Diploma ir

Diploma ir
Diploma ir

Makam Huruf

 photo mro-2.jpg

Kenangan Tahap 7

 photo tahap7semua_zps18002aaf.jpg
Photobucket

Thursday, 16 August 2012

Selamat Menyambut AidilFitri , Maaf Zahir & Batin


Firman Allah: “Dan sempurnakanlah ibadah puasa kamu mengikut bilangan hari dalam bulan Ramadhan , dan bertakbirlah (membesarkan Allah) atas 
petunjuk-Nya yang diberikan kepadamu, supaya kamu bersyukur.” 
(AlBaqarah : 185)

3x اللهُ أَكْبَرُ، اللهُ أَكْبَرُ، اللهُ أَكْبَرُ، لآ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَ اللهُ أَكْبَرُ، اللهُ أَكْبَرُ وَلِلَّهِ الْحَمْدُ
اللهُ أَكْبَرُ كَبِيْراً، وَالْحَمْدُ لِلَّهِ كَثِيْراً، وَسُبْحَانَ اللهِ بُكْرَةً وَأَصِيْلاً،
لآ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَلاَ نَعْبُدُ إِلاَّ إِيَّاهُ مُخْلِصِيْنَ لَهُ الْدِّينَ وَلَوْ كَرِهَ الْكَافِرُونَ،
لآ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ، صَدَقَ وَعْدَهُ، وَنَصَرَ عَبْدَهُ، وَأَعَزَّ جُنْدَهُ وَهَزَمَ الْأَحْزاَبَ وَحْدَهُ.
لآ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَ اللهُ أَكْبَرُ، اللهُ أَكْبَرُ وَلِلَّهِ الْحَمْدُ

.... عِيْدُ مُبَارَكْ .. تَقَبَّلَ اللهُ مِنَّا وَمِنْكُمْ


Selamat Menyambut AidilFitri , Maaf Zahir & Batin
Tulus Ikhlas dari Keluarga Besar ISMAK RUQYAH

Pengalaman Rawatan Pertama Ahli Ismak RUqyah (Jin Hasmah)


Alhamdulillah pengalaman berharga daripada Ahli Ismak Ruqyah yang sudi berkongsi pengalaman merawat buat PERTAMA kalinya. 
Email kiriman Saudara Roslan (Nilai,N9)

Pendahuluan

Paparan ini adalah berdasarkan pengalaman pertama merawat selepas mendapat ijazah perawat sehingga peringkat 4. Berkebetulan pesakit adalah kawan kepada anak sulung saya dan selepas diminta oleh anak saya untuk bantuan, saya hanya berikhtiar dengan doa-doa yang dibekalkan oleh guru-guru.

Saya mendapat ilham menulis cerita ini untuk mencatat perjalanan kisah rawatan dengan menyelit sketsa-sketsa kaedah rawatan, ayat-ayat yang mungkin dapat menjadi pedoman keluarga saya juga kepada rakan-rakan perawat yang lain. Melalui kaedah-kaedah yang dipimpin oleh Tuan Guru Utama (TGU) dapatlah saya berkongsi pengetahuan dan pengalaman kepada pembaca yang lain.

Selain berkongsi pengalaman, ada method yang ditunjuk oleh TGU yang dipaparkan disini yang boleh dijadikan sebagai panduan dimasa akan datang.

Nama watak-watak yang ada dalam sketsa ini adalah nama samaran. Jika terdapat persamaan mungkin itu hanya kebetulan.

Saya memohon kemaafan jika terdapat kecacatan dari gaya bahasa, jalan cerita yang mungkin menyinggung perasaan pembaca. Saya hanya insan kerdil yang kailnya panjang sejengkal tidak bermaksud untuk menduga laut yang dalam. Jika sudi, iringilah sekerat doa untuk pesakit yang dirawati ini semoga anak gadis ini mendapat kesembuhan total.

Pada TGU, ucapan berbanyak terima kasih atas kesudian menerima kami sekeluarga sebagai murid. Semoga Allah memberkati usaha murni TGU.

