Diploma ir

Diploma ir
Diploma ir

Makam Huruf

 photo mro-2.jpg

Kenangan Tahap 7

 photo tahap7semua_zps18002aaf.jpg
Photobucket

Friday, 18 May 2012

Amalan Al Quran mencegah dan mengubat kencing manis


Amalan Al Quran mencegah dan mengubat kencing manis
Al Fatihah (rujuk Al Quran)


Maksudnya:
1. Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
2. Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan Yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam.
3. Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
4. Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari Akhirat).
5. Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja Kami memohon pertolongan.
6. Tunjukilah Kami jalan Yang lurus.
7. Iaitu jalan orang-orang Yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang Yang Engkau telah murkai, dan bukan pula (jalan) orang-orang Yang sesat.

Ayat Kursi
Al Baqarah 255 (rujuk Al Quran)
 

255. Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang tetap hidup, Yang kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki Segala Yang ada di langit dan Yang ada di bumi. tiada sesiapa Yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan Dengan izinNya. Yang mengetahui apa Yang ada di hadapan mereka dan apa Yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa Yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi; dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. dan Dia lah Yang Maha tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha besar (kekuasaanNya)

Aali ‘Imran 59 (rujuk Al Quran)
3:59

59. Sesungguhnya Perbandingan (kejadian) Nabi Isa di sisi Allah adalah sama seperti (kejadian) Nabi Adam. Allah telah menciptakan Adam dari tanah lalu berfirman kepadanya: "Jadilah engkau!" maka menjadilah ia.

Al Hijjr 28-29 (rujuk Al Quran)
15:28
15:29

28. dan (ingatkanlah peristiwa) ketika Tuhanmu berfirman kepada malaikat: "Sesungguhnya Aku hendak menciptakan manusia dari tanah liat Yang kering, Yang berasal dari tanah kental Yang berubah warna dan baunya.
29. "Kemudian apabila Aku sempurnakan kejadiannya, serta Aku tiupkan padanya roh dari (ciptaan) Ku, maka hendaklah kamu sujud kepadaNya.

Al mukminun 12-14 (rujuk Al Quran)
23:12 
23:13
23:14

12. dan Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dari pati (yang berasal) dari tanah;
13. kemudian Kami jadikan "pati" itu (setitis) air benih pada penetapan Yang kukuh;
14. kemudian Kami ciptakan air benih itu menjadi sebuku darah beku. lalu Kami ciptakan darah beku itu menjadi seketul daging; kemudian Kami ciptakan daging itu menjadi beberapa tulang; kemudian Kami balut tulang-tulang itu Dengan daging. setelah sempurna kejadian itu Kami bentuk Dia menjadi makhluk Yang lain sifat keadaannya. maka nyatalah kelebihan dan ketinggian Allah sebaik-baik Pencipta.

As Sajadah 7 (rujuk Al Quran)
32:7 

7. Yang menciptakan tiap-tiap sesuatu Dengan sebaik-baiknya, dan dimulakanNya kejadian manusia berasal dari tanah;

Ar Rahaman 14(rujuk Al Quran)
55:14 

14. ia menciptakan manusia (lembaga Adam) dari tanah liat kering seperti tembikar,

As Saff 11(rujuk Al Quran)
61:11 

11. Iaitu, kamu beriman kepada Allah dan RasulNya, serta kamu berjuang membela dan menegakkan ugama Allah Dengan harta benda dan diri kamu; Yang demikian itulah Yang lebih baik bagi kamu, jika kamu hendak mengetahui (hakikat Yang sebenarnya).
Al Kafiruun (rujuk Al Quran)

109:1109:2109:3109:4109:5109:6 

1. Katakanlah (Wahai Muhammad): "Hai orang-orang kafir!
2. "Aku tidak akan menyembah apa Yang kamu sembah.
3. "Dan kamu tidak mahu menyembah (Allah) Yang Aku sembah.
4. "Dan Aku tidak akan beribadat secara kamu beribadat.
5. "Dan kamu pula tidak mahu beribadat secara Aku beribadat.
6. "Bagi kamu ugama kamu, dan bagiku ugamaku".

Al Ikhlas (rujuk Al Quran)
112:1112:2112:3112:4 

1. Katakanlah (Wahai Muhammad): "(Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa;
2. "Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat;
3. "Ia tiada beranak, dan ia pula tidak diperanakkan;
4. "Dan tidak ada sesiapapun Yang serupa denganNya".
Al Falaq (rujuk Al Quran)
1. Katakanlah (Wahai Muhammad); "Aku berlindung kepada (Allah) Tuhan Yang menciptakan sekalian makhluk,
2. "Dari bencana makhluk-makhluk Yang ia ciptakan;
3. "Dan dari bahaya gelap apabila ia masuk;
4. "Dan dari kejahatan makhluk-makhluk Yang menghembus-hembus pada simpulan-simpulan (dan ikatan-ikatan);
5. "Dan dari kejahatan orang Yang dengki apabila ia melakukan dengkinya".

An Nas (rujuk Al Quran)
114:1114:2114:3114:4114:5114:6 
1. Katakanlah (Wahai Muhammad): "Aku berlindung kepada (Allah) Pemulihara sekalian manusia.
2. "Yang Menguasai sekalian manusia,
3. "Tuhan Yang berhak disembah oleh sekalian manusia,
4. "Dari kejahatan pembisik penghasut Yang timbul tenggelam, -
5. "Yang melemparkan bisikan dan hasutannya ke Dalam hati manusia, -
6. "(Iaitu pembisik dan penghasut) dari kalangan jin dan manusia".

