Diploma ir

Diploma ir
Diploma ir

Makam Huruf

 photo mro-2.jpg

Kenangan Tahap 7

 photo tahap7semua_zps18002aaf.jpg
Photobucket

Friday, 4 May 2012

Memusnahkan Sihir Pengikat Paku @ Tali



Memusnahkan Sihir Pengikat

Sering kali sewaktu rawatan  pihak Ismak Ruqyah bertemu sihir jenis pengikat.. biasanya jin-jin sihir akan diikat disekitar dada untuk Lelaki & belakang@kemaluan buat wanita. kadang kala jin diikat di pangkal lidah.Kesukaran adalah rawatan pada wanita apabila hendak dikeluarkan makluk halus ini. Disini Ismak Ruqyah ingin kongsikan teknik berkesan insyaallah:

Teknik 1:
  1. Pangggil Ketua Jin@ cari ketua jin . Sekiranya gagal hadir; gunakan teknik Selawat Tafrijiah & doa Tahiyat Awal mencari lokasi persembunyiannya.
  2. Apabila lokasi dikenal pasti doa pada Allah swt pohon pinjamkan kita gunting @ pisau dari neraka Allah.
  3. Dengan kalimah Bismillahirohmanirohim, maka pemotongan dilakukan dari kepala hingga ke kaki. (tahan nafas sewaktu pemotongan dilakukan, dikuatiri jin akan terus meresap ke tangan perawat & memasuki tubuh perawat pula) Zikirullah perlu sentiasa di hati supa perawat tidak leka..insyaallah.
  4. Dengan menggunakan Yasin:9 maka tarikan dilakukan dengan menggunakan kain. (sebelum itu arahan perlu diberikan kepada Jin-jin di dalam tubuh supaya berkumpul di hujung kaki kiri & kanan.)
  5. Tarikan dilakukan dengan Takbir... Allahuakbar...
  6. Lakukan beberapa kali supa tiada yang tertinggal. (kecuali pasakan paku sahaja yg sukar dilakukan dengan teknik ini)

Teknik 2 (Teroka Batin)
- Hanya pada yang mahir sahaja. # Resiko tinggi tapi insyaallah lebih berkesan supaya sihir tidak akan berulang. (tiada singnal baru boleh dihantar)

  1. Selawat Tafrijiah & Doa iftitah
  2. Teknik pemecah Alam dilakukan
  3. Zikirullah & penerokaan di dalam badan pesakit dijalankan, dibawa bersama senjata pemusnah)pastikan pendinding anda kuat  & baju besi anda diikat rapi.
  4. Apabila bertemu Ketua jin.. potong kakinya dahulu & cabutkan tangan kanannya.
  5. Cari punca ikatan (tempat permulaan ikatan) & buka berserta yasin:9 supaya terbuka kemas tanpa meninggalkan  kesan. Cabut & dibakar ikatan itu.
  6. Sekiranya ikatan berupa paku maka kumpulkan ibu paku dahulu @ tarik tali bersama paku perlahan.
  7. Sekiranya Paku tunggal pula pastikan anda mencabut menggunakan tangan kerana anda perlu korek paku itu sampai ke dasarnya kerana dikuaturi paku itu telah dipotong 2. (Tukang sihir Pandai)
  8. Selepas tarikan dilakukan, tutup kawasan luka kembali dengan Yassin:9.
  9. Setelah selesai, keluar dengan baca Al-Fatihah....
Sihir pengikat amat sukar diubati sekiranya masih ada kesan@ ikatan @ pakuan yang masih kekal di dalam badan. Ini kerana walaupun jin sudah tiada di dalam badan tetapi signal@ point penghantaran masih boleh digunakan. Tukang sihir hanya perlu seru kembali & di hantar pada tempat yang sama sekali lagi.Maka perlulah kita keluarkan tanpa meninggalkan sebarang kesan. Insyaallah..

Kesembuhan Hanya Milik Allah & kepada Allah kita Berserah.....

