatan rohnya membantu aku...samaada "A" disana menyedari@tidak menggunakan gerak mimpinya membantu aku disini diatas keizinan Allah swt.. aku kembali cergas...alhamdulillah...

Tiba-tiba anak lelakiku kerasukan, parah......aku hentak jin kecil keluar dari tubuhnya.. anakku kepanasan... agak parah tetapi Alhamdulillah masih bisa bertahan. Kemudian isteriku terkena biasan pukulan..terjaga dari tidur kesakitan & separa kerasukan.. alhamdulillah aku pecahkan mata Afrit & keadaan kembali normal....

Aku sangkakan serangan bakal berakhir apabila ku pandang jam di androidku dah pukul 4 pagi.. macam mana nie.. esok ada keja lagi nie.. diketika ku bercadang untuk solat hajat aku nampak Afrit terbang direct menuju tepat ke anak perempuanku yang berusia 4 tahun.. terkejut aku apabila terlihat Afrit tewas tersembam tidak dapat pecahkan kubu anak perempuanku .. Balqis terjaga sambil memerhati abangnya.. Afrit terus menuju ke anak lelakiku, belum sempat Afrit memasukki sepenuhnya anak lelakiku, Balqis merentap kuat Afrit dari kaki abangnya... Subhanallah.. baru ku sedar sesungguhnya si Balqis Allah anugerahkan kekuatan tertentu dengan izinNYA walaupun baru berusia 4 tahun. Rentapan Balqis yang terlalu kuat menyedarkan ibunya yang nyenyak tidur akibat keletihan.. seekor di tangan Balqis tetapi seekor lagi berjaya masuk.... aku rentap dengan pedangku... Syafiq menjerit kesakitan.."lepaskan...lepaskan... kau buka pintu ..aku keluar sekarang....." aku dengan pantas membuka pintu yang ku pasangkan bom jerangkap samar yang ku doakan sebelum ini untuk dijadikan perisai dari luar... pop..bommmmmm.. meletup si Afrit. Afrit ditangan Balqis terlepas.. almaklumlah belumku ajar apa yang sepatutnya Balqis lakukan setelah jin berada di tangannya...

Tiba-tiba krrrriinngggggggg... alarm hp berbunyi.. maka tamatlah sesi untuk pagi ini... bersedia untuk menghantar anakku ke sekolah... nampaknya aku tidak tidur-tidur lagi dari semalam. Ku putuskan tidak kemana-mana hari ini... berehat mengumpul kembali kekuatan untuk peperangan malam ini insyaallah.. Moga-moga Allah memeliharaku & tiada lagi serangan malam ini... (tetapi sekarang serangan kecil-kecilan masih berterusan- dikala aku titipkan cerita ini) kejap lagi baru nak p letak-letak kepala kejap coz sehari suntuk aku tak tidur..........

Pengajaran:

KEYAKINAN TINGGI KEPADA ALLAH & MAKBULNYA DOA
KEKUATAN FIZIKAL ADALH HASIL DARI ZIKIR YANG BERPANJANGAN
SEKALI KITA MEMBANTU MANUSIA 1000 KALI ALLAH MEMBANTU KITA
JANGAN SESEKALI KEDEKUT ILMU.. AJARKAN... AJARKAN...
BERJIHAD KERANA ALLAH & MATIKU KERANA ALLAH
ANAK YANG KECIL ALLAH PELIHARA
SABAR, SABAR, SABAR DENGAN UJIAN
MANUSIA ADALAH KEJADIAN TERBAIK,, KEKUATAN SEBENAR ADA DALAM MANUSIA
AIR MEDIUM PEMBENTUKAN TANAH YANG SEMPURNA
BERDOALAH SELALU
WALAUPUN HARI PERTAMA PENGIJAZAHAN, PELATIH SUDAH BERSEDIA





Sunday, 2 September 2012

Dana Portable Aircond

Photobucket

Pihak Ismak Ruqyah memerlukan  Dana untuk mendapatkan Portable Aircond (Aircond mudah Alih) .
Insyaallah dana ini adalah bertujuan untuk pembelian  aircond bergerak yang berharga RM1300 setiap satu untuk kegunaan di Pusat Rawatan di Rawang & Parit Buntar,Perak.

Dengan adanya aircond ini insyaallah akan memberikan keselesaan kepada pesakit, keluarga, ahli & perawat ketika sesi rawatan & latihan, Insyallah.

Sumbangan anda amat bernilai pada kami & sesungguhnya menjadi saham akhirat buat anda semua insyaallah. Insyaallah sama-sama kita mencari keberkatan Allah dalam perjuangan Fisabilillah ini.

Segala sumbangan bolehlah disalurkan ke:
HEAVENLAND RESOURCES
512017013503
(MAYBANK)

sila sms Nama/Alamat/Jumlah Sumbangan/
Tarikh sumbangan ke:

0173109949 / 01117788461

(Sijil Penghargaan insyallah akan diberikan kepada semua dermawan, tidak kiralah berapa jua sumbangan anda & kalungan doa supaya Allah melimpahkan keberkatan rezeki & merahmati kesihatan kepada tuan-tuan dalam membantu perjuangan kami di jalan Allah ini,insyaallah)