PESERTA TERPILIH ISMAK RUQYAH MAY 2012



Peserta terpilih untuk Sesi Ke3 Pengambilan 2012
  1. ZAMRI MINHAJ (MELAKA)
  2. MOHD EAZZAM ZULKEFLEY
  3. SHAHNON (TAIPING)
  4. MD YUSNI OTHMAN (PANTAI DALAM)
  5. MOHD ZULHAIRI ABU HASAN (PANTAI DALAM)
  6. ERRYZAL
  7. KHAIRUDDIN (KUALA LIPIS)
  8. UMAR RADHI (K.BAHRU)
  9. SAIDIN WAHAB (SEGAMBUT)
  10. MAJID SALEHUDDIN (N9)
  11. MASTUR ROSDAN (JOHORE)
  12. ALI KADER (PENANG)
  13. AMRUL HASNI (PENANG)
  14. SAMSUDDIN (MELAKA)
  15. JANTAN MANSOR (KOTA TINGGI)
  16. MUHD AIZAL (PUTRAJAYA)
  17. SHUKRI AHMAD (SEREMBAN)

 

Tahniah kepada peserta yang terpilih untuk sesi 3 & pihak kami akan menghubungi pihak tuan-tuan secepat mungkin. Insyaallah memandangkan ramai peserta mendaftar maka pihak kami memberi kebebasan kepada peserta menetapkan tarikh mereka sendiri, Sila sms nama anda & tarikh yang dikehendaki. (masa & tarikh bergantung kepada kekosongan & kelapangan)  :


Tarikh Sesi 3


A)19hb. Mei 2012 – 24hb Mei 2012 ( selepas Insya/hari bekerja).
     Selepas Zohor hujung minggu/cuti umum
    (Pusat Rawatan Rawang)


B) 27hb Mei-2hb Mei (Pulau Pinang) 
*peserta Utara perlu menghubungi & maklumkan masa anda.


C) 6hb-10 Jun 2012 
      Selepas Zohor hujung minggu/cuti umum

     (Pusat Rawatan Rawang)

 

Kelengkapan yang perlu dibawa:
  1. Kain putih 2 meter
  2. Pen
  3. Kertas nota
Pihak kami ingin memohon kemaafan kepada peserta-peserta jauh (luar kawasan) kerana tidak dapat menyediakan homestay@penginapan para peserta. Sekali lagi kami memohon kemaafan.


Sebarang pertanyaan: 017-3109949

 


 

Thursday, 17 May 2012

Tasawuf & Makrifat



Tasawwuf & Makrifat adalah perkataan yang sentiasa didendangkan oleh makluk Allah ke telinga manusia baik dari sudut negetif & positif. Maka di sini perlulah kita memahami erti sebenar Tasawwuf & Makrifat yang lebih mendalam bagi memahami insan-insan yang mendalami ilmu ini. Insan-insan yang memilih keredhoan Allah dalam memperjuangkan syiar Islam mengikut Tarikat (jalan) yang disyariatkan. Hati yang suci bersih insyaallah akan sentiasa dirahmati Allah swt dengan limpahan rahmat Ilmu yang tidak terduga oleh akal manusia. 

1. Pengertian Ilmu Tasawwuf :

Ilmu tasauf ialah ilmu yang menyuluh perjalanan seseorang mukmin di dalam membersihkan hati dengan sifat-sifat mahmudah atau sifat-sifat yang mulia dan menghindari atau menjauhkan diri daripada sifat-sifat mazmumah iaitu yang keji dan tercela .


2. Ilmu tasawwuf bertujuan mendidik nafsu dan akal supaya sentiasa berada di dalam landasan dan peraturan hukum syariat Islam yang sebenar sehingga mencapai taraf nafsu mutmainnah .

3. Syarat-syarat untuk mencapai taraf nafsu mutmainah:
a) Banyak bersabar .
b) Banyak menderita yang di alami oleh jiwa .


4. Imam Al-Ghazali r.a. telah menggariskan sepuluh sifat Mahmudah / terpuji di dalam kitab Arbain Fi Usuluddin iaitu :
1) Taubat .
2) Khauf ( Takut )
3) Zuhud
4) Sabar.
5) Syukur.
6) Ikhlas.
7) Tawakkal.
8) Mahabbah ( Kasih Sayang )
9) Redha.
10) Zikrul Maut ( Mengingati Mati )

5. Dan Imam Al-Ghazali juga telah menggariskan sepuluh sifat Mazmumah / tercela / sifat keji di dalam kitab tersebut iaitu :

1) Banyak Makan
2) Banyak bercakap.
3) Marah.
4) Hasad.
5) Bakhil.
6) Cintakan kemegahan.
7) Cintakan dunia .
8) Bangga Diri.
9) Ujub ( Hairan Diri ).
10) Riya' ( Menunjuk-nunjuk ).

 

2. Pengertian MAKRIFAT


Seorang hamba tidak ada pilihan lain kecuali berserah diri kepada Allah s.w.t, hanya Dia yang memiliki kuasa Mutlak dalam menentukan siapakah antara hamba-hamba-Nya yang layak mengenali Diri-Nya. Ilmu dan amal hanya digunakan untuk membentuk hati yang berserah diri kepada Allah s.w.t.

Aslim atau menyerah diri kepada Allah s.w.t adalah perhentian di hadapan pintu gerbang makrifat. Hanya para hamba yang sampai di perhentian aslim ini yang berkemungkinan menerima kurnia makrifat. Allah s.w.t menyampaikan hamba-Nya di sini adalah tanda bahawa si hamba tersebut dipersiapkan untuk menemui-Nya.

Aslim adalah maqam berhampiran dengan Allah s.w.t.