Tuesday, 1 May 2012

Penggunaan Minyak Wangi Kasturi Dalam Perubatan Islam (ISMAK RUQYAH)


Harga Biasa 1-9 botol     :  RM10.00 sebotol
Harga Pengedar/Agent:    RM6.00 sebotol
(min pembelian 10 botol)

JENIS KASTURI YANG TELAH DIRUQYAH
Kasturi Syifa Ahmar
Kasturi Syifa Limau Purut
Kasturi Syifa Putih
Kasturi Syifa Kijang

017-3109949



Penggunaan Minyak Wangi Kasturi Dalam Perubatan Islam (ISMAK RUQYAH)




"Haruman adalah santapan roh, manakala kasturi adalah merupakan sewangi-wangi & sebaik-baik haruman sebagaimana sabda Nabi saw: Sebaik-baik wangian adalah minyak kasturi"
(hadith riwayat Muslim)



Di dalam kitab perubatan Islam berbahasa arab; “al Minhajul Qurani lii’laji as Sihri wal massi as Syaithani, karya Sheikh Usamah Muhammad al Audi, Mesir menyatakan satu teknik perubatan menggunakan teknik penggunaan minyak wangi. Kebanyakan jin benci kepada bau yang wangi kerana jin sangat menyukai bau yang busuk. Bau yang busuk sangat ‘menyegarkan’ jiwa dan serasidengan naluri jin mereka.
Oleh itu teknik yang amat praktikal ini sangat mujarab untuk semua jenis bentuk gangguan terutamanya gangguan jin ‘asyiq’ (jin Pengasih/kekasih). Jin asyiq adalah jin yang berdamping dengan seseorang kerana jatuh cinta dengan manusia tersebut bahkan ada yang mendakwa telah berkahwin dengan pesakit.
Majoriti Jin alah kepada wangin Kasturi & akan berasa lemah sekiranya terkena bauan Kasturi ini & terasa bahang PANAS teramat sangat sekiranya terkena di likasi yang mereka diami di tubuh badan manusia.
Teknik Pemakaian :
Memakai minyak wangi pada semua pakaiannya terutamanya pada waktu tidur. Jangan sekali-kali tidur tanpa memakainya. Apabila hendak membasuh pakaian tersebut pakaian yang baru hendaklah dipakaikan minyak wangi dan pakailah pada waktu tidur.
Pesakit hendaklah memakai minyak wangi pada lokasi berikut:
  1. Sapu pada ubun-ubun.
  2. Belakang telinga kiri dan kanan.
  3. Di semua hujung jari tangan dan kakinya. Antara kuku dan kulit
  4. Dua lubang hidung.
  5. Dua lubang telinga.
  6. Dua kening berdekatan mata.
  7. Sekeliling mulut.
  8. Dua puting payu dara.
  9. Dua kemaluan depan dan belakang. (kubul dan dubur)
  10. Lubang pusat.
  11. Leher kiri dan kanan.
  12. Di Nadi kanan & Kiri
Jika anda perhatikan semua point tersebut adalah rongga-rongga yang terdapat di tubuh badan kita. Inilah tempat masuk dan keluar makhluk jin ke dalam tubuh manusia. Sekiranya jin ingin mendekati maka ia akan menjauhkan diri kerana bau wangi. Sekiranya ia telah ada di dalam tubuh badan, insya Allah ia akan keluar kerana tidak tahan dengan aura aroma bau wangi tersebut.
Masa Yang Disunatkan Memakai Wangi-Wangian
  1. Solat
  2. Membaca Al-Qur'an
  3. Pergi ke masjid
  4. Menyambut Hari Raya
  5. Bertemu dengan tetamu
  6. Bersama suami isteri
  7. Pada hari Jumaat
  8. Menuntut ilmu
  9. Sepanjang masa berkerja & sebagainya
Hadis Nabi Muhammad SAW yang bermaksud ; 
" Empat perkara daripada sunnah para rasul: 1. Perasaan malu 2. memakai wangian 3. bersiwak 4. bernikah" 
(Hadis daif- Tirmizi, Ahmad dan Baghawi)
SabdaNya lagi: "Sesiapa yang dipelawa minyak wangi janganlah dia menolak." (Hr Muslim)


Monday, 23 April 2012

PELANCONG JIN


Melancong merupakan sesuatu yang indah & sering diimpikan oleh setiap makluk bernama manusia, tetapi kadang-kadang ianya membawa satu masalah besar kepada kita.
Berdasarkan pengalaman rawatan baru-baru ini dapat disimpulkan di sini bahawa setiap lokasi lawatan kita mempunyai unsur negetif yang boleh memudaratkan manusia. Jin  berkeliaran mencari & menguji sesiapa yang lemah@mempunyai aura tersendiri. Sering kali jin-jin berkeliaran di kawasan yang dahulunya pernah berlaku aktiviti pemujaan, peperangan, istiadat @ritual tertentu, kuil@ candi. Jangan terkejut sekirannya anda membawa cenderahati berupa Jin dari tempat pelancongan anda.