Segala Pertanyaan/kemuskilan
sms/call:
0173109949 /01117788461


Belanja di jalan Allah
Alquran > Surah Al Baqarah> Ayat 195
Dan belanjakanlah (harta bendamu) di jalan Allah, dan janganlah kamu menjatuhkan dirimu sendiri ke dalam kebinasaan, dan berbuat baiklah, karena sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berbuat baik.
Utama kaum keluarga
Alquran > Surah Al Baqarah> Ayat 215
Mereka bertanya kepadamu tentang apa yang mereka nafkahkan. Jawablah: “Apa sahaja harta yang kamu nafkahkan hendaklah diberikan kepada ibu-bapa, kaum kerabat, anak-anak yatim, orang-orang miskin dan orang-orang yang sedang dalam perjalanan.” Dan apa saja kebaikan yang kamu buat, maka sesungguhnya Allah Maha Mengetahuinya.
Pinjaman kepada Allah
Alquran > Surah Al Baqarah> Ayat 245
Siapakah yang mahu memberi pinjaman kepada Allah, pinjaman yang baik (menafkahkan hartanya di jalan Allah), maka Allah akan melipat gandakan pembayaran kepadanya dengan lipat ganda yang banyak. Dan Allah menyempitkan dan melapangkan (rezeki) dan kepada-Nya-lah kamu dikembalikan.
Bersedekah sebelum terngadah
Alquran > Surah Al Baqarah> Ayat 254
Wahai orang-orang yang beriman, belanjakanlah (di jalan Allah) sebahagian daripada rezeki yang telah Kami berikan kepadamu sebelum datang hari yang pada hari itu tidak ada lagi jual beli dan tidak ada lagi persahabatan yang akrab dan tidak ada lagi syafaat. Dan orang-orang kafir itulah orang-orang yang zalim.
Sedekah itu barakah
Alquran > Surah Al Baqarah> Ayat 261
Perumpamaan (nafkah yang dikeluarkan oleh) orang-orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah adalah seperti dengan sebiji / sebutir benih yang menumbuhkan tujuh tangkai (bulir), pada tiap-tiap tangkai  pula ada seratus biji. Allah melipat gandakan (ganjaran) bagi siapa yang Dia kehendaki. Dan Allah Maha Luas (kurnia-Nya) lagi Maha Mengetahui.
Sedekah dan iringan yang baik
Alquran > Surah Al Baqarah> Ayat 262
Orang-orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah, kemudian mereka tidak mengiringi apa yang dinafkahkannya itu dengan menyebut-nyebut pemberiannya dan dengan tidak menyakiti (perasaan si penerima), mereka memperoleh pahala di sisi Tuhan mereka. Tidak ada kekhuatiran terhadap mereka dan tidak (pula) mereka bersedih hati.
Maaf dan sedekah jangan berlawanan
Alquran > Surah Al Baqarah> Ayat 263
Perkataan yang baik dan pemberian maaf lebih baik daripada sedekah yang diiringi dengan sesuatu yang menyakitkan (perasaan si penerima). Allah Maha Kaya lagi Maha Penyantun.
Jangan hilangkan pahala sedekah
Alquran > Surah Al Baqarah> Ayat 264
Wahai orang-orang beriman, janganlah kamu menghilangkan (pahala) sedekahmu dengan menyebut-nyebutnya dan menyakiti (perasaan si penerima), seperti orang yang menafkahkan hartanya karena riak kepada manusia dan dia tidak beriman kepada Allah dan hari kemudian. Maka perumpamaan orang itu seperti batu licin yang di atasnya ada tanah, kemudian batu itu ditimpa hujan lebat, lalu menjadilah ia bersih (tidak bertanah). Mereka tidak menguasai (memperolehi) sesuatu pun daripada apa yang mereka usahakan; dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang kafir.
Kebun sedekah
Alquran > Surah Al Baqarah> Ayat 265
Dan perumpamaan orang-orang yang membelanjakan hartanya karena mencari keredaan Allah dan untuk keteguhan jiwa mereka, seperti sebuah kebun yang terletak di dataran tinggi yang disiram oleh hujan lebat, maka kebun itu menghasilkan buahnya dua kali lipat. Jika hujan lebat tidak menyiraminya, maka hujan gerimis (pun memadai). Dan Allah Maha Melihat apa yang kamu perbuat.

Wednesday, 29 August 2012

Sambungan Jin Hasmah (Pengalaman Perawat Ismak Ruqyah)


Sambungan Jin Hasmah (Pengalaman Perawat Ismak Ruqyah)


Pendahuluan


Jangan ikut resmi ayam,
Bertelur sebiji riuh sekampung,
Mengagung bukti sebesar hama.

Paparan episod kedua tidak saya maksudkan untuk membesarkan cerita yang tidak seberapa ini. Ianya sekadar untuk mencatit segala pengalaman yang dikutip ketika bersama TGU agar dapat dikongsi bersama rakan-rakan yang lain.

Anak saya juga menerima update dari kakak Naila selepas membaca episod pertama Bicara Jin. Diberitahu bahawa Hasmah adalah pengupah untuk menyihir keluarga Naila. Hasmah juga telah mempunyai suami dan anak ketika tergila-gilakan suami kakak Naila.

Pada TGU, saya ucapkan berbanyak terima kasih atas panduan TGU kepada saya sekeluarga. Hanya Allah sahaja yang dapat membalas jasa Ustaz.

Ikhlas dari:
Ki


BICARA JIN

EPISOD KEDUA

SELASA YANG CERIA

Tidak tergambar perasaan suka dan bercampur puas di hati Naila dipagi  Selasa. Hatinya berasa lega bila didapati badan dan bahunya tidak lagi terasa lenguh seperti menanggung beban berkilo sebelum dirawat. Masih terbayang dalam ingatannya  peristiwa di rawat pada malam tadi.

`Naila dah sihat Abah’ cerita Sarah kepada saya melalui perbualan telefon bimbit pada pagi itu. Anak sulung saya itu yang bekerja di Bangi tidak tertangguh menelefon saya sesampainya di pejabatnya pada pagi itu.

`Naila cakap malam tadi dia rasa paling lega bila dah selesai berubat. Ringan tangan dan badan selepas berjaya mengeluarkan jin’.

`Kita ni hanya berikhtiar dengan doa-doa Sarah, yang menyembuhkan ialah Allah’.

`Abah, Naila cakap dia nak pergi berubat dengan ustaz di Rawang nanti’.

`Dia nak berubat ke atau nak ambik ijazah?’

`Dia cakap dia nak berubat dan ambik ijazah sekali’.

TGU selalunya akan berlabuh di Rawang pada hujung minggu. Kebiasaannya TGU sekeluarga akan turun dari utara bagi meluangkan masa hari Sabtu dan Ahad kepada sesiapa yang berhajat untuk Ijazah Perawat atau merawat pesakit. Walaubagaimana saya tidak pasti Sabtu ini pasti TGU akan turun ke Rawang.


AMARAN JIN KEPADA SARAH

Saya menyambung perbualan dengan Sarah.

`Nanti abah check dalam blog Ismak Ruqyah’

Kami menerus perbualan telefon berkisarkan isu Naila dan sesuatu mengejutkan saya apabila Sarah memberitahu:

`Abah, Naila cakap dia mimpi malam tadi, jin tu marah-marah kat Sarah. Jin tu akan cari Sarah pasal Sarah yang panggil abah datang merawat Naila’.

`Ishh’ bentak saya. Difikiran saya berlegar-legar berbagai persoalan apakah benar akan berlaku sesuatu kepada anak gadis saya. Subhanallah, Maha Suci Allah, kepada Mu kami berserah.

Di internet, saya terus melayari ismakruqyah.blogspot.com.

`Yesss, jadual ijazah perawat akan dijadualkan pada 11 Aug 2012’. Hati saya cukup riang bila tahu TGU akan turun ke Rawang.

Tak tertangguh saya menghubungi Sarah.

`SMS kepada Ustaz, nama penuh dan minta untuk mengikuti Ijazah pertama. Dan bagitahu kat Naila, suruh Naila SMS juga kat Ustaz’. Bagitahu saya kepada anak saya Sarah.

JUMAAT YANG SURAM

Tidak ada lagi berita-berita Naila dirasuk jin lagi melainkan cerita-cerita yang dia cukup bersemangat untuk berjumpa TGU pada Sabtu ini. Hari berganti hari hinggalah ke hari Jumaat.

Jumaat, 10 Aug 2012 pada jam 7 pagi, telefon bimbit berdering dan saya lihat terpampang nama Sarah memanggil saya.

`Abah, Naila dari pukul 3.30 pagi lagi kena rasuk semula. Sampai sekarang belum elok’.

Ya Allah, kena semula? Saya terkejut bila dapat berita dari Sarah. Macammana ni, apa nak kena buat. Nak kena tengok ke nak kena tolong ke? Bertalu-talu pertanya di benak otak saya.

`Jangan panggil pakcikkkk’ Sarah menceritakan yang Naila melarang memberitahu kepada Saya.

`Ok, tunggu abah kat sana’ saya memberi janji saya kepada Sarah.

Kali ini saya bersama Omar masing-masing dengan motorsikal tak bertangguh kami terus ke Bangi.