Ikhlas dari:
Ki

                                                            BICARA JIN

EPISOD PERTAMA

Panggilan Telefon

Hari ini masuk hari ke 18 puasa bersamaan dengan Isnin 6 Aug 2012. Saya, isteri dan Aisya berada dalam kenderaan yang dipandu oleh anak kedua saya Omar dalam ke perjalanan ke Masjid Batang Benar untuk mengerjakan Terawikh. Omar memandu MPV dengan perlahan menuju ke simpang `Traffic Light' ke masjid tiba-tiba telefon bimbitnya berdering dan meminta saya menjawab panggilan. `Abah, tolong jawab panggilan kakak, tadi dia cakap kawannya dalam keadaan pelik' sambil menghulur telefonnya kepada saya.

Selepas memberi salam, Sarah anak sulung saya menerangkan yang kawannya bertukar suara garau ketika membaca yassin selepas solat maghrib. Saya melihat jam sekarang menunjukan pukul 8.30 malam. Saya tidak tergesa-gesa untuk melawat rumah sewa Sarah dah bertekad selepas solat tarawikh baru kami memulakan perjalanan ke sana. Omar memperlahan kereta kerana lampu Traffic bertukar merah. Isteri saya yang duduk bersebelahan dengan saya di kerusi belakang saya perhatikan memasang telinga ingin mengetahui apa perbualan anak sulungnya dengan saya.

Mengilai ketika membaca Surah Yassin

`Abah, kawan Sarah, Naila tadi baca Surah Yassin, tiba-tiba bertukar suara menyeramkan’. Sarah memberitahu saya. Saya memberitahu Sarah, hajat saya akan ke rumahnya selepas Tarawikh. Sarah akur dengan keputusan saya. Tiba-tiba Sarah memberitahu, Naila sedang mengilai dan Sarah serta rakan-rakan dalam keadaan takut.

`Omar, sekarang kita terpaksa ke rumah kakak, terus saja perjalanan ke Bangi. Saya memberi arahan kepada Omar anak kedua saya. Terpaksalah saya menukar hajat dari ke masjid terus kerumah sewa Sarah yang terletak di Bangi. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 15 minit dari Pajam.

Membaca Al-Fatihah

Saya masih kurang pasti apakah penyakit yang dihidapi oleh Naila. Itu yang saya jawab ketika ditanyai oleh isteri saya. Berserahlah kepada Allah Subhanahuwataala. Sepanjang perjalanan mulut saya sentiasa membaca Al-Fatihah tidak putus-putus.

Omar mengawal stereng MPV  mengambil selekoh dari Nilai berhampiran Bukit Nilai Utama untuk memasuk PLUS Highway. Didepannya terdapat sebuah lori memandu perlahan mengambil selekoh untuk memasuki highway. Tiba-tiba kami mendapati kenderaan kami terperangkap antara sebuah lori dari arah Seremban memandu agak laju.Terkejut bila Omar merasakan dia diekori rapat dengan lori laju, Omar menekan brek agak mengejut menyebabkan adiknya si Aisya melatah.

`Omar, cuba bawa kereta perlahan sikit’, isteri saya mula berceramah kepada anaknya. Saya juga menyampuk `Omar, biar perlahan asal selamat, ingat kita ni orang islam, kena banyak bersabar’. Omar mengangguk bersetuju dengan saya.

Menuju kerumah Sarah terpaksa melepasi tol Bangi dan dua bulatan. Perjalanan ke rumah Sarah mengambil masa 15 minit dan kami sampai lebih kurang jam 08.45 malam.

Naila menggigil

Sesampai dirumah, Sarah menyambut kami disertai oleh dua orang kawannya Asnida dan Shafiqa. `Assalamualaikum’ isteri saya memberi salam dan kami dipelawa masuk kerumah.Rumah sewa Sarah merupakan teres 2 tingkat. Tingkat bawah dijadi rumah sewa sementara tingkat atas telah ditutup pintu tangga dan diduduki oleh tuan rumah. Rumah teres ni agak terasa kelam, entah mungkin kurang sinar lampu atau hari dah masuk malam.

Mata saya menjeling melihat seorang anak gadis duduk di sejadah dikelilingi oleh dua orang kawan menemaninya. Naila masih dengan kain telekungnya sambil memegang surah Yassin.

Mendengar kedatangan tetamu memberi salam, Naila memaling muka kearah kami dan saya nampak Naila melemparkan senyumannya kearah isteri saya.