Siapa yang sampai kepada maqam ini haruslah terus membenamkan dirinya ke dalam lautan penyerahan tanpa menghiraukan banyak atau sedikit ilmu dan amal yang dimilikinya. Sekiranya Allah s.w.t kehendaki dari maqam inilah hamba diangkat ke Hadarat-Nya. Jalan menuju perhentian aslim ke pintu gerbang makrifat secara umumnya terbagi menjadi dua bahagian.

Jalan pertama dinamakan jalan orang yang mencari dan jalan kedua dinamakan jalan orang yang dicari. 


Orang yang mencari akan melalui jalan di mana dia kuat melakukan mujahadah (berjuang melawan godaan hawa nafsu), kuat melakukan amal ibadah dan gemar menuntut ilmu. 

Lahiriahnya sibuk melaksanakan tuntutan syariat dan batinnya memperteguhkan iman. Dipelajari dan mengenal sifat-sifat yang tercela dan berusaha mengikiskannya dari dirinya.Kemudian diisikan dengan sifat-sifat yang terpuji. 

Dipelajarinya perjalanan nafsu dan melatihkan dirinya agar nafsunya menjadi bertambah suci hingga 
meningkat ke tahap yang diridhoi Allah s.w.t. Inilah orang yang diceritakan Allah s.w.t dengan firman-Nya: 

"Dan orang-orang yang berjihad untuk (mencari keredhoan) Kami, benar-benar akan Kami tunjukkan kepada mereka jalan-jalan Kami. Dan sesungguhnya Allah benar-benar beserta orang-orang yang berbuat baik.".( Surah Al-'Ankabut ayat 69 )


Orang yang bermujahadah pada jalan Allah s.w.t dengan cara menuntut ilmu, mengamalkan ilmu yang dituntut,memperbanyakkan ibadah, berzikir, menyucikan hati, maka Allah s.w.t menunjukkan jalan dengan memberikan 
taufik dan hidayat sehingga terbuka kepadanya suasana berserah diri kepada Allah s.w.t tanpa ragu-ragu dan redha dengan perlakuan Allah s.w.t.


Dia dibawa sampai dengan pintu gerbang makrifat dan hanya Allah s.w.t saja yang menentukan apakah orang tadi akan dibawa ke Hadrat-Nya ataupun tidak, dikurniakan makrifat ataupun tidak.
Golongan orang yang dicari menempuh jalan yang berbeza daripada golongan yang mencari. 
Orang yang dicari tidak cenderung untuk menuntut ilmu atau beramal dengan tekun.Dia hidup selaku orang biasa tanpa kesungguhan bermujahadah. Tetapi, Allah s.w.t telah menentukan satu kedudukan kerohanian kepadanya,maka takdir akan menempatkannya sampai ke kedudukan yang telah ditentukan itu. Orang dalam golongan ini biasanya berhadapan dengan sesuatu peristiwa yang dengan serta-merta membawa perubahan kepada hidupnya.

Perubahan sikap dan kelakuan berlaku secara mendadak. Kejadian yang menimpanya selalu berbentuk ujian yang memutuskan hubungannya dengan sesuatu yang menjadi penghalang di antaranya dengan Allah s.w.t. Jika dia seorang raja yang beban kerajaannya menyebabkan dia tidak mampu mendekati Allah s.w.t, maka Allah s.w.t mencabut kerajaan itu darinya. Terlepaslah dia dari beban tersebut dan pada masa yang sama timbul satu keinsafan di dalam hatinya yang membuatnya menyerahkan dirinya kepada Allah s.w.t dengan sepenuh hatinya.


Suasana begini membuat mereka sampai dengan cepat ke perhentian pintu gerbang makrifat walaupun ilmu dan amal mereka masih sedikit. Orang yang berjalan dengan kenderaan bala bencana mampu sampai ke perhentian tersebut dalam waktu sesaat sedangkan orang yang mencari mungkin sampai pintu makrifat dalam waktu yang lama.

Abu Hurairah r.a menceritakan apa yang beliau dengar dari Rasulullah s.a.w. Beliau bersabda yang maksudnya:

Allah berfirman: " Apabila Aku menguji hamba-Ku yang beriman kemudian dia tidak mengeluh kepada pengunjung-pengunjungnya maka Aku lepaskan dia dari belenggu-Ku dan Aku gantikan baginya daging dan darah yang lebih baik dari yang dahulu dan dia boleh memperbaharui amalnya sebab yang lalu telah diampuni semua".

Amal kebaikan dan ilmunya tidak mampu membawanya kepada kedudukan kerohanian yang telah 
ditentukan Allah s.w.t, lalu Allah s.w.t dengan rahmat-Nya mengenakan ujian bala bencana yang menariknya dengan cepat kepada kedudukan berhampiran dengan Allah s.w.t. Oleh kerana itu tidak perlu dipersoalkan tentang amalan dan ilmu sekiranya keadaan yang demikian terjadi kepada seorang hamba-Nya.



Sekadar berkongsi ilmu yang daif..... Ismak Ruqyah

Monday, 14 May 2012

AWAS… JIN PENGASIH.. ANDA MUNGKIN MANGSANYA






IKATAN JIN PENGASIH (PEMIKAT)_
Lazimnya Jin pengasih yang digunakan oleh si pemakai untuk memikat wanita@ lelaki lain dalam merealisasikan niat si pemakainya untuk mendapatkan lelaki@wanita idamannya. Pengakhirannya adalah ikatan perkahwinan tanpa rela/kesedaran nyata.Si pemakai menikmati kehidupannya seperti biasa dengan kemegahan dan si mangsa akan menuruti segala perintah si suami/isteri seperti kerbau dicucuk hidungnya.