Sesampai saya dan Omar di rumah sewa Sarah, saya lihat beberapa rakan serumah Sarah dalam keadaan tak menentu. Mungkin panik kerana tidak ada ikhtiar membantu Naila. Atau mungkin kepenatan kerana berjaga dari jam 3 pagi.

JIN HASMAH CUBA MENGELAK

Saya dan Omar dijemput Sarah untuk masuk ke rumahnya. Naila saya perhatikan mundar-mandir mencari sesuatu.

`Mana kunci kereta? aku nak gi kerja sekarang’. Naila mencari-cari kunci keretanya. Setelah kunci dijumpai, Naila meminta kawannya menghulurkan cermin matanya. Ketika ini saya menghadang kawannya supaya jangan diberi cermin mata itu.

Saya terlampau bimbang memikirkan yang cuba untuk keluar rumah itu adalah bukan diri Naila sebenar.

`Naila, mari duduk disini dulu’ pujuk saya kepada Naila. Naila seperti mendengar kata duduk bersimpuh di sisi saya. Ketika ini mata hitam Naila terbelalak ke atas hanya tinggal mata putih sahaja kelihatan.

Saya dan Omar berterusan membaca ayat-ayat suci Al-Fatihah dan Ayatul Qursi. Jin Hasmah merintih kesakitan sambil menjerit kepada saya.

`Kenapa tolong budak ni? Biarkan dia, aku nak bunuh budak ini. Beriya benar Jin Hasmah ni cuba memusnahkan Naila.

Lagi sekali saya dan Omar melakukan proses membakar Jin dan mengeluarkannya dari badan Naila. Selesai mengeluarkan Jin, Naila dilhat keletihan dan meminta supaya diberi masa dia berehat.

Selepas beberapa minit, lagi sekali saya tengok Naila kini dikuasai oleh Jin Hasmah. Kelihatan tangan Naila mengigil-gigil seolah dia kini seorang yang sangat tua.

Proses membuang jin dan kerasukan jin ini berlaku berkali-kali hingga memenatkan saya. Disatu tahap saya hampir-hampir kebuntuan dan hilang punca. Jin Hasmah tu seolah perlikan saya.

`Tak guna engkau buang aku, aku ada beribu-ribu lagi askar yang menunggu’ ujar Jin Hasmah.

HIPNOTIS

`Ya Allah, kepada Mu kami berserah, kepada Mu kami memohon pertolongan, bantulah kami, tiada upayaku melainkan pertolongan Mu jua yang kami pinta. Jika terdapat kesalahan besar, kesalahan kecil, kesalahan yang terang atau kesalahan yang tersembunyi, kepada Mu kami memohon ampun.  Bantu lah kami Ya Allah’, saya memohon doa dari Yang Maha Esa. Saya terasa kerdil dalam menerobos dunia halus alam ghaib dengan keadaan masih teraba-raba tiada arah panduan. Dalam keadaan kelu dan bisu kasyaf umpama mentol lampu yang tak berapa nak nyala, hanya Allah semata-mata  saya berserah.

Dalam keadaan saya yang agak terbatas ilmu dan pengelaman, entah macammana saya tergerak hati untuk melakukan hipnotis yang tak pernah saya belajar dan praktis. Hanya Allah Subhanahuwataala Maha mengetahui.

JIN TERTIDUR

Saya yang memasang gerak dari awal, mendapat ilham meletakkan tapak tangan sejengkal jari dari muka Naila dan membayangkan satu lingkaran pusaran seperti pusaran air di tengah-tengah tapak tangan saya. Saya minta Naila melihat tapak tangan saya sambil berkata.

`Naila, lihat tangan pakcik. Bila tengok tangan pakcik, mata Naila nanti terasa berat, berat, berat.....kalau Naila rasa nak tidur, terus jer tidur’.

Saya membayangkan Naila dan Jin Hasmah seolah-olah berada didalam terowong pusaran lingkaran berwarna merah dan mengarahkan dia bergerak kehujung terowong yang tiada kesudahan. Lama kelamaan saya lihat Naila layu dan perlahan-lahan memejam mata. Naila terus sahaja merebahkan diri dan tidur.

`Oh lega saya, alhamdulillah’ kata hati saya.

`Biarkan dia tidur buat sementara ni’ kata saya kepada Omar.
Saya berpendapat ketika ini Naila agak  kepenatan dan dia perlu tidur. Melihat Naila terbaring, anak saya Sarah dan rakan-rakannya menyelimut Naila dengan kain putih.
Adakah Jin Hasmah pun turut tertidor tidaklah saya ketahui kerana saya tidak begitu arif dalam hal ini. Selepas lebih kurang sejam lebih, baru lah Naila terjaga.

KUNJUNGAN KE RAWANG

Keesokan hari, pada 11 Ogos jam 10 pagi, saya bersama-sama dengan isteri saya, Sarah, Omar, Ali (anak keempat saya), Aisya bersama seorang Asnida (rakan rumah sewa Naila) bertolak ke Rawang untuk berjumpa dengan TGU.

Setibanya kami disana, kami disambut oleh TGU dengan mesra. TGU dengan senyum yang lembut, berbaju kurta dan seluar warna krim meminta kami terus ke tingkat atas. TGU memakai kupiah berbentuk kubah tinggi, mengingatkan saya movie lama tahun 1978 `The Message’ lakonan Anthony Quinn yang memegang watak Saidina Hamzah. Dalam filem tersebut, pahlawan-pahlawan islam memakai penutup kepala diperbuat dari besi berbentuk kubah tinggi. Tak ubah seperti kopiah tinggi yang dipakai oleh TGU.

Saya bertanya khabar TGU dan memperkenalkan Naila dan Asnida. Ahli keluarga saya sendiri sudah beberapa kali berjumpa dengan TGU.

`Mana Osman’ tanya TGU bila melihat anak ketiga saya tidak bersama-sama kami.

`Oo...dia di Kuantan, Ustaz’ jawab Omar.


JIN HASMAH DIPASUNG

Naila duduk bersimpuh disebelah kiri TGU terkebil-kebil seolah-olah di awangan tidak tahu dimana dia berada. Pada pendapat saya hanya fizikal Naila yang sekarang ni berdepan dengan TGU tetapi mentalnya telah dikuasa oleh Jin Hasmah. Jin Hasmah sudah bertapak dalam diri Naila sejak 2 tahun yang lepas. Dan diakhir-akhir ini, terutamanya hari semalam (Jumaat), Jin Hasmah seperti sudah menguasai sepenuhnya mental Naila. Segala tutor kata, perbuatan, tingkah laku menggambarkan dia adalah seorang perempuan yang sangat tua.

`Ustaz, ini lah Naila tapi saya rasa sekarang ni, yang ada didepan kita ni bukan Naila’ saya memulakan bicara.

`Ya ya’ kata Ustaz sambil mata memerhatikan kepada Naila.

Jin yang berada dalam badan Hasmah terus mencebik muka seolah olah mengejek TGU.

`Baik kalau kau nak main-main’ kata TGU.