`Kenapa Ila, pening ke? Saya memulakan pertanyaan kepadanya.

`Tak da apa-apa pakcik’ jawab Naila.

`Saya ni memang macam ni, ni penyakit saya, kejap lagi ok la tu’. `Pakcik tak payahlah susah susah, saya tak nak menyusahkan pakcik makcik dan anak-anak pakcik’.

`Tak apa, kalau sakit bagitahu, pakcik kena tolong. Kalau dah pukul 2-3 pagi, kalau sakit dengan sapa Ila nak minta tolong’ ujar saya.

`Tak apa pakcik, saya ni kalau saya dah tak ingat..nanti saya maki yang bukan-bukan pada pakcik. Baik tak payah’ katanya.

Saya terus berjalan dan duduk bersila didepan Ila. Melihat saya duduk didepan Ila, anak saya Omar turut merapati Ila. Sementara isteri saya masih berada berhampiran pintu rumah bersama-sama dengan Aisya, Sarah serta kawan-kawan Ila (Asnida dan Shafiqa).Ila saya minta meluruskan kedua kakinya kedepan.

Saya meneruskan zikir dalam hati sambil memerhatikan Ila. Saya perhatikan mata hitam Ila mula berpusing keatas dan badannya mula mengigil.  Badannya ketika ini bergoyang ke kiri dan ke kanan. Diikuti dengan suara yang mendengus-dengus.

Jin berumur 346 tahun

`Siapa ni?’ saya mula cuba berinteraksi dengan makhluk yang masuk kedalam badan Ila.
Jin tidak memberi apa-apa respon. Badannya masih mengigil dan mata hitam Ila hampir tidak kelihatan ditutupi dengan kelopak matanya. Mulutnya terkatup rapat tidak menjawab pertanyaan saya.

Saya dan Omar meneruskan dengan bacaan ayatul Qursi. Selang tidak berapa lama, Ila menjerit-jerit. Saya rasa jeritan Ila terdengar hingga ke rumah sebelah. Rakan-rakan Ila kelihatan cuak melihat perubahan pada Ila.

`Jangan tolong budak ni’. Jin mula bersuara. `Aku sakit hati, kakaknya kawin dengan lelaki yang aku suka. Sekarang aku dah dapat lelaki tu, tapi hati aku geram, aku nak semua keluarganya kena dengan aku’. Jin mula bercerita.

Saya rasa lega kerana jin mula boleh diajak berbicara. Saya tanya siapa dia.
`Hasmah’ katanya.

Pertanyaan seterusnya tentang agamanya.`kafir atau islam agama kau?.
`Kafirrrr…..’jawab jin yang bernama Hasmah.

`Berapa umur engkau’. Bentak saya.
`Aku dah berumur 346 tahun’.

Jin Hasmah ditusuk pedang

Tidak mahu berlengah masa, saya terus minta Jin Hasmah keluar dari badan Ila. `Sekarang aku bagi engkau dua pilihan, samada keluar secara baik atau paksa’. Omar yang berada disisi kiri Ila kelihatan tenang menunggu jawaban dari Jin Hasmah.

Jin Hasmah hanya menggeleng kepalanya tidak mahu bertolenrasi dengan kami.

`Ok, kalau itu pilihan engkau untuk tidak mahu keluar, engkau tunggu dengan kebesaran ayat-ayat Allah.

Saya berniat untuk memasang gerak dengan mulakan dengan bacaan taawuz



Ketika ini saya merasakan tangan saya mengeluarkan senjata pedang dan Saya memulakan menjurus terus ke dada Ila dengan niat menikam Jin Hasmah. Ketika itu kedengaran suara Ila menjerit panjang menandakan Jin Hasmah sakit tersusuk pedang.

Saya meneruskan berdialog dengan Jin Hasmah supaya keluar dari badan Ila. Jin Hasmah masih berdegil.

`Omar, kita bakar dia dengan ayat Qursi’ kata saya. Omar angguk menanda setuju dengan saya. Saya membaca ayatul Qursi dengan lantang berkali-kali. Ketika itu jugalah,Jin Hasmah menjerit-jerit.

Beberapa ketika, saya mula melihat Ila kelihatan letih. Saya menyambung berdialog lagi dengan Jin Hasmah.