Penghantaran Jin adalah melalui:
  1. Angin (gambar mangsa)
  2. Minyak Pengasih (lazimnya terdiri daripada air mandian mayat, minyak bunga tanjung, minyak zaitun /minyak wangin biasa) minyak akan dipuja terlebih dahulu & di masukkan signal untuk jin bertindak apabila minyak ini telah dicalitkan kepada si mangsa.
Kezaliman ini selalunya tidak kekal lama. Ianya bergantung kepada jangka masa perjanjian yang telah dimeterai. Berdasarkan pengalaman ISMAK RUQYAH perjanjian biasanya berkekalan sehingga 3-5 tahun. Si pemakai terpaksa melayan kerenah jin pengasih selagimana dia terikat dengan perjanjian tersebut. 


Perjanjian merangkumi:
  1. Perjanjian Berdarah (menggunakan medium binatang sebagai korban / Pemujaan)
  2. Perjanjian Saka (menjadikan badan si pemakai sebagai ganti makan/ penumpang)
  3. Perjanjian Anak ( Menjadikan anak sebagai ganti upah@ anak didalam perut akan diambil sewaktu mengandung)
  4. Perjanjian Barangan Mistik ie: keris, batu cincin etc (Si pemakai akan melakukan pemujaan & proses pengasapan dengan kemian@rendaman darah binatang)
  5. Perjanjian Ikatan (jin dikawal dari jarak jauh dengan menggunakan ikatan pada benda@pokok@barangan tertentu. Si pemakai mahir menggunakan jin pengasih@ sememangnya seorang tukang sihir)

Lokasi rumah jin di dalam badan mangsa di:
  1. Kemaluan (lazimnya wanita)
  2. Belakang badan (tulang belakang)
  3. Pinggang (wanita)
  4. Bawah ketiak (kerap Lelaki)
  5. Jantung
  6. bawah dagu 
Terbatalnya perjanjian sekiranya:
  1. Si Pemakai @ yang terkena pakai (mangsa) meninggal dunia
  2. Jin Memberontak (Tuannya gagal memenuhi kehendak perjanjian)
  3. Muallij (Perawat) Berjaya menghapuskan /bakar /curi /potong perjanjian melalui TEROKA BATIN.
  4. Jin tua@ lemah setelah dibelasah Muaallij .
  5. Keluarga Jin pengasih dapat diselamatkan & dibebaskan dari tukang sihir@ si pemakai. (Jin pengasih terpaksa melakukan kerja akibat dipaksa@diugut)
  6. Mangsa sedar dengan Izin Allah swt & pemecahan kesedaran di atas Hidayah Allah swt.
  7. Si mangsa telah melahirkan anak yang pertama@ kedua @ ke tiga. Pemecahan perjanjian yang telah dibuat.
  8. Si pemakai terlanggar sumpah @ si mangsa termakan sesuatu yang elergic bagi jin pengasih (di atas kehendak Allah) contohnya : rebung /madu.

 

Diantara Symtom terkena Jin Pengasih:
  1. Lupa @ sentiasa dalam khayal.
  2. Mimpi Lelaki@ wanita si penyihir berulang kali.
  3. Mimpi kenduri@ berkahwin @ mimpi berahi/syahwat
  4. Mimpi seperti diikat @ benda tertentu. (binatang @ berjumpa jin jantan bagi wanita & jin perempuan bagi wanita)
  5. Mimpi budak-budak/ kanak-kanak
  6. Sering menghidu bau busuk pada masa & hari tertentu. Contohnya: Maghrib / Asar /bau telur hanyir/lumpur@selut /darah/bau badan orang yang biasa kita dekati)
  7. Sukar mengandung.
  8. Sering sakit apabila datang bulan / Kemaluan seperti diikat@ terasa pergerakan didalam Rahim
  9. Kemaluan menjadi kecil secara tiba-tiba.
  10. Hilang nafsu makan
  11. Sukar Solat /tidak khusyuk
  12. Sering bercakap sorang2.
  13. Murung /Stress keterlaluan
  14. Merasa diri seperti berada sidalam sangkar @ sukar bernafas.
  15. Sering merindui si pemakai .
  16. Sukar tidur sekiranya si pemakai tiada disisi.


Apabila perjanjian ini terbatal@tawar pesakit@ mangsa akan tersedar dari kehidupannya sebelum ini. Dia akan mengingati kembali peristiwa-peristiwa sebelum ini & menyedari bahawa selama ini dirinya telah disihir.
Lazimnya mengikut perawatan kami mangsa akan merasa benci, marah & dendam apabila rahsia si pemakai (situkang sihir) terbongkar. Diketika inilah penceraian akan berlaku @ pergaduhan besar.
 