TGU saya perhatikan terus membaca ayatul Qursi. Selesai ayat pertama ayatul Qursi, saya lihat TGU seperti membuat simpulan ikatan tali. Seterusnya TGU membuat simpulan ikatan tali setelah siap membaca ayat yang kedua. Sehingga lah ayat yang terakhir, TGU membuat simpulan ikatan sebanyak dua kali. Naila saya tengok menggeliat kesakitan tapi agak masih berdegil.

`Panggil ketua kau kemari’ kata TGU.

Naila memaling muka tidak mahu melihat TGU.

Dengan tiba-tiba kami terkejut dengan bunyi yang kuat.

Panggggg......TGU menepuk kedua-dua tangannya. Sejurus itu saya dengar jeritan kuat dari Naila kesakitan.

`Aduhhhhhhhhh’ jerit Naila.

Rupanya tepukan tangan TGU tadi dituju kepada Jin Hasmah.

Seterusnya  TGU seolah-olah mencari sesuatu dalam beg laptopnya.

Naila saya perhatikan memanjang leher ingin melihat apa yang akan diambil oleh TGU. Dia ketakutan dan terus memberitahu TGU.

`Ustaz, saya rasa saya dah baik, tak perlu buat apa-apa. Saya dah boleh balik’ kata Naila seolah-olah ingin mengelak berdepan dengan TGU.

`Tak apa duduk la dulu’ jawab TGU.

Dan bermulalah perbualan diantara TGU dan Jin sambil diperhatikan kami yang masih terpinga-pinga.

`Ni siapa ni?’.

`Hasmah’

`Panggil ketua kau kemari’

`Kau tak boleh lawan dia, ilmu dia tinggi’.

`Ilmu Allah lagi tinggi, dia tak akan dapat melawan Ilmu Allah’.

`Engkau tak dapat lawan ilmu ketua akuuu’ bentak jin Hasmah.

`Berlunjur kaki kemari’ kata TGU kepada Naila.
Naila terus meluruskan kakinya. TGU membentangkan kain serbannya menutup kaki Naila sehingga paras lutut. Saya perhatikan TGU ketika ini menikam tangannya kesisi betis Naila setiap habis satu persatu ayatul Qursi.

`Ini cara kita mengikat Jin. Kain yang saya bentang di atas betis Naila ni beratnya lebih kurang 1 tan’ ujar TGU kepada kami.

`Cuba kamu angkat kaki kamu’ ujar TGU kepada Naila. Saya perhatikan terkial-kial Naila tidak dapat mengangkat kakinya.

SERANGAN KE RUMAH TUKANG SIHIR

Suasan diam seketika, saya lihat TGU memfokuskan sesuatu yang saya tidak tahu. TGU menggerakkan tangannya dan menunjuk kepada Jin Hasmah.

`Itu kaum keluarga engkau’ kata TGU.

`Ya,ya’ terkejut Jin Hasmah apabila ditunjuk ahli keluarganya yang diikat oleh tukang sihir.

`Sekarang aku kumpulkan ahli keluarga engkau bersama-sama dengan engkau’

Saya terus memerhatikan TGU, seolah-olah dia menerawang menuju ke rumah tukang sihir. Sejurus kemudian Jin Hasmah menjerit.

`Haaaa....tu dia tu dia tukang sihir, dia  duduk bersila...ada patung, ada patung’ jerit Jin Hasmah dalam keadaan ketakutan.

Saya. Omar dan Ali diminta TGU untuk menerawang menuju ke rumah tukang sihir.

`Jom kita ke rumah tukang sihir’ kata TGU kepada saya, Omar dan Ali.

Isteri saya bersama-sama Sarah dan Aisya kelihatan kecut apabila kami bersiap-siap untuk menerjah rumah tukang sihir. Dia agak kuatir jika-jika kami tersangkut tidak dapat pulang.

`Tak apa, insyallah tidak ada apa akan berlaku’ saya menenangkan isteri saya. Kelihatan isteri saya tersenyum tapi takut.

Saya diminta untuk bersiap-sedia di pintu hadapan, manakala Omar akan masuk melalui pintu belakang. Ali pula diminta berada di belakang saya. Kami hanya akan terjah masuk apabila mendapat signal dari TGU. Tugas saya apabila masuk kerumah adalah terus mengikat kaki tukang sihir, manakala Omar dan Ali akan melakukan jurus pukulan. Saya pada ketika ini memejam mata seolah-olah sudah berada di hadapan pintu hadapan rumah tukang sihir.

`Ok masukkkkk’ jeritan TGU agak mengejutkan saya memberitahu supaya serangan dilakukan dengan serentak.

Tanpa berlengah saya membaca


Tukang sihir itu saya makrifatkan ikatan rantai besi dikaki. Disaat itu juga saya mendengar TGU supaya menguatkan ikatan tali di kaki ke tukang sihir. Saya tanpa berlengah mengikat tali dari buku lali sampai ke arah pinggang dan membuat simpulan terakhir dengan kemas. Sambil Omar dan Ali melakukan serangan kebadan tukang sihir.
`Serang dibahagian kepalaaa’ kata TGU.

Tidak berlengah saya makrifatkan pukulan bertalu-talu tepat ke ubun-ubun. Saya merasakan diri saya membesar dan tukang sihir pula saya lihat menjadi amat kecil.

`Ok, semua balik cepatttt’ ujar TGU.

Saya membuka mata dan menghela nafas panjang. Mata saya meleret kearah Ali yang baru berumur 16 tahun. Dia tersenyum kepada saya. Alhamdullillah kata hati saya. Omar pula seperti biasa hanya diam dan senyum.

Teknik yang digunakan oleh TGU tidaklah melaku rawatan kepada pesakit seperti saya lakukan hari semalam. Saya perhatikan TGU terlebih dahulu melemahkan punca  yang datang dari tukang sihir. Setelah musnahnya segala sihir, barulah TGU beralih merawat pesakit.

`hmmm...patutla kerja saya tak habis-habis macam menebas lalang. Kalau tak buang akar umbi, lalang akan tumbuh tinggi selepas dipotong. Sama dengan sihir, kalau tidak dibuang punca, gangguan akan berulang’.

RACUN JIN

Setelah serangan kerumah tukang sihir, saya lihat TGU mengambil sebotol Wangian Kasturi Ruqyah. Wangian tadi disapu ke telapak tangan Naila sambil TGU membaca ayat tertentu.

Disuruhnya Naila menyedut tapak tangannya sebanyak tiga kali.

TGU diam seketika sambil ibu jarinya menggesek jari telunjuknya.

`hmmm...banyak dah rosak saraf badan Naila ni..80% sarafnya dah dirosak oleh jin’.

Terkejut saya bila diberitahu oleh TGU yang Naila selama 2 tahun ni dah banyak saraf-saraf yang rosak.

`Macammana nak tahu saraf yang rosak Ustaz? Tanya saya.

`Semasa pesakit menghidu racun jin, racun tu nak lah kita makrifatkan warna putih ke warna merah ke atau apa-apa warna. Perhatikan dalam saraf tu, warna tu bergerak pergi ke jantung dan bergerak ke seluruh tubuh pesakit. Dimana tempat warna tu berhenti, disitu la tempat saraf yang rosak’.

Kami menggangguk tanda faham.

`Saraf betis Naila dah lama rosak, tempat yang mula-mula yang rosak disitulah masuknya jin-jin yang lain’ TGU menerangkan kepada kami.