`Mahukah engkau keluar’ tanya saya.
Jin Hasmah hanya mengangguk setuju. `kalau engkau setuju, engkau keluar sendiri melalui kaki’ kata saya.

Saya dan Omar melihat Ila menggiling kepalanya memberi isyarat yang saya keliru. Dalam hati saya apakah Jin Hasmah berdolak dalih atau dia tidak tahu jalan keluar.

Kamu tidak tahu jalan keluar?’ tanya saya. Jin Hasmah ketika ini hanya mengangguk. Apabila mendapat kefahaman dari Jin Hasmah, tidak berlengah saya membuat lorong keluar kepada kedua belah kaki Ila. sekarang kamu keluar ikut kaki’ kata saya. Kelihatan badan Ila tersengguk-sengguk dari kepala sehingga ke kaki seolah-olah ada pergerakan dari dada hingga ke kaki. Saya agak lega kerana ini memungkinkan Ila akan pulih seperti sedia kala. Saya perhatikan Ila masih dalam keadaan letih dan saya tidak bercadang untuk meneruskan rawatan kerana melihat badanya yang mungkin tidak boleh menerima kesan dari rawatan ini.

Dalam memikirkan apakah ayat-ayat rawatan seterusnya yang perlu saya bacakan, tiba-tiba saya teringat pesanan guru saya ketika menghadiri kursus Tahap 2 di Rawang tempoh hari. `Kalau untuk rawatan histeria, bacalah surah Fatihah pada tapak tangan 3 kali dan tepuk dibahagian tulang belakang, insyallah jin-jin akan tercabut keluar’ saya membayangkan kata nasihat dari TGU. `Dalam kes histeria, jin-jin baru sahaja masuk kedalam badan dan jin-jin akan berada ditulang belakang sebelum dapat mencari tapak yang sesuai dengan mereka. Baca Al-Fatihah 3 kali dan selesai membaca Al-Fatihah tiuplah ditapak tangan diikuti dengan menepuk di tulang belakang. Insyallah, dengan izin Allah, jin-jin akan keluar’.

Ditipu Jin Hasmah

Saya bergerak menuju kebelakang Ila dengan niat untuk membaca surah Al-Fatihah 3 kali. Dalam hati untuk mengeluarkan sisa-sia jin yang ada dalam badan Ila. Ketika ini Omar juga berada disisi dan saya lihat mata Omar menusuk masuk memerhati tulang belakang Ila. Saya meneruskan pembacaan surah dan tiba-tiba Omar memberitahu saya.

`Abah, cuba tekan belakang tengkuk Ila’.
`Kenapa? Saya bertanya kepada Omar.
`Jin ada kat situ’ jawab Omar.

Tidak berlengah saya terus menggerakan tangan sambil ibu jari kanan saya menekan tulang belakang bahagian atas di antara tulang belikat. Sebaik saya menekan tulang belakang, Ila yang tadi diam membiarkan kami merawatnya terus menjerit nyaring kesakitan. Jeritan Ila memecah kesunyian malam sekali lagi tentu mengganggu jiran sebelah.

Saya terasa telah ditipu oleh Jin Hasmah yang tadi bersetuju untuk keluar untuk dihantar ke Serambi Madinah kini agak terasa tercabar kesabaran. Tidak tertangguh saya menggerak ibu jari kiri saya menekan tulang belakang letaknya diantara buah pinggang. Selepas menekan kedua-dua titik tulang belakang, kini Jin Hasmah bertukar suara menjadi suara lebih halus macam suara kartun doraemon.

Dendam Jin Hasmah

Apabila ditekan kedua titik tersebut, Jin Hasmah kelihatan agak takut dan melompat dalam keadaan berlunjur sambil tangan menolak lantai seperti  Hantu Pocong melompat. Saya terpaksa mengawal badan dan kedua-dua ibu jari supaya tidak terlepas menekat titik sensitif jin tersebut.Ketika ini Jin Hasmah menjerit kesakitan dan pergerakannya mendorong ke dinding. Jin Hasmah menepuk dinding sambil membebel yang dia yang memporak porandakan semua keluarga Ila. Sakit hati Jin Hasmah melihat kakak Ila melangsungkan perkahwinan dengan lelaki idaman hati. Hancur luluh perasaanya melihat lelaki pujaan hatinya memilih orang lain sebagai pasangan hidupnya.