Pelindungan dari terkena Sihir Jin pengasih.
Wanita /Lelaki :
  1. Sering menutup Aurat
  2. Elakan disentuh secara sengaja @ tidak oleh lelaki /perempuan( Pengasih Minyak)
  3. Jangan mendedahkan gambar peribadi anda walaupun hanya gambar muka.
  4. Elakan melihat mata lelaki /perempuan kerana dari mata turun ke hati. (Melalui angin)
  5. Jarakan dalam 4-5 kaki dari lelaki/perempuan yang kita berbicara (Angin- tiupan)
  6. Elakkan makanan/minum yang di berikan oleh lelaki/perempuan. (Angin)
  7. Elakkan memberitahu nama ibu. (angin)
  8. Elakkan menerima hadiah dari seperti minyak wangi, pin tudung, kain sutera.
  9. Jangan menerima sesuatu benda sekiranya anda mendapati benda itu diselaputi minyak @ terdapat bauan tertentu pada baranagn tersebut.
  10. Sentiasa dalam wudhuk @ memakai wangian kasturi di nadi & di belakang telinga.
  11. Sentiasa menjaga Solat & amalan sunat yang lain.
  12. Tidur mengadap kiblat & sebelum tidur bacalah:
  • Subhanallah 33x
  • Alhamdulillah 33x
  • Allahuakbar 34x
  • Selawat Tafrijiah
  • 3 Qul
  • Ayatul Qursi
  • Yasin: 9 (di tiup di telapak tangan & disapu keseluruh badan)
  • Zikir sampai terlena...
Cara terbaik dalam kehidupan harian waktu berkerja adalah Berzikir sepanjang masa, selawat sepanjang hari & sekiranya berasa sesuatu yang tidak menyenangkan(berat hati) apabila bercakap dengan lelaki /perempuan maka berundurlah dari situ @ bacakan fatihah di dalam hati & ditiup seperti tiupan di dalam straw ke arah lelaki /perempuan tersebut tanpa disedari lelaki/perempuan tersebut. Sekiranya dia terbatuk-batuk @ percakapannya tidak tersusun@ tersasul2.. maka ia adalah salah satu symptom bahawa insan ini berniat tidak baik kepada anda. Maka beredarlah dengan alasan tertentu.


Amalan-amalan kekuatan diri: 


sila rujuk di sini: http://ismakruqyah.blogspot.com/2011/09/al-fatihah-selawat-tafrijiah-doa-nabi.html






Kaedah rawatan ISMAK RUQYAH:

  1. Melalui teroka Batin Si pesakit akan mencari sendiri lokasi persembunyian jin di dalam badan.
  2. Proses memusnahkan Perjanjian/surat perjanjian dengan si tukang sihir
  3. Pesakit dilatih untuk menarik sendiri barang sihir & memutuskan segala ikatan (Muallij membantu dalam proses memotong ikatan, dengan izin Allah swt)
  4. Proses mengeluarkan jin dari tubuh badan dengan izin Allah swt. secara diplomasi @ secara paksaan.
  5. Pemulihan melalui zikir & selawat.

# sekadar perkongsian dari kami yang serba kekurangan. Insyaallah semoga menjadi pedoman untuk semua.



 

 

 

PENGEDAR DIKEHENDAKI MODAL RM60 SAHAJA


UPDATE PENGEDAR AKTIF 
KASTURI SYIFA RUQYAH AS-SYARIAH




PENGEDAR YANG TIDAK TERSENARAI SILA SMS NAMA & kawasan ANDA KE 017-310 9949
(Pihak kami ingin memohon kemaafan sekiranya ada nama yang tercicir)



Harga Biasa 1-9 botol     :  RM10.00 sebotol
Harga Pengedar/Agent:    RM6.00 sebotol
(min pembelian 10 botol)

JENIS KASTURI YANG TELAH DIRUQYAH
Kasturi Syifa Ahmar
Kasturi Syifa Limau Purut
Kasturi Syifa Putih
Kasturi Syifa Kijang

017-3109949



Penggunaan Minyak Wangi Kasturi Dalam Perubatan Islam (ISMAK RUQYAH)




"Haruman adalah santapan roh, manakala kasturi adalah merupakan sewangi-wangi & sebaik-baik haruman sebagaimana sabda Nabi saw: Sebaik-baik wangian adalah minyak kasturi"
(hadith riwayat Muslim)



Di dalam kitab perubatan Islam berbahasa arab; “al Minhajul Qurani lii’laji as Sihri wal massi as Syaithani, karya Sheikh Usamah Muhammad al Audi, Mesir menyatakan satu teknik perubatan menggunakan teknik penggunaan minyak wangi. Kebanyakan jin benci kepada bau yang wangi kerana jin sangat menyukai bau yang busuk. Bau yang busuk sangat ‘menyegarkan’ jiwa dan serasidengan naluri jin mereka.
Oleh itu teknik yang amat praktikal ini sangat mujarab untuk semua jenis bentuk gangguan terutamanya gangguan jin ‘asyiq’ (jin Pengasih/kekasih). Jin asyiq adalah jin yang berdamping dengan seseorang kerana jatuh cinta dengan manusia tersebut bahkan ada yang mendakwa telah berkahwin dengan pesakit.
Majoriti Jin alah kepada wangin Kasturi & akan berasa lemah sekiranya terkena bauan Kasturi ini & terasa bahang PANAS teramat sangat sekiranya terkena di likasi yang mereka diami di tubuh badan manusia.
Teknik Pemakaian :
Memakai minyak wangi pada semua pakaiannya terutamanya pada waktu tidur. Jangan sekali-kali tidur tanpa memakainya. Apabila hendak membasuh pakaian tersebut pakaian yang baru hendaklah dipakaikan minyak wangi dan pakailah pada waktu tidur.
Pesakit hendaklah memakai minyak wangi pada lokasi berikut:
  1. Sapu pada ubun-ubun.
  2. Belakang telinga kiri dan kanan.
  3. Di semua hujung jari tangan dan kakinya. Antara kuku dan kulit
  4. Dua lubang hidung.
  5. Dua lubang telinga.
  6. Dua kening berdekatan mata.
  7. Sekeliling mulut.
  8. Dua puting payu dara.
  9. Dua kemaluan depan dan belakang. (kubul dan dubur)
  10. Lubang pusat.
  11. Leher kiri dan kanan.
  12. Di Nadi kanan & Kiri
Jika anda perhatikan semua point tersebut adalah rongga-rongga yang terdapat di tubuh badan kita. Inilah tempat masuk dan keluar makhluk jin ke dalam tubuh manusia. Sekiranya jin ingin mendekati maka ia akan menjauhkan diri kerana bau wangi. Sekiranya ia telah ada di dalam tubuh badan, insya Allah ia akan keluar kerana tidak tahan dengan aura aroma bau wangi tersebut.
Masa Yang Disunatkan Memakai Wangi-Wangian
  1. Solat
  2. Membaca Al-Qur'an
  3. Pergi ke masjid
  4. Menyambut Hari Raya
  5. Bertemu dengan tetamu
  6. Bersama suami isteri
  7. Pada hari Jumaat
  8. Menuntut ilmu
  9. Sepanjang masa berkerja & sebagainya
Hadis Nabi Muhammad SAW yang bermaksud ; 
" Empat perkara daripada sunnah para rasul: 1. Perasaan malu 2. memakai wangian 3. bersiwak 4. bernikah" 
(Hadis daif- Tirmizi, Ahmad dan Baghawi)
SabdaNya lagi: "Sesiapa yang dipelawa minyak wangi janganlah dia menolak." (Hr Muslim)