`Tapi saraf yang rosak ni boleh diperbetulkan’

SERAMBI MADINAH

Ketika kami rancak bersembang saya lihat Naila agak tenang. Mungkin racun jin menyerap ke badannya menyebabkan jin lemah.

Kini TGU memujuk jin Hasmah untuk keluar.

`Macammana kalau kamu dan keluarga kamu, aku hantar ke Serambi Madinah? Hidup disana ada rezeki yang cukup dan ada yang menjaga dan mengajar. Cuba lihat dihadapan engkau tu..nampak tak Serambi Madinah tu?

Jin Hasmah tak terkata apa-apa melihat Serambi Madinah melainkan hanya menurut sahaja kata TGU.

Proses mengeluarkan jin saya perhatikan seperti ada pergerakan dari kepala Naila tetapi agak tersangkuk-sangkuk. Agak susah Jin ini untuk keluar dari badan Naila.

`hmmm... berlakon kot jin ni? Tanya hati saya.

`Kamu keluar pelahan-lahan, jangan sampai aku paksa engkau keluar. Kalau kau tak nak keluar, aku akan paksa engkau keluar’ kata TGU.
Sekali lagi saya perhatikan Jin Hasmah cuba untuk keluar dari badan Naila tetapi masih tersangkuk.

TGU saya perhatikan merenung sesuatu dan tiba-tiba TGU mengambil sebatang pen.

`hmmm...ok...kamu ada satu rantai yang kamu pakai’ kata TGU. Serentak itu pen itu dicucuk ke bahu kanan Naila. Terus Jin Hasmah menjerit-jerit apabila rahsianya dibongkar. Jin Hasmah diminta TGU supaya membuang rantai tetapi dia agak ragu-ragu menyebabkan TGU membaca ayat tertentu untuk membuang rantai. Jin Hasmah menjerit-jerit.

`kamu ada satu lagi bengkung dibahagian dada’ kata TGU kepada Jin Hasmah sambil saya perhatikan tangan TGU mengirai-ngirai seperti membuka kain yang panjang dari badan Jin.

Selepas membuang azimatnya, proses mengeluarkan jin untuk dihantar ke Serambi Madinah agak mudah. Saya perhatikan TGU seperti mengumpul sesuatu dibahagian hujung kaki yang ditutup kain serban hijaunya. Disitu TGU perlahan-lahan menarik jin yang terkumpul dan terus menghantar mereka itu ke Serambi Madinah.

JIN ASYIK

Naila sekarang ini saya lihat sudah ada perubahannya. Anak gadis ini selepas di rawat oleh TGU kini sudah banyak tersenyum dan gelak bila mendengar cerita-cerita TGU.
`Dah mula bercakap budak ni’ kata hati saya. Saya bersyukur dan gembira melihat perubahan positif Naila. Syukur alhamdulillah. Harap-harap Naila selepas ini cukup kuat untuk melawan jin-jin yang cuba menggangu dirinya.

`Pernah dengar cerita Jin Asyik? Tanya TGU.

Saya hanya menggeleng kepala. Tak pernah saya dengar cerita-cerita pasal Jin Asyik.

`Saya ada gak dengar’. Kata Naila.

`Jin Asyik ni bukan dihantar oleh tukang sihir. Jin ni memang kerja dia mengasyikkan manusia, dia goda manusia supaya berkhayal, berangan, memuja sesuatu seperti nyanyian lagu hindustan’. Terang TGU.

Sekali sekala kami berderai ketawa bila TGU membuat jenakanya.

`Dil to paagal hai, Dil deewana hai’. Nyanyian hindustan TGU membuat kami ketawa. Saya lihat Naila ketawa malu-malu sambil menutup mulut.

`Jin Asyik ni dia akan buat orang  menyukai, menyintai dan menjadikan orang sebagai  pujaan atau kekasih mereka. Ada diantara kes-kes yang serius sehingga jin-jin itu bersetubuh atau berkahwin dengan manusia sehingga melahirkan anak-anak jin. Mereka yang kena dengan Jin Asyik kadang-kadang akan bermimpi tidur bersama dengan seseorang dan mempunyai anak’.

Begitulah cerita TGU tentang Jin Asyik. Harap-harap kita mendapat iktibar dari cerita TGU tadi.

BOTOL JIN

Sarah dan Naila mengambil wuduk untuk proses Ijazah Perawat. Kain putih ijazah telah siap saya bentang untuk proses ijazah. Tiba-tiba saya melihat keadaan Naila bertukar seperti mula-mula dia dirasuk. Cara dia berselimpuh dengan tangan yang terketar-ketar kini seperti seorang yang sangat tua.

`Naila, kuatkan zikir Lailahailallah’.Pesan TGU.



Alunan zikir bertalu-talu di gegarkan oleh Naila dalam keadaan dirinya bertukar-tukar. Sekejap diri Naila, sekejap Jin Hasmah. Lagi kuat Naila berzikir, lagi kuat dia menjerit kesakitan dibahagian telinganya. Naila mengadu telinganya seperti dicucuk jarum halus sehingga dia tidak lagi dapat menahan kesakitan dicucuk jarum.

`Allaaaaahhhhh...aduuhhhh’

`Zikir, zikir, lawan, lawan, Naila sendiri kena kuat. Zikir Lailahaillah’. berkali-kali TGU memesan kepada Naila.

TGU mengingatkan kami, zikir yang paling utama dan tinggi darjatnya ialah "La-ilaha illallah" ertinya "Tiada Tuhan Yang Sebenarnya Melainkan Allah". Dalam satu Hadis : Jika tujuh petala langit dan bumi diletakkan di satu dacing dan dengan kalimah `Laailaha illallah' diletakkan di atas dacing yang lain, maka (kalimah) lebih berat lagi.

Naila terus menekap telinga kanannya sambil mulut mengucap kalimah zikir. Ketika ini TGU kelihatan mengarahkan supaya Naila sendiri mencabut jarum yang ditusuk ditelinganya. Dengan menguatkan semangatnya, Naila mencabut satu persatu jarum yang berada dalam badannya dan diikuti dengan jeritan kesakitan.

Kesihan saya tengok Naila ketika dia berlawan dengan dirinya sendiri ketika cubaan berterusan jin untuk menguasai fizikal dan mentalnya.

TGU saya lihat menggerak-gerakkan tangan. Dia memfokuskan konsentrasinya sedalam-dalamnya.

`Hmm...memang pro tukang sihir ni’ katanya.

`Naila disihir dalam tubuhnya ada 3 biji botol. First time saya jumpa kes yang macam ni. Dalam badan Naila ada satu botol yang tudungnya terbuka. Dan dalam botol tu ada banyak jin. Jin-jin ni akan keluar mengikut masa tertentu’.

`Ooo...macam semburan auto air freshner yang kat rumah. Setiap berapa minit, dia akan keluar’ kata hati saya.`Patutlaa...sakit Naila berulang-ulang’.

 Berbalik pada kisah gangguan pada Naila, selain dari jin-jin yang mengganggu Naila, dia juga disihir dengan dicucuk dengan jarum pada telinga, leher, bahu,dagu dan dada.