Sakit hati aku bila lelaki tu kawin dengan kakak sibudak ni. Aku dah buat kakak dia bercerai dengan laki dia. Sekarang laki dia dah kawin dengan aku. Puas hati aku. Aku akan buat budak ni (Ila) ini mati. Biar dia rasa’.

Itu lah sebahagian dari cerita Jin Hasmah ini.

Mengeluarkan Jin

Hari semakin merangkak malam. Jam menunjukan hampir pukul 10.  Hati saya agak gusar kerana memikirkan Ila masih dikuasai Jin Hasmah sedangkan saya harus pulang ke rumah segera kerana anak perempuan Ainon saya yang baru berusia 12 tahun tidak ditemani sesiapa dirumah. Dikala itu saya terus membuat keputusan untuk memaksa Jin Hasmah keluar secara elok atau paksa. Kali ini dengan sepenuh tenaga diiringi bacaan ayat yang mana tergerak dihati, saya paculkan kepada jasmani Ila melalui kepala hingga ke hujung kaki. Lagi sekali Ila menjerit panjang kerana kesakitan. Saya lihat Ila seperti bersama-sama saya cuba mengeluarkan makhluk yang ada dalam badannya sambil menahan nafas, dia menghembus nafas yang terakhir keluar.

`Arrggggghhhhh...hah’ jerit Ila seperti satu benda terkeluar dari hujung kakinya.

`Lega pakcik, dah ringan badan saya, terima kasih. Saya banyak menyusahkan pakcik sekeluarga’.

Itulah antara kata-kata Ila yang saya nampak ada perubahan pada fizikal dan tutur katanya berbanding ketika saya mula-mula sampai tadi.

Pada pengiraan saya, untuk sementara ini Ila sudah kembali kepada dirinya dan cepat-cepat saya meminta Ila melafazkan 2 kalimah syahadah diikuti surah 3 Qul.

Saya menghela nafas lega sambil mata mencari dinding untuk tempat bersandar badan.

Siapa Hasmah

Saya agak keliru siapa si Hasmah ini. Adakah dia jin ataukah dia ini manusia bertopengkan syaitan yang mengupah tukang sihir untuk menyihir keseluruhan keluarga Ila. Atau mungkin Jin yang berada dalam badan Ila cuba mengalih pandangan saya atau mengelirukan saya supaya hati saya terlalai. Apa-apa pun samada Hasmah itu jin atau perempuan durjana tidaklah saya peduli. Saya meletakkan diri saya untuk berjihad fisabilillah melawan ancaman iblis, syaitan dan jin.

BERSAMBUNG DI EPISOD KEDUA.

Thursday, 2 August 2012

Kursus Intensif Rawatan & pengijazahan Tahap 5


Pendaftaran Dibuka sekarang...

Tempat adalah terhad 


Hanya Pelatih dari Pengijazahan Pertama & keatas di benarkan mengikuti Kursus ini.
(Maaf Kursus ini tidak TERBUKA kepada umum/ Tanpa pengijazahan pertama)
Kursus ini merupakan himpunan keseluruhan KAEDAH perubatan ISMAK RUQYAH (Tersirat & Tersurat), Komprehensif & lengkap dari segi teori & praktikal insyaallah. Ini merupakan PERTAMA kali menghimpunkan segala teknik perubatan yang sebelum ini pembelajarannya adalah berperingkat-peringkat & mengambil masa lama. Kursus ini akan mendedahkan segala isi rahsia sebelum ini adalah rahsia dalam perubatan kami. Kaedah zikir, teroka & tempur , Kaedah penggunaan jari sebagai racun, pengunci, pengikat & pencungkil saka, isim batu & Geliga jin. Teknik latihan pernafasan & sebagainya.Pengijazahan 786 adalah rahsia tersembunyi insyaallah dapat membantu dalam proses perawatan & kekuatan.
Kursus meliputi pembelajaran Rawatan:

Sihir (Pengikat/Bebas)
Saka (Sedar /Tidak Sedar)
Isim (Persilatan / Salah menuntut)
Santau (Angin/Jenis Jin/Makan/Minum/Kasut)
Pengasih (Asyik/Kekasih/Saka)
Lumpuh (Ahmar)
Pagar rumah (Kaedah Kertas/Kaedah Kain / Kaedah Batin)
Amuk (Amukan Isim / Nafs Jin /Gila/Ikatan)
Anak Nakal
Hysteria / Tarik /Sawan