Thursday, 10 May 2012

Aku Nak beli Jin Islam Jee...budget RM3k



Semenjak awal tahun ini ISMAK RUQYAH banyak dihujani panggilan gila dari VVIP bergelar "Datuk".. Di jadikan ceritanya; hari ini pihak saya menerima kembali panggilan untuk memenuhi hasrat seseorang yang bergelar "DATUK" yang berminat untuk mendapatkan Jinn Islam yang kretirianya yang ada POWER, boleh buat orang Gerun, Takut pada pemakai, Kebal Sihir & boleh dijadikan Penunduk. Katanya PRU13 dah dekat kena standby & untuk dia dipilih sekali lagi sebagai calon.

Diceritakannya lagi si Datuk ini,sebelum ini dia ada mendapatkan perkhidmatan bomoh seberang dengan menggunakan JIN KAFIR. Jin Kafir ini banyak menyusahkannya & banyak wang telah dihabiskan untuk membuangya dahulu & merata tempat dia pergi berubat katanya. "Sekarang dah lama tak pakai Tapi dah dekat PRU ni nak kena pakai balik takut dia tak naik calon..sekarang nak pakai jinn Islam baik sikit boleh ajar dia solat" kata Datuk yang iman kurang ni.. 

Istifar saya mendengar kata-kata Datuk ni..."Ya Allah Engkau Ampunkanlah Insan ini.. berikanlah dia hidayahMU". Saya menerangkan bahawa Pihak ISMAK RUQYAH tidak pernah menyediakan perkhidmatan menjual @ beli jinn.. tugas kami hanya pendoa memohon pertolongan Allah swt untuk mengeluarkan gangguan dari makluk halus sahaja. VVIP ini tidak boleh menerima penjelasan secara Islamic, dia hanya menggunakan hkum akal untuk segala hujahnya. Dia katakan Allah sayangkan dia sebab membuka hatinya untuk mencari Jin Islam & membenarkan jin kafir sebelum ini mendampinginya..Semua atas keizinan Allah swt.. dia kata dengan jin Islam dia akan menjadi lebih baik & dekat pada Allah.. susah nak terang pada manusia yang buta hati macam ni..beberapa kali ditolak semakin lancar dia menjawap.. maklumlah orang politik. Mungkin disebabkan saya menjawap dari sudut Islamic dia pun mencelah" Ustaz orang ___  ke?"  Saya jawap YA...kenapa? Dia kata: "Patutlah tak mau jual... takut kalah PRU la tu.. org PAS pun pakai jinn.". Ustaz berubat orang Pas saja ke?Klau orang ____ datang mesti Ustaz reject kan?Astarfirullahalazim... jahilnya manusia ni... saya minta dia beristifar dan  bersyahadah.. tapi dia masih maki hamun saya pasal politik.. dari nak beli jin sampai ke isu politik.. saya cadang nak tutup je hp .. tapi Allah memberatkan supaya terus menasihati Datuk ini. Fahamilah Datuk perubatan Islam untuk semua tak kiralah anda penyokong parti mana, insyaallah pihak kami akan bantu dengan keizinan Allah. Ianya juga terbuka kepada pesakit bukan Islam, sekurang-kurangnya dapat juga kita berdakwah kepada mereka supaya mereka memahami Islam dengan lebih baik serta terbuka hidayah mereka kepada Islam.

Dah puas menasihati.. masih tak makan saman.. dia kata nak bagi best OFFER.. budget dia RM3,000 je.. sekor pun jadilah.. kalau jin betina lagi best.. kalau dia jadi calon & menang PRU dia nak sedekahkan duit tiap-tiap bulan untuk pembagunan ISMAK RUQYAH... puas saya istifar.... Allahuakbar.. selamatkalah insan ini Ya Allah..

Mungkin agak jemu & kecewa dia kata akan call balik nanti sehari 2.. suruh saya berfikir banyak2.. boleh open offer dengan dia kalau nak lebih RM.. 

Untuk DATUK S.......... bertaubatlah selagi Allah membuka pintu taubat anda.. hanya Allah kita bermohon bantuan  & kepadaNYA juga kita berserah...





Friday, 4 May 2012


PENGUMUMAN PENTING

Penjelasan Kepada pihak tertentu yang mempertikai perjuangan ISMAK RUQYAH yang dituduh mengganggu periuk nasi persatuan perubatan lain @ menggugat pendapatan perawat Full time.