Sehingga ke pukul 3.30 petang, keadaan Naila pulih dengan seperti biasa. Kami sempat bersolat dengan TGU sebelum kami meminta diri untuk pulang.

Seperti biasa, kalau ada Omar atau Osman, saya akan memilih untuk tidak memandu kenderaan. Biarlah mereka sahaja yang memandu kereta, boleh juga saya berehat. Tambahan badan saya terasa sangat letih setelah bersama-sama dengan TGU meredah rumah tukang sihir. Mungkin selepas saya dapat rehat sepenuhnya, badan saya akan pulih seperti biasa.

Selepas menghantar Naila dan Asnida ke Bangi, saya menjemput mereka untuk ke rumah saya pada Ahad keesokannya untuk berbuka puasa.

BISMILLAH 786

Tengahari  keesokannya (hari Ahad), Sarah memberitahu Naila lagi sekali kena ganggu. Lagi sekali saya bersama isteri dan kali ini Ali (anak keempat saya) ke Bangi.  Sesampai disana Naila agak terperanjat dengan ketibaan kami. Melihat kedatangan kami, dia agak gementar dan memberitahu pipinya terasa kembang.

`Tak boleh tengok pakcik dan anak pakcik’ kata dia.

`Kuatkan zikir, Naila. Buat tak apa yang ustaz suruh?’

`Ya ada saya buat. Saya mandi dengan wangian ruqyah. Saya zikir. Tapi masih lagi telinga saya sakit’.

Naila terus kebiliknya mengambil kain putih sebagai alas duduk.

`Saya nak buat Bismillah 786’ kata dia.

`Elok tu, boleh kita buat sama-sama dengan rakan rumah sewa dan anak pakcik’

Saya memulakan dengan mengucap kalimah syahadah dan memulakan bacaan bismillah. Kebetulan pada waktu tu, saya ada bersama saya tally counter/tasbih bernombor. Dihati saya, saya mengharapkan petang ni dapatlah kami mengisi amal kami dengan bacaan Bismillah sebanyak 786 kali.

Alunan Bismillah bergema di rumah sewa Naila. Saya memejam mata untuk memfokuskan bacaan Bismillah. Hanya suara sahaja kedengaran yang bergema. Dalam keasyikan mengalun bismillah, hati saya terasa seolah-olah kami lebur dalam alunan bismillah yang maha besar itu.

Ketika memejam mata, saya perasan suara Naila masih terikut-ikut dengan rentak kelajuan zikir tetapi lama kelamaan dia agak tertinggal dan terus tertinggal. Tidak berapa lama saya mendengar suara orang termuntah di dapur dan apabila saya celik, Naila tidak lagi berada di tempatnya.

`Abah, Naila muntah’ beritahu Sarah kepada saya.

Pada mulanya saya berazam untuk menghabiskan bismillah sebanyak 786 kali ditempat duduk saya, tetapi selepas didesak Sarah dan isteri saya, saya terus kedapur melihat Naila. Mulut saya terus membaca Bismillah ketika berdepan dengan Naila.

Ketika ini Naila menjerit sambil menutup telinganya tidak mahu mendengar kalimah suci Bismillah. Saya tidak peduli, saya tetap akan menghabiskan Bismillah sebanyak 786 kali.

Ketika bacaan sudah mencapai 500 lebih, entah bagaimana mulut saya terpacul membaca Subhanallah walhamdulillah Wala Ilahailallah wallahu akbar. Dan saya sendiri merasa hairan kenapa terjadi demikian.

Dalam masa yang sama Ali meminta Naila supaya dirinya sendiri melawan gangguan dan membuang sisa-sisa jarum yang ada pada dirinya. Kali ini gangguan yang ada diri Naila tidaklah lama sangat tidak seperti hari sebelumnya. Naila kembali pulih. Sekali lagi selepas dia pulih, kami bergerak balik ke rumah untuk persiapan berbuka puasa. Oleh kerana Naila tidak begitu sihat, hajat berbuka bersama kami terpaksalah ditangguhkan.



KHODAM

Jam masih baru pukul 5.30 petang. Lagi dua jam untuk berbuka puasa. Sementara menunggu berbuka puasa, kepada TGU saya bercerita kejadian yang baru terjadi.

`Kenapa Ustaz, dalam bilangan 500 lebih bacaan Bismillah, tiba-tiba bacaan beralih kepada Subhanallah walhamdulillah Wala Ilahailallah Wallahu Akbar?’ tanya saya.

`Saya bimbang jika Naila pernah belajar sesuatu dan ayat itu diisi dengan Khodam. Kalau macam tu, bagitahu Naila supaya jangan diamal dulu ayat tu buat masa ni’ ujar TGU.

Jam menunjukkan waktu 6.30 petang. Masih ada masa untuk saya melakukan sesuatu. Saya masih mahu mencuba bacaan Bismillah 786 untuk Naila. Saya ingin tahu adakah ianya akan tersangkut seperti tengahari tadi. Dengan memakrifatkan rohani Naila dipegang saya, bacaan Bismillah saya mulakan dengan perlahan-lahan. Kali ini bacaan juga tersasul kepada bacaan Subhanallah walhamdulillah Wala Ilahailallah wallahu akbar ketika ianya baru mencecah 100 lebih.

`hmm tak apa, saya akan mulakan semula’ kata hati saya sambil saya resetkan tally counter/tasbih saya. Lagi sekali pada bacaan 200 lebih, ianya tetap dengan bacaan tadi.

`Nak buat macam mana ni? Saya mengeluh kerana tidak berjaya bacaan sebanyak 786.

`Tak apa, kali ni saya akan baca
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhdgZf_vI9LOLiJkKufzQ_Mijnlu_0g2nLSvLUCjXs651NLQFCafH0qx-S6_MF_jgLK6BxflbKh-BlDx2XAfJSbyDoKZcrcXjn4jrqFi8AFIVmC4zukLNPGjV1-Wl4QDpjlMyU9GXNRJX8/s400/ayat%252Belak%252Bsantau.jpg

Saya terus membaca ayat tadi saja mengikut hati dan ilham saya. Sekoyong-koyong selepas beberapa ketika membaca ayat tadi,  dalam keadaan mata terpejam saya seolah-olah terdengar Naila merintih menangis. Dalam mata terpejam, sa ya mencari dicelah pokok kelapa sawit dan melihat Naila duduk keseorangan dalam keadaan menangis.

`Eh, betul ke ni? Ke saya yang berkhayal? Tanya diri saya yang keraguan.

Ali diminta saya supaya bersama-sama dengan saya. Saya minta Ali memasang gerak dan mencari dimana Naila.

`Ayah, Naila duduk kat hutan, dia menangis’ Ali berkebetulan juga melihat perkara yang sama.

Pada perkiraan saya, mungkin jiwa Naila sesat disatu tempat dan dia tidak tahu untuk pulang ke jasadnya. Tidak tertangguh, saya menerawang terus mendapatkan Naila.

`Naila, ini pakcik, mari sini’ saya melaung kepada Naila. Dimasa yang sama, saya minta Ali mengawas keadaan sekitar.

Naila dapat melihat saya dan cuba menuju mendapatkan saya. Tiba-tiba Ali memberitahu yang terdapat tangan-tangan yang memegang Naila menahan agar saya tidak dapat membawa balik Naila.