Teknik Pembelajaran:
Tembak (Tanah/Air/api /angin)
Tikam (Bisa Tangan / Tajam Tangan Pedang) Garpu/sudu
Pancung (Pedang/Tangan)
Pindah kampung Jin (Kain / Kertas/ kayu/ batu) Tahap 4>
Pindahkan jin /Sihir /Roh
Korek Barang Sihir- Jarak jauh
Tempur Tukang Sihir
Scan jarak jauh
Scan jarak dekat
Tarikan jarak jauh
TEROWONG JIN
Latihan Zikir Nur 

Pernafasan & Pertahanan
Pengijazahan:
786 (Sila bawa Tasbih elektronik/ manual) (Semua Tahap)
Baju besi (Semua Tahap)
Racun jari Pengikat & pengorek (Semua Tahap)
Bisa Tangan (Tahap 2 shj)
Tajam Tangan (Tahap 2 shj)


PELANTIKAN NAQIB AKAN DIJALANKAN SELEPAS UJIAN TEMPUR / GERAK & TEROKA OLEH USTAZ KAMAL SENDIRI INSYAALLAH.
SEMUA PESERTA DIWAJIBKAN MEMBAWA KAIN PUTIH PENGIJAZAHAN LAMA MASING-MASING.
YURAN: RM200 (TAHAP 3 KE ATAS)




                   
RM230 (TAHAP 1 & 2 SAHAJA)



Yuran termasuk: 
Sijil Tauliah Pengijazahan Perubatan ISMAK RUQYAH-PERAWAT (Tahap 4 keatas)
Sijil Penyertaan Kursus Perubatan ISMAK RUQYAH (Tahap 1-2)
Penginapan 2 hari 1 Malam 
Makan / Minum Pagi /Petang / Malam /T.Malam
Parking Kenderaan
Aktiviti perkelahan / Santai
Penggunaan Dewan Berhawa Dingin
etc.


Sila sahkan penyertaan anda seminggu sebelum tarikh kursus kerana ianya dapat membantu pihak kami dalam penempahan penginapan & makan minum anda. Sila sms nama anda kepada:

0173109949 (Ustaz Kamal)




Tuesday, 31 July 2012

Majlis Pengijazahan Pertama (KL/Sgor) 4-6/8/2012





Thursday, 26 July 2012

Pendaftaran Pengijazahan Utara & KL

 KEDAH, PENANG & PERAK

KL /SGOR




Tuesday, 24 July 2012

Tidak Sedar DiSihir Jin Tua Malas lebih 10 tahun


Alkisah seorang lelaki yang berhajat merawat isterinya yang terkena  jin Asyik & Sihir.. Alhamdulillah Allah Segala Pemakbul doa, isterinya berjaya dengan IzinNYA dapat dipulihkan. Si suami meminta saya scan dirinya yang dikatakan terasa sesuatu di dalam badan dalam 1-2 minggu sebelum datang merawat. 

Diceritakan gangguan semasa pemanduan menjadi kerap & pelik.. dia merasakan dirinya seperti terkejut jatuh dari tempat tinggi, tersentap di jantung & memberhentikan kereta serta merta di jalan. Perasaan tidak tenteram semakin menjadi-jadi & hatinya sentiasa gelisah serta sering merasakan mengantuk tidak terhingga di dalam sesuatu majlis tertentu.

Scan pertama dilakukan, dengan izinNYA ternampak satu gangguan berpusat di kepala pesakit, maka seperti biasa jin di dalam badan dipanggil berbincang... badan pesakit terasa nak bersilat, semakin lama semakin kuat getaran di dalam badan sehingga pesakit tidak sedarkan diri & bermulalah interaksi bersama saya. jin ini tidak boleh bercakap tetapi Allah bantu dengan komunikasi bahasa isyarat. Jin memahami setiap soalan. Apabila ditanya sudah lamakah kamu aberada di dalam badan ini? Jin menjawap dengan bahasa isyarat dengan mengangguk-ngangguk kepalanya... 1 tahun, 3, 5,10 tahun.. jin menggelengkan kepalanya.. lebih 10 tahun... dengan pantas jin mengengguk-ngangguk ya..yaaa.... 