Pihak Kami memohon kemaafan sekiranya penjelasan kami ini mengguris perasaan tuan-tuan yang terlibat.

Pihak ISMAK RUQYAH ingin memaklumkan bahawa Pusat Rawatan Islam Al-Kausar ini adalah Pusat Rawatan Fisabilillah & bukannya pusat rawatan berbayar@ pusat komesial yang berdagang & menjadikan wang sebagai motif perjuangan. 


Kos/ Bayaran /Mahar
Rawatan di sini adalah PERCUMA sahaja., tanpa dikenakan sebarang bayaran.Sekiranya anda tiada kemampuan tidak perlu bersusah hati.... datanglah insyallah kami bantu kerana Allah. Namun sekiranya ada sumbangan maka segala sumbangan dari pihak tuan & puan itu akan disalurkan untuk kegunaan pembagunan pusat rawatan & masjid serta rumah Anak-anak yatim di kawasan Rawang.

Scanning
Scan Jin juga dijalankan secara PERCUMA, masa scanning hanya dibuat selepas maghrib kerana kesemua perawat ISMAK RUQYAH  adalah golongan professional yang mempunyai komitmen kerja harian.   Masa mungkin lama diambil kerana pihak kami menerima tidak kurang 30 panggilan sehari untuk menjalankan scanning. Kadang kala ada nama yang tercicir @ tidak sempat dibuat maka akan dibawa ke hari lain untuk Scanning. Ada juga pesakit yang memaki hamun perawat kami kerana lambat memberikan result dari scanning dijalankan, walaupun beliau sendiri mengetahui bahawa segala scanning adalah PERCUMA & hanya di atas keizinan Allah swt &  masa yang ada pada perawat kami. Pihak kami memohon kemaafan kepada kesulitan pada yang terbabit.

Rawatan
Pusat Rawatan hanya melalui Appointment & hanya  menerima 2-3 pesakit sehari sahaja kerana kekangan masa. 
Hari biasa (mula 730pm)
Sabtu Ahad: (3pm)

Masa rawatan adalah 1-4 jam untuk seorang pesakit (bergantung kepada jenis gangguan)
Matlamat kami adalah rawatan 100% sembuh insyaallah, tanpa menghampakan pesakit yang perlu berulang kali datang & rawat. Pulang tanpa jin & segala gangguan insyaallah. Pihak kami memahami kos datang & balik & masa tuan puan, maka pihak kami akan usahakan dengan izin Allah supaya pesakit balik dengan kesembuhan & rahmat Allah swt.
Sila tepati masa rawatan supaya anda tidak mengecewakan insan lain yang memerlukan pertolongan.


Produk Kasturi Syifa As-Syariah Ismak Ruqyah
Produk Kasturi ini dikeluarkan diatas permintaan pesakit-pesakit terdahulu yang sering kali sukar mencari pengedar kasturi Ruqyah & diatas tuntutan fardu Kifayah.

Pihak kami mengharapkan penjelasan ini dapat memuaskan hati kepada mereka yang tidak berpuas hati sebelum ini.. insyaallah.. 
Semoga Allah merahmati kalian & ingatlah Rezeki,Kesembuhan. Jodoh , Maut dari Allah swt, & kepada Allah juga kita berserah & berlapang dada insyaallah. Semoga tuan puan akan mendapat ketenangan & redho Allah swt....

Memusnahkan Sihir Pengikat Paku @ Tali



Memusnahkan Sihir Pengikat

Sering kali sewaktu rawatan  pihak Ismak Ruqyah bertemu sihir jenis pengikat.. biasanya jin-jin sihir akan diikat disekitar dada untuk Lelaki & belakang@kemaluan buat wanita. kadang kala jin diikat di pangkal lidah.Kesukaran adalah rawatan pada wanita apabila hendak dikeluarkan makluk halus ini. Disini Ismak Ruqyah ingin kongsikan teknik berkesan insyaallah:

Teknik 1:
  1. Pangggil Ketua Jin@ cari ketua jin . Sekiranya gagal hadir; gunakan teknik Selawat Tafrijiah & doa Tahiyat Awal mencari lokasi persembunyiannya.
  2. Apabila lokasi dikenal pasti doa pada Allah swt pohon pinjamkan kita gunting @ pisau dari neraka Allah.
  3. Dengan kalimah Bismillahirohmanirohim, maka pemotongan dilakukan dari kepala hingga ke kaki. (tahan nafas sewaktu pemotongan dilakukan, dikuatiri jin akan terus meresap ke tangan perawat & memasuki tubuh perawat pula) Zikirullah perlu sentiasa di hati supa perawat tidak leka..insyaallah.
  4. Dengan menggunakan Yasin:9 maka tarikan dilakukan dengan menggunakan kain. (sebelum itu arahan perlu diberikan kepada Jin-jin di dalam tubuh supaya berkumpul di hujung kaki kiri & kanan.)
  5. Tarikan dilakukan dengan Takbir... Allahuakbar...
  6. Lakukan beberapa kali supa tiada yang tertinggal. (kecuali pasakan paku sahaja yg sukar dilakukan dengan teknik ini)

Teknik 2 (Teroka Batin)
- Hanya pada yang mahir sahaja. # Resiko tinggi tapi insyaallah lebih berkesan supaya sihir tidak akan berulang. (tiada singnal baru boleh dihantar)