Ketika itu, saya hanya teringat akan surah Al-Fil dan Al-Ikhlas. Selepas bacaan ayat tadi, tangan-tangan yang memegang Naila hangus terbakar. Tidak tertangguh Naila datang mendapatkan saya.

Ketika ingin membawa pulang Naila, Ali memberitahu makhluk yang terbakar tadi kini kembali bangun dan ingin mendapatkan saya dan Naila. Sekali lagi saya dan Ali terpaksa berlawan dengan makhluk tadi. Setelah keadaan reda, saya balik bersama-sama Naila dan Ali. Pada jasad Naila, saya makrifatkan jiwanya dikembalikan pada yang berhak.

AIDIL FITRI

Saya meminta Sarah supaya menelefon Asnida menanyakan keadaan Naila. Diberitahu Naila memang ada gangguan dan kini dia sudah berupaya melawan godaan-godaan jin.

`Alhamdullillah’ kata hati saya, dengan harapan Naila akan menjadi lebih tabah melawan godaan jin.

Hari bertemu hari, pada Raya keempat, saya menerima tetamu yang bertandang berhari raya dengan saya sekeluarga. Waktu itu saya berada didapur. Apa yang saya lihat rupanya Naila bersama adik perempuannya datang mengunjung saya.

`Mak Ayah kirim salam kat pakcik. Saya dah sembuh pakcik’ kata Naila. Pada saya, Naila menceritakan yang keluarganya sangat gembira dengan perubahan positif dirinya. Naila beriya-iya untuk membawa kakaknya untuk berjumpa TGU. Hati saya sangat bersyukur, dihari umat islam menyambut tanda kemenangan, Naila juga menang melawan godaan jin yang mengganggunya selama 2 tahun. Pada Allah jua tempat kita memohon pertolongan.

Pada saya, inilah pengalaman kali pertama merawat pesakit. Prosesnya merawat dalam masa seminggu itu memberi pengalaman yang begitu bermakna. Saya mengucapkan terima kasih kepada TGU atas panduan dan sokongan.

(TAMAT)

Sunday, 26 August 2012

Pembukaan Rasmi Pusat Rawatan Parit Buntar



                                  Pembukaan Rasmi Pusat Rawatan Islam Ismak 
                                                 Ruqyah, Parit Buntar, Perak.

                                      Dibuka setiap Selasa, Rabu & Khamis
                                               Rawatan: Selepas Insya


                                  Rawatan hanya melalui Temujanji sahaja.


                                                            Sila hubungi/sms: 


                                         0173109949 @ 01117788461

Perubahan Pengijazahan Terkini Perak & KL

Photobucket

Tarikh terkini: 
31 Ogos - 2 September 2012
8 & 9 September 2012
Jam: 10am /12pm /3pm

Pengijazahan Utara
Berlansung Setiap Isnin- Khamis
Jam:
Selepas Isya


Sila sms nama bintikan nama ibu, lokasi anda, tarikh pilihan & masa.
ke:

017-3109949
@
call Pusat Rawatan Utara

01117788461

Saturday, 25 August 2012

Jin Saka di Hari Raya... Hj. Abdullah & 7 Puteri


SAKA AIDILFITRI 7 PUTERI & HJ. ABDULLAH

Sesudah solat sunat hari raya Aidilfitri, aku berkunjung ke rumah saudaraku yang telah lama tidakku kunjungi, hampir 10 tahun lamanya terputus hubungan. Alhamdulillah diizinkan Allah swt kali ini dapatku bertemu dengan mereka. Terpisah lama disebabkan lokasi & kekangan masa & Allah tidak mengizinkan mungkin atas sebab sebab yang tertentu. Tahun ini sudah 2 kali aku ke sana tetapi tiada siapa di rumah...Alhamdulillah kali ini di hari mulia Aidilfitri Allah mengizinkan....

Dijadikan cerita mereka menceritakan penderitaan yang ditanggung oleh salah seorang saudaraku yang bernama ' J' berumur lewat 30an. "J" adalah anak saudaraku yang dikatakan mewarisi saka keluarga yang diturunkan melalui moyangku sendiri yang berasal dari Siam serta gangguan-gangguan sihir yang tidak putus-putus.

Oleh kerana " J" adalah ahli keluargaku, maka menjadi tanggungjawapku melangsaikan hutang lama yang sudah lama tidak dilunaskan walaupun pelbagai cara perubatan Islam telah dicuba & beribu ringgit telah dibelanjakan. Pada fikiranku mungkin keturunannya sendiri dapat membuang si Saka ini. Scan jarak jauh dijalankan memandangkan "J" tidak berada di rumah. Apabila scan pertama dijalankan adiknya ‘N’ menjerit “Sakit la…. Lepaskan lah.. sakit la”… maka rahsia terpecah sendiri.. rupanya adiknya juga dijangkiti virus yang sama. Segeraku arahkan saudaraku yang lain menghubungi “J’ supaya dia berada dalam keadaan selamat & tidak terasa percikan api yang sama… alhamdulillah ‘J” dapat dihubungi & ‘J’ begitu teruja mendengar suaraku & memintaku menunggunya di rumah kerana dia akan segera bertolak ke rumah keluarganya itu.

Hampir 1 jam, ‘J’ pun sampai bersama suaminya, oleh kerana lama tidak bertemu..alhamdulillah pelbagai versi cerita dikongsi bersama. Sampailah terbukanya cerita perihal gangguan sihir & SAKA yang sering dihadapinya. Aku bermula dengan selawat tafrijiah & kalimah tammah & tikaman serta ikatan, jin sihir muncul mengancam & mengganas.. tetapi oleh kerana diikat jin sihir tidak dapat berdiri & hanya mampu meronta-ronta. Apabila ruqyah dibaca diselangi dengan tikaman & tembakan angin 'J' muntah tidak keruan.. hampir 50% santapan Aidilfitri keluar dari muntahannya. Itu petanda baik kerana muntahan tersebut berjaya mengeluarkan saki baki racun & bahan sihir di dalam badan "J". Alhamdulillah.."Aku nak dia mati.." jin berkata dengan nada kasar... berulang kali jin menyatakan pekara yang sama.. Sekali lagi tikaman & racun ditembak ke tubuh si "J" .. Jin mengamuk... dengan kekuatan zikir & alhamdulillah Allah mengizinkan teknik melumpuhkan saraf & kunci sendi.. perlahan-lahanku merentap jin terus keluar melalui tangan terus ke Serambi Madinah. Dalam menarik nafas syukur jin  ke 2 mengambil tempat... ku ulangi teknik pertama & alhamdulillah Allah mengizinkan. "J" sedar dalam keletihan... 