Apabila ditanya samaada dia saka @ sihir? maka jawapannya sihir.. kenapa selama ini kamu tidak aktif? kamu terpaksa? Ya dijawapnya.. tidak aktif kerana kamu malas buat kerja... ya jawapnya lagi.. disimpulkan didini bahawa jin ini adalah jin tua yang malas nak buat kerja, teraktif sendirinya apabila melihat si isteri tergena gangguan.. jadi dia cuba-cuba menguji si suami pulak. Jin ini di ikat di pengelangan kaki pesakit, maka ikatan dibuka dengan izin Allah swt.. alhamdulillah. Terdapat ulat dikepala pesakit yang dikatakan sering menyebabkan pesakit mengantuk & senang lena tidak kisahlah mana kawasan sekali pun. JIn beberapa kali menampar & memukul kepala pesakit bagi mengeluarkan ulat di kepala pesakit...Alhamdulillah ulat-ulat yang berada di dalam kawasan kepala dapat dikeluarkan walaupun mengambil masa yang lama. Akhir sekali dengan izin Allah sya mohon dibakar kawasan itu.. jin terasa sakit kerana binatang peliharaannya terbakar.. tugas sekarang pula adalah mengeluarkan jin pulak. Alhamdulillah dia bersetuju, walaupun ditarik beberapa kali masih gagal.. makaku pohon bantuan Allah swt supa diberikan petunjuk.. alhamdulillah ternampak satu ikatan besar menggunakan paku pasak di kedua-dua belah tangan pesakit..Dicabut & dibuang ke Serambi Madinah.. Alhamdulillah Jin tersebut dapat dikeluarkan dengan izin Allah swt.

Setelah pesakit mulai sedar, dia menceritakan selalu bermimpi sahabatnya.. dia mengsyaki sahabatnya itu punya angkara..mungkin kerana berpangkat besar motif utamanya.. tetapi nasihatku....ampunkan dosanya, biar Allah sahaja menghukumnya... kita pohon supaya Allah memberikan hidayah kepada penyihir & tukang sihir.. insyaallah...itu jalan terbaik.. bersyukur juga mendapat jin  tua malas.. kalaulah mendapat jin muda & rajin.. sudah pasti pesakit tidak senang duduk dibuatnya. 

Kesimpulannya; kita perlulah sentiasa rapatkan diri kita kepada Allah swt. Mungkin jin di dalam badan pesakit tadi tidak boleh terlalu aktif kerana pesakit sering zikir.. itulah kekuatan roh peribadi seseorang itu.. jin bertindak sekiranya kita lalai dalam ibadah kita. Apabila terasa sesuatu perubahan didalam diri, maka cepat-cepatlah kita muhasabah diri, merenung kembali akaun saham kita dengan Allah swt. Perubahan perlu dilakukan segera supaya tidak terbabas di tengah jalan. Jangan ambil endah tidak endah perihal gangguan ini kerana semakin lama bertapak semakin sukar dikeluarkan. Apapun masalah, kita pohon bantuan Allah swt, insyallah doa orang yang dizalimi akan termakbul oleh Yang Maha Esa.

Yang Hilang Bertaut Kembali... Alhamdulillah


... السلام عليكم
Alhamdulillah, Allah telah makbulkan & mempermudahkan urusan saudara kita tempoh hari, Allah Maha Pemakbul doa. Sya menerima panggilan dari saudara yg kita bantu sewaktu pentempuran berkumpulan tempoh hari menyatakan anaknya ada sms kepadanya & kemudian apabila di call kembali, anaknya berjaya hubungi & bercakap walaupun sebentar..Alhamdulillah.. marilah kita sama2 berdoa semoga Allah membukakan jalan yg lebih luas lagi & supaya anak saudara kita itu kembali ke pangkuan keluarganya kembali setelah hampir 3 tahun menghilang... Allah
segalanya....terima kasih Ya Allah...

kepada sahabat2 Ismak Ruqyah yang berjuang tempoh hari, syukran jazilan.. hanya Allah sahaja yang membalas jasa kalian...