Symptom gangguan selepas kembali dari melancong:
  • Kesukaran Tidur
  • Hilang selera makan
  • Sering Pening
  • Mimpi ngeri  @ sering teringat lokasi yang telah dilawati
  • rasa Mual @ muntah
  • Bau sesuatu yang pelik @ makanan tertentu
  • Sering sendawa & nafas berbau busuk
  • Rasa pergerakan seperti semut@guli di dalam badan
  • Penyakit kulit yang belum pernah dialami sebelum ini

Pencegahan, Do & Don't:
  • Zikir sepanjang masa melancong
  • Jangan terlampau gembira / taksub (keindahan hanya milik Allah swt)
  • Berwuduk
  • Baca Ayat2 Pelindung / ayatulqursi
  • Jangan membeli cenderahati berdekatan lokasi tersebut/ jarakan sedikit 
  • Elakan mengambil batu @ sesuatu dari lokasi sebagai kenangan
  • elakan membeli patung2 syirik, keris, pedang @ senjata tajam , alat2 ritual
  • Elakan membeli barangan antique / mencuba & membuka sesuatu ikatan pada barangan tersebut
  • Sebelum pulang ke hotel perlulah berwudhuk @ berwuduk di hotel
Tidak salah untuk melancong tetapi melanconglah kerana Allah, melanconglah kerana ingin melihat keindahan ciptaan Allah swt.... Subhanallah ... subhanallah.... sentiasa dibibir.....insyaallah Allah akan  sentiasa melindungi kita dari gangguan Jin pengganggu ini.

Sekiranya anda tergolong daripada pelancong jin maka beriktiarlah sebelum Jin pengganggu ini bertukar ke Jin Saka....



TEKNIK KAWALAN NAFAS


TEKNIK KAWALAN NAFAS

Setiap pukulan batin memerlukan teknik yang berkesan dalam membuat sebarang pukulan.
Pernafasan sempurna menjamin kekuatan & tindak balas dari pesakit.

Teknik 1:

Kawalan dari hidung ke jantung & di pam ke tangan kanan dengan Zikirullah.
Kesempurnaan bergantung kepada kekuatan keyakinan kepada Allah swt & tahap ketahanan nafas dalam kiraan 30 saat.

Teknik 2:

Pergerakan kumpulan tenaga kejari ibu & pengumpulan tenaga di belakang telapak tangan & Tapak tangan kanan. Bisa disedut & dilepaskan melalui nafas dengan kekuatan kalimah.

Teknik 3:
Pukulan dengan niat mencederakan jasad jin & bukannya fizikal pesakit. Pukulan tepat ke jantung jin dengan kalimah & tolakan bisa ke seluruh jasad jin.

Teknik 3:
Tarikan melalui kaki menggunakan kekuatan yassin:9 dan kunci kalimah.

latihan Pukulan:

  1. Zikir kerana Allah
  2. Latihan tubi pernafasan 1 (30/45)
  3. Yassin:9
  4. Ayatul Qursi
  5. Sedutan & Nafas melalui hidung



Kursus Latihan Pukulan Batin 3
(Hanya terbuka peserta pengijazahan tahab 2 sahaja)

Tarikh        : 4 May 2012
Jam      : 8 malam
Lokasi : Pusat Rawatan Ismak Ruqyah Bandar Country Homes

Yuran   : RM30 sahaja

Penyertaan terbuka hanya kepada 5 ahli sahaja pada setiap masa.

Sila bawa bersama kain putih 3 Meter.

MAKLUMAT LANJUT SILA SMS/CALL:

0173109949

Wednesday, 11 April 2012

LOKASI TERKINI

Dengan izin Allah swt ISMAK RUQYAH akan beroperasi di lokasi baru di Fasa 12 Bandar Country Homes, Rawang. Memandangkan lokasi sebelum ini agak padat & kurang privasi maka ISMAK RUQYAH mengambil keputusan berpindah ke lokasi baru.

Lokasi baru akan beroperasi sepenuhnya dalam pertengahan  April 2012, insyaallah. 


Ruang Menunggu/Rehat
Bilik Rawatan 1

 Bilik Rawatan 2
Ruangan Rehat Minda



Segala rawatan adalah melalui Appointment sahaja. Sila patuhi masa rawatan yang diberikan bagi mengelak kesukaran. Insyaallah.

Sila SMS:
NAMA PENUH BINTIKAN NAMA MAK
LOKASI ANDA
JENIS GANGGUAN YG DIRASAKAN
MASA & HARI PILIHAN
(bergantung kepada kekosongan Masa & Hari)

Bahan Keperluan: (perlu bawa)
i. Telekong (Utk Muslimah)
ii. mahram/suami

017-3109949 
(USTAZ KAMAL)


Friday, 16 March 2012

TUKANG SIHIR DURJANA


Sepanjang rawatan minggu ini ISMAK RUQYAH menyaksikan kerakusan si tukang sihir menggunakan segala kemahiran & amalan khurafat mengambil kesempatan di atas segala kelemaham manusia.