Maka sekarang tugasku makin getir dimana akan ku seru jin saka  untuk berdiplomasi.. Ikrar pemutus dijalankan.. belum sempat rangkap yang terakhir ,Alhamdulillah jin perempuan mengenalkan diri sebagai puteri si saka & penjaga keturunan "J" hadir berbicara. "Aku sayang dia... dia keturunanku... " Dikatakan 7 puteri dijaga oleh ketuanya iaitu si saka yang lebih besar. Memperkenalkan diri sebagai Aishah puteri yang sulong turut menjaga puteri ke 5 yang berada pada adik perempuan si 'N" yang mula-mula melenting kesakitan apabila scan racun dilakukan. Aishah berjaya dipujuk untuk keluar dari tubuh badan 'J" ....
Ahli keluarga "J" terpinga-pinga kenapa tidak ditangkap saja... ujarku bahawa yang penting adalah ketuanya........ Hanya 2 dari 7 jin puteri berada di dalam keturunanku yang lain masih bebas tiada bertuan & lebih suka buat kerja sendiri dari menghinggap tubuh badan manusia.

Aku mencabar si ketua saka hadir... Alhamdulillah dengan nada bongkak sombong & bersahaja menyapa... "Apa kamu mau?"  diplomasi bermula..... ""aku mau hang keluaq dari tubuh keturunan aku..."  Jin saka menggelengkan kepala sambil meminta air kopi & rokok daun untuk dijamah sambil melayan kerenahku... ahli keluarga melayan dengan kopi panas & rokok daun.. (saja melayan supaya jin berada selesa & mudah untuk berdiplomasi) sekali teguk air kopi yang panas & berkepul-kepul asap rokok daun ditelannya walhal "J" sendiri membenci rokok & kopi... Jin saka mengenalkan diri sebagai Haji Abdullah ('"J" menggelarnya  Tok Wan") berasal dari Naratiwath, Thailand; asal keturunanku yang turun dari Nenek (pakar dalam perubatan) ke cucu & bukannya kepada anak-anak yang lain. Dikatakan anak-anak keturunan "O" tidak sesuai untuk dijadikan waris kerana sebab-sebab tertentu.

 Hanya 'J' sahaja serasi & memandangkan "J" juga terkena sihir maka hadir dia untuk membantu. Kehandalannya adalah di dalam perubatan... tetapi dia gagal sepenuhnya untuk mengeluarkan sihir tersebut kerana "J" tidak mengamalkan apa yang diminta HJ. Abdullah & "J" belum lagi sepenuhnya bersedia menerimanya (Hj. Abdullah sebagai Saka tetap).. Hj. Abdullah menyatakan dia akan mengambil peranan sepenuhnya sekiranya "J" menjaga solatnya, amalannya kepada Allah & mengamalkan zikir-zikir yang dikirimnya melalui mimpi.. maka Hj. Abdullah mengarahkan si puteri sulong Puteri 7 "Aishah" tadi sebagai penjaga tetap. (Hj. Abdullah menunjukkan dirinya alim & baik hati kononnya) Dia hanya mahukan "J" menerimanya sebagai saka/waris ilmunya.. tetapi 'J' seringkali menolak.. Hj Abdullah menyatakan dia Rijal Qoib & bukannya jin.. berumur 100 tahun, pandai agama & Al-Qur'an.. aku mencabar Hj Abdullah menunjukkan kehandalannya dalam bacaan Al-Qur'an.. Hj. Abdullah fasih  & lancar setiap bacaannya & hukumnya cukup & tepat.. Biar siapa pun engkau wahai Hj. Abdullah engkau tetap juga sebagai pengacau dalam keturunanku..... Hj. Abdullah mencabarku.. sekiranya keturunannya nak dia meninggalkan jasad si "J" selamanya aku perlu seikhlas hati membantu keturunanku mengubati gangguan yang ada.. Aku menyahut cabaran itu dengan kalimah.. Hj. Abdullah menyatakan hanya keturunan "J" sahaja yang boleh mengeluarkan sihir tadi.. maka dikatakan ujian pertama aku telah berjaya... Hj. Abdullah berkata sekiranya ilmuku bercantum dengan alam ghaib maka aku akan lebih berjaya..Aku membangkang.. " ilmuku hanya pinjaman sementara dari Allah & hanya kepada Allah aku memohon pertolongan & bukannya dari alam ghaib seperti kamu.." . Hj. Abdullah mengangguk tanda faham & akur atas permintaanku.

Hj. Abdullah sekali lagi mengujiku dengan menunjukkan gangguan pada suami si "J" iaitu  "D"... alhamdulillah     semua berjaya dikeluarkan dengan menggunakan teknik vacum & rentap. Korekan di terowong serta penutupan terowong jin dijalankan... Hj. Abdullah juga menyatakan ibu si "J" juga terkena sihir pengasih... dengan zikir & tikam tanganku menyusap masuk & ibu "J" mengigil, menjerit & merentap tanganku bagai orang gila.. alhamdulillah Allah mengizinkan jin pengasih yang berada ditubuh badan ibu "J" bersetuju keluar dengan rela hati... Aku arahkan jin berkumpul di tangan kanan & aku tarik kesemuanya ke Serambi Madinah.. ibu "J" tersedar dari kerasukkan.. terpinga-pinga walaupun tempoh rasukan tidak sampai 5 minit. Scan terakhir kepada ibu "J" dijalankan & didapati tiada baki gangguan di badannya.

"La nie dah terbukti Allah mambantu aku dalam rawatan ini.... apa hang nak kata Hj. Abdullah?" "Kamu ingat janji kamu tadi.. sekiranya aku berjaya merawati keturunanku ini kamu akan keluar & tidak akan mengganggu keluargaku ini? Hj Abdullah menganguk setuju... perjanjianku dibuat dengan Hj. Abdullah bersaksikan syahadah, Allah & Muhammad saw sebagai Nabi  serta pedang dari syurga bersinar ditanganku... Hj Abdullah berikrar tidak akan masuk lagi ke tubuh badan keturunanku & hanya akan memerhati sahaja dari jauh tanpa menyentuh roh & jasad.. sekiranya dia inkar maka pedang milik Allah yang berada di tanganku akan memenggal kepalanya...(aku mendoakan semoga Allah mengizinkan perjanjian ini, walaupun di dalam hati terasa HJ. Abdullah mungkin akan memungkirinya.. apapun aku serah surat perjanjian ini kepada Allah) Hj Abdullah bersyahadah.. alhamdulillah.. aku sempat berjenaka bersama Hj. Abdullah.. "Siapa dalam keturunanku yang telah kamu pilih sebagai saka seterusnya sekiranya "J" mati?  ... Hj. Abdullah menunjukkan ke arah anak lelaki  "J"..(berpindah dari wanita ke lelaki pulak katanya..). "sekiranya perjanjian ini tidak dilakukan maka dialah warisku seterusnya.." Semua ahli keluarga terpandang anak "J" berusia 11 tahun yang sepatutnya nanti menjadi bakal Waris Puteri 7 & Hj. Abdullah...

Hj Abdullah tersenyum & memberi salam menandakankan bahawa dia akan terpisah selamanya dari tubuh "J" dan waris-waris yang lain....

"J" terus pengsan tidak sedarkan diri...

Kesimpulannya:

Siapapun Hj. Abdullah; dia tetap dianggap pengacau & gangguan.
Kadangkala sihir & saka boleh dikeluarkan oleh ahli keluarga sendiri & darah daging sendiri.
Berhati-hati membuat perjanjian dengan jin kerana perjanjian itu boleh diikat mati.
Diplomasi adalah jalan terbaik dalam rawatan.
Berserah diri kepada Allah & zikir jangan dilupa...