Selawat 7x
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ عَبْدِكَ وَرَسُولِكَ النَّبِيِ الأُمِّيِّ وَعَلَى آلِهِ
وَصَحْبِهِ وَسلِّمْ

Al-Fatihah 1x
بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمـَنِ الرَّحِيم
الْحَمْدُ للّهِ رَبِّ الْعَالَمِين
الرَّحمـنِ الرَّحِيم
مَـالِكِ يَوْمِ الدِّين
إِيَّاك نَعْبُدُ وإِيَّاكَ نَسْتَعِين
اهدِنَــــا الصِّرَاطَ المُستَقِيمَ
صِرَاطَ الَّذِينَ أَنعَمتَ عَلَيهِمْ غَيرِ المَغضُوبِ عَلَيهِمْ وَلاَ الضَّالِّين


Ayatul qursi 1x
..بِسمِ اللَّهِ الرَّحمٰنِ الرَّحيمِ ..
اللَّهُ لاَ إِلَهَ إِلاَّ هُوَ الْحَيُّ الْقَيُّومُ۞ لاَ تَأْخُذُهُ سِنَةٌ وَلاَ نَوْمٌ۞ لَهُ مَا فِي السَّمَاوَاتِ وَمَا فِي الأَرْضِ ۞مَنْ ذَا الَّذِي يَشْفَعُ عِنْدَهُ إِلاَّ بِإِذْنِهِ۞ يَعْلَمُ مَا بَيْنَ أَيْدِيهِمْ وَمَا خَلْفَهُمْ ۞وَلاَ يُحِيطُونَ بِشَيْءٍ مِنْ عِلْمِهِ إِلاَّ بِمَا شَاءَ. وَسِعَ كُرْسِيُّهُ السَّمَاو ;َاتِ وَالأَرْضَ۞ وَلاَ يَئُودُهُ حِفْظُهُمَا وَهُوَ الْعَلِيُّ الْعَظِيمُ
 


Monday, 23 July 2012

Photo Majlis Pengijazahan Tahap 3 & 4

Berdoa sebelum memulakan sesuatu

Rehat & Tenang



Sesi Pagar

Tempur

Bacaan Yassin

Temp[ur Jarak Jauh



Tempur


Standby Kembara

Walaupun bulan Puasa... masih gagah menimba ilmu

Serangan berkumpulan

Tempur dgn Afrit

Pemutihan

Pagar & Kunci




Saudara Khairi Jonid selaku Penghulu Majlis






Sunday, 22 July 2012

Pengijazahan Tahap 3 & 4 Sesi July 2012

Assalammualaikum, alhamdulillah... jutaan TERIMA KASIH & TAHNIAH kepada pelatih-pelatih ISMAK RUQYAH yang berkorban masa & tenaga, bermusafir ke Majlis Pengijazahan Tahap 3 &4 sesi July 2012 di Nur Lembah Bestari, Hulu Yam 22/7/2012. Sesungguhnya pengorbanan anda & amalan anda tuan-tuan & puan-puan diberkati Allah swt. Pihak saya ingin memohon jutaan kemaafan sekiranya sepanjang perjalanan majlisterdapat kekurangan, terkasar bahasa & sebagainya.. maaf zahir & batin. Semoga Allah merahmati kalian semua, insyaallah. Hanya Allah sahaja yang boleh membalas jasa baik tuan & puan-puan. TERIMA KASIH juga kepada Sarjan Zul sekeluarga yang sudi hadiahkan kurma Upin & Ipin & Surah Yassin & Saudara Penghulu Khairi Jonid Wk Cruiseyang mempengerusikan majlis bacaan Yassin, doa & solat Zuhur...jazakallah.

Friday, 20 July 2012

Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak


Assalammualaikum sahabat2 ISMAK RUQYAH, pihak pengurusan  ISMAK RUQYAH mengucapkan Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak. Semoga Ramadhan tahun ini memberikan lebih keberkatan dalam amalan seharian kita insyaallah. Disini juga kami memohon kemaafan salah & silap kepada kalian semua baik sedar @ tidak. Semoga dihalalkan makan & minum & semoga ukhwah diantara kita dapat kita tingkatkan insyaallah. 

Tingkatkan ibadat kita kepada Allah, insyaallah Allah akan memperkenankan segala hajat kita, insyaallah.