Kes 1:
Akibat mahukan kerukunan rumahrtangga berkekalan seorang isteri sanggup mendapatkan khidmat tukang sihir dari sempadan untuk menambah seri & menakluk hati suami yang juga seorang muallaf kaya. Ketaksupan tersebut telah memakan diri sehingga si tukang sihir mengambil kesempatan meminta ribuan ringgit sebagai pengeras rawatan.. apabila tidak tahan dengan desakan & gangguan yang semakin kuat si isteri mendapatkan Khidmat ISMAK RUQYAH untuk menyelesaikan masalah ini..

Ruqyah & Zikir serta teroka batin dijalankan kepada pesakit sehingga komunikasi berlaku diantara Jin si tukang sihir & si pesakit. Jin memdedahkan segala rahsia dimana si tukang sihir akan menghantar jin tertentu untuk mengganggu mangsa & mangsa akan tergerak hati memohon bantuan si tukang sihir untuk mengeluarkan segala bentuk gangguan. Sebelum rawatan dijalankan dari jarak jauh si pesakit perlu "Bank in" sejumlah bayaran ke akaun si tukang sihir. Setelah transaksi disahkan si tukang sihir akan mengarahklaan jin yang dihantarnya tadi pulang kepangguannya... pada pandangan si pesakit.. rawatan telah berjaya walhal ianya hanya mainan si tukang sihir.

Semasa rawatan sedang berjalan, si tukang sihir terjaga dari tidur & sesi serangan berlaku diantara pihak ISMAK RUQYAH & si tukang sihir. Si tukang sihir menggunakan segala kepakaran & jin-jin setianya untuk membuat serangan. Alhamdulillah dengan izin Allah swt menggunakan perisai Yassin & serangan batin puting beliung alhamdulillah semua jin dapat diserap ke dasar bumi. Si pesakit terpinga-pinga memikirkan kerugian yang telah berlaku setelah menggunakan  perkhidmatan si tukang sihir ini untuk sekian lamanya. Si pesakit dibekalkan dengan ayat-ayat pendinding & zikir-zikir sebagai kekuatan diri mengharung denai kehidupan yang lebih baik selapas ini.. Alhamdulillah si pesakit menyedari bahawa Allah adalah segalanya & dengan merapatkan diri kepada Allah dapat menenangkan diri & menghindar diri dari dugaan yang mencabar.

KES 2
Si tukang sihir menggunakan khidmat orang ke 3 untuk mencari mangsa penipuannya... difahamkan bahawa secara kebetulan si pesakit sememangnya mengalami masalah bersama dengan isterinya.. apabila didekati dan  pihak ke tiga ini menawarkan pertolongan kepada pesakit, si pesakit terus menerima pelawaannya. Si tukanbg sihir menyatakan pernah berhubung dengan mangsa melalui mimpi & melalui mimpi mereka telah dijodohkan bertemu. Pelbagai dugaan berlaku kepada keluarga ini  sehingga hampir menghancurkan kesejahteraan rumahtangga yang dianggap dingin sebelum ini.

Melalui seorang kenalan si pesakit di temukan dengan ISMAK RUQYAH. Setelah sesi ruqyah dijalankan rupa sebenar si tukang sihir terbongkar. Jin setia si tukang sihir berpaling tadah & mendedah segala kekejaman si tukang sihir kepada jin pendampingnya & kerja-kerja kotor yang telah dilakukannya demi memenuhi kehendak tuannya si tukang sihir.

Diantara kerjanya:
1. menutup nafsu si suami & Isteri
2. Melahirkan rasa benci & dendam antara keluarga & anak2nya
3. Mengganggu sekeluarga

Jin juga mendedahkan bahawa Si tukang sihir bergantung sepenuhnya pendapatannya daripada hasil rawatan kepada keluarga pesakit. Pelbagai  bentuk bantuan dihulurkan dengan kadar bayaran tertentu sehingga mencecah ribuan ringgit berserta dibekalkan dengan amalan-amalan syirik.

kaedah rawatan ISMAK RUQYAH:
1. menghancurkan segala ikatan/ pagar yang telah ditanam sekeliling rumah mangsa
2. Menutup segala ruang komunikasi jin & si tukang sihir (kaedah paku & limau purut)
3. Menarik keluar serpihan bahan sihir yang terdapat pada setiap ahli keluarga.
4. kaedah Ruqyah & menyerapan ayat-ayat ruqyah ke Jantung dilakukan 
(bertujuan menghancurkan saki baki jin yang berada di dalam badan)

alhamdulillah dengan izinNYA rawatan berjaya dilaksanakan buat masa terdekat.
Si pesakit & keluarga dinasihatkan supaya lebih berhati2 kerana serangan si tukang sihir bakal berlaku setelah si tukang sihir menyedari segala usahanya sebelum ini telah terbatal dengan izin Allah swt.