  1. Selawat Tafrijiah & Doa iftitah
  2. Teknik pemecah Alam dilakukan
  3. Zikirullah & penerokaan di dalam badan pesakit dijalankan, dibawa bersama senjata pemusnah)pastikan pendinding anda kuat  & baju besi anda diikat rapi.
  4. Apabila bertemu Ketua jin.. potong kakinya dahulu & cabutkan tangan kanannya.
  5. Cari punca ikatan (tempat permulaan ikatan) & buka berserta yasin:9 supaya terbuka kemas tanpa meninggalkan  kesan. Cabut & dibakar ikatan itu.
  6. Sekiranya ikatan berupa paku maka kumpulkan ibu paku dahulu @ tarik tali bersama paku perlahan.
  7. Sekiranya Paku tunggal pula pastikan anda mencabut menggunakan tangan kerana anda perlu korek paku itu sampai ke dasarnya kerana dikuaturi paku itu telah dipotong 2. (Tukang sihir Pandai)
  8. Selepas tarikan dilakukan, tutup kawasan luka kembali dengan Yassin:9.
  9. Setelah selesai, keluar dengan baca Al-Fatihah....
Sihir pengikat amat sukar diubati sekiranya masih ada kesan@ ikatan @ pakuan yang masih kekal di dalam badan. Ini kerana walaupun jin sudah tiada di dalam badan tetapi signal@ point penghantaran masih boleh digunakan. Tukang sihir hanya perlu seru kembali & di hantar pada tempat yang sama sekali lagi.Maka perlulah kita keluarkan tanpa meninggalkan sebarang kesan. Insyaallah..

Kesembuhan Hanya Milik Allah & kepada Allah kita Berserah.....

Tuesday, 1 May 2012

Penggunaan Minyak Wangi Kasturi Dalam Perubatan Islam (ISMAK RUQYAH)


Harga Biasa 1-9 botol     :  RM10.00 sebotol
Harga Pengedar/Agent:    RM6.00 sebotol
(min pembelian 10 botol)

JENIS KASTURI YANG TELAH DIRUQYAH
Kasturi Syifa Ahmar
Kasturi Syifa Limau Purut
Kasturi Syifa Putih
Kasturi Syifa Kijang

017-3109949



Penggunaan Minyak Wangi Kasturi Dalam Perubatan Islam (ISMAK RUQYAH)




"Haruman adalah santapan roh, manakala kasturi adalah merupakan sewangi-wangi & sebaik-baik haruman sebagaimana sabda Nabi saw: Sebaik-baik wangian adalah minyak kasturi"
(hadith riwayat Muslim)



Di dalam kitab perubatan Islam berbahasa arab; “al Minhajul Qurani lii’laji as Sihri wal massi as Syaithani, karya Sheikh Usamah Muhammad al Audi, Mesir menyatakan satu teknik perubatan menggunakan teknik penggunaan minyak wangi. Kebanyakan jin benci kepada bau yang wangi kerana jin sangat menyukai bau yang busuk. Bau yang busuk sangat ‘menyegarkan’ jiwa dan serasidengan naluri jin mereka.
Oleh itu teknik yang amat praktikal ini sangat mujarab untuk semua jenis bentuk gangguan terutamanya gangguan jin ‘asyiq’ (jin Pengasih/kekasih). Jin asyiq adalah jin yang berdamping dengan seseorang kerana jatuh cinta dengan manusia tersebut bahkan ada yang mendakwa telah berkahwin dengan pesakit.
Majoriti Jin alah kepada wangin Kasturi & akan berasa lemah sekiranya terkena bauan Kasturi ini & terasa bahang PANAS teramat sangat sekiranya terkena di likasi yang mereka diami di tubuh badan manusia.
Teknik Pemakaian :
Memakai minyak wangi pada semua pakaiannya terutamanya pada waktu tidur. Jangan sekali-kali tidur tanpa memakainya. Apabila hendak membasuh pakaian tersebut pakaian yang baru hendaklah dipakaikan minyak wangi dan pakailah pada waktu tidur.
Pesakit hendaklah memakai minyak wangi pada lokasi berikut:
  1. Sapu pada ubun-ubun.
  2. Belakang telinga kiri dan kanan.
  3. Di semua hujung jari tangan dan kakinya. Antara kuku dan kulit
  4. Dua lubang hidung.
  5. Dua lubang telinga.
  6. Dua kening berdekatan mata.
  7. Sekeliling mulut.
  8. Dua puting payu dara.
  9. Dua kemaluan depan dan belakang. (kubul dan dubur)
  10. Lubang pusat.
  11. Leher kiri dan kanan.
  12. Di Nadi kanan & Kiri
Jika anda perhatikan semua point tersebut adalah rongga-rongga yang terdapat di tubuh badan kita. Inilah tempat masuk dan keluar makhluk jin ke dalam tubuh manusia. Sekiranya jin ingin mendekati maka ia akan menjauhkan diri kerana bau wangi. Sekiranya ia telah ada di dalam tubuh badan, insya Allah ia akan keluar kerana tidak tahan dengan aura aroma bau wangi tersebut.
Masa Yang Disunatkan Memakai Wangi-Wangian
  1. Solat
  2. Membaca Al-Qur'an
  3. Pergi ke masjid
  4. Menyambut Hari Raya
  5. Bertemu dengan tetamu
  6. Bersama suami isteri
  7. Pada hari Jumaat
  8. Menuntut ilmu
  9. Sepanjang masa berkerja & sebagainya
Hadis Nabi Muhammad SAW yang bermaksud ; 
" Empat perkara daripada sunnah para rasul: 1. Perasaan malu 2. memakai wangian 3. bersiwak 4. bernikah" 
(Hadis daif- Tirmizi, Ahmad dan Baghawi)
SabdaNya lagi: "Sesiapa yang dipelawa minyak wangi janganlah dia menolak." (Hr Muslim)