Wednesday, 7 March 2012

Senarai Pengedar Terkini






NEGERI
DAERAH
NAMA
NO.TEL
SELANGOR
RAWANG
KAMAL ARIFFIN
017-3109949

RAWANG
WAN
017-2437507

BANGI
PN. SAPARIAH
019-3718678

SERENDAH/BTG.KALI
TARMIZI
012-2631520


SHAH ALAM
YAQIN MART/AZ-ZAIN
013-3935103


WISMA PKPS S/ALAM
KHAIRUL BARIAH
012-2277069

SEC.15 SHAH ALAM 
EN. OMAR 
010-8912263


PUCHONG UTAMA
EN. ARIFF
017-2332063


KLANG   
EN.ZAIDI   
019-3472844


SELAYANG BARU
EN.SUBKI /NARIZ MART
019-3877551


KUNDANG
EN. KHALIL
019-2722505

ULU KELANG
EN. SALIH

P.PINANG
NIBONG TEBAL
MOHD RIZAL
012-530 7197

NIBONG TEBAL
MOHD. HUSNI
017-559294 

SPS/SIMPANG 4/TAIPING
UST. RAHIM
013-4051067


BAGAN SERAI/BKT MERAH
UST.RAHIM
013-4051067


KEDAH
GIANT KULIM
EN. NOOR ROSDI
012-379 0967




PERAK
MANJUNG
EN. MULAIDI
012-2091237




SINGAPURA
SINGAPURA 
THOBBIB HJ. YUSOF 
+6596773645

















                                 


Thursday, 1 March 2012

Sihir Botol


Penggunaan Sihir Botol lazimnya amat terkenal dikalangan pengamal di tanah seberang, bertujuan sebagai pengikat kasih @ pengurungan perasaan seseorang individu kepada individu tertentu (Pengasih). Botol yang diasak dengan upacara tertentu dimana gambar@ rambut@ barangan fizikal lain seperti baju, seluar dalam, kain batik,  adalah medium terbaik untuk memberi kesan segera & lama (berkekalan).

baru-baru ini pihak ISMAK RUQYAH menerima panggilan dari seorang hamba Allah yang jauh memohon pertolongan scan dirinya & isterinya... beliau merasakan isterinya mengalami gangguan tertentu yang sukar diterangkan disini.. Penerokaan Ismak Ruqyah bermula apabila mendapati Si isteri disihir menggunakan kaedah ikatan pada botol. Semasa penerokaan dijalankan serangan dari pihak tukang sihir mula kelihatan. Serangan dari segenap penjuru diterima dengan sabar & berserah kepada Allah swt. Alhamdulilah dengan kuasa Allah swt serangan dapat dipatahkan.

Rawatan jarak jauh pertama dijalankan pada hari yang telah ditentukan, botol dapat dicuri dari tangan tukang sihir. Terdapat ikatan kekal pada botol yang dikawal  tukang sihir dari jarak jauh.. alhamdulillah berjaya diputuskan. Botol terpaksa disembunyikan seketika kerana serangan dari bala tentera syaitan mulai datang berduyun-duyun...

Rawatan ditangguhkan untuk mencari kaedah terbaik bagaimana hendak dipecahkan botol ini tanpa memudaratkan si pesakit... insyaallah rawatan akan diteruskan malam ini.. Khamis 1 mac 2012.

Friday, 24 February 2012

PACKAGE PERNIAGAAN

PACKAGE A

Pengedar Biasa
 (Minimum 10 botol sahaja) 
RM6.00 x 10 botol =RM60 


PACKAGE PERAWAT (MUALLIJ)

PACKAGE RAKAN NIAGA AKTIF

PACKAGE STOKIS DAERAH

PACKAGE USAHAWAN (EXPO /PAMERAN/ JUALAN JUMAAT/KULIAH)

PACKAGE TERSEBUT DI ATAS TIDAK TERMASUK KOS PENGHANTARAN.
HARAP MAKLUM..

SEGALA KEMUSKILAN SILA HUBUNGI:

017-310